MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kewangan Tercekik, Baki Gaji Tinggal RM550. Apa Patut Buat?

December 30, 2023

[Kemaskini 21 November 2024]

Viral kisah kewangan tercekik... 

Lepas tolak hutang, gaji tinggal RM550 untuk hidup sampai hujung bulan. Jadi apa nak buat? 

Formula lain tak ada... Untuk selesaikan masalah tu, dia kena fokus perbaiki "cashflow" (aliran tunai) secepat mungkin. Cashflow yang tak dijaga dengan baik itulah sebenarnya yang buatkan hidup tercekik. 

Penat kerja cari duit sebulan... Tapi bila dapat gaji, duit habis gara-gara beban hutang yang tiada siapa paksa kita untuk buat. Kita sendiri yang cari penyakit... 

Dalam situasi kewangan ni, tak ada cara lain... Ini saja formula yang boleh saya sarankan untuk perbetulkan balik cashflow.

1. Jual apa yang boleh jual 

Kereta tu bebanan terbesar. Jual lah apa yang boleh jual... Pakai satu kereta Perodua Bezza (kereta sederhana) dah cukup. Proton X70 (kereta mahal) tu jual. 

Untuk kegunaan balik kampung, balik naik bas saja. Tak perlu malu. 

Naik bas jauh lebih jimat dan memudahkan. Siap ada 'driver' lagi... Tak penat kena drive sendiri. 

Saya pun lebih suka balik kampung naik bas ekspres saja. Boleh rehat dan tidur sepanjang perjalanan... 

2. Turunkan perbelanjaan yang bersifat membazir dan kos-kos sampah

Hanya tuan badan sahaja yang tahu "kos-kos sampah" tu. Iaitu perbelanjaan yang tak perlu dan tak menambah baik pun kehidupan kita. 

Cara nak kenalpasti semua kos-kos sampah, kena rekod dulu segala perbelanjaan setiap hari, selama 3 bulan. Tulis setiap sen yang kita belanjakan setiap hari selama 3 bulan. 

Daripada rekod 3 bulan tu, barulah kita akan nampak dengan jelas; ke mana duit kita dihabiskan. 

Buang semua perbelanjaan bersifat 'sampah' walaupun cuma serendah RM1.00. Jumlah yang nampak kecil tu kalau dikumpul setiap hari, jumlahnya akan jadi besar. 

Masa kewangan saya tengah sesak suatu masa dulu, setiap kali makan di kedai, saya tak akan order air manis. Sebaliknya saya cuma order air kosong saja. Ia bukan saja dapat jimatkan duit, bahkan ia lebih baik untuk kesihatan.

Kos-kos sampah macam tu kalau kita dapat potong walaupun cuma RM5 sehari, sebulan kita akan ada lebihan RM150!...

3. Tingkatkan pendapatan. Cari jalan tambah pendapatan sampingan

Jangan fikir nak "work-life balance" sangat.

Selagi hidup masih lagi di tahap "kais sebulan makan sebulan", bekerja keraslah... 

Peluang buat duit di Malaysia ni bersepah-sepah. Sampai orang asing sanggup bertaruh nyawa untuk datang cari duit di Malaysia. 

Asalkan rajin, peluang buat duit tambahan sentiasa ada. InsyaAllah...

Akhir sekali perbanyakkan istighfar (memohon ampun) dan berdoalah kepada Tuhan... Minta pada Tuhan yang Maha Kaya... 

Takdir dihujung ikhtiar

Kekadang hidup kita susah sebab dosa-dosa kita, sebab rasa kita pandai dan kurang meminta-minta dari Tuhan. Maka Tuhan biarkan kita terkapai-kapai sendirian. 

Kalau serius nak ubah hidup, berusahalah sehabis baik dan berdoalah... Sebab takdir Tuhan tu dihujung ikhtiar kita... 

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan orang yang bertanya ni dan juga kita semua. Amiin..

Zulkifli
Cyberjaya
30 Disember 2023
17 Jamadil Akhir 1445H

#BukuMisiBebasHutang

“Bila ada masalah kewangan, jangan sesekali melabur. Melabur bukan untuk orang yang nak cari duit lebih. Tapi untuk yang ada duit lebih. Bila melabur, rugi dalam tangan. Untung belum tentu. Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita tak sanggup lebur.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 18 Januari 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}