MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Doa Ketika Ditimpa Musibah, Manisnya Saat Menadah Tangan…

December 21, 2023

Mudahnya menitis air mata... Itulah nikmatnya berdoa di saat ditimpa musibah. Dah habis segala ikhtiar... Hanya harapkan pada Tuhan sahaja.

Sakit gigi dalam penjara, dah request untuk dapatkan rawatan ke klinik. Tapi sampai 2 tahun pun masih tak dapat giliran. Hanya mampu telan ubat pain killer dan berdoa sahaja untuk bertahan.

Itulah pengalaman ketika 2 tahun saya terpenjara.

More...

Ketika ditimpa musibah, inilah antara doa yang sering saya panjatkan hampir setiap hari ketika musibah 2 tahun itu terjadi kepada saya.

Ketika sedang lalui hidup yang perit itu, itulah peluang untuk minta Allah gantikan apa yang lebih baik untuk saya.

Lepas 2 tahun itu, saya dapati terlalu banyak kebaikan yang Allah berikan kepada saya. Dia telahpun gantikan dengan kebaikan yang melimpah ruah melebihi apa yang telah Dia ambil dalam 2 tahun itu.

Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah...

Bagi rakan-rakan yang sedang ditimpa musibah, perbanyakkanlah doa pada waktu ini.

Inilah saatnya rasa diri kita sangat-sangat memerlukan belas kasih sayang Tuhan. Dan inilah saatnya kita mudah menitiskan air mata setiap kali kita mengangkat tangan memohon bantuan dari Tuhan yang Maha Kaya. 

Mudah-mudahan musibah yang menimpa tu jadi asbab bertambahnya kasih sayang Tuhan kepada kita. Dihapuskan dosa dan diberikan pahala tanpa batas atas kesabaran kita.

Amiin YRA...

Zulkifli
Cyberjaya
21 Disember 2023
9 Jamadil Akhir 1445H

#TabahHadapiMusibah

“Tuhan tak ambil sesuatu apa pun daripada kita, melainkan Dia akan gantikan dengan apa yang lebih baik untuk kita, selagi kita redha (dengan takdir-Nya) dan tetap bersabar.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 22 Disember 2023

“Bila Tuhan berikan kesenangan, bukan bermaksud Dia sayang. Bila Dia timpakan kesusahan, bukan bermaksud Dia murka. Dia gilirkan kesenangan dan kesusahan untuk uji siapakah yang tetap bersyukur dan bersabar” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 27 Oktober 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>