MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kekayaan Sebenar Ada Di Dalam Diri

October 24, 2022

“Zul, kau jangan serahkan semua harta-harta kau kepada isteri. Sudah banyak kes sebelum ni, isteri tinggalkan suami bila suami dalam penjara!”

Itu salah satu nasihat pegawai polis yang menyiasat saya ketika baru sahaja diberitahu kes saya akan didakwa di mahkamah.

Dia tahu, bila didakwa di bawah Akta SOSMA, risiko saya akan merengkok ke dalam penjara sangat panjang. Bukan berbulan-bulan, tapi bertahun-tahun lamanya!

More...

Risiko Apabila Dipenjarakan

Waktu itu saya rasa masa depan saya gelap.

Kepala saya terus tertunduk memikirkan masa depan.

Saya blurr dan blank!

Tapi entah kenapa, nasihat polis itu tentang harta langsung tak membimbangkan saya.

Walaupun nasihat beliau itu jujur dan benar, saya cuma fikir supaya isteri saya dapat survive bersama anak-anak sepanjang ketiadaan saya.

Tentang harta, saya tak bimbang. 

Saya fikir, saya boleh carinya lagi, insyaAllah.

Saya Bermula Dari Kosong

Suatu ketika dahulu, saya bermula daripada tidak ada apa-apa. Gaji kecil, harta tak ada. Yang ada hanyalah hutang.

Saya bukan anak CEO Megah Holding yang Papa wariskan harta berjuta-juta.

Saya binanya daripada kosong.

Daripada pendapatan kecil, dan tak ada harta. Yang ada hanyalah tiga hutang yang harus saya bayar sebaik sahaja tamat pengajian di universiti.

Bermula dari kosong, hinggalah sampai tahap “tak kerja pun ada duit” (i.e. #FinancialFreedom), setidak-tidaknya saya sudah ada ilmu dan pengalaman membina kekayaan hingga ke tahap itu. Alhamdulillah.

Kalau ianya hilang, saya fikir untuk membinanya kali kedua tidaklah sesukar kali pertama.

Pada saya, kekayaan sebenar bukanlah pada duit dan harta yang kita miliki. Sebaliknya ia ada di dalam diri kita sendiri.

Kekayaan Sebenar Ada Di Dalam Diri

Duit dan harta boleh dicuri, dirampas atau hilang daripada kita.

Tetapi ilmu, pengalaman, kemahiran, sikap, mindset serta cara kita bekerja, ia akan kekal bersama kita.

Itulah magnet yang menarik kekayaan untuk datang kepada kita lagi, dan lagi. InsyaAllah.

Syukur... Sejak musibah itu terjadi pada 30.10.2018, semua harta saya diuruskan sepenuhnya oleh isteri yang saya cintai.

Saya percaya kepada beliau 100%.

Pada saya, mana mungkin saya boleh tidur setiap malam bertahun-tahun lamanya bersama orang yang saya tak percaya. Itu satu pilihan yang gila!

Beri Peluang Untuk Isteri Belajar

Jujurnya saya tak tahu pun berapa banyak duit yang saya ada sekarang. Dan saya pun tak kisah pun berapa banyak duit yang isteri saya mahu belanjakan.

Yang saya tahu ialah, saya akan minta dari dia duit poket kalau saya perlukannya.

Saya biarkan dia uruskan duit-duit dan harta-harta itu supaya dia belajar dan dapatkan pengalaman sendiri.

Bila saya pergi buat selama-lamanya satu hari nanti, dia tahu uruskan dan mengembangkan harta-harta itu, dan terus hidup sebagai orang kaya, insyaAllah.

Kerana kekayaan itu bukan sekadar berada di dalam poketnya, tetapi sudahpun ada dalam dirinya sendiri...

Mindsetnya, ilmunya, dan habitnya. Itulah akan membuatkan kekayaan akan datang lagi, dan lagi... InsyaAllah...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
24 Oktober 2022
27 Rabiul Awwal 1444H

#TabahHadapiMusibah

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>