MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kos Naik Haji Turun 80% Jika Dibayar Dengan Emas!

July 12, 2017

kos haji mekah masjidil haram

Pertama kali terbaca satu poster yang tersebar di internet pada tahun 2010 yang mengatakan kos naik haji semakin murah, saya agak excited tapi tak ambil peduli sangat sebab poster itu ditulis dalam bahasa Indonesia.

Saya fikir, mungkin fakta itu hanya betul mengikut situasi di Indonesia, tidak di Malaysia.

Tetapi lepas hadiri seminar yang disampaikan oleh Pak Herru Wijayadie, iaitu seorang dealer Public Gold Indonesia di bawah mentorship saya, saya rasa sangat excited dan nak buat kajian terperinci dalam konteks di Malaysia. 

Lepas beberapa bulan balik dari Jakarta, saya pun terlupa lagi.

Sehinggalah seorang dealer Public Gold di bawah mentorship saya di Malaysia buat posting di Facebook tentang kos pergi haji di Malaysia tahun 2017 lebih rendah berbanding tahun 2000, maka saya pun rasa tak tahan.

Saya mesti buat kajian lebih terperinci.

Kos Haji Turun 80% Lepas 30 Tahun!

Maka bila saya semak sendiri berita-berita lama tentang kos menunaikan haji untuk jemaah di Malaysia, memang betul ianya semakin menurun.

Bahkan lebih mengejutkan, kos menunaikan haji jemaah Malaysia turun sebanyak 80% dalam tempoh 30 tahun kalau ianya dibayar dengan emas!

Ini fakta yang saya dapat:

Pada tahun 1998, kos menunaikan haji untuk jemaah dari Malaysia ialah sebanyak 267 gram emas, tetapi pada tahun 2017 (iaitu selepas 20 tahun), kos menunaikan haji menurun kepada 56 gram emas sahaja! Penurunan sekitar 80%! Fakta ini benar-benar mengejutkan saya.

1998 – RM8,000 (RM30/g) = 267 gram

1999 – RM8,131 (RM35/g) = 232 gram

2000 – RM8,585 (RM38/g) = 225 gram

2002 – RM9,445 (RM42/g) = 224 gram

2011 – RM9,980 (RM147/g) = 68 gram

2017 – RM9,980 (RM180/g) = 56 gram

Simpan 60 Gram Emas Sebagai Dana Haji

Jadi siapa nak buat simpanan pergi haji, simpan dalam bentuk emas jauh lebih baik daripada simpan dalam bentuk tunai di bank.

Berdasarkan fakta ini, siapa simpan emas akan lebih cepat mampu pergi haji berbanding yang simpan dalam bentuk duit kertas.

Saya syorkan, letak target simpan 60 gram emas sebagai Dana Haji. Simpan 1 gram 1 bulan dari sekarang, lagi 5 tahun simpanan tu akan cukup 60 gram.

Kalau stastik menunjukkan kos haji semakin murah kalau dibayar dengan emas, maka saya percaya, nilai 60 gram emas tu cukup untuk pergi haji lepas 5 tahun akan datang, insyaAllah.

Menabung 1 Gram 1 Bulan

Tapi kalau tempoh giliran pergi haji masih panjang, teruskan simpan sahaja 1 gram 1 bulan sebagai Dana Haji.

Saya diberitahu oleh sahabat saya yang biasa bawa jemaah haji katanya, kalau ada RM40,000, boleh pergi sendiri jer. Tak perlu tunggu giliran yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji.

Maksudnya kalau Dana Haji yang disimpan dalam bentuk emas itu dah cukup 230 gram hari ini (iaitu bersamaan nilai RM40,000), dah boleh pergi sendiri tanpa perlu tunggu giliran yang ditetapkan oleh Tabung Haji, insyaAllah.

Cara Termudah Simpan Emas

Bagi yang nak menabung emas 1 gram 1 bulan sebagai Dana Haji, cara paling murah dan paling mudah di Malaysia ialah melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh Public Gold.

Boleh beli secara online dengan bajet serendah RM100 sahaja setiap kali belian tanpa perlu keluar rumah.

Emas itu nanti boleh dikeluarkan untuk disimpan sendiri pada bila-bila masa (kalau nak pegang emas tu sendiri).

Dan yang paling penting, kaedah simpanan ini telahpun disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors yang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Syariah bagi Bank Negara Malaysia (BNM).

Zulkifli
Damansara Damai
12 Julai 2017
18 Syawal 1438H

Sumber rujukan :
(1) Utusan Malaysia - Tabung Haji disaran turun kos naik haji

(2) Mstar - Kos haji kekal, bilik lebih besar
(3) Gold Price History
(4) Index Mundi - Gold Monthly Price - Malaysian Ringgit per Troy ounce

Bayaran haji 2024 (Sumber : FB Tabung Haji)

Faktor kenaikan kos haji 2024 (Sumber : FB Tabung Haji)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Terima kasih Tuan Zulkifli. Pergi haji di awal usia sememangnye dalam vision board saya. Tak sangka dengan cara akaun emas GAP ni saya boleh menyimpan emas dengan mudah. Baru register sebelum raya haritu & urusan pembelian emas dengan akaun GAP sgt mudah. Dah register utk adik beradik & tambah utk anak2 ..mmg sangat mudah. Semoga Tuan & family dikurniakan rezeki yg melimpah ruah sebab kongsi ilmu yg bermanfaat ni.

    • Sama-sama Pn. Fadzilah Hussin.

      Alhamdulillah. Akaun Emas GAP memang memudahkan semua untuk simpan emas.

      Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati Pn.Fadzilah sekeluarga juga, amiin ya Allah.

    • Sama-sama En. Zamree.

      Saya rasa kos haji per person semakin murah disebabkan:

      1. Semakin ramai jemaah haji Malaysia dari tahun ke tahun
      2. Jumlah subsidi kerajaan untuk jemaah haji di Malaysia

      Cuma dalam bentuk ringgit, ianya semakin meningkat disebabkan ringgit jatuh dan kuasa beli duit kertas yang sememangnya semakin merosot. Sebab tu, kalau diukur dalam bentuk emas, kos haji sebenarnya turun 80% berbanding 20 tahun yang lalu.

      Ia fakta yang agak mengejutkan.

  • Alhamdulillah. Kalau ikut gram ni, boleh dah gi haji. Tapi masih belum dijemput. Takpa, in shaa Allah istiqamah simpan lagi,nanti leh gi sendiri.

  • Nampak memang sama sahaja harga kos haji dengan menggunakan RM kalau beli emas sekaligus. Tapi kalau menyimpan emas dari sebulan ke sebulan selama beberapa tahun sememangnya lebih untung dengan emas.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >