MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jerat Kewangan di Sebalik Sentimen Bangsa dan Agama. Awas!

September 19, 2023

Itu "red flag" (bendera amaran)! Kalau ada mana-mana bisnes yang gunakan sentimen bangsa dan agama, saya terus "turn-off". Mesti ada yang tak kena...

Pengalaman lebih 15 tahun (menulis tentang kewangan sejak 2008) setakat ni membuktikan, bisnes yang gunakan sentimen macam tu belum ada satu pun yang tak bermasalah. Semuanya bermasalah!...

More...

Nabi bertransaksi dengan Yahudi

Peringkat awal nampak cantik. Banyak orang akan terpengaruh.

Tapi makin lama makin terlondeh segala kelemahan dan penipuan, serta apa yang sebenarnya nak disembunyikan di sebalik sentimen yang cuba dimainkan.

Saya fikir, Nabi s.a.w. pun berurusniaga dengan Yahudi. Asalkan urusniaga tersebut halal (patuh syariah), berurusniaga dengan siapa pun tak ada masalah.

Jadi kalau ada mana-mana peniaga buat jualan gunakan sentimen bangsa dan agama, sila hati-hati... Sentimen adalah alat paling mudah nak manipulasi sesuatu isu dan dapatkan simpati masyarakat.

Skim penipuan bertopengkan sentimen

Saya masih ingat suatu ketika dulu, boleh dikatakan hampir kesemua pengendali Skim Cepat Kaya Bertopengkan Emas yang popular sekitar tahun 2012 - 2015 dulu, mereka gunakan sentimen bangsa dan agama untuk promosikan skim-skim mereka.

Bila saya tulis keraguan saya berkenaan skim mereka (di blog ni) supaya orang ramai tak terjebak, saya diserang bertubi-tubi! Mereka tuduh saya "barua Cina yang nak jatuhkan bisnes orang Melayu"! 

Gara-gara saya adalah dealer emas Public Gold yang founder-nya dari kaum Cina, maka dituduhnya saya nak jatuhkan bangsa sendiri!

Niat baik saya dituduh pengkhianat

Tuduhan itu disokong oleh pentaksub-pentaksub mereka sampai saya kena serang di blog ini, di Facebook dan juga melalui telefon! 

Ya Allah... Usaha saya nak selamatkan bangsa saya sendiri, tetapi dituduh sebagai pengkhianat bangsa!

Akhirnya, apa yang benar tetap benar. Yang salah (batil) tersungkur juga.

Merekalah sebenarnya menipu duit orang Melayu Muslim bernilai ratusan juta ringgit (sekitar tahun 2012 - 2015). Ramai pelabur emas dari kalangan bangsa Melayu Muslim yang jatuh terduduk di tangan mereka - di sebalik mulut manis mereka!

"Tok Belagak", nama yang tak asing bila bercakap tentang scam emas di Malaysia. Dia dan pentaksubnya sangat anti kepada saya. Dituduhnya saya "barua Cina" satu ketika dulu. Setiap comment 'makian' dia sentiasa berlapik dengan zikir "habunallahu wa nikmal wakiil...".

Bisnes adalah bisnes...

Sebaliknya, setelah 16 tahun Public Gold beroperasi (sejak 2008), belum ada satu kes pun yang dilaporkan ada mana-mana customer ditipu oleh Public Gold. Tidak ada!

Public Gold mengekalkan rekod bersih sudah 16 tahun! Alhamdulillah...

Dari situ saya belajar, bisnes yang sebenar tidak perlu menggunakan sentimen untuk melariskan produk. Bisnes adalah bisnes. Kita mesti menilainya dari perspektif yang betul. 

Bahkan bagi Muslim, platform bisneslah peluang terbaik untuk kita belajar berinteraksi dengan yang belum Muslim.

Mana-mana bisnes yang gunakan sentimen agama dan bangsa, sila hati-hati... Itu "red flag"... Hanya masa sahaja yang bakal melondehkan niat buruk mereka di sebalik sentimen yang cuba di mainkan...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
19 September 2023
4 Rabiul Awal 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>