MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Praktikal Buang Sifat Malas

Kalau tak pandai, boleh belajar. Kalau tak mahir, boleh berlatih. Kalau tak tahu, boleh bertanya. 

Asalkan ada kemahuan, setiap kita boleh jadi pandai dan berjaya. Ibarat belakang parang, kalau diasah pun boleh tajam. Inikan kita manusia yang boleh belajar dan boleh diajar. 

Cuma kekadang keinginan untuk berjaya tu memang ada, tetapi sifat “malas” berusaha terlalu kuat. Dan itulah yang menghalang kita untuk maju sebagaimana yang saya pernah alami dulu.

Nak berjaya, tapi malas berusaha.

Jadi apa yang saya buat dulu ialah banyak berdoa minta Allah buangkan sifat malas tu melalui doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. (dalam bacaan ma’thurat). 

Doa ni saya baca hampir setiap hari sepanjang naik motor ke tempat kerja.

Waktu itu, dah jadi rutin saya bila lalu jer Tol Sg. Buloh, automatik saya akan mula baca ma’thurat (yang saya hafal) sampailah habis bila nak sampai di office saya di Damansara Heights.

Doa Spiritual Buang Sifat Malas

Bacaan doa setiap hari tu akhirnya masuk dalam sub-concius mind saya. Sifat malas tu makin lama makin berkurangan. Alhamdulillah...

Sifat malas tu sebenarnya bukan hilang macam “magic”. Tapi Allah rezekikan saya berjumpa dengan ramai orang berjaya dan rajin berusaha.

Bila saya masuk ke dalam kelompok orang yang rajin, maka kita pun terdorong untuk jadi rajin macam mereka. InsyaAllah.

Sebenarnya apa yang kita lafazkan dalam doa, itu adalah “doa spiritual”.

Tapi doa spiritual tu jer tak cukup suntuk Allah makbulkan. Kita kena buktikan kepada Allah yang kita nak doa tu dimakbul dengan cara “doa praktikal” iaitu berusaha.

Nabi s.a.w yang Allah s.w.t sayang pun kena kerja keras untuk Allah s.w.t makbulkan doa baginda. Inikan pula kita orang biasa. 

Doa Praktikal Buang Sifat Malas

Jadi inilah 'doa praktikal' yang saya amalkan untuk buang sifat malas, antaranya;

#1 – Bergaul Dengan Orang Rajin

Dengan siapa kita bergaul rapat, itulah masa depan kita.

Bak kata Tuan Azizi Ali, kalau kita berkawan rapat dengan 5 jutawan, kita adalah jutawan yang ke-6.

Jadi ketika saya amalkan “doa buang sifat malas” tu, Allah hantar kawan rapat saya dipejabat yang selalu ajak saya join perjumpaan-perjumpaan bisnes.

Dari rally-rally bisnes, saya banyak ikuti kisah-kisah kejayaan orang lain sampai saya terinspirasi nak berjaya macam mereka. Dalam bisnes, saya bukan sekadar dapat ramai kawan baru (yang positif), tapi juga mentor yang sentiasa mendorong saya jadi rajin seperti mereka. Alhamdulillah.

Sebenarnya bukan hanya dalam bisnes. Apa sahaja pun kita kena ada kawan untuk berjaya.

Berkawan dengan “geng masjid”, automatik kita pun akan rajin pergi masjid. Berkawan dengan “kaki makan”, nanti kita pun banyak makan macam dia juga! Haha... ☺

#2 – Menetapkan Impian Besar

Bila tengok orang berjaya, saya pun nak berjaya macam mereka.

Saya mula belajar apa tentang “impian hidup”, dan tetapkan impian hidup saya sendiri.

Impian tu bukan angan-angan. Tapi perkara serius yang kita nak capai dalam hidup kita. Dan impian tu hidup dalam diri kita.

“Impian” tu saya tulis dan tampal di tempat yang saya selalu tengok supaya impian tu masuk dalam diri (sub-concious mind) saya. Saya letakkan Dream Chart tu di mana-mana - di meja kerja (pejabat), dalam bilik tidur, dalam tandas bilik tidur, dan di dinding rumah saya!

Dinding rumah saya dulu penuh dengan poster.

Saya tampal impian, matlamat, dan kata-kata motivasi supaya saya sentiasa positif dan rajin. Bila mentor dan rakan bisnes datang ke rumah, mereka terkejut, mereka tanya “ini rumah atau business center?”. ☺

Group coaching bersama mentor bisnes kami di rumah kami.

#3 – Meletakkan Komitmen & Jadual Kerja

Ada “impian hidup” sendiri tu satu perkara, tetapi impian itu tak akan ke mana-mana sehinggalah kita ambil tindakan dan berusaha!

Kalau di tempat kerja, kita ada bos yang mengarah kita buat itu, buat ini. Suka atau tak suka, kita tetap akan buat kerja (berusaha). Tetapi untuk kejayaan peribadi, kita tak ada bos sebab kita adalah bos, dan kita juga adalah pekerja!

Maka inilah cabaran besar kebanyakan orang.

Walaupun ada impian yang besar, tetapi mereka ada masalah “disiplin kerja”. Buat kerja tanpa komitmen.

Bila rasa nak buat, dia buat. Bila malas, maka dia tak buat!

Maka di sinilah kita perlukan “jadual kerja” sendiri, bahkan lebih baik kalau ada mentor (atau guru) yang memantau kemajuan kita!

Rajin Bukan Kerana Bos

Alhamdulillah, hari ini, saya bekerja sendiri.

Saya tak ada bos, dan saya tak ada pekerja. Sayalah bos, dan saya jugalah pekerja.

Saya boleh buat apa sahaja yang saya suka pada bila-bila masa tanpa siapa yang halang. Saya boleh tidur bila-bila masa kita saya mahu. Bahkan kalau nak tidur 30 hari sebulan pun tak ada masalah. Ia langsung tak menjejaskan pendapatan saya. Alhamdulillah...

Maksudnya, walaupun saya ada pilihan untuk malas bekerja, tetapi saya pilih untuk rajin.

Maka untuk disiplinkan diri, saya adakan jadual kerja saya sendiri sebagai “guidelines”.

Dan yang penting juga, saya ada mentor yang ‘paksa’ saya supaya lebih rajin yang mana akhirnya, kejayaan yang saya dapat nanti adalah milik saya 100%!

Saya Ada 25 Jam Sehari

Alhamdulillah, keempat-empat faktor ini (doa, pergaulan, impian dan jadual kerja) membuatkan saya jauh lebih rajin berbanding 13 tahun yang lalu. Bahkan saya boleh katakan saya lebih rajin berbanding waktu saya masih sebagai “pekerja” dahulu.

Dulu bekerja hanya 8 jam sehari, tetapi hari ini saya bekerja mungkin lebih 15 jam sehari untuk 7 hari seminggu!

Saya bekerja bukan sebab ada bos (sebab saya memang tak ada bos sekarang), tetapi sebab saya suka dengan apa yang saya usahakan sekarang.

Saya rasa tak cukup masa sekarang. Setiap masa sangat berharga untuk dibazirkan pada perkara yang tak bermanfaat untuk masa depan saya.

Saya nak jadi rajin macam Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, iaitu penulis buku “Saya Ada 25 Jam Sehari” yang juga Penasihat Shariah Public Gold.

Daripada tulisan beliau itulah baru saya faham kenapa Allah beritahu dalam Al-Quran, “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian” (Surah Al-Asr 103 : 1 -2).

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih. Aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas...

Zulkifli
Damansara Damai
6 Jun 2017
12 Ramadhan 1438H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalam, Tuan boleh tak saya tanya pendapat sikit? Pernah dengar tak kalau ada orang selesaikan hutang PTPTN sekaligus, sebagai contoh RM15k dengan sekali bayaran, kemudian dia dikejar dengar LHDN/income tax. Apa pendapat Tuan?
    Terima kasih.

  • salam,
    sy ingin menambah sedikit.cari sebab kenapa kita malas?
    jika kita tahu puncanya Inshallah kita dapat penawarnya.
    dahulu sy selalu malas untuk bekerja kerana kekurangan masa untuk melayan hobi.
    bila bekerja sendiri sy ambik hobi tersebut masuk kedlm masa bekerja sy.
    so tiada istilah ‘cuti kerana meluangkan masa untuk hobi’ atau lambat kerana ‘semalaman melayan hobi’…
    percayalah ianya sgt mengembirakan.

  • Dengan PG bukan sekadar dapat emas ! rupanya dapat banyak ilmu daripada Encik Zul , mentor yang benar ikhlas nak semua orang berjaya dan ada masa 25jam sehari .

    kalau beli emas jenama lain..hanya dapat emas , tidak dapat ilmu lebih lagi !

    tahniah Encik Zul. Moga Allah sentiasa memberkati usaha dan kehidupan Encik sekeluarga.

    Amin.

  • Apabila kita nak jadi hebat.. kita mesti cari somebody untuk kita contohi.. mcm Tn Zul contohi Ustaz Daud bakar.. Saya pula skrg tngah contohi Tn Zul.. Insya Allah.. Success is predictable kan 🙂

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >