[Kemaskini 11 April 2024]
Dulu saya pernah buat 'simpanan' insuran (takaful) untuk dana pendidikan anak-anak (sebagai persediaan anak-anak masuk universiti). Tapi bila buat kira-kira, saya nampak kerugian pada surrender value.
Kalau batalkan polisi insuran tu separuh jalan, saya rugi sebab sebahagian besar caruman bulanan takaful tu 'dimakan' oleh “wakalah fee” - caj takaful.
Kalau kita bayar RM100, sebahagian caruman tu pihak takaful dah potong siap-siap sebagai caj. Jumlah sebenar yang kekal sebagai simpanan tak sampai pun RM100.
Jadi belum apa-apa lagi kita dah rugi...
Kuasa beli makin menurun
Yang kedua, dalam projection (anggaran) yang dibuat oleh kebanyakkan ejen insuran, bila sampai tempoh matang, selalunya jumlah simpanan memang cukup kalau kita kira berdasarkan kos pendidikan HARI INI.
Tapi bila ambil kira dari sudut KUASA BELI, ianya mustahil mampu tanggung kos pendidikan untuk 18 TAHUN AKAN DATANG!
RM35,000 hari ini tak sama kuasa belinya berbanding 10 tahun akan datang.
Kalau RM35,000 cukup untuk kos pengajian universiti hari ni, jumlah yang sama confirm tak mampu lagi tanggung kos pengajian universiti lagi 18 tahun akan datang.
Jadi saya buat keputusan, tak perlu simpan duit dalam takaful untuk dana pendidikan anak-anak. Yang penting ambil polisi PROTECTION (perlindungan) untuk kami suami isteri.
Kalau berlaku musibah kepada kami, kami dah ada cover insuran. Bila coverage untuk kami dah cukup, insyaAllah anak-anak selamat.
Untuk dana pendidikan anak-anak, saya tukar kepada Tabung Haji.
Nombor bertambah, nilai menurun
Tapi bila saya dapat tahu bagaimana emas dapat KEKALKAN KUASA BELI dalam jangka panjang, saya fikir, simpanan Tabung Haji pun tak mampu 'kejar' NILAI MASA DEPAN sebagaimana emas.
Duit yang kita simpan tetap dimakan inflasi setiap tahun.
Walaupun lepas ambil kira dividen, saya rasa ia masih tak berbaloi. Itu belum kira lagi faktor ketidaktentuan ringgit yang sentiasa merosot saban tahun.
Dari sudut nombornya memanglah makin bertambah, tetapi KUASA BELINYA jatuh dari tahun ke tahun.
Kita ambil contoh mudah, zaman 80-an dahulu, budak sekolah bawa duit 50 sen pun dah cukup untuk makan kenyang di sekolah. Sepinggan nasi harganya baru 30 sen. Jadi dengan berbekalkan 50 sen tu, cukup untuk nasi sepinggan, air minuman dan makan sebiji kuih!
Mengekalkan kuasa beli dengan emas
Tapi hari ini berbeza...
Sepinggan nasi lemak di sekolah, sekurang-kurangnya RM1.50. Secawan air sirap 50 sen, bahkan ada yang jual sampai RM1.00. Jadi kalau dulu bekal 50 sen, hari ini sekurang-kurangnya RM3.00. Barulah padan untuk anak-anak bawa ke sekolah.
Maksudnya, kosnya meningkat 5 kali ganda! Dengan kata lain, kuasa beli duit kertas telahpun susut 80% dalam tempoh 30 tahun! Kita memerlukan lebih banyak duit untuk mendapat barang yang sama...
Jadi untuk selamatkan NILAI masa depan, simpan emas lebih baik.
Seperti yang saya selalu cerita; 1 dinar (4.25 gram) mampu beli seekor kambing pada zaman 1,400 tahun yang lalu. Tetapi hari ini, harga 1 dinar sekitar RM750, masih mampu membeli seekor kambing.
Emas terbukti mengekalkan kuasa beli sejak 1,400!
