Masa berjalan-jalan di Florence (Italy), saya ternampak kuda ni - dipakaikan blinders (pelitup mata).
Terus saya teringat nasihat yang dititipkan oleh mentor saya ketika saya dan isteri sedang struggle keluar dari kemiskinan dan bina kekayaan.
Katanya,
"Tahu tak kenapa ketika perlumbaan, kuda-kuda tu dipakaikan pelitup mata (blinders)?"
Itu soalan mentor saya satu ketika dulu.
Jelas beliau, tujuannya cuma satu; supaya pergerakannya tak terganggu dengan apa yang ada di sekelilingnya.
Dia cuma fokus ke depan sahaja.
Kuda-kuda tu fokus berlari terus sampai ke garisan penamat, tanpa toleh kiri dan kanan, tanpa sebarang gangguan...
Cari idola kejayaan
Begitulah juga kalau berjaya.
Kena fokus. Betul-betul fokus apa yang kita nak capai.
"Kenalpasti apa yang kita nak capai dalam hidup. Cari orang yang sudah berjaya capai apa yang kita nak capai. Belajar daripada mereka dan buat betul-betul sampai berjaya"
"Jangan pandang kiri-kanan dan buat banyak perkara yang akhirnya tak membawa kita ke mana-mana"
Itulah peringatan yang sentiasa saya titipkan buat anak-anak muda (berusia 20-an) di bawah bimbingan saya.
Sebab apa yang saya perhatikan, orang muda mudah hilang fokus. Semua 'sifu' pun dia follow.
Akhirnya dia tak ke mana-mana.
Untuk capai massive success (kejayaan besar), cukuplah cari SATU model kejayaan (untuk dijadikan mentor dan benchmark), kemudian tiru betul-betul apa yang dia buat.
Cepat atau lambat, kita tetap akan dapat apa yang dia dapat, insyaAllah.
Untuk berjaya, kita tak perlu buat banyak perkara.
Bagi yang menjalankan bisnes, jangan sibuk nak buat 2, 3 bisnes sekaligus kalau satu bisnes pun belum betul-betul berjaya.
Jangan beri banyak pilihan
Bagi yang melabur, jangan sibuk nak labur sana sini kalau satu pelaburan pun tak pernah belajar betul-betul. Lagi teruk, satu buku pelaburan pun tak pernah khatam!
Mustahil kita mampu pakar dalam semua perkara pada satu-satu masa.
Antara punca kenapa banyak orang tak berjaya sebab mereka ada terlalu banyak pilihan dalam hidup.
Mereka ada Plan A, Plan B, Plan C dan seterusnya... Mereka hilang fokus.
Untuk capai massive success dalam apa bidang sekalipun, jangan berikan banyak pilihan untuk diri sendiri.
Kenalpasti apa pilihan terbaik, kemudian fokus satu sampai berjaya.
Samada berjaya atau berjaya sahaja. Tiada Plan B...
"You have to believe it. There is no reason to have a Plan B because it distracts from Plan A" - Will Smith
Zulkifli
Cyberjaya
28 Oktober 2023
13 Rabiul Akhir 1445H

Florence, Italy ketika trip #PGLSItaly tahun 2022 (Oktober).