MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bisnes, Peluang Menjadi VVIP Di Syurga

October 31, 2022

“En Zul nak breakfast sekarang atau kemudian?”

“Sekarang pun ok” balas saya.

“Pn Najdah?”

“Dia breakfast kemudian lah” balas saya bila melihat isteri saya tengah tidur nyenyak di sebelah.

Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi waktu Malaysia. Walaupun dalam flight masih pukul 1.30 pagi waktu tempatan, body clock saya memang sudah biasa bangun sebelum pukul 5.30 pagi.

Jadi saya tak boleh tidur.

More...

Tengok isteri tengah tidur di sebelah, tak sampai hati nak kejutkan dia sebab semalam seharian dia sibuk mengemas untuk persiapan kami ikuti trip #PGLSItaly ni.

Sakit kepala katanya ketika kami baru saja nak masuk boarding gate.

Keselesaan Penumpang Business Class

Alhamdulillah, trip kali ini kami diberi keistimewaan untuk duduk di Business Class. Seat yang sangat selesa untuk berehat dan tidur sepanjang flight.

Ini sebenarnya keistimewaan yang #PublicGold bagi khusus untuk sesiapa yang sudah membantu sekurang-kurangnya 9 penyimpan emas yang berjaya mencapai level Founder Master Dealer (FMD) - yang mendapat pendapatan pasif minimum sekitar RM5,000 sebulan (walaupun tak bekerja).

Jadi sesiapa yang berjaya menjayakan orang lain, mereka diberi layanan lebih istimewa berbanding yang lain.

Pengalaman saya, tak sama layanan penumpang Economy Class berbanding Business Class.

Berbeza Dengan Economy Class

Sebelum berlepas, ketika orang lain tengah menunggu di balai berlepas, penumpang Business Class boleh duduk berehat dengan selesa di Business Lounge.

Boleh makan, mandi, lepak di sofa sambil tengok TV, bahkan nak tidur pun disediakan tempat yang selesa sementara menunggu. Tak rasa penat untuk menunggu.

Bila sampai waktu panggilan masuk ke pesawat, penumpang Business Class disediakan fast-lane. Boleh masuk dulu dan tak perlu beratur panjang.

Ruang tempat duduk dalam pesawat sangat selesa. Sepanjang penerbangan, boleh tidur baring macam tidur di rumah (tapi di rumah tentunya lebih selesa)!

Tempat duduknya boleh dibaringkan sepenuhnya...

Dilayan Dengan Penuh Hormat

Kalau penumpang Economy Class, peramugari tak sebut pun nama kita. Dia cuma menyapa kita dengan panggilan “Encik” atau “Puan” secara umum sahaja. Dia tak sebut pun nama kita.Kalau di Economy Class, mereka tanya, “Encik nak teh atau kopi?”

Tapi di Business Class, “En Zul nak breakfast sekarang atau kemudian? Pn Najdah pula macam mana?”

Owh. Tak ada perkataan lebih sedap kita dengar lebih daripada nama kita sendiri yang disebut dengan betul dan penuh hormat.

Itulah sebahagian kelebihan Business Class berbanding penumpang biasa.

Di dunia yang hakikat nikmatnya hanyalah sedikit ini pun kita happy dilayan VVIP, bagaimana pula di Syurga nanti?

Di Syurga pun ada VVIP dan ada juga yang mendapat layanan VVIP.

Menjadi VVIP Di Syurga

Walaupun masuk Syurga itu sudah sangat baik, tapi di Syurga itu pun ada level VVIP juga, iaitu golongan para Nabi, siddiqiin, dan syuhadaa’.

Orang yang level paling rendah di Syurga (yang baru selesai terima hukuman seksaan di Neraka) pun rasa tak percaya dengan layanan yang dia terima di Syurga hingga dia fikir tak ada sesiapa yang dapat layanan dan ganjaran yang lebih baik dari dia.

Bagaimana agaknya VVIP di Syurga ya?

“Dan bersegeralah (berbuat amalan) untuk mendapat keampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Yang disediakan (khusus) untuk orang yang bertaqwa.” (Ali ‘Imran 3 : 133)

#IslahDiri #TravelogDealerPublicGold

Zulkifli
Dubai
19 Oktober 2022
22 Rabiul Awwal 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>