MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rupa-rupanya Dia Tak Tahu, Jangan Cepat Menghukum Anak Kecil

July 10, 2017

Rupa-rupanya dia tak tahu...

Anak saya yang darjah satu, sekali dia mandi boleh habis separuh botol body wash ni. Mandi sambil main kot saya fikir... 

Jadi kami selalu marah kalau dia habiskan sabun. Kami fikir, dia membazirkan sabun...

Tapi semalam masa anak saya tu tengah mandi, satu rumah bau sabun. Biasanya kami bagi sabun ketul je, tapi semalam dia dapat body wash ni.

Saya terus buka bilik mandi, body wash yang pekat tu penuh atas kepala dan badan dia. Dia tengah mandi tapi badan dan rambut dia masih kering! 

Tak tahu guna shampoo

Owh, baru saya faham... Sebenarnya dia betul-betul nak mandi.

Dia letakkan sabun banyak-banyak atas badan dan atas kepala supaya berbuih. Selagi tak berbuih, dia letak lagi... Dia tak tahu, kena basahkan badan dan rambut dulu sebelum letak sabun...

Saya tak marah dia. Rupa-rupanya selama ni dia bukan main sabun, tapi dia tak tahu guna sabun tu.... Patut la cepat habis sabun tu kalau terlepas bagi dia...

Dengan anak-anak ni, kekadang kita terlepas pandang. Kita rasa benda tu remeh je. Dan mungkin kita marah-marah dia sebab tak buat ikut expectation kita.

Tapi kita lupa, kita tak pernah ajar cara yang betul kepada dia...

Beri peluang mereka belajar  

Saya fikir, anak-anak ni kena adakan sessi taklimat urus diri dan urus rumah...

Kalau pun mereka dah tahu, at least kita semak balik apa yang mereka buat tu dah capai standard yang betul atau belum... 

Termasuk juga amalan-amalan mereka seperti solat... 

Zulkifli
Damansara Damai
10 Julai 2017
15 Syawal 1436H

#TipIbubapa #TipParenting

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>