MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berjaya Bina Rumah Sewa Secara Tunai. Ini Kisah En Bashir

March 8, 2023

Menabung emas kena ada matlamat. Barulah kita akan sentiasa bermotivasi dan menabung dengan konsisten. 

Selagi belum mencapai financial freedom (masih lagi kena pergi kerja baru ada pendapatan), fokus kita sepatutnya membina harta yang cukup dulu. Supaya satu hari nanti, kalau kita tak bekerja pun kita tetap ada pendapatan. 

Sebagai contohnya dengan memiliki rumah-rumah sewa. 

More...

Penat berlari di tempat sama

En Bashir, salah seorang murid saya yang masih bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. 

Sebelum kenal dengan saya, beliau memang mempunyai pekerjaan dengan pendapatan yang baik. 

Tapi seperti kebanyakan orang, beliau telahpun bekerja bertahun-tahun tetapi tidak ada tabungan. Pendapatan meningkat, perbelanjaan bulanan pun meningkat juga.

Yang meningkat hanyalah jumlah perbelanjaan dan komitmen hutang sahaja.

Kesedaran menabung dan bina harta

Waktu dia mula-mula ikuti ilmu-ilmu yang saya sampaikan tentang kewangan, barulah dia sedar yang dia kena buat sesuatu. Supaya dia tidak lagi penat berlari di tempat yang sama.

Dia mula menabung emas. Dengan tabungan emas, dia dapat selesaikan masalah boros berbelanja dan duit simpanan yang sentiasa bocor.

Bila ilmu makin bertambah, beliau mula letakkan matlamat untuk memiliki rumah-rumah pelaburan yang boleh menjana cashflow (pendapatan pasif).

Tahun 2019, beliau sudah kenalpasti, untuk membina dua buah rumah sewa (yang boleh menjana pendapatan pasif RM1,000 sebulan), beliau perlukan modal sekitar RM100,000.

Modal RM100,000, tapi pendapatan pasif RM12,000 setahun (RM1,000 sewaan sebulan x 12 bulan). Pulangannya 12% setahun! Sungguh lumayan...

Tapi macam mana nak kumpul duit sampai RM100,000?

Kegagalan banyak orang dalam menyimpan

Ianya mustahil untuk kebanyakan orang, temasuk saya juga.

Ini kerana, bila kita kita nampak jumlah tabungan kita meningkat, mulalah kita akan fikir nak berbelanja macam-macam.

Bila duit sudah ada berpuluh ribu, kereta mulalah meragam nak kena tukar baru. Rumah yang luas sebelum ini mulalah rasa sempit nak kena pindah rumah baru.

Dan macam-macam idea kreatif yang keluar dari kepala kita bila kita nampak kita ada duit.

Akhir sekali, jumlah tabungan tak ke mana-mana juga. Simpan sikit-sikit, lama-lama pun masih sikit!

Bukan emas yang membuatkan kita kaya. Tetapi ilmu. En Bashir bukan menabung emas seperti orang kebanyakan. Tapi beliau konsisten tambah ilmu tentang emas dan kewangan yang team saya G100 Network sediakan.

Beli emas masa depan harga hari ini

Jadi bila ada ilmu tentang emas, En Bashir tak simpan duit tersebut dalam akaun bank, tetapi dengan cara menabung emas secara EPP (Easy Payment Purchase) dengan Public Gold.

EPP ni sebenarnya bukan belian emas secara ansuran. Tetapi beli emas pada masa depan dengan harga hari ini.

Kita boleh kunci harga hari ini, dan buat bayaran secara berjadual sehingga 10 bulan. Bila jumlah bayaran yang terkumpul sudah cukup, barulah kita berakad jual beli dengan Public Gold.

Simpan emas, bukan sahaja duit tak bocor. Tapi jumlah tabungan bertambah dengan cepat.

Paksa diri menabung emas kaedah EPP

Kenapa En Bashir pilih membeli melalui kaedah EPP?

Sebab nak paksa diri menabung.

Banyak orang boleh bayar hutang secara berdisiplin. Tetapi kebanyakan orang tak mampu menabung secara berdisiplin.

Bila buat belian secara EPP, kita terpaksa habiskan 10 kali bayaran untuk elak dikenakan caj pembatalan sebanyak 10% daripada jumlah belian.

Sama macam kita bayar pinjaman beli kereta. Kita terpaksa bayar ansuran pinjaman setiap bulan supaya elak kereta kita tarik.

Pada awal tahun 2023, beliau berjaya membina dua buah rumah sewa dan berjaya disewakan dengan kadar sewaan RM1,000 sebulan, bermodalkan 531 gram emas yang beliau membelinya secara EPP dengan Public Gold sejak tahun 2019.

Dan kini, beliau meletakkan matlamat yang baru. Iaitu membina lagi dua buah rumah sewa pada tahun 2025 menggunakan strategi menabung emas kaedah yang sama.

Ikuti kisah kejayaan En Bashir dalam catatan Facebook beliau DI SINI sebagai inspirasi kita bersama, insyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
8 Mac 2023
15 Sya'baan 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>