Untung bisnes belum tentu. Hutang bank confirm nak kena bayar...
Bahkan lebih menakutkan, daripada 10 bisnes yang baru dibuka, 8 daripadanya bungkus dalam tempoh 18 bulan pertama! Itu data yang didedahkan oleh Bloomberg.
Memang betul, bisnes adalah cara tercepat gandakan kekayaan. Tapi peluang bisnes juga cara tercepat membuatkan kita jatuh miskin!
More...
Siapa yang mulakan bisnes dengan hutang, peluang dia jatuh miskin dan terjerat dengan hutang lebih besar berbanding kaya raya hasil daripada bisnes.
Terjerat hutang gara-gara bisnes
Ini aduan yang saya terima daripada salah seorang follower saya pada 28 Disember 2017.
Daripada elok-elok tak ada hutang, gara-gara bisnes, akhirnya dia terjerat dengan hutang keliling pinggang!
Orang luar nampak dia macam best. Nampak kaya... Tapi hakikatnya bisnes tu membuatkan dia bertambah miskin...
Jadi nasihat saya, kalau nak mulakan bisnes, jangan sesekali mulakan dengan hutang. Saya belum jumpa lagi mana-mana guru bisnes (yang sebenar) ajar buat hutang untuk memulakan bisnes. Belum jumpa...
Tiada guru sarankan berhutang
Sebaliknya, mulakan dengan apa yang ada di tangan. Dalam jumlah yang kita sanggup 'hangus'.
Belajar dulu kembangkan duit kecil jadi besar. Kalau duit RM200 tak boleh dikembangkan jadi RM2,000, jangan mimpi duit RM2,000 berkembang jadi RM20,000 atau RM200,000.
Nilai bisnes jutaan ringgit yang saya miliki hari ni, saya mula belajar dengan modal cuma RM400 sahaja, kira-kira 20 tahun yang lalu.
Dapat hasil, saya simpan. Dapat hasil, saya tambah simpanan lagi. Makin lama modal asal RM400 berkembang jadi ribuan, dan puluhan ribu ringgit...
Bermula kecil, sampai akhirnya nilai bisnes mencecah jutaan ringgit... Syukur alhamdulillah...
Apa yang kita kena faham, asas kewangan bisnes ialah rolling duit kecil supaya jadi lebih besar. Mulakan dengan apa yang ada di tangan...
Bak kata Chef Li Jutawan Senyap, biar kecil asalkan berhasil... Daripada besar tapi akhirnya bubar!
Zulkifli
Cyberjaya
29 Disember 2023
16 Jamadil Akhir 1445H
Coretan FB berkaitan:
- Buat bisnes dengan modal kecil - FB (2015)
Artikel berkaitan:
- Jangan Mulakan Bisnes Dengan Buat Produk Sendiri
- Tip Elak Rasa Kecewa Bila Orang Tak Membeli Dari Kita
- Peluang Wanita Jadi Kaya Dengan Bisnes Di Zaman Tiktok
- Ikat Perut 3 Tahun Pertama Kalau Nak Bisnes Berkembang
- Kalau Yakin Produk Kita Memang Bagus, ‘Kompanglah’ Kuat-kuat!
- Cara Adakan Simpanan Kukuh Walaupun Sebagai Suri Rumah