MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bila Melabur, Rugi Dalam Tangan, Tapi Untung Belum Tentu

December 20, 2023

“Rugi dalam tangan, tapi untung belum tentu”

Itulah yang kena tahu kalau nak bercakap tentang pelaburan.

Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita sendiri tak sanggup lebur 100%! Duit tu tak sesuai dilaburkan.

More...

Sebelum melabur

Mana-mana guru pelaburan (bukan “salesman pelaburan”) pun akan suruh adakan simpanan kecemasan sekurang-kurang berjumlah 6 bulan gaji dulu sebelum melabur.

Bila ada lebih, duit itulah yang sesuai dilaburkan.

Jadi jangan sibuk melabur kalau duit simpanan kecemasan 6 bulan gaji pun belum ada.

Selagi belum ada simpanan 6 bulan gaji, fokus dulu untuk tambahkan ilmu, perbaiki cashflow, cari jalan tambahkan pendapatan, dan urus hutang dengan baik.

Tak perlu gopoh nak melabur.

Orang kaya di dunia melabur sebab mereka ada duit lebih, bukan sebab nak cari duit lebih.

Kalau nak cari duit lebih, pelaburan bukan tempatnya.

Cara terbaik cari duit lebih

Sebaliknya, buat bisnes (sambilan). Kalau tak buat bisnes, tingkatkan kemahiran sedia ada, atau tambah kemahiran baru supaya majikan sanggup bayar kita lebih mahal.

Kalau majikan sedia ada tak hargai kemahiran kita, cari majikan lain yang sanggup bayar kita lebih mahal.

Atau gunakan kemahiran baru untuk cari pendapatan tambahan di luar waktu kerja.

Itulah cara lebih baik kalau “nak cari duit lebih”.

Sepanjang saya aktif sampaikan seminar tentang emas dan kewangan sejak 2016, majoriti peserta seminar setuju, “mereka sebenarnya lebih kaya kalau tak melabur”! 

Lebih kaya kalau tak melabur

Sebab selama ini mereka melabur tanpa ilmu, tanpa ada simpanan kecemasan, dan tanpa persediaan yang cukup.

Akhirnya duit yang dilaburkan itu habis lebur!...

Kalau selama ini mereka betul-betul fokus menyimpan dan tambahkan ilmu, kan lebih kaya? 

Zulkifli
Cyberjaya
20 Disember 2023
8 Jamadil Akhir 1445H

“Bila ada masalah kewangan, jangan sesekali melabur. Melabur bukan untuk orang yang nak cari duit lebih. Tapi untuk yang ada duit lebih. Bila melabur, rugi dalam tangan. Untung belum tentu. Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita tak sanggup lebur.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 18 Januari 2024

“Lagi banyak duit kita ada, lagi besar risiko kita buat kesilapan dalam kewangan. Kajian menunjukkan banyak orang pencen habiskan duit simpanan KWSP hasil titik peluhnya selama 30 tahun hanya dalam masa 3 tahun sahaja! Tanpa ilmu, duit yang banyak pun akan habis.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 24 Januari 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>