MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berjaya Beli Tanah Lot Secara Tunai, Ini Rahsia Cikgu Ini!

October 17, 2022

Simpan, bocor, simpan, bocor...

Itu masalah kebanyakkan orang. Dan itulah puncanya kerja sudah bertahun-tahun, tapi tak ada simpanan yang cukup. Hinggakan nak beli apa pun, semuanya nak kena buat loan. Tak boleh menyimpan.

Bukan sahaja perbelanjaan melibatkan kos yang besar, nak beli item sekecil perabot pun nak kena buat hutang - bayar ansuran.

Tapi bila dah tahu pasal emas, dan simpan emas dengan ilmu, hasilnya di luar jangkaan!

Terbaru, saya sangat gembira dapat berita; salah seorang penyimpan emas di bawah bimbingan saya (sejak 2017) iaitu Cikgu Syahrul Mohamed bersama isterinya berjaya beli tanah lot rumah secara tunai, hasil simpanan emas!

More...

Punca Kegagalan Penyimpan Emas

Alhamdulillah, syukur...

Walaupun banyak yang simpan emas, tapi tak semua penyimpan emas itu berjaya simpan emas dalam jumlah yang banyak.

Penyimpan emas amatur asyik mengeluh sahaja dengan harga emas. Harga emas naik, dia susah hati. "Harga emas dah mahal"...

Tapi bila harga emas turun pun dia susah hati! "Beli emas tak untung" katanya...

Sebenarnya bukan emas itu yang bermasalah. Tetapi ialah ilmunya bermasalah. Dia beli emas tanpa ilmu. Beli emas sekadar ikut-ikut orang. Seminar emas tak pernah hadir, bahkan buku tentang emas pun tak pernah baca!

Itulah puncanya jumlah simpanan emas dia tak ke mana-mana.

Menyimpan Emas Bermula Dengan Ilmu

Berbeza dengan situasi Cikgu Syahrul ini. Beliau memulakan simpanan emas dengan ilmu, bukan ikut-ikut orang.

Saya masih ingat kali pertama beliau hadir ke #SeminarSimpanEmas yang saya sampaikan di Public Gold Senawang bersama isterinya pada tahun 2017 dulu.

Itulah titik permulaan beliau celik bagaimana emas dapat membantu mengukuhkan kewangan seseorang. Dari tak mampu menyimpan, hidup dikelilingi hutang, akhirnya bebas hutang dan mampu mempunyai jumlah simpanan yang kukuh.

Habis seminar, beliau beli dan baca #BukuWangEmas sampai khatam berkali-kali!

Hasil ilmu yang beliau dapat, beliau tak simpan seorang diri. Malah beliau aktif mendidik orang lain menyimpan emas sama seperti beliau.

Maksudnya, beliau bukan sahaja ada ilmu tentang emas, tapi beliau sudah obses dengan simpanan emas!

Ada bajet kecil, beli emas. Bila emas sudah banyak, tukarkan kepada aset yang lebih baik. Itu cara bijak untuk kaya dengan emas. Ikuti catatan Cikgu Syahrul DI SINI.

Tip Kaya Dengan Emas

Pengalaman Cikgu Syahrul ini adalah satu daripada banyak testimoni yang saya terima bagaimana emas menjadikan seseorang itu lebih kaya.

"Lebih kaya" maksudnya, (1) jumlah hartanya makin bertambah dan (2) jumlah hutang makin berkurangan.

Kalau simpanan emas itu tak menjadikan seseorang itu lebih kaya, maksudnya dia tak tahu apa yang dia buat. Dia beli emas cuma ikut-ikut orang. Dia fikir, nak kaya dengan emas hanyalah dengan cara "beli harga rendah, dan jual harga tinggi semata-mata".

Kalau dia tahu, sebenarnya ada lebih 10 cara bagaimana emas menjadikan kita lebih kaya sebagaimana saya tulis dalam Buku Wang Emas.

Salah satunya ialah jadikan emas sebagai "simpanan jangka panjang", sekurang-kurangnya untuk dua tahun dan ke atas; antaranya simpanan untuk dijadikan modal beli rumah, simpanan untuk menunaikan haji, simpanan pendidikan anak-anak, bahkan untuk langsaikan hutang pada masa depan.

Cara ini jauh lebih berkesan berbanding simpan duit dalam akaun bank. Dengan simpanan emas, duit kita selamat daripada bocor (dibelanjakan), dan selamat daripada kesan inflasi atau risiko kejatuhan ringgit.

Nilai dan jumlah simpanan kita jauh lebih terjamin dengan emas, insyaAllah.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
15 November 2021
12 Rabiul Akhir 1443H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >