Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak

by on March 8, 2016

Post image for Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak

Untuk dana pendidikan anak-anak, saya pernah buat simpanan dalam insuran (takaful). Tapi bila saya buat kira-kira, saya nampak kerugian pada surrender value. Kalau saya batalkan polisi insuran tu separuh jalan, saya rugi sebab sebahagian besar caruman bulanan takaful saya dimakan oleh “wakalah fee”.

Yang kedua, dalam projection yang dibuat oleh kebanyakkan ejen insuran, bila sampai tempoh matang, selalunya nilai simpanan memang cukup kalau dikirakan kos pendidikan HARI INI, tetapi bila kita ambil kira KUASA BELI, ianya mustahil mampu untuk tanggung kos pendidikan untuk 18 TAHUN AKAN DATANG! RM35,000 hari ini tak sama kuasa belinya berbanding 10 tahun akan datang.

Jadi saya buat keputusan, tak perlu simpan duit dalam takaful kalau untuk pendidikan anak-anak. Yang penting ialah ambil polisi PROTECTION untuk kami suami isteri. Kalau berlaku musibah kepada kami, kami dah ada cover insuran. Bila kami dah cover, insyaAllah anak-anak selamat. Dana SIMPANAN untuk pendidikan, saya tukar kepada Tabung Haji.

Kuasa Beli vs Peningkatan Nombor

Tetapi bila saya dapat tahu bagaimana emas dapat MENGEKALKAN kuasa beli dalam jangka panjang, saya fikir, simpanan Tabung Haji tak mampu kejar NILAI MASA DEPAN sebagaimana emas. Duit yang kita simpan tetap dimakan inflasi setiap tahun. Walaupun lepas ambil kira dividen, saya rasa ia masih tak berbaloi. Itu belum kira lagi faktor ketidaktentuan ringgit. Dari sudut nombornya pasti bertambah, tetapi KUASA BELINYA jatuh dari tahun ke tahun.

Kita ambil contoh mudah, seingat saya zaman 80-an dahulu, budak sekolah bawa duit 50 sen pun dah cukup untuk makan kenyang di sekolah. Sepinggan nasi harganya baru 30 sen. Jadi dengan berbekalkan 50 sen tu, cukup untuk nasi sepinggan, air minuman dan makan sebiji kuih!

Mengekalkan Kuasa Beli Dengan Emas

Tetapi hari ini berbeza. Sepinggan nasi lemak di sekolah, sekurang-kurangnya RM1.50. Secawan air sirap 50 sen, bahkan ada yang jual sampai RM1.00. Jadi kalau dulu bekal 50 sen, hari ini sekurang-kurangnya RM3.00. Barulah padan untuk anak-anak bawa ke sekolah. Maksudnya, kosnya meningkat 5 kali ganda! Dengan kata lain, kuasa beli duit kertas telahpun susut 80% dalam tempoh 30 tahun! Kita memerlukan lebih banyak duit untuk mendapat barang yang sama

Jadi untuk selamatkan NILAI masa depan, simpan emas lebih baik. Seperti yang saya selalu cerita, bagaimana 1 dinar (4.25 gram) mampu beli seekor kambing pada zaman 1,400 tahun yang lalu. Tetapi hari ini, harga 1 dinar sekitar RM750, masih mampu membeli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa beli sejak 1,400!

1 dinar 1 ekor kambingPerbandingan antara dinar dan kambing adalah contoh bagi memudahkan kita faham bagaimana dikatakan emas mengkekalkan kuasa beli. Zaman Nabi dulu, 1 dinar mampu beli seekor kambing. Lepas 1,400 tahun, ia masih mampu beli seekor kambing.

Simpan Emas Untuk Dana Pendidikan

Kalau kita ambil teori yang sama, maksudnya, cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini. Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6,500 setahun, darab 5 tahun pengajian. Maka jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 – RM40,000 pada hari ini. Ia bersamaan nilai 210 – 240 gram emas.

Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 – 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu. Dan simpanan itu kalis inflasi. Pendek kata, 216 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walauapapun berlaku kepada ekonomi dan ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita. ☺

gold bar 1 gram lbma public gold new bornKalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 216 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM37,800 (RM175 x 216 gram). Ia cukup untuk kos pengajian universiti tempatan tanpa perlu pinjaman PTPTN.

Cara Terbaik Simpan 1 Gram

Persoalan seterusnya, di mana nak beli emas 1 gram ini?

Untuk makluman sahabat pembaca, gold bar 1 gram harga per gramnya sangat mahal. Ini disebabkan kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal. Kalau nak dapatkan kepastian, cuba singgah di kedai-kedai emas dan tanya harga “sekeping gold bar 1 gram” (bukan tanya “harga per gram” ya). Saya pasti harganya sekarang RM200 ke atas walaupun harga per gram emas hanyalah sekitar RM180 sahaja sekarang!

Berdasarkan pemerhatian saya, cara terbaik untuk beli emas “1 gram 1 bulan” buat masa sekarang hanyalah di Public Gold melalui akaun emas Gold Accumulation Program (GAP), atau akaun emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH).

Walaupun ia akaun emas, tetapi kedua-duanya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang. Kita boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).

Untuk maklumat lanjut tentang, GAP Public Gold dan perbandingannya dengan KFH, boleh baca DI SINI. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
8 Mac 2016
29 Jamadil Awal 1437H

(Kredit foto : 123rf)

{ 20 comments… read them below or add one }

1 fauzi March 8, 2016 at 10:21 am

Terbaik Tn Zul.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie March 8, 2016 at 10:42 am

Alhamdulillah..

