
[Kemaskini 6 September 2017] Mudahnya simpan emas melalui akaun emas GAP Public Gold. Walaupun nampak sama seperti Akaun Emas di bank, tetapi ia jauh berbeza sebab kita BOLEH KELUARKAN EMAS FIZIKAL pada bila-bila masa. Lagi bagus, anak umur bawah 18 tahun pun kita boleh bukakan akaun untuknya dalam bentuk AKAUN BERSAMA dengan ibu / bapa.
Dengan adanya kaedah ini, kita boleh tukar simpanan pendidikan anak-anak daripada simpanan DUIT di bank kepada simpanan EMAS dalam Akaun Emas GAP. Kalau simpan 1 gram sebulan (secara konsisten) untuk anak yang baru lahir, pada umur 18 tahun, dia sudah memiliki 216 gram! Dan saya percaya nilai 216 gram emas mampu menampung sebahagian besar kos untuk pendidikan universiti tempatan 18 tahun akan datang, insyaAllah.
Pada saya, simpanan emas melalui Akaun Emas GAP ini sangat bagus sebab:
1. Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang.
Anologi mudah, masakan kuih Karipap Makcik Bedah pun pasti naik harganya dalam jangka panjang, inikan pula emas!
2. Elakkan daripada terguna!
Inilah yang sering terjadi. Simpan sikit-sikit, lama-lama masih sikit! Sebab, bila ada saja duit, otak kita akan ligat berfikir untuk belanjakan duit itu. Ada saja yang difikirkan perlu dibeli.
Lepas beli, barulah menyesal… Kita buat keputusan dengan emosi, kemudian kita akan berikan justifikasi dengan logik untuk menyedapkan hati kita. Sebab itu, orang yang simpan duit, memang susah duit itu bertambah dan bertahan lama. Mesti akan bocor juga akhirnya.
Naluri kita pada duit adalah untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan.
Berbeza dengan emas.
Naluri kita pada emas adalah untuk disimpan dan dikumpul dengan banyak. Kalau anda kenal penyimpan emas, majoriti mereka sudah ketagih menyimpan emas! Ketagihan yang baik… Ketagihan yang membuatkan dia lebih kaya, alhamdulillah…
Cara Buka Akaun GAP Anak (Akaun Junior)
Akaun Junior ini khusus untuk anak bawah 18 tahun. Umur bawah 1 tahun pun boleh, asalkan ada MyKid.
Untuk buka akaun GAP untuk anak, ikut langkah ni :
#1 – Masukkan Duit
Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM141, maka masukkan duit genap-genap RM141. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM282 (RM141 x 2 gram).
Harga disemak sehari sekali setiap jam 12.00 malam.
No. akaun 5571 3923 8048 (Maybank), atau 3167 52 0833 (Public Bank), atas nama “Public Gold Marketing Sdn. Bhd”.
#2 – Wassap Maklumat
Wassap maklumat ke 017-4866 916 (no h/phone PG bahagian GAP), taip;
Nama anak
No. ic anak
Nama ibu / bapa
No ic ibu/ bapa
No telefon
Email ANAK (pastikan setiap anak guna email berbeza supaya dapat login web untuk semak GAP Statement nanti)
Jumlah yang dibank in
Tarikh bank in
Masa bank in
Introducer : PG002369 Mohd Zulkifli Shafie (atau sila letak nama dealer anda sendiri, jika ada)
(Attachkan lagi skali slip bayaran tu supaya utk PG sahkn bayaran. Slip bayaran tu kena simpan baik-baik untuk rujukan masa depan)
Contoh bagaimana wassap maklumat bayaran kepada Public Gold. Kaedah pembayaran paling baik ialah online banking seperti maybank2u.
KALAU TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama maklumat dan cc kepada saya ibnushafie@gmail.com untuk memudahkn saya follow up PG (jika perlu)
#3 – Semak GAP Statement
Tunggu PG emailkan “username” untuk login web. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.
(Bila-bila nak keluarkan emas fizikal, datang ke office PG tunjuk i/c & bayar caj premium je. Pastikan call dulu sebelum datang)
Gold bar 1 gram tema “New Born”. Untuk pengeluaran emas fizikal, boleh pilih apa sahaja jenis item gold bar atau dinar, asalkan cukup baki gram dalam Akaun GAP. Untuk lihat foto-foto emas Public Gold, KLIK DI SINI.
Untuk fahami dengan lebih lanjut tentang Akaun Emas GAP, pastikan baca artikel saya di bawah ini sebelum buat pembelian:
- Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
- Cara Tambah Belian GAP Public Gold
- Cara Genapkan Baki Akaun Emas GAP
{ 30 comments… read them below or add one }
MORNING TUAN…
bagaimana pula kalau kes kawan saya ni belum pernah jadi custumer PG tapi trus mau beli emas gap untuk anaknya?kaedah belian sama juga?
Good Morning En. Fernandez,
Kaedahnya sama je. Ikut step ini.
TQVM TUAN..
Sama-sama En. Fernandez.
Assalam..
Kenapa saya xboleh buka artikel tuan passive income rm4000 sebulan dan kedai cendol buka tutup?
Wslm En. Shahrul,
Artikel tu hanya memang bukan untuk bacaan umum.
Terima kasih En Zul. Ini yang saya sedang tunggu!
Sama-sama En. Hassan. Alhamdulillah.
Bila simpan emas ni, cukup haul jangan lupa bayar zakat.
Betul En. Azrai.
Orang Malaysia paling banyak berhutang.
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/03/03/malaysians-have-the-most-debt-in-asia/
Terima kasih En. Azrai atas info ini.
Assalammualaikum tuan. Beberapa hari lepas saya nak buka akaun GAP untuk diri saya, sebelum ni saya ada buka akaun Public Gold tahun lepas. Sekarang teringat balik. Masa tu nak letak nama tuan jadi introducer, tup tup dia kata kena ada no ahli. No ahli kena buat pembelian produk, jadi tak ada cara lain ke selain dari beli produk?
Wslm. En. Hanz wassap saya 019-336 8009. Saya perlukan maklumat lebih jelas untuk bantu selesaikan persoalan En. Hanz.
Slm. Saya dh buka akaun gap anak. Anak dh ade pg kod. Camner nk tambah belian anak. Username tu pg kod anakkan. Passwordnya camner pula. Guna saya punya atau anak. Anak x de pasword lg. Minta pencerahan. Tq
Wslm Pn. Jamilah.
Password biasanya no. ic 12 digit.
Kalau tak dapat juga, kena reset. Ikut step http://www.bit.ly/caralogin.
Dah cuba. Boleh. Terima kasih.
Alhamdulillah..
Salam, akaun GAP ada buku x?
Wslm Pn Masni,
Tak ada. GAP akaun ada GAP Statement yang boleh terus di download daripada website.
Mcm mana cara nak bukak akaun pG untuk saya . Saya cari no wsp tak dapat pon … ni no wsp saya 018 9000 293
Salam.
Pn. Raqina boleh ikut panduan lengkap di http://www.bit.ly/beliemasgap.
Saya tak faham kenapa bila emas naik secara mendadak kita kena lock utk pembelian(kalau berminat nak beli). Bukankah secara teorinya apabila harga naik mendadak adalah masa utk jual bkn beli. Secara logiknya kita beli apabila harga jatuh mendadak, tolong jelaskan ya
Salam,
Dari mana Tuan Tun Haris baca masa harga naik mendadak kena “lock untuk pembelian”?
Kalau Akaun Emas GAP, harga disemak setiap pukul 12.00 malam. Kalau harga emas naik pada siang hari, kita boleh jangka harga GAP akan naik pukul 12.00 malam nanti. Jadi siapa nak buat pembelian, lebih baik lock sebelum harga dinaikkan pada pukul 12.00 malam nanti.
cmna kalo si ibu meninggal encik,adakah akaun pag ini sepenuhnya akan jd milik anak2?
Kalau meninggal, waris boleh tuntut sama macam tuntut duit dalam akaun bank.
Assalamualaikum.
Macam mana kalau saya beli hari ni RM187 segram. Esok saya beli 1 gram lagi dengan harga dah naik jadi RM189. Lusa saya nak keluarkan 2 gram tapi harga emas hari tersebut dah jadi RM200 segram. Saya still boleh keluarkan 2 gram sebab baki saya ada 2 gram emas betul tak, walaupun saya beli masa harga murah.
Wslm En. Nasser,
Betul.
Berapa pun harga naik turun, kalau dah beli 2 gram, tetap 2 gram tu dah jadi milik kita.
apa beza bar dengan dinar
Sama saja dari sudut potensi keuntungan. Harga per gram sama, ketulenan sama, spread pun sama. Bezanya cuma bentuk bulat dan segi empat saja.
{ 2 trackbacks }