Perbandingan antara dinar dan kambing adalah contoh bagi memudahkan kita faham bagaimana dikatakan emas mengkekalkan kuasa beli. Zaman Nabi dulu, 1 dinar mampu beli seekor kambing. Lepas 1,400 tahun, ia masih mampu beli seekor kambing.
Simpan Emas Untuk Dana Pendidikan
Kalau kita ambil teori yang sama, maksudnya, cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini.
Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6,500 setahun, darab 5 tahun pengajian. Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500.
Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 – RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai 210 – 240 gram emas.
Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 – 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. Dan simpanan itu kalis inflasi.
Pendek kata, 216 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak pada masa depan walauapapun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak kita tak perlu ambil pinjaman PTPTN macam kita, insyaAllah... ☺
Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 216 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM37,800 (RM175 x 216 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN.
Cara terbaik menabung 1 gram 1 bulan
Persoalan seterusnya, di mana nak beli emas 1 gram ini?
Untuk makluman sahabat pembaca, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal.
Kalau nak dapatkan kepastian, cuba singgah di kedai-kedai emas dan tanya harga “sekeping gold bar 1 gram” (bukan tanya “harga per gram” ya).
Saya pasti harganya sekarang RM200 ke atas walaupun harga per gram emas hanyalah sekitar RM180 sahaja sekarang!
Berdasarkan pemerhatian saya, cara terbaik untuk beli emas “1 gram 1 bulan” buat masa sekarang hanyalah di Public Gold melalui akaun emas Gold Accumulation Program (GAP).
Akaun Emas GAP Junior
- Boleh menabung bajet serendah RM100. RM100 tu jadi gram emas ketulenan 999.9 mengikut harga semasa, dalam 4 titik perpuluhan.
- Boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri. Item paling kecil gold bar 1 gram.
- Tak ada syarat wajib menabung setiap bulan. Boleh beli atau jual bila-bila masa.
- Boleh buat belian secara online sahaja melalui mobile apps. Transaksi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
- Kalau nak keluarkan item emas, boleh arahkan sistem poskan terus emas sampai ke rumah guna servis pos berinsuran.
- Bayi umur seminggu pun boleh buka akaun emas sendiri, asalkan ada surat beranak sahaja. Ibu atau bapa (salah seorang) akan jadi pemilik akaun bersama.
Dapatkan maklumat lanjut di sini:
Bagi penyimpan emas yang berdaftar terus di bawah dealership saya, saya sediakan support group dan bagi bimbingan cara tingkatkan tabungan emas dengan cepat.
Bukan emas menjadikan kita kaya, tapi ilmu. Sejauh mana emas dapatkan menjadikan kita lebih kaya, ia bergantung sejauh mana ilmu kita tentang emas. Bahkan emas tu sendiri tak bernilai tanpa ilmu...
Wallahu a’lam.
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
Terbaik Tn Zul.
Alhamdulillah..
Tn Zul,
simpanan anak saya sdah ada 26 g gold, yang baru berumur 2 tahun setengah… so kira2 RM4,732(mengikut nilai semasa)… so bagi saya amat bertuah kenal public gold… kalo saya simpan duit d bank belom tentu dapat nilai mcm tu.
MasyaAllah… Alhamdulillah.
Saya setuju benar. Emas adalah penyimpan nilai yang ampuh. Emas kalis inflasi dan kuasa beli dapat dikekalkan.
Emas sesuai untuk simpanan long term seperti education anak-anak dan simpanan persaraan kita. Thumb up. Salam.
Wslm En. Taufik.
Terima kasih en zul atas perkongsian
Sama-sama En. Asraf.
Terima kasih Tuan Zul atas ilmu yang dikongsi.
Saya ada 1 soalan untuk situasi berikut :
Seorang bapa apa telah mencarum dalam protection Medical Card & Life tetapi mereka TIDAK mencarum dalam Takaful Pendidikan anak-anak kerana memilih untuk membeli emas seperti idea Tuan di atas.
Katakan, beliau dan isterinya ditakdirkan meninggal dunia pada tahun pertama pelaburan itu dibuat.
Adakah caruman takaful Life & pelaburan emas yang dibuat cukup untuk melindungi tabung pendidikan anak-anak yang ditinggalkan?
Pada kefahaman saya, simpanan emas yang dibuat tidak mampu untuk melindungi tabung pendidikan anak-anak kerana tempoh simpanan yang terlalu singkat.
Tak ada masalah. Sebab Life Policy (bukan Medical Card) tu boleh digunakan sebagai modal untuk cover kos pendidikan anak-anak jika berlaku musibah. Hasil claim life policy tu, boleh digunakan samada untuk membeli emas, atau kalau jumlahnya besar, boleh digunakan untuk membeli rumah sewa yang boleh ‘dicairkan’ bila anak sudah capai umur 18 tahun nanti.
Jadi apa yang penting, cover life policy tu mesti cukup. Tak ada education policy pun tak ada masalah sebab yang paling penting ialah coverage ibu / bapa / penjaga sebab itu sumber pergantungan anak-anak dari sudut kewangan.
Salaam,
Kalau nak beli dinar untuk simpanan, lebih baik beli dari pengeluar atau pada rakan-rakan yang jual murah sedikir dari harga pasaran ye cik Zul?
Wslm Pn. Eva,
Untuk dapatkan emas terbaik, kena semak 5 kriteria penting. Boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .
Assalamualaikum En Zul
Saya perhatikan dalam tempoh sebulan ni harga di website PG untuk 1 dinar turun dan naik setiap jam/hari, tapi harga 1 g LBMA goldbar tetap tak berubah. Kenapa ya?
ps: Terima kasih atas perkongsian. Blog ini sangat bermanfaat dan patut dibaca oleh semua terutama anak muda yang baru bekerjaya. Jazakallahu khayr.
Wslm Pn. Zie,
Harga gold bar 1 gram (bahagian bawah dekat “suggested retail price”) memang fixed kecuali berlaku perubahan mendadak harga emas. Kalau item yang lain disemak mengikut real time harga emas dunia. Kalau puan nak dapat harga murah untuk gold bar 1 gram, beli sahaja ikut akaun emas GAP. Baca artikel saya di link http://www.bit.ly/beliemasgap
Salam Encik.
Kenapa PG letakkan retail price yang lebih mahal harga per gramnya? Bukankah lebih senang follow harga daily market?
Wslm Pn. Rose,
Retail price tu untuk item yang kecil-kecil sahaja atas beberapa tujuan. Nak dapat murah, beli melalui akaun emas GAP je.
Assalam En Zul,
1. Jika saya sudah mempunyai akaun GAP, tetapi mahu menukar kepada nama anak, bagaimanakah caranya?
2. Sekiranya saya ada 4 org anak, adakah perlu membuka 4 akaun GAP lain2 ataupun hanya satu akaun shj?
Wslm Pn. Lila,
1. Tak boleh tukar nama kepada anak, kecuali bila berlaku kematian.
2. Itu terpulang kepada puan.
[…] Posted from: http://www.mohdzulkifli.com/2016/03/simpan-emas-untuk-pendidikan-anak-anak.html […]
assalam tuan,
saya ingin bertanya sekiranya kite membuat pinjaman a-rahnu di bank rakyat dan kite tidak membuat bayaran simpanan dan tidak menuntut barang kemas tersebut adakah kita akan di senarai hitam di dalam CCRIS.sekadar inginkan pencerahan.
Wslm Pn. Nona,
Kalau tak dapat bayar pinjaman tu, ia akan menjejaskan rekod CCRIS.
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
[…] Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak […]
bagus nih simpan utk jamin masa hadapan anak2…
[…] Ainin, Tuan Zulkifli Shafie berkongsi pengalaman dan pendapatnya menerusi artikel beliau mengapa beliau mengutamakan emas sebagai platform simpanan untuk wang anak-anaknya berbanding […]