MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Elak Kerugian Dalam Pelaburan Emas. Fahami 4 Asas Ini Sebelum Bermula…

February 28, 2022

“En Zul, ada customer bagitahu, dia beli emas Public Gold sudah 5 tahun, tapi belum untung katanya!”

Saya jadi hairan. Pada saya, mustahil masih tak untung kalau sudah 5 tahun.

Tapi itulah salah satu feedback yang baru saya terima dalam satu sessi Group Coaching bersama dealer Public Gold di bawah bimbingan saya.

Itu aduan yang dia terima dari customer orang lain, bukan customer dia sendiri.

Kalau sudah 5 tahun, pada saya ia sangat mustahil untuk rugi. Tapi bila saya fikir balik, saya sudah tahu jawapannya kenapa…

More...

Risiko Rugi vs Potensi Untung?

Apa yang setiap kita perlu tahu; bila melabur, rugi dalam tangan, tapi untung belum tentu!

Bukan sahaja emas. Apa pelaburan pun sama…

Jadi sebelum beli emas untuk simpanan atapun pelaburan, sila fahami 4 perkara asas paling penting ini dulu untuk rendahkan risiko kerugian;

  1. Beli emas mesti dapat emas. 
  2. Emas tiada pendapatan. 
  3. Beli untuk simpanan jangka panjang.
  4. Sebanyak mana keuntungan, bergantung kepada ilmu.

#1 - Beli Emas Mesti Dapat Emas

Beli emas, mesti dapat emas fizikal.

Emas tu boleh kita pegang dan simpan sendiri. Tak ada sebarang pra-syarat tempoh matang atau sebagainya untuk kita tuntut emas tersebut.

Kalau ada ejen emas cakap kena tunggu tempoh matang dulu baru boleh dapat emas fizikal, itu petanda akan ada masalah. Kemungkin ia adalah skim cepat kaya bertopengkan emas! Atau mungkin akan ada isu tak patuh syariah...

Soal nak simpan di mana, itu soal lain. Yang penting, emas yang kita beli itu kita boleh simpan sendiri kalau kita mahu.

Dan saya percaya, emas yang terbaik ialah emas yang ada di tangan kita sendiri. Kalau apa-apa terjadi kepada syarikat pengeluar emas tersebut, kekayaan kita tak tergugat selagi emas tersebut ada di tangan kita sendiri.

InsyaAllah.

Emas yang terbaik ialah emas yang ada di tangan kita sendiri. Selagi emas itu berada di tangan kita, kekayaan kita tak akan tergugat.

#2 - Emas Tidak Ada Pendapatan

Kalau ada mana-mana pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan secara bulanan ataupun tahunan, sila angkat kaki dan lari cepat-cepat...

Itu juga petanda skim cepat kaya bertopengkan emas!

Pelaburan emas tidak ada pendapatan.

Keuntungan emas pada asasnya hanyalah pada kenaikan harga emas. Beli harga rendah, jual harga tinggi.

Yang ada pendapatan hanyalah bisnes emas. Samada pekedai emas, penjual emas ataupun komisyen sebagai ejen syarikat emas.

#3 - Beli Untuk Simpanan Minimum 2 Tahun

Emas hanya sesuai dibeli untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas.

Kalau duit nak pakai dalam jangka masa setahun, duit itu tak sesuai digunakan untuk beli emas.

Lebih baik simpan saja dalam akaun bank, ASB ataupun Tabung Haji.

Alasannya, bila beli emas, kita ada kos “spread”, dan risiko harga emas naik turun dalam jangka pendek.

Tapi untuk jangka panjang, harga emas boleh dikatakan confirm naik disebabkan kuasa beli duit yang confirm makin merosot.

Sejarah menunjukkan harga emas naik secara puratanya sekitar 10% setahun untuk tempoh 20 tahun!

Jadi dengan kenaikkan ini, ia cukup untuk cover kos “spread” dan mendapat sedikit keuntungan dalam tempoh 2 tahun, insyaAllah.

Harga emas sentiasa menaik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas sentiasa menurut dalam jangka panjang atas faktor inflasi, dan ketidaktentuan ekonomi serta politik.

#4 - Sebanyak Mana Keuntungan, Bergantung Kepada Ilmu

Kalau dah pastikan 3 perkara sebelum ini, risiko kerugian besar dan jatuh lingkup dalam pelaburan emas adalah sangat-sangat tipis.

Tapi kalau nak untung berganda, itu bergantung sejauh mana ilmu kita tentang emas itu sendiri.

Sejauh mana kita mampu mendapat keuntungan, ia sangat bergantung sejauh mana ilmu kita tentang emas.

Emas itu sendiri tak bernilai tanpa ilmu.

Kalau nak untung, pastikan beli emas dengan ilmu.

Sekurang-kurangnya baca dulu buku bestseller tulisan saya bertajuk “Wang Emas” dan kombo bersama buku “Misi Bebas Hutang”.

Menyesal Sebab Lambat Baca...

Dalam kes aduan "beli emas sudah 5 tahun tapi tak untung" itu, sebabnya dia beli emas koleksi yang mana harganya dijual lebih tinggi dari harga semasa. Emas koleksi permainannya berbeza. Ia tak sama dengan emas simpanan / pelaburan biasa.

Apa yang saya pasti, pembeli emas itu tidak pernah pun baca buku "Wang Emas" ini!

Kalau dia pernah baca, tentunya dia sudah untung hampir 40% kalau benar dia beli emas 5 tahun yang lalu!

Jadi siapa nak dapat keuntungan dengan emas, saya wajibkan anda baca buku kombo ini.

Ini bacaan paling ringan dan paling mudah untuk faham tentang pelaburan dan simpanan emas.

Banyak feedback yang saya terima, banyak penyimpan emas yang menyesal sebab lambat baca buku tersebut. Itu pengalaman sebenar saya membimbing ribuan penyimpan emas sejak 2010.

Pengalaman bertahun-tahun itu anda boleh khatamkam hanya dalam masa 2 jam sahaja! InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya, Malaysia
28 Februari 2022

26 Rejab 1443H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >