MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Benarkah Teknik Ar-Rahnu Dapat Gandakan Simpanan Emas?

August 11, 2023

Benarkah teknik ar-rahnu boleh gandakan jumlah simpanan emas?

Ini jawapan jujur saya berdasarkan 13 tahun pengalaman sebagai dealer dan penyimpan emas:

1. Teknik pajak ar-rahnu tak boleh tambah gram emas. Pajak tu maksudnya tambah hutang.

2. Nak tambah gram emas, kena tambah ilmu, menabung secara konsisten, dan tingkatkan pendapatan supaya dapat tingkatkan jumlah tabungan.

3. Kos pajakan tu mahal. Sekitar 14% setahun. Ia tak berbaloi. Ia murah sikit berbanding caj kad kredit yang dikenakan oleh bank.

4. Kalau teknik pajak gadai benar-benar dapat buatkan semua penyimpan emas kaya raya, dah lama saya ajarkan benda ni. Sebab saya pun nak penyimpan-penyimpan emas di bawah saya kaya dengan emas.

5. Teknik pajak gadai selalu dimanipulasi oleh ejen-ejen emas supaya dapat jual emas lebih banyak kepada kita. Akhir sekali kita bukan dapat emas lebih banyak, sebaliknya menanggung hutang lebih besar!

6. Kalau orang tu ada 1 kilo emas dalam ar-rahnu, sebenarnya emas yang sempurna milik dia tak sampai 300 gram pun. Lagi 700 gram tu dia terhutang dengan ar-rahnu!

7. Teknik manipulasi emas dengan pajakan ar-rahnu memang ada, tapi risiko rugi lebih besar daripada potensi untung. Kalau untung, untunya cuma secupak. Tapi kalau rugi, ruginya segantang!

Jadi baik beli emas gunakan kaedah biasa sahaja. Konsisten sahaja menabung emas, khususnya melalui Akaun Emas GAP. Dan kalau nak lebih konsisten, menabung secara GAP Auto-Debit.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
11 Ogos 2023
24 Muharram 1445H

Setiap kali musim harga emas tengah menaik, banyak skim/ teknik emas "lipat sana lipat sini" kembali muncul. Nak selamat, gunalah teknik paling kuno tapi proven kaya; beli emas dapat emas (fizikal). Bukan sekadar dapat nombor, kertas janji, mahupun surat hutang! - FB Mohd Zulkifli Shafie, 23 Januari 2026

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}