MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beri Tanpa Berkira-kira… What You Give You Get Back

December 25, 2023

Boleh jadi asbab bantu team lain tanpa harapkan sebarang bayaran, Tuhan kurniakan saya dan team seramai 150 'staff' yang bekerja tanpa dibayar. Alhamdulillah... 

Itulah sebenarnya rahsia kenapa kami (G100 Network) sangat 'mewah' dengan pelbagai program latihan, support group, dan toolset bernilai tinggi. 

More...

Setiap orang dapat banyak

'Staff' tak dibayar. Dan speaker-speaker kami dalam lebih 20 program latihan sebulan pun tak dibayar. Masing-masing sibuk memberi tanpa berkira-kira...  

Bila setiap orang memberi sedikit, masing-masing akan dapat banyak... Macam buat pot luck... Masing-masing bawa sikit. Tapi akhirnya setiap orang dapat makan sampai tak habis... 

Itulah untungnya bila saling memberi.

Budaya ni sebenarnya bermula sejak tahun 2016. Ketika tu, saya dah capai #financialfreedom (tak kerja pun ada duit, alhamdulillah). Dan mula aktif melatih dealer-dealer emas #PublicGold.

Mulakan budaya memberi

Tak kisah siapa pun nak belajar, saya akan ajar... Saya dedahkan semua 'rahsia' saya tak kisah kepada sesiapa pun, walaupun bukan dari team saya.

Asalkan mereka serius nak belajar, respect waktu saya, saya rasa berbaloi saya 'memberi' (ilmu) walaupun tidak dibayar dan tak dapat apa-apa keuntungan material atas kejayaan mereka.

Saya tak nak duit mereka. Yang saya nak hanyalah lihat kejayaan mereka... Doakan kebaikan untuk saya sekeluarga sudah memadai bagi saya...

Alangkah indahnya hidup kita semua kalau masing-masing sibuk memberi.

Sebaliknya, alangkah susahnya hidup kita semua kalau masing-masing berkira-kira untuk memberi. Masing-masing menuntut hak dan mengabaikan tanggungjawab... Masing-masing letak pra-syarat yang banyak untuk memberi... 

Saat duit tidak lagi berguna...

Sedangkan Tuhan memberi limpah kurniaanya kepada kita tanpa berkira-kira...

Berlumba-lumbalah memberi... Setiap kebaikan yang kita berikan, PASTI Tuhan akan kembalikan kebaikan itu kepada kita... Dari jalan yang kita tak sangka-sangka...

Tak akan pernah rugi orang yang berbuat baik... Bahkan rugilah sesiapa yang bakhil dari berbuat kebaikan... Kerana pasti akan tiba waktunya duit, pangkat dan kuasa tidak lagi bernilai untuk kita.

Yang tinggal bersama kita hanyalah kebaikan-kebaikan yang pernah kita lakukan...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
25 Disember 2023
12 Jamadil Akhir 1445H

 #IslahDiri

Anas (semoga Allah meredhainya) melaporkan, Rasulullah (ﷺ) bersabda, 

Tiga perkara mengiringi jenazah; ahli keluarganya, hartanya, dan amal perbuatannya. Dua di antaranya kembali dan satu tinggal bersamanya. Keluarganya dan hartanya kembali (ke dunia); amal perbuatannya kekal bersamanya (sampai ke Akhirat)

(Al-Bukhari dan Muslim)

[Riyadus Solihin (104), Bukhari (6514), Muslim (2960)]

Satu ketika dulu saya tak ada team. Tapi saya mengajar semua orang. Saya anggap sesiapa sahaja dealer Public Gold yang serius nak belajar dari kejayaan saya, itu adalah team saya. Syukur alhamdulillah, akhirnya Tuhan kurniakan team yang harmoni, respek antara satu sama lain, saling bekerja sama, saling bantu membantu, ibarat sebuah keluarga yang besar.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>