MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

5 Sebab Kenapa Patut Melabur Dalam Emas – Pakar

August 11, 2023

Sepanjang tempoh 20 tahun kebelakangan ini, emas telah memberikan keuntungan melebihi ASB, KWSP, fixed deposit, kebanyakan saham dan unit trust, malah hartanah menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali.

Jadi rugi benar siapa yang tak tahu tentang potensi emas sebagai aset 'pelaburan' (untuk jangka panjang).

Ini hujah Tuan Azizi yang beliau catatkan di Facebook beliau tentang emas:

More...

  1. Aset pelaburan terbukti ribuan tahun
  2. Aset kalis dibaham inflasi
  3. Ubat bagi masalah kebocoran wang
  4. Kekayaan kita lebih selamat dan terjamin
  5. Kadar keuntungan mengatasi kebanyakan aset lain

1. Aset kekayaan terbukti ribuan tahun

Emas telah digunakan sebagai produk 'pelaburan' sudah ribuan tahun!

Datuk nenek dan moyang kita memang simpan kekayaan mereka dalam bentuk emas. Bahkan emas telahpun digunakan sejak zaman Rasulullah, zaman kerajaan Rom dan malah juga semasa pemerintahan Firaun di Mesir kuno! 

Emas sudah terbukti sebagai produk 'pelaburan' sudah lebih 5,000 tahun! Bahkan beliau percaya, ia akan terus relevan untuk lagi ribuan tahun.

Syiling emas pertama dunia "The Lydian Lion", kira-kira 2600 tahun lalu.

2. Aset kalis dibaham inflasi

Emas adalah aset yang kalis inflasi. Inflasi maksudnya kenaikan harga barang atau dengan kata lain disebabkan penurunan kuasa beli duit. Kita terpaksa bayar harga lebih mahal untuk beli barang yang sama.

Kadar inflasi (rasmi) di Malaysia dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini sekitar 3% - 5% setahun. Sedangkan kebanyakan aset pelaburan lain (termasuk ASB dan Tabung Haji), kadar keuntungan yang kita dapat cuma sekitar 5% setahun, bahkan makin lama makin menurun. 

Walaupun dapat dividen setiap tahun dan nombor duit dalam akaun kita makin bertambah, hakikatnya kita semakin miskin. Ia tak berbaloi dengan kadar inflasi setiap tahun. Kita tertipu dengan nombor.

Sebaliknya kenaikan harga emas melebihi 10% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan ini. Kalau kita simpan kekayaan dalam bentuk emas, sekurang-kurangnya kita dapat selamatkan kekayaan kita dari dibaham inflasi.

3. Ubat bagi masalah kebocoran wang

Banyak orang ada masalah duit simpanan sentiasa bocor. Mereka simpan duit tapi asyik korek dan tebuk duit simpanan mereka. Simpan, korek, simpan korek! Jadi duit simpanan mereka asyik bocor sahaja!

Berita baiknya, pengalaman menunjukkan mereka yang tukarkan duit mereka kepada emas fizikal tak lagi ada masalah ni! Bila duit mereka sudah ditukarkan menjadi emas, terus hilang nafsu berbelanja!

Simpanan mereka kekal sebagai emas.

Jadi selain harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang, emas juga berfungsi sebagai ubat merawat masalah kebocoran wang. Bila tabungan kita selamat dari masalah kebocoran, barulah makin lama kita bertambah kaya, insyaAllah...

4. Kekayaan kita lebih selamat dan terjamin

Emas adalah aset yang selamat dan terjamin nilainya. Bila simpan emas, kekayaan adalah di bawah kawalan kita sepenuhnya.

Tak macam simpan duit di bank. Nilai duit bukan pada kertasnya. Tapi nilainya pada jaminan kerajaan. Sedangkan emas nilainya terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri. Ia laku di mana-mana seluruh dunia, dan pada bila-bila masa, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.

Tapi syaratnya, kita kena simpan emas fizikal (contoh: dinar ataupun gold bar), bukan emas digital. Dan pastikan simpan emas tersebut di tempat yang selamat, macam safe deposit box. 

Bila simpan emas fizikal, kekayaan kita bukan sahaja selamat dari inflasi, bahkan ia menyelamatkan kita kalau berlaku kegawatan pada kewangan peribadi kita (seperti jatuh bangkrup, di black-listed, terpalit nama dengan AMLA), malah kegawatan pada negara samada ekonomi, politik dan malah berlaku peperangan!

Dan atas faktor inilah kenapa beliau sarankan setiap kita alihkan sekurang-kurangnya 10% nilai kekayaan kita ke dalam bentuk emas. Ia akan jadi benteng terakhir mempertahankan kekayaan kita. InsyaAllah.

5. Kadar keuntungan mengatasi kebanyakan pelaburan lain

Kalau kita lihat dari sudut keuntungan wang ringgit, sejarah menunjukkan harga emas secara puratanya lebih 10% setahun sepanjang 20 tahun kebelakangan.

Menurut Tuan Azizi Ali, ini adalah prestasi yang amat baik, dan malah lebih tinggi daripada ASB (dan Tabung Haji), KWSP, fixed deposit, kebanyakan saham dan unit amanah dan malah hartanah.

Syaratnya, beli emas untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas. Bukan beli emas hari ni, tapi nak jual lagi 6 bulan atau 12 bulan akan datang.

Jadi inilah 5 sebab kenapa pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan setiap kita pertimbangkan untuk tukarkan sebahagian harta kita ke dalam bentuk emas.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
11 Ogos 2023
24 Muharram 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>