MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Skim Emas 70:30, Penipuan Teknik Ar-Rahnu!

December 22, 2013

Kalau ada peniaga emas nak jual emas kaedah ar-rahnu, saya syorkan sahabat semua study betul-betul apakah benar teknik tu menguntungkan kita sebagai pelabur. 

Akhir-akhir ni, saya diajukan banyak soalan oleh para pemajak emas yang semuanya disebabkan TERPERANGKAP dengan teknik ar-rahnu bila harga emas rendah begini.

Berdasarkan kiraan yang saya buat, mereka semua CONFIRM RUGI dan emas mereka bakal di lelong!

Cuma Minimumkan Kerugian Sahaja

Saya tak ada TEKNIK AJAIB supaya pemajak yang terperangkap ni kekal untung. Yang mungkin kami boleh bantu ialah cara meminimumkan kerugian.

Apa yang boleh saya simpulkan, jual beli emas teknik begitu adalah satu 'PENIPUAN' oleh penjual emas.

Yang confirm untung berganda ialah penjual emas!

Sedangkan RISIKO KERUGIAN yang bakal ditanggung oleh pembeli jauh lebih tinggi berbanding potensi keuntungan yang bakal mereka dapat!

Skim Emas 70 :30

Sebenarnya sudah berkali-kali saya ingatkan pasal SKIM 70 : 30 yang sangat familiar dengan nama "Serambi Emas".

Dan baru sekejap tadi saya consult seorang bakal pesara (lagi 2 tahun) tersangkut hutang lebih RM90,000 dengan Ar-Rahnu Agrobank!

Modal belian RM60,000 guna duit gratuiti tu bakal lebur 100%!

Kesan buruknya:

  • Duit RM60,000 lebur
  • Tinggal rekod hutang yang buruk dalam CCRIS
  • Susah apply loan lain in case nak buat loan lagi

Kalau umur dia muda lagi, boleh juga usahakan personal loan untuk tebus emas tu. Tapi bila umur dah nak pencen, tak ada lagi bank yang nak bagi personal loan sebanyak tu.

Memang pelan keuntungan pembelian emas SKIM 70 : 30 nampak bulan dan bintang. Tapi hakikatnya, bila harga emas turun 10% SAHAJA, mereka confirm rugi 100%!

Rugi memang confirm.

Yang tinggal cuma jalan meminimumkan kerugian sahaja.

Prinsip Penting Pelaburan Emas

Antara RULE PALING PENTING pelaburan emas:

  • Beli emas, dapat emas (kalau dapat kertas, biasanya ada problem)
  • Emas tu kita simpan sendiri (bukan serah pada orang lain 'laburkan')

Kekadang ada baiknya ambil masa bertenang untuk belajar dulu sebelum melabur. 

Sebelum labur besar-besar, mulakan dulu secara kecil-kecil, dan tambahkan ilmu dari semasa ke semasa.

Kerana melabur tanpa ilmu tu sebenarnya bukanlah satu pelaburan. Tetapi "perjuadian"!

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
22 Disember 2013
18 Safar 1435


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>