MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tip Memilih Beg Travel Berkualiti

March 14, 2022

Ketika trip ke Switzerland tahun 2015, tour guide ceritakan tentang travel bag berjenama.

Waktu tu saya fikir, buat apa beli beg yang mahal? Alah, beg je pun! Beli dekat The Store, harganya dalam RM100 je pun. Kenapa perlu beli beg harganya sampai RM500?

Waktu tu saya belum faham. Saya cuma travel beberapa kali sahaja setiap tahun. Mungkin tak sampai 5 kali naik flight setahun ketika itu.

Tetapi tahun 2016 dan saya dilantik sebagai official speaker Public Gold menyampaikan #SeminarSimpanEmas dan #SeminarBisnesEmas hampir setiap minggu di seluruh Malaysia (dan Indonesia), pandangan saya berubah.

Saya perlukan beg berkualiti untuk travel.

More...

Beg Kukuh Dijamin Insuran

Beg murah, kualitinya pun serendah harganya.

Sekali kena campak dengan staff airlines ketika memunggah beg masuk dan keluar pesawat, beg itu mudah pecah.

Bila pecah, saya difahamkan insuran pun tak cover beg yang murah-murah begitu.

Jadi kena beli beg berkualiti.

Harga paling murah sekitar RM250 - RM300 untuk beg bersaiz S (20" - 21") yang sesuai dibawa masuk dalam kabin pesawat.

Beg jenama yang agak murah (tapi masih berkualiti) antaranya Active Camel, American Touristor. Kalau yang mahal sikit, antaranya Barry Smith, Samsonite dan Antler.

Maka beg pertama saya beli jenama Active Camel.

Warranty

Masa beli bag tu, salesman cerita pasal warranty. Saya fikir, "alah, warranty tak penting. Beg je pun. Apa yang nak rosaknya?".

Jadi resit belian beg saya tu saya letak entah ke mana.

Sepatutnya resit dan warranty itu saya simpan sahaja dalam beg. Bila rosak, kita tahu mana nak hantar repair beg itu.

Lepas hampir 2 tahun pakai, beg dah mula problem.

Lock dia ada problem. Password berubah dari apa yang saya set. Daripada 3 kod, satu kod dah problem... Tapi masih boleh pakai...

Pengalaman Di Kuching Airport

Satu peristiwa tahun 2018 yang saya tak boleh lupa sampai sekarang; ketika nak lalui scan keselamatan sebelum check in di Kuching Airport, handle beg tak boleh tutup masukkan ke dalam.

Dalam keadaan kelam kabut ramai orang beratur di belakang saya, saya sumbat je beg itu ke dalam scanner walaupun handle dia terjulur keluar.

Aduh... Apa pulak masalah beg saya ni?

Keluar dari scanner, saya adjust handle dia. Alhamdulillah, dapat tutup. Lega rasanya... Tapi... Handle dia tak boleh tarik keluar pulak dah!... Hmm...

Terpaksalah saya tarik beg tu sambil badan terbongkok-bongkok untuk ke kaunter check in. Aduh, lenguh pinggang saya. Berpeluh...

Lepas dah check in, terus pusing-pusing kedai beg di Kuching Airport tu. Tak ada beg yang berkenan di hati.

Sampai di Bintulu. Sama juga. Terpaksa tarik beg sambil terbongkok-bongkok. Nasib baik tempat pengambilan bagasi dekat je dengan pintu ketibaan.

Terus angkat beg masuk dalam Grab Car.

Kalau jaraknya jauh macam KLIA2, tak tahulah apa jadi. Nak angkat pun boleh tahan berat 15 kilogram (sebab bawa stok buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang).

Ditambah lagi bag pack yang saya pikul beratnya kadang-kadang sampai 10 kilo! Sebab laptop Macbook Pro 15" saya itupun beratnya sekitar 2.5kg! Huh...

Cuba-cuba Repair Sendiri

Masa sampai hotel ketika di Bintulu, saya cuba-cuba repair. Memang tak dapat. Handle tu dah jem!

