MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kita Lebih Produktif Bila Sibuk

December 3, 2022

Saya suka sibuk. Sebab ketika sibuk, kita dapat siapkan banyak kerja berbanding ketika ada banyak waktu lapang. 

Kita akan lebih produktif bila sibuk. 


Kita akan lebih menghargai waktu. Setiap minit sangat berharga bagi kita. 

Kita akan pastikan setiap slot waktu itu dimanfaatkan untuk siapkan tugasan yang penting. 

Jadi saya fikir, jangan tunggu ada waktu lapang untuk buat apa-apa perkara yang penting.

Sebaliknya buat saja di celah-celah waktu yang ada.

Kerana hanya orang yang tak ada wawasan sahaja yang akan ada banyak waktu lapang.

Tanggungjawab kita sebenarnya lebih banyak daripada waktu yang kita ada...

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (Surah Al-'Asr 103 : 1 - 3)

Zulkifli
Cyberjaya
2 Disember 2022
7 Jamadil Awwal 1444H

#TipKejayaan #MembangunDiri

Buku "Eat That Frog!". Bacaan terbaik bagi siapa yang ada masalah tak cukup masa.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya telah baca Dari mula hingga akhir tulisan Tuan dlm G100 yg memberi banyak pengetahuan tentang emas n cara2 untuk menyimpan Dan membuat keuntungan dgn emas, terima kasih banyak Tuan
    No. PG saya PG00893137

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >