MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Waktu Terbaik Beri Nasihat Untuk Anak-anak

December 26, 2023

Tiap-tiap hari mesti mengajar. Sedikit pun tak apa. Tapi mesti berterusan untuk ajar dan berikan peringatan kepada anak-anak tentang agama dan kehidupan...

Musim cuti sekolah, peluang yang lebih besar untuk kami sekeluarga mengadakan sessi ta'lim (belajar).

Kalau hari sekolah, hanya lepas waktu Maghrib sahaja. Tapi hari cuti sekolah, lepas solat Subuh dan Maghrib. Dua kali sehari.

More...

Setiap sessi sekitar 30 minit.

Samada baca Kitab Riyadus Solihin (koleksi Hadis oleh Imam Nawawi) ataupun petikan terjemahan ayat-ayat Al-Quran (dengan Tafsir Ibnu Kathir).

Baca dan share kefahaman saya kepada mereka tentang petikan Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w.

Dan berikan juga nasihat tentang kehidupan...

Kekesalan tak ajar tentang agama

Satu daripada kekesalan saya ketika terpenjara 24 bulan ialah saya tak cukup mengajar anak-anak tentang agama...

Saya tak ruangkan waktu khusus bersama mereka untuk ajarkan tentang agama. Hanya mengharapkan Ustaz dan Ustazah di sekolah untuk ajarkan mereka.

Itu kesilapan saya...

Walhal tanggungjawab utama sebagai bapa ialah 'install' Allah dan Rasul ke dalam diri mereka dan tunjukkan mereka jalan ke Syurga.

Ini kerana, macam mana sayang pun kita kepada anak-anak, pasti akan tiba waktunya satu per satu akan terpisah dari kita di dunia.

Hanya satu-satunya cara untuk kita kekal bersama mereka selama-lamanya ialah ajarkan mereka tentang agama, didik mereka supaya jadi orang beriman dan sentiasa berbuat baik, kelak kita akan re-union semula di tempat yang lebih baik iaitu di Syurga.

Itulah kejayaan paling agung untuk setiap kita; dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga. Amiin...

Macam mana nak pastikan anak-anak faham agama?  

Tak ada cara lain, ajarkan mereka tentang Quran, Hadis, Quran, Hadis, Quran, Hadis, dan fahamkan juga tentang sirah Nabi s.a.w.

Kerana Tuhan utuskan Nabi s.a.w. untuk tunjukkan kita jalan kembali ke 'kampung asal' kita semua iaitu di Syurga...

Dan baginda tinggalkan kita dua panduan untuk kita iaitu Al-Quran dan Sunnahnya...

Lepas ta'lim pagi tu, saya tanya anak-anak nak keluar makan? 

Majoriti setuju nak makan di salah satu tempat favourite kami sekeluarga di Bangi... 

  1. Waktu hantar dan pulang dari sekolah 
  2. Waktu solat berjemaah dan ta'lim (majlis ilmu)
  3. Waktu makan bersama

Ini 3 waktu terbaik untuk berikan nasihat kepada anak-anak... Waktu lain kita sibuk dengan dunia masing-masing... 

“... Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan zuriat kami sebagai penyenang hati (kami). Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa” (Surah Al-Furqan 25 : 74)

Zulkifli
Cyberjaya
26 Disember 2023
13 Jamadil Akhir 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>