MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli Kereta Mewah, Orang Lain Tolong Bayarkan

February 16, 2017

[Kemaskini 24 November 2024]

Kereta hanyalah kereta. Ia hanyalah alat untuk bergerak dari point A ke point B sahaja.

Itu asas kenapa kita perlukan kereta. 

Kos kereta akan jadi lebih mahal kalau beli bukan sekadar nak bergerak. Tapi ada tujuan lain dari sekadar bergerak...

Ada orang perlukan kereta lebih daripada itu; termasuk untuk perjalanan jauh yang lebih kerap, untuk tingkatkan reputasi bisnes dan sebagainya.

Maka dia perlukan kereta yang lebih baik - lebih mahal.

Apa yang menarik, saya jumpa banyak kes, ramai yang pakai kereta mewah itu sebenarnya bukan mereka yang bayar, tapi orang lain `tolong bayarkan´.

Beli kereta, orang lain bayarkan

Mereka yang berkerja di syarikat koprat contohnya, mereka dapat “Car Ownership Scheme”.

Walaupun pakai kereta mewah (yang harganya ratusan ribu), tapi mereka bayar cuma puluhan ribu ringgit sahaja. Tak sampai pun RM100,000.

Ibarat pakai Mercedes (kereta mewah), tapi bayar harga Perodua (kereta murah) sahaja.

Selebihnya ditanggung oleh syarikat - termasuk kos “maintenance” sekali.

Bagi pemilik bisnes besar, mereka beli kereta untuk pengurangan cukai.

Kekadang kos pembelian kereta tu dimasukkan sekali dalam kos sesuatu projek supaya jumlah cukai yang kena bayar dapat dikurangkan.

Pernah ada seorang jutawan jumpa saya (untuk minta nasihat tentang simpanan emas), dia ada berbelas-belas buah kereta mewah. Tapi kebanyakkan kereta tu dia tak gunakan langsung!

Hari-hari driver dia start untuk panaskan enjin sahaja! Supaya kereta tu tak rosak.

Jangan give-up dengan impian

Sampai dia cakap pada saya, "Kalau Zul nak beli kereta, beli kereta Akak sahaja".

Sebab dia ada banyak kereta - yang dia tak pakai pun!...

Saya tanya dia, kenapa beli kereta banyak-banyak tapi tak digunakan? 

Jawabnya untuk pengurangan cukai.

Jadi kalau ada cita-cita pakai kereta yang lebih baik, letakkan ia sebagai salah satu impian tapi belilah secara bijak.

Jangan beli dengan duit gaji yang menyebabkan kita `sesak nafas´membayarnya.

Robert T. Kiyosaki dalam buku tulisannya galakkan kita bina impian dan tingkatkan kemampuan menggapai impian tersebut.

Kalau ada impian pakai kereta mewah contohnya, teruskan. Jangan hadkan impian itu dan katakan “aku tak mampu”...

Sebaliknya letakkan impian dulu. Lepas tu fikir macam mana nak capai impian tu... 

Beli hartanah, percuma kereta!

Walaupun kereta tu liabiliti (beban) yang membocorkan kekayaan kita, tapi kita boleh dapatkan secara PERCUMA.

Ya, percuma!

Caranya, biar orang lain yang bayarkan kereta tu.

Strategi yang selalu dibuat oleh pelabur hartanah (rumah) ialah beli hartanah yang boleh jana cashflow (aliran tunai) positif. Hasil aliran tunai positif tu dia gunakan untuk beli kereta idaman mereka. 

Contohnya dia ada beberapa rumah sewa yang boleh bagi cashflow (duit hasil sewaan - ansuran bank dan kos berkaitan) sampai RM5,000 sebulan. 

Dia boleh gunakan cashflow tu untuk bayar installment kereta tanpa sentuh duit gaji dia.

Rumah-rumah sewa tu akhirnya jadi milik kita sebab kos ansuran bank dibayar menggunakan hasil sewaan.

Dan dia dapat kereta tu seolah-olah secara percuma sebab tak perlu sentuh duit gaji dia!

Kerja sebulan, makan sebulan?

Nak bermewah tak salah. Tapi berbelanjaan bersifat mewah tu sepatutnya dibayar dengan PASSIVE INCOME (income tanpa perlu pergi kerja), bukan dengan HARD-EARNED INCOME (income hasil kerah kudrat). 

Selagi pendapatan masih lagi level "kerja sebulan makan sebulan", itu belum waktunya untuk hidup bermewah-mewah. 

Fokus tambahkan simpanan, tutup hutang sedia ada, dan kumpul harta dulu.

Supaya kalau berlaku musibah yang membuatkan kita hilang kemampuan untuk bekerja, kita tak akan hilang segalanya.

Nak beli kereta mewah tak ada masalah. Tapi belilah dengan bijak.

Biarlah beli kereta, tapi orang lain yang tolong bayarkan!

Allahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
16 Februari 2017
20 Jamadil Awwal 1438H

“Orang kaya bina kekayaan dulu sebelum beli barang mewah. Sebaliknya orang kebanyakkan beli barang mewah dulu sebelum bina kekayaan. Bukan salah beli barang mewah, tapi cara mendapatkan barang itu yang membezakannya” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 25 Disember 2022

“Kereta makin mewah bukan bermaksud bertambah kaya. Kalau beli kemewahan dengan hutang, itu tak lebih dari sekadar simbol kekayaan palsu. Kalau dibayar secara tunai, atau dengan passive income dari harta yang dia miliki, itu petanda dia memang orang kaya.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 2 April 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Dlm bisnes sy,belum sampai lagi tahap kereta sy kompeni yg bayarkan.
    mungkin satu hari..
    tetapi bil HP,bil Unifi,bil elektrik dan air di rumah kompeni yg bayar.

  • Selain daripada minta orang bayarkan melalui ‘hartanah’ ada juga yang membeli secara ‘cash’. Apa pun, beli kereta yang dibawah kemampuan adalah lebih baik.

    Sekadar pendapat saya 🙂

  • Selain daripada minta orang bayar dengan ‘hartanah’, ada juga yang membeli kereta secara ‘cash’. Kedua-duanya saya rasa adalah cara yang bijak 🙂

  • […] Sehingga sekarang, saya masih belum pakai kereta mewah walaupun kalau ikut cara orang lain, saya dah lama pakai kereta mewah. Padahal kalau saya nak beli kereta mewah, saya hanya perlu bayar separuh daripada harga kereta tu sebab Public Gold bersedia untuk bayar separuh lagi sebagai insentif kepada dealer Public Gold yang mempunyai prestasi bisnes yang bagus. Dan yang penting juga, saya tak membayarnya dengan hard-earned income, tetapi dengan passive income. Ia seolah-olah kita pakai kereta, tetapi orang lain tolong bayarkan! […]

  • Alhamdulillah saya beli cash tpi kete axia jelah pun,,,,,
    guna dividen n bonus Asb tahun lepas,,,
    tahun ni punya simpan dulu,,,

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >