28 Ramadhan 1444H antara titik paling manis dalam hidup En Azlan. Iaitu hari di mana dia bebas dari segala beban hutang. Iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah miskin.
Itulah apa yang saya rasai dulu. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan betapa happynya waktu bebas dari segala beban hutang pada tahun 2007, ketika usia saya 27 tahun... Dan kekal hidup sebagai seorang yang bebas dari segala beban hutang sampai sekarang. Alhamdulillah...
More...
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah...
Ini cerita ringkas tentang En Azlan;
- Pinjaman asal berjumlah RM89,000.
- Lepas 10 tahun pinjaman, dia buat refinancing dari RM89,000 menjadi RM160,000. Kononnya nak ada duit tunai di tangan. Itu kesilapan yang banyak orang buat sebab refinancing macam tu sebenarnya bertambah beban hutang. Bukannya "cash-out keuntungan" macam mereka yang melabur dalam hartanah.
- Bayaran pinjaman RM765 sebulan. Kalau bayar ikut jadual sampai habis, jumlah bayaran RM540,000.
- Lepas kenal emas, dia mula menabung emas secara konsisten. Setiap kali dapat gaji, duit bonus, moratorium dan insentif sebagai dealer Public Gold, dia tukarkan kepada emas.
- Bila mula menabung emas, tabungan tak lagi bocor. Setiap bulan dia pastikan tabungan emas dia bertambah. Tak pernah terfikir pun saja-saja nak jual.
- Bila nak bayar zakat, sedar-sedar jumlah tabungan emas dia cukup untuk buat full-settlement loan rumah. Jadi dia letak target, kalau harga emas cecah RM300 per gram, dia akan jual emas tersebut dan tutup hutang!
- Syukur alhamdulillah, harga emas betul-betul naik melepasi RM300 per gram. Jadi dia jual sebahagian besar (beratus gram) emas dan bayar loan rumah sepenuhnya!
- En Azlan dapat jimat lebih RM300,000. Dan hasil cashflow yang lebih baik, dia dapat tambah bajet tabungan emas kepada RM1,600 setiap bulan. Untuk pastikan dia menabung secara konsisten, En Azlan plan nak menabung melalui GAP Auto-Debit bersama Public Gold.
- Dengan lebihan cashflow yang dia dapat, En Azlan plan nak kembangkan kekayaan "beli 1 rumah 1 tahun" dalam program Gold-Property Pairing (GPP) Project yang dikelolakan oleh G100. Kumpul emas, miliki hartanah.
Sahabat pembaca boleh ikuti catatan penuh kisah beliau terus di Facebook En Azlan sendiri.
Mudah-mudahan ia jadi inspirasi buat kita semua.
InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
19 April 2023
28 Ramadhan 1444H
- Bermula dengan menabung emas, akhirnya En Azlan berjaya dapat rumah percuma! - FB Azlan (2023)
- Bermula dengan menabung emas, akhirnya En Azlan dah bebas hutang, beli rumah pelaburan dan ambil VSS macam terima duit bonus! - FB Azlan (2024)
- Orang lain takut dapat VSS. Tapi bagi siapa yang bersedia, VSS tu bonus! - FB Azlan (2024)
- Pn Nurizaty berjaya kumpul duit deposit beli rumah banglo hasil 'paksa' diri menabung emas - FB Nurizaty (2020)
- Loan rumah Pn Nurizaty lulus dengan sokongan statement Akaun Emas GAP - FB Nurizaty (2018)
- Teacher Ashinida berjaya settlekan personal loan hasil menabung emas selama 3 tahun - FB Ashinida (2022)
“Simpan emas, bila cukup jumlahnya terus jual untuk tutup hutang. Bukan ke lebih baik simpan duit dalam akaun bank, bila cukup terus bayar? Betul. Teorinya simpan dalam akaun bank pun baik. Tapi realitinya duit tu mudah bocor. Akhirnya simpanan emas juga lebih berkesan.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 8 Mac 2024
Pengalaman yang baik dikongsi
Alhamdulillah. Mudah-mudahan menjadi inspirasi untuk kita. insyaAllah.