MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Network, Unfair Advantage Bagi Siapa Ada Mentor

December 28, 2023

Ketika kami sekeluarga bercuti di Langkawi pada tahun 2017, lepas 'lawatan sambil belajar' ke Langkawi Airport Control Tower atas jemputan dua orang mentee kami yang bekerja sebagai Air Traffic Controller (ATC) iaitu Cik Nurul Aini Mohd Ali dan Cik Rosa Adrina, kami tak tahu nak jalan-jalan ke mana sebab cuaca semalam hujan renyai-renyai.

Masa keluar dari airport tu, mentor bisnes kami En Syukor Hashim (orang Langkawi) tanya, ada nak pergi mana-mana tak lepas ni? Saya terus jawab MATLAMAT seterusnya kami nak pergi Island Hopping.

Cuma saya tak tahu mana port nak join aktiviti tu. Setakat yang saya tanya pakcik google, aktiviti tu di Pantai Cenang, tempat yang sangat crowded. Nak parking pun susah! Ini yang membuatkan saya buntu. 

Ada matlamat, tapi tak nampak jalan.

Itulah pentingnya MENTOR, iaitu orang yang lebih berpengalaman dan pernah capai matlamat yang mahu kita capai.

Maka dengan pengalaman En Syukor sebagai orang Langkawi, dia bawa kami ke pusat rekreasi air, depan sikit dari Pantai Cenang. Tempat tu tak ramai orang. Nak parking pun senang.

Area tu, ada banyak kaunter ejen aktiviti rekreasi air. Ada banyak aktiviti air yang boleh pilih dan dah siap dengan papan tanda harga. Walaupun banyak dan rambang mata, saya cuma FOKUS pada matlamat kami iaitu Island Hopping je. Malas serabut dengan yang lain walaupun semuanya best-best belaka.

Dekat papan tanda harga, harga pakej Island Hopping tertulis harga RM350. Dalam kepala saya, harga tu saya setuju. RM350 untuk 10 orang kami sekeluarga naik bot untuk 3 jam, rasanya berbaloi.

Masa tengah tanya harga, En Syukor mencelah, "Saya orang Langkawi. Berapa boleh bagi harga untuk orang Langkawi?".

Akak tu jawab, "owh, orang Langkawi saya boleh bagi RM280 je". 

Jimat duit, jimat masa

Haha.. Hati saya berbunga-bunga. Rasa macam tak percaya. Saya jimat RM70!

Dah lepas tu kos dua kali makan kami sekeluarga. Banyak lagi aktiviti air yang akak tu boleh bagi diskaun sampai 50% selain Island Hopping! 

Ini lagi satu advantage bila ada mentor; kita boleh dapat advantage atas NETWORK yang dia ada. Kita jimat duit dan masa yang banyak berbanding orang yang tak ada mentor.

Begitu jugalah ibaratnya kita dalam dunia kewangan dan bisnes...

Sebenarnya boleh je tak ada mentor, tapi risiko 'langgar dinding' sana sini tu lebih besar berbanding yang ada mentor. Mentor adalah unfair advantage yang kita ada...

Zulkifli
Cyberjaya
28 Disember 2023
15 Jamadil Akhir 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>