Kagum dengan semangat mereka.
Mereka tak menunggu rezeki. Tapi kejar rezeki.
Saya tengok peniaga-peniaga jalanan di Indonesia sangat rajin. Macam-macam produk mereka jual.
Kalau pandang saja mereka, pasti mereka menyapa.
More...
Cari Pembeli, Bukan Menunggu
Semalam waktu nak bergerak pulang dari program di Candi Borobudur, saya beli buah salak.
Tak ada niat nak beli pun.
Tiba-tiba seorang makcik datang offer ketika kami sudah masuk dalam van.
Harga Rp. 10,000 (sekitar RM3) selonggok.
Saya pun belilah...
Memang itu buah kegemaran saya setiap kali datang ke Indonesia.
Sepanjang program semalam, tempat program meriah dengan peniaga jalanan yang sungguh gigih.
Walaupun saya tak beli (sebab saya tak perlukan produk mereka), tapi saya kagum dengan semangat juang mereka.
Hidup Mulia, Mati Mulia
Lelaki, wanita, muda mahupun yang sudah berusia.
Sebenarnya tak ada istilah terlambat untuk berjaya. Umur hanyalah tentang nombor sahaja.
Selagi hidup kita kena terus berjuang.
Orang yang berjuang, hidupnya mulia dan mati pun mulia, insyaAllah.
Berjuanglah...
Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang pada petang harinya berasa letih daripada amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya." (Riwayat at-Tabrani)
Zulkifli
Magelang
11 Disember 2022
16 Jamadil Awwal 1444H
#MembangunDiri #TravelogDealerPublicGold
- Allah ampunkan dosa mereka yang letih mencari rezeki - Sinar Harian
- Allah suka orang berpenat mencari rezeki yang halal - Fedtri Yahya