Reply

3 fauzi March 8, 2016 at 11:47 am

Tn Zul,

simpanan anak saya sdah ada 26 g gold, yang baru berumur 2 tahun setengah… so kira2 RM4,732(mengikut nilai semasa)… so bagi saya amat bertuah kenal public gold… kalo saya simpan duit d bank belom tentu dapat nilai mcm tu.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie March 8, 2016 at 11:57 am

MasyaAllah… Alhamdulillah.

Reply

5 Taufik Mansor March 9, 2016 at 5:09 am

Saya setuju benar. Emas adalah penyimpan nilai yang ampuh. Emas kalis inflasi dan kuasa beli dapat dikekalkan.

Emas sesuai untuk simpanan long term seperti education anak-anak dan simpanan persaraan kita. Thumb up. Salam.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie March 9, 2016 at 5:47 am

Wslm En. Taufik.

Reply

7 asraf March 9, 2016 at 10:12 am

Terima kasih en zul atas perkongsian

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie March 9, 2016 at 12:21 pm

Sama-sama En. Asraf.

Reply

9 Tengku Syahmi March 9, 2016 at 12:57 pm

Terima kasih Tuan Zul atas ilmu yang dikongsi.

Saya ada 1 soalan untuk situasi berikut :

Seorang bapa apa telah mencarum dalam protection Medical Card & Life tetapi mereka TIDAK mencarum dalam Takaful Pendidikan anak-anak kerana memilih untuk membeli emas seperti idea Tuan di atas.

Katakan, beliau dan isterinya ditakdirkan meninggal dunia pada tahun pertama pelaburan itu dibuat.

Adakah caruman takaful Life & pelaburan emas yang dibuat cukup untuk melindungi tabung pendidikan anak-anak yang ditinggalkan?

Pada kefahaman saya, simpanan emas yang dibuat tidak mampu untuk melindungi tabung pendidikan anak-anak kerana tempoh simpanan yang terlalu singkat.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie March 9, 2016 at 7:24 pm

Tak ada masalah. Sebab Life Policy (bukan Medical Card) tu boleh digunakan sebagai modal untuk cover kos pendidikan anak-anak jika berlaku musibah. Hasil claim life policy tu, boleh digunakan samada untuk membeli emas, atau kalau jumlahnya besar, boleh digunakan untuk membeli rumah sewa yang boleh ‘dicairkan’ bila anak sudah capai umur 18 tahun nanti.

Jadi apa yang penting, cover life policy tu mesti cukup. Tak ada education policy pun tak ada masalah sebab yang paling penting ialah coverage ibu / bapa / penjaga sebab itu sumber pergantungan anak-anak dari sudut kewangan.

Reply

11 Eva March 10, 2016 at 10:29 am

Salaam,

Kalau nak beli dinar untuk simpanan, lebih baik beli dari pengeluar atau pada rakan-rakan yang jual murah sedikir dari harga pasaran ye cik Zul?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie March 10, 2016 at 10:45 am

Wslm Pn. Eva,

Untuk dapatkan emas terbaik, kena semak 5 kriteria penting. Boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

Reply

13 Zie March 21, 2016 at 9:25 am

Assalamualaikum En Zul

Saya perhatikan dalam tempoh sebulan ni harga di website PG untuk 1 dinar turun dan naik setiap jam/hari, tapi harga 1 g LBMA goldbar tetap tak berubah. Kenapa ya?

ps: Terima kasih atas perkongsian. Blog ini sangat bermanfaat dan patut dibaca oleh semua terutama anak muda yang baru bekerjaya. Jazakallahu khayr.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie March 21, 2016 at 10:41 am

Wslm Pn. Zie,

Harga gold bar 1 gram (bahagian bawah dekat “suggested retail price”) memang fixed kecuali berlaku perubahan mendadak harga emas. Kalau item yang lain disemak mengikut real time harga emas dunia. Kalau puan nak dapat harga murah untuk gold bar 1 gram, beli sahaja ikut akaun emas GAP. Baca artikel saya di link http://www.bit.ly/beliemasgap

Reply

15 rose April 3, 2016 at 1:45 am

Salam Encik.

Kenapa PG letakkan retail price yang lebih mahal harga per gramnya? Bukankah lebih senang follow harga daily market?

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie April 5, 2016 at 7:06 am

Wslm Pn. Rose,

Retail price tu untuk item yang kecil-kecil sahaja atas beberapa tujuan. Nak dapat murah, beli melalui akaun emas GAP je.

Reply

17 lila March 30, 2016 at 9:25 am

Assalam En Zul,

1. Jika saya sudah mempunyai akaun GAP, tetapi mahu menukar kepada nama anak, bagaimanakah caranya?
2. Sekiranya saya ada 4 org anak, adakah perlu membuka 4 akaun GAP lain2 ataupun hanya satu akaun shj?

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie March 30, 2016 at 10:53 am

Wslm Pn. Lila,

1. Tak boleh tukar nama kepada anak, kecuali bila berlaku kematian.

2. Itu terpulang kepada puan.

Reply

19 nona April 18, 2016 at 12:29 pm

assalam tuan,
saya ingin bertanya sekiranya kite membuat pinjaman a-rahnu di bank rakyat dan kite tidak membuat bayaran simpanan dan tidak menuntut barang kemas tersebut adakah kita akan di senarai hitam di dalam CCRIS.sekadar inginkan pencerahan.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie April 18, 2016 at 6:02 pm

Wslm Pn. Nona,

Kalau tak dapat bayar pinjaman tu, ia akan menjejaskan rekod CCRIS.

Reply

Leave a Comment

{ 15 trackbacks }

Previous post:

Next post: