MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Saat Berpisah Pasti Tiba, Kita Bertemu Lagi Di Syurga

September 17, 2023

Rindu... Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya saya kepada mereka semua; isteri dan anak-anak saya. Sampai selalu saya bercakap-cakap sendirian, sambil menatap foto-foto mereka yang ada dalam simpanan saya ketika 2 tahun terpenjara.

Ketika terpisah, momen yang akan kita kenang ialah saat kita ruangkan waktu berkualiti bersama dengan orang yang kita sayangi. 

More...

Sebaliknya, antara perkara yang membuatkan kita menyesal di kemudian hari ialah terlepas momen-momen penting untuk bersama mereka. 

Waktu berkualiti bersama keluarga

Duit yang hilang boleh di cari...

Tapi waktu yang berlalu akan pergi selama-lamanya... Ia tak akan kembali lagi... 

Sesibuk mana pun kehidupan kita, carilah ruang waktu berkualiti untuk bersama orang yang kita sayangi; isteri dan anak-anak kita.

Paling tidak, sentiasa solat berjemaah bersama ahli keluarga, dan ruangkan waktu untuk makan bersama-sama. 

Sesekali keluar berekreasi bersama keluarga untuk lihat dunia... Itulah waktu penting untuk kukuhkan ikatan sesama ahli keluarga...

Momen yang saya rindui

Antara momen indah saya bersama isteri dan anak-anak; pada 17 September 2021 kami kali pertama dapat keluar menikmati udara pagi bersama semua ahli keluarga (10 orang) setelah hampir 3 tahun...

2 tahun saya terpenjara. Disambung lagi dengan lock down (PKP) demi lock down, akhirnya kami berpeluang keluar bersantai bersama-sama.

Semua pun join. Complete 10 orang ahli keluarga kami, alhamdulillah... Walaupun nampak simple, tapi ini momen yang sangat saya rindui ketika 2 tahun terkurung di balik palang besi... 

Saya benar-benar rindukan mereka. Saya rindu melayan ragam dan kerenah mereka... Ini peluang kedua untuk manfaatkan waktu bersama mereka.

Janji pada diri saya sendiri

Ketika 2 tahun terpisah tu, saya sentiasa berjanji pada diri saya sendiri... Untuk jadi diri saya yang lebih baik. Suami yang lebih baik... Bapa yang lebih baik buat mereka semua... InsyaAllah. 

Saya nak bersama-sama mereka sampai ke Syurga... Amiin...

Pengalaman 2 tahun tu menyedarkan saya, tanggungjawab hakiki sebagai suami dan seorang bapa ialah bimbing mereka untuk ke Syurga. 

Itulah satu-satunya cara untuk pastikan ahli keluarga kita akan sentiasa bersama-sama selamanya...

2 tahun kami terpisah. Hari ini kami disatukan kembali. Dan pasti tiba waktunya kami akan terpisah lagi sekali di dunia ini, satu demi satu...

Pra-syarat reunion selamanya

Walaupun kita tahu saat sedih itu pasti tiba, tapi kalau kita benar-benar beriman, kita tak akan berduka cita atas perpisahan itu. Sebab kita tahu, Tuhan pasti akan satukan kembali kita di Syurga nanti. 

Kerana hakikat "reunion" yang sebenar hanyalah untuk ahli Syurga... 

Kita tak ada pilihan lain selain berbuat amalan untuk ke Syurga...

"Dan orang yang beriman beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di Syurga). Dan Kami tidak mengurangkan sedikit pun pahala amalan (kebaikan) mereka. Setiap orang terikat (mendapat balasan) dengan apa (amalan) yang dikerjakannya (masing-masing)" (Surah At-Tur 52 : 21)

Zulkifli
Cyberjaya
17 September 2023
2 Rabiul Awwal 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>