MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Peluang Wanita Jadi Kaya Dengan Bisnes Di Zaman Tiktok

October 27, 2023

Rasa tak gentleman. 

Pagi tu sebaik sahaja sampai di airport Jogja yang baru, saya (bersama Mr Kenneth) disambut oleh seorang perempuan muda, berpakain uniform baju putih, berseluar hitam dan bertag nama.

Dia offer nak bantu kami tolong check in.

Saya fikir, wah... Bagusnya airport sediakan assistant untuk check in.

More...

Lembut hati dengan perempuan

Kebetulan flight kami akan boarding lagi 30 minit, sedangkan kami belum lagi check-in, maka servis ni sangat membantu.

Lebih-lebih lagi di kaunter check in orang sedang beratur panjang...

Cajnya Rp 80,000 (sekitar RM25) untuk satu tiket. Tak murah...

Pada mulanya kami nak reject tapi memandangkan kena beratur panjang dan kami kesuntukan waktu, kami setuju untuk dia bantu.

Lagi pun, yang ‘nego’ dengan kami tu perempuan yang layan dengan bahasa yang lemah lembut, jadi kami pun mudah lembut hati... Kami setuju je...

Rasa segan nak tolak

Dia tolong kami check in cepat. Tak perlu beratur.

Kami berdua cuma perlu duduk tunggu di kerusi.

Lepas beberapa minit, dia datang siap dengan boarding pass dan nak escort kami sampai ke boarding gate...

“Eh... Tak payahlah” saya fikir...

Rasanya tak perlu pun escort sebab mudah je nak ke sana. Tapi mungkin itu sebahagian daripada servis dia, kami pun setuju je...

Bukan tak sudi, tapi... 

Cuma beg travel yang kami nak bawa masuk kabin tu dia nak tolong bawakan sekali...

Ish... Kami insists tak nak bagi. Tapi dia ambil juga satu bag dan bawa... Jadi saya pun dengan teragak-agak serahkan je untuk dia tolong bawakan.

Sebenarnya bukan tak sudi. Tapi kami (bahkan majoriti lelaki) rasa tak gentleman dan rasa loser bila biarkan perempuan tolong bawakan beg...

Rasa tak cukup lelaki... 😅

Kelebihan perempuan dalam customer service

Bila sampai di Jakarta airport (untuk transit), kami bersembang... Dan kami fikir, sebenarnya itulah sebab kenapa banyak bisnes akan meletakkan perempuan bahagian front desk atau customer servis...

Sebab perempuan lebih mudah untuk ‘cairkan hati’ customer, serta tolong ‘sejukkan’ in case transaksi ada masalah dan customer tengah panas hati...

Itulah kelebihan perempuan berbanding lelaki...

Dan itulah peluang besar bagi kaum wanita yang nak berjaya dalam bisnes (buat sales).

Perempuan boleh buat sales lebih baik, dan boleh servis customer dengan lebih baik.

Peluang besar wanita jadi kaya

Samada customer tu dari kalangan lelaki atau perempuan, saya boleh katakan mana-mana customer pun lebih suka dilayan (customer servis) oleh salesman perempuan berbanding lelaki...

Lebih-lebih lagi lelaki... Lelaki sesama lelaki, boleh 'bergaduh'. Tapi dengan perempuan, lelaki confirm akan kalah.

Perempuan lebih caring, lebih sabar melayan kerenah customer... Ini adalah ruang dan peluang wanita mampu kalahkan lelaki dalam bisnes.

Dan apa yang lebih baik, zaman sekarang kita tak perlu pun keluar rumah untuk jadi kaya raya.

Kaya walaupun bisnes dari rumah

Di zaman Tiktok dan serba serbi online sekarang, isteri-isteri boleh bekerja dan berbisnes hanya dari rumah. Tapi berpeluang dapat income yang malah lebih besar dari mereka yang keluar bekerja!

Murid-murid saya (dalam G100) yang dah berjaya jana income besar hanya dari rumah dah tak cukup jari untuk saya bilang. Bahkan ada yang income mereka lebih besar dari CEO MNC (Multinational Company) walaupun hanya berbisnes dari rumah!

Syukur... Ini semua rahmat dan peluang besar yang wujud pasca Covid19.

Dunia semakin hari semakin baik... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Daripada Usamah bin Zaid R.A, bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Tiada satu ujian pun yang lebih besar setelah peninggalanku yang lebih dahyat bagi bagi lelaki melebihi ujian dari wanita.” (HR Bukhari 5096, Muslim 2740) [Rujukan - Riyadus Solihin Karya Bestari, Cetakan 1 - 2017, halaman 241]

Zulkifli

Cyberjaya

27 Oktober 2023
12 Rabiul Akhir 1445H

#TravelogDealerPublicGold

“Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Peluang buat duit berlambak-lambak. Main handphone pun boleh buat duit. Ada motorsikal sendiri pun boleh buat duit. Kalau ada kereta, lagilah banyak peluang buat duit. Nampak atau tidak saja.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 8 Januari 2022

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>