MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jalan Pintas Bebas Hutang Ketika Tengah Kesempitan?

September 18, 2023

"Apa bisnes yang tuan buat sampai boleh bebas hutang?". Soalan yang selalu orang tanya saya.

Jawapan jujur saya, "Tak ada". Masa tengah berjuang untuk bebas hutang, saya belum ada apa-apa bisnes yang saya mampu buat duit yang besar. 

Walaupun saya memang ada buat bisnes masa tu. Tapi saya pun masih terkial-kial buat bisnes. Baru nak belajar...

More...

Jadi tak ada satu sen pun untung bisnes (yang tak seberapa) yang saya gunakan untuk bayar hutang. 

Jujurnya saya tak ada formula ajaib untuk bebas hutang. Saya pun terpaksa struggle 4 tahun untuk bebaskan diri dari hutang.

Kesedaran awal hasil baca buku

Sama macam kebanyakan anak muda, habis belajar terus ada hutang yang kena bayar. Dua hutang pinjaman pelajaran saya. Lagi satu pinjaman pelajaran isteri saya. Hutang PTPTN.

Bila masuk kerja, saya buat hutang untuk beli laptop ("tools" untuk bekerja). 

Bila nak dapat anak, buat hutang lagi - untuk beli kereta.

Tapi saya dapat kesedaran lebih awal lepas baca buku-buku kewangan. Buku "Petunjuk Jalan Kekayaan" (tulisan Chef Li) benar-benar berikan saya inspirasi untuk bebas dari hutang.

Belajar dari kesilapan Chef Li

Pengalaman Chef Li jatuh terduduk ketika hutang keliling pinggang benar-benar menginsafkan saya.

Sebelum saya jatuh terduduk dan jadi hampir gila macam beliau (gara-gara hutang), lebih baik saya bertindak cepat.

Bah kata pepatah, jangan sampai terhantuk baru terngadah!

4 tahun saya kerja keras... Saya tak tahu apa-apa formula 'ajaib' untuk bebas hutang. Yang saya tahu cuma bayar sahaja!

Syukur alhamdulillah, akhirnya saya bebas hutang ketika usia saya 27 tahun! (Alhamdulillah).

Fokus apa ada di tangan

Untuk bebas hutang, jangan fikir apa yang BELUM ADA. Sebaliknya urus apa yang sudah SEDIA ADA DI TANGAN kita sendiri;

  • duit gaji,
  • duit bonus,
  • harta-harta yang dah ada,
  • barang-barang yang berlonggok di rumah tapi tak dimanfaatkan tu dan lain-lain.

Juallah apa yang boleh dijual. Belajar ikut perut. Belajar tahan nafsu bila dapat duit bonus atau durian runtuh.

Bertaubatlah dari buat hutang-hutang yang tak cerdik sebelum ni.

Downgrade gaya hidup seketika

Belajarlah hidup di bawah kemampuan, dan jangan pedulikan apa yang orang nak kata. 

Kalau perlu downgrade, belajarlah downgrade gaya hidup buat sementara waktu.

Letakkan keutamaan untuk BAYAR HUTANG DULU.

Bila ada keazaman yang kuat untuk bebas hutang, hutang-hutang tu akan langsai lebih awal dari yang kita jangka. InsyaAllah.

Itulah pengalaman saya. Alhamdulillah.

Zulkifli
Cyberjaya
18 September 2023
3 Rabiul Awwal 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>