MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Orang Kaya Tak Tarah Harta Mereka

February 28, 2022

Mindset Orang Kaya Terhadap Harta

Kalau anda ada RM1 juta esok, apa yang anda akan buat dengan duit RM1 juta itu?

Opss. Jangan terus baca lagi artikel ini. Jawab dulu soalan saya di ruang komen.

Artikel kali ini, saya akan kongsikan, apa mindset orang kaya terhadap harta...

More...

1. Makan Hasil, Bukan Tebang Pokok

Orang kaya, mereka kumpul harta. Dan memakan hasil dari harta sahaja. 

Mereka tak habiskan harta mereka.

Umpama ada sebatang pokok yang berbuah. Orang kaya cuma makan buah (hasil) dari pokok tersebut.

Mereka tidak tebang pokok.

2. Sentiasa Kembangkan Harta

Bila ada harta, mereka sentiasa kembangkan harta supaya boleh hasilkan lebih banyak harta.

Mereka tak tarah harta untuk 'berjoli', atau untuk bayar hutang sekalipun.

Tapi, mereka menggunakan hasil harta tersebut untuk bayar hutang.

3. Hanya Gunakan Hasil Dari Harta

Umpama sekarang ada ladang 100 ekar.  Dan tahun akan datang, mereka akan pastikan, ladang mereka bertambah kepada 200ekar.

Apa yang mereka makan?

Hasil dari ladang tersebut lah mereka makan. Guna untuk bayar hutang dan sebagainya.

4. Fokus Kepada Cashflow

Selain kembangkan harta. Mereka fokus kepada cashflow. Dengan cashflow tersebutlah mereka gunakan untuk keperluan.

Kalau anda ada RM1 juta, dan gunakan RM500k untuk bayar hutang. 

Baki yang anda ada ialah RM500k. Orang kaya bukan begitu.

Tetapi orang kaya akan pastikan duit RM1 juta akan berganda kepada RM2 juta pada tahun seterusnya.

Untuk ulasan penuh tentang mindset kekayaan. Boleh rujuk video yang saya share ini.

Tentang Penulis

Mohamad Hafiz Shafie

Berkelayakan sebagai seorang engineer. Berpengalaman bekerja selama 6 tahun di Sime Darby Plantation. Seorang penyimpan emas sejak belajar di universiti. Aktif berkongsi ilmu dengan pengalaman tentang simpanan emas sejak 2016, dan telah membimbing lebih 800 penyimpan emas secara peribadi. Menjadi dealer Public Gold sepenuh masa sejak 2020.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >