Beberapa bulan lepas, kami dapat kunci rumah baru.
Asalnya kami nak sewakan rumah baru tu, tapi bila tengok rumah tu cantik dan ada banyak ciri-ciri rumah yang kami suami isteri idamkan, tak jadi pulak nak disewakan. Sayang… Takut penyewa tak jaga rumah tu.
Akhirnya, kami buat keputusan untuk jadikan rumah tu sebagai rumah bersantai hujung minggu. Kononnya “hujung minggu”, tapi hakikatnya kami sempat datang ke rumah tu hanya sebulan sekali sahaja.
Rumah itu sepatutnya jadi aset, tetapi sudah jadi liabiliti (tanggungan).
Cuma bezanya, kami bayar rumah tu dengan passive income, bukan hard-earned income. Jadi tak terasa walaupun ianya liabiliti. Cuma kami rugi dari sudut opportunity cost sahaja, iaitu peluang untuk dapat pendapatan lebih dari sewaan rumah tu. Itu sahaja.
Hati dan Fikiran Lebih Lapang
Kalau ikutkan hati, memang nak pindah ke rumah baru. Tapi anak-anak lebih suka duduk rumah sekarang sebab persekitarannya lebih mesra kanak-kanak. Lagi pun, rasa dah selesa duduk di Damansara Damai.
Apa yang saya rasa seronok dengan rumah baru ialah rumah tu lapang.
Bila datang ke rumah tu, hati dan fikiran rasa lapang. Walaupun saiz rumah tu lebih kecil dari rumah yang kami duduk sekarang, tapi disebabkan rumah baru tu tak banyak barang, maka rumah tu terasa lebih luas dan besar.
Bila saya fikir dalam-dalam, rumah lapang ataupun sempit, sebenarnya bergantung macam mana kita urusakan rumah tu.
Kalau nak rumah besar dan lapang, sementara mampu beli rumah besar, kurangkan sahaja perabot dan barang dalam rumah. Kita boleh duduk di rumah yang lapang tanpa kos yang besar.
Selalunya rumah jadi sempit sebab terlalu banyak barang. Kita sendiri yang bawa masuk barang-barang tu. Bawa sikit-sikit, lama-lama penuh satu rumah sampai tak cukup ruang.
Simpan 'Sampah' Dalam Rumah
Bila dah banyak barang, ruang untuk anak-anak bermain pun makin sempit.
Lebih malang, banyak barang-barang yang disimpan tu jarang-jarang sekali digunakan!
Selalunya masa pindah rumah baru kita sedar, rupa-rupanya kita banyak simpan 'sampah' di rumah! Barang masih elok, tapi tak digunakan bahkan mungkin tak akan digunakan sampai bila-bila! Nak buang atau bagi orang lain rasa sayang…
Belajar dari pengalaman ini, kami berazam untuk minimum barang-barang dalam rumah.
Rumah baru tu, kami tak akan masukkan katil. Kami cuma pakai tilam lipat sahaja. Meja makan pun kami tak masukkan, sebab rumah tu sudah ada dry kitchen ala-ala cafe tempat lepak. Kami cuma beli stool chair (kerusi tinggi) sudah cukup.
Sebenarnya di rumah kami sudah lama tak pakai katil. Kami cuma pakai tilam lipat je. Selain faktor elakkan baby jatuh katil, tilam lipat sebenarnya dapat jimatkan banyak ruang dalam bilik. Lepas guna, boleh terus lipat dan simpan. Bilik jadi luas untuk anak-anak bermain.
Tilam Lipat Jimatkan Ruang
Yang banyak merugikan ruang dalam bilik sebenarnya ialah katil, terutamanya bilik anak-anak.
Anak-anak sebenarnya tak perlukan pun katil tu, cukup sekadar tilam lipat macam “Toto” tu. Mereka lebih perlukan ruang untuk bermain dan buat kerja-kerja mereka.
Faktor rumah dan bilik yang luas sangat penting bagi kami yang ada 8 orang anak.
Lagi satu yang bagusnya, kalau anak terkencing atas tilam ataupun tilam tu kotor, senang dibasuh masuk mesin basuh terus.
Idea tilam lipat ni sangat bagus tertamanya bagi yang tinggal di bandar.
Menurut sahabat saya Tuan Isma Addi Jumbri yang sedang belajar di Jepun, katanya di Jepun, banyak rumah-rumah menggunakan tilam lipat. Disebabkan tinggal di bandar yang semua mahal, jadi setiap ruang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
Rumah-rumah di bandar tak boleh dibuat macam rumah-rumah di kampung sebab ruang yang sekangkang kera pun harganya lebih mahal berbanding sekangkang gajah di kampung!
Seronok anak berlari ke sana ke mari. Macam anak saya rasa MERDEKA bila berada rumah di kampung sebab arwah pak Mertua sudah besarkan rumah untuk menerima kehadiran cucu. 🙂
Alhamdulillah… 🙂
Alhamdulillah, tahniah tuan Zul,
Makin bertambah aset sifu ? Terima kasih .. tips yang sangat bagus ,, barakallahu fik .
Alhamdulillah.
Terima kasih Ustaz Nor Azah.
Assalamualaikum Encik Zul ,
tahniah dah dapat rumah baru .
alhamdulillah .
baru2 ini kawan saya yang akan bernikah pada April ini, akan pindah ke rumah sewa mereka. saya pula yang excited nak bantu dia dan bakal suami utk beli itu ini ikut kemampuan dan pentingkan barang asas dulu.
dalam bab katil , saya advise jangan beli katil, beli tilam sahaja memadai . saya kata kalau beli katil, dah ada anak nanti , katil tak digunakan terutama bila ada kes anak jatuh katil.
saya sudah melaluinya , Honey jatuh katil , benjol kepala , kena x ray !mujur tak apa2! memang serik selepas itu .
sekarang pun kami pakai tilam mudah lipat , senang urus.
alhamdulillah …
kita semua belajar daripada pengalaman diri sendiri dan pengalaman orang lain.
sekali lagi TAHNIAH kepada Encik Zul sekeluarga .
Wslm Pn. Rohaizah,
Terima kasih.
Alhamdulillah. Nasihat puan tu memang betul. Bila dah ada anak, memang kita rasa katil tu berisiko untuk baby.
Tahniah Abe Zul..Rumah ke brapo dh ni??
Alhamdulillah.
Alhamdulillah tahniah tuan MD Mohd Zulkifli dan Puan MD Najdah
Alhamdulillah.
Terima kasih Bro Azinuddin. 🙂
kami terfikir nak beli katil untuk anak kami, tapi bila saya baca bagusnya takde katil terus tak jadi beli…
terima kasih tuan Zul atas perkongsian
tahniah aset baru, sangat memberi inspirasi
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
Salam tuan,
Boleh beri cadangan bagaimana untuk handle pembelian rumah? Dari loan bank sehingga S & P? Bank mana yang terbaik? terima kasih
Wslm Pn. Syazreen,
Saya syorkan puan beli buku pasal hartanah. Khatamkan at least 2 buah buku hartanah dulu baru mula beli rumah.
Salam tuan,
Saya dah bekerja selama 4 tahun, saya nak beli rumah tahun ni, dah dapat future rumah apartment, ground floor, facilities bgus dan dekat dengan rumah family.. Harga rumah 310k. Objektif beli rumah untuk menetap di sini. Sebulan saya kna byar kira2 rm1100 (masih tunggu loan bank). Adakah berbaloi tuan? Saya fikir sebb facilities bgus, ground floor dan gated guarded. Jadi saya terus nak beli….Kalau kata nak sewa pun sgt bgus cuma sy akn beli apartment lain utk invest. Saya suka kwasan gated guarded, dekat public transport, dekat market walaupun landed house lebih luas sq feetnya..
Wslm Pn. Alisa,
Berbaloi atau tak berbaloi, itu ikut matlamat puan sendiri. Kalau nak duduk sendiri dan puan puas hati dengan rumah tu, itu dikira berbaloi. Kalau untuk pelaburan, kita kena dilihat dari perspektif pelaburan i.e. market value, kadar sewaan, ansuran pinjaman bank dsb.
Kalau beli untuk pelaburan, saya syorkan puan khatamkan dulu beberapa buku pasal pelaburan hartanah. Pelaburan tu melibatkan duit yang besar, jadi sepatutnya kena ambil berat soal ilmu pelaburan.