Keputusannya, saya terpaksa beli beg baru. Beg lama tu, saya ikat dengan tuala untuk heret sampai baik di KLIA2.

Tiba di arrival hall KLIA2 tadi, terus beli beg baru. Harganya RM699.30. Senang cerita, harganya RM700 lepas diskaun 30%. Tanpa diskaun, harganya mencecah RM1,000. Beg jenama Samsonite, jenis light weight. Beratnya cuma 1.8 kilogram.

Kenapa beli beg sampai RM700?

Saya beli beg ini sebab buatannya kukuh, dan saya mahu beg yang light weight.

Kenapa Pilih Beg Light Weight?

Apa bagusnya beg light weight?

Beg biasa bersaiz S, beratnya sekitar 2.5 kg atau 3.0 kg. Kalau naik Air Asia, limit berat beg yang dibenarkan hanya 7.0 kg. Jadi kalau berat beg sahaja sudah 3.0 kg, maka barang yang kita boleh bawa hanyalah 4.0 kg! Kalau tambah buffer yang dibenarkan, maka maksimum hanya 4.5 kg sahaja. Macam tak cukup...

Tapi bila light weight, kita jimat sehingga 1.2 kg.

1.2 kg itu sebenarnya berharga. Kalau lebih had yang dibenarkan walaupun 1.2 kg, kita terpaksa bayar sekurang-kurangnya RM30 untuk beli kuota check in baggage. Itu belum kira panelty atas setiap kilogram lebihan berat bila mereka buat spot check.

Maka 1.2 kg itu sangat berharga.

Faktor kedua, kalau bawa beg terus masuk kabin tanpa check-in baggage, kita jimat masa sekurang-kurangnya 1 jam - 1 jam 30 minit. Kita tak rushing untuk sampai airport lebih awal. Bagi saya ini lebih penting... Sampai airport terlalu awal pun sebenarnya membuang masa.

Jimat Masa Tanpa Check-in Baggage

Kalau nak drop bag, kaunter akan tutup 1 jam sebelum flight berlepas. Jadi saya selalunya akan pastikan sampai di airport sekurang-kurangnya 2 jam sebelum pesawat dijadualkan berlepas. Takut-takut kena beratur panjang masa nak drop bag.

Saya pernah beratur hampir 1 jam ketika nak check-in di Jogja Airport, Indonesia. Kalau terlewat walaupun 5 minit, bag itu tak dapat check-in! Nak bawa masuk pesawat pun tak boleh kalau dah terlebih 7 kg, melainkan sanggup bayar penalti atas setiap kilogram yang dibenarkan.

Tapi kalau tak ada beg yang perlu check in, sampai airport 45 minit sebelum pesawat berlepas pun masih sempat berkejar masuk ke balai berlepas.

Jadi saya buat keputusan, beli sahaja beg light weight.

Walaupun harganya 2 kali ganda, tapi beg ini saya akan pakai hampir setiap minggu. Dan ada warranty 3 tahun. Kalau tahan 3 tahun dengan harga RM700 ni, saya fikir ianya berbaloi. InsyaAllah.

Bila saya dah jadi business traveller, dan travel hampir setiap minggu naik pesawat, baru saya faham apa yang tour guide terangkan ketika trip ke Switzerland tahun 2015 dulu.

Frequent traveller patut beli beg berkualiti. Walaupun harganya lebih mahal, tetapi ianya berbaloi di beli.

Harga ialah apa yang kita bayar. Nilai ialah apa yang kita dapat.

Bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai. Alang-alang dah keluarkan duit, pastikan ianya berbaloi. InsyaAllah.

Lepas kali terakhir travel tahun 2018, musibah 2 tahun terjadi kepada saya sekeluarga, insyaAllah 2022 bermula episod baharu. Kami akan travel lagi dengan cara yang lebih baik, insyaAllah. Public Gold memberi hadiah kepada kami satu set beg travel bernilai RM19,250 kerana sudah 10 kali layak travel overseas bersama Public Gold. Alhamdulillah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>