MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tanggungjawab Ibubapa Didik Anak-anak Cakna Tentang Dunia

October 25, 2023

Kalau tak suka dizalimi, kita kena belajar cakna nasib orang lain yang dizalimi. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit. Itulah sikap kita sesama manusia. 

Rasa kebersamaan ni kena dipupuk, khususnya anak-anak remaja kita. Sebab lagi 20 tahun, dunia ini akan berada di tangan mereka semua.

More...

Himpunan aman Palestin

Petang semalam (Selasa, 24 Oktober 2023), bila dapat tahu ada program bersama Perdana Menteri dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin, saya terus tanya anak-anak, siapa nak join untuk ke himpunan tersebut. Saya ajak semua yang dah sekolah menengah (dah remaja).

4 orang yang nak ikut. Tapi ada yang ada kerja rumah nak kena siap. Akhir sekali cuma 2 orang yang ikut. Anak sulong dan anak ketiga.

Pada saya, inilah peluang untuk dedahkan mereka tentang orang lain yang tak bernasib baik macam kita di Malaysia. Mereka tak faham... Kita ibubapa lah yang kena faham mereka.

Sesuai bawa ahli keluarga

Biar mereka lihat dan dengar sendiri. Selain bersimpati dengan nasib rakyat Palestin, mudah-mudahan dapat pupuk rasa bersyukur dengan keamanan yang kita ada.

Selalunya, himpunan walaupun dikatakan aman, ianya tak sesuai untuk bawa anak-anak. Tapi kali ini berbeza. Ia perhimpunan anjuran pihak kerajaan sendiri.

Yang dihadiri oleh Perdana Menteri (PMX), YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, para menteri, duta-duta besar negara luar, pemimpin masyarakat dari pelbagai bangsa dan agama, bahkan Ketua Polis Negara (IGP) turut sama sertai.

Ucapan tegas dan berani PMX

Ucapan PMX malam tadi, sangat tegas dan berani walaupun kita negara kecil berbanding kuasa-kuasa besar dunia.

Untuk rasa simpati terhadap rakyat Palestin, tak perlu jadi seorang muslim. Tapi cukuplah kita jadi manusia yang ada sifat kemanusiaan. 

Haiwan pun kita tak tergamak membunuh sewenang-wenangnya. Inikan pula manusia yang sudah disekat segala hak asasi untuk hidup sebagai manusia biasa.

Hadir menyatakan simpati dan solidariti nampak kecil bagi orang biasa. Tapi terasa besar bagi mereka yang dizalimi dan sedang dilanda kesusahan.

Nilai solidariti dan simpati kita

Walaupun mereka tahu kita sekadar mampu lahirkan rasa simpati dan mendoakan sahaja.

Itulah apa yang pernah saya rasa ketika 2 tahun ditimpa musibah ditahan dan dipenjarakan.

Kalau ada rakan-rakan yang bertanya khabar, datang menjenguk saya ketika sidang mahkamah ataupun datang melawat dipenjara, itu sangat besar bagi saya. Terasa ringan beban yang saya tanggung walaupun saya tahu itu sahaja yang mereka mampu lakukan untuk saya.

Ketika isu Palestin sedang hangat, ambillah peluang untuk didik anak-anak kita. Supaya mereka jadi manusia yang cakna tentang nasib sesama manusia.

Kerana satu hari nanti mereka akan memimpin dunia... InsyaAllah..

Zulkifli
Cyberjaya
25 Oktober 2023
10 Rabiul Akhir 1445H

#HimpunanMalaysiaBersamaPalestin

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husainbersama lebih 15,000 rakyat menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Turut sama zahirkan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin bersama dua orang nak perempuan saya.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>