MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Pajak Emas atau Jual Emas. Mana Yang Lebih Baik?

Kalau nak pakai duit segera, tak semestinya kena jual emas dalam simpanan. Pajak emas di ar-rahnu pun boleh. 

Urusan gadaian emas di ar-rahnu ambil masa hanya beberapa minit sahaja untuk dapatkan tunai segera.

Tapi persoalannya, yang mana lebih baik?

Periksa Tahap Kewangan, Sebelum Pajak atau Jual Emas

Kalau nak pakai duit segera dan mampu untuk tebus balik dalam waktu 6 bulan, semestinya saya syorkan pajak emas di ar-rahnu sahaja.

Ini disebabkan kosnya lebih murah dari kos jual.

Perangai penyimpan emas ni, bila dah jual emas, dia akan cari duit lain untuk beli balik jumlah emas yang dia pernah jual. Dia tak senang hati kalau emasnya berkurangan.

Kecuali, kalau rasa memang tak mampu untuk tebus semula emas yang kita pajak, maka "jual" lebih baik.

gadai emas pajak emas di ar rahnu pos

Kos Jual Emas Lebih Mahal Berbanding Pajak

Apabila kita jual emas, kita akan dikenakan kos spread, iaitu beza "harga Sell" dan "harga Buy". Kalau emas PG, spreadnya mencecah 9% (maksimum).

Sedangkan kos pajak hanyalah sekitar 1.15% sebulan.

Kos Ar-Rahnu Emas


1.15% sebulan

6 bulan = 6.9%

12 bulan =13.8%

Kalau tempoh 6 bulan, kosnya baru 6.9% (1.15% x 6 bulan).

Maksudnya kalau pajak, kita jimat 2.1% (9% - 6.9%) berbanding jual dulu lepas tu cari duit lain untuk beli balik.

Kos Ar-Rahnu vs Kos Jual


Kos pajakan 6 bulan = 6.9%

Kos spread emas = 9%

Penjimatan jika pajak (9%-6.9%) = 2.1%

Tapi kalau dapat tebus emas tu balik dalam tempoh lebih 6 bulan (tapi kurang 12 bulan) pun bagi saya masih berbaloi.

Walaupun kos pajakan 12 bulan (13.8%) tu lebih mahal berbanding spread 9% (kalau jual), tapi kita akan cari duit juga untuk pastikan dapat tebus balik emas tu.

Akhir sekali emas tu kembali sepenuhnya jadi milik kita. Itu lebih baik berbanding jual emas tapi tak berganti balik.

Ikut Keselesaan Sendiri

Jadi, sebelum ar-rahnukan emas, pastikan terlebih dahulu; adakah kita mampu tebus balik dalam tempoh 12 bulan?

Kalau memang langsung tak mampu, lebih baik jual sahaja.

Tapi kalau sebaliknya, pajak lebih baik. Emas itu akan kekal miliki kita.

Siapa ada pengalaman pajak emas, boleh share pengalaman di bahagian komen.

Mudah-mudahan pengalaman sahabat pembaca semua bermanfaat untuk orang lain, insyaAllah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >