MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ubah Impian, Ubah Masa Depan!

Ubah impian, ubah masa depan. Bukan tentang kita, tapi demi anak-anak. Itulah jiwa seorang ayah. Sentiasa bekerja keras dan beri nasihat terbaik demi melihat kejayaan anak-anak.

Malam Khamis yang lepas iaitu 27 Mei 2021, sessi khusus dengan anak-anak saya yang dah besar dalam #PGG100Network, iaitu yang dah capai level MD (Master Dealer). Sebulan sekali kami akan berkumpul. Untuk muhasabah diri dan saling ingat mengingati dalam program "MD Training".

Malam kelmarin kami bincang tentang DREAM, DECISION & DETERMINATION. Itu topik yang saya sendiri pilih untuk mereka.

Impian Saya Untuk Mereka

3 tahun akan datang saya mahu melihat mereka semua capai tahap yang seterusnya dalam bisnes dan juga kehidupan. Bukan sekadar selesa dengan apa yang mereka dah capai hari ini.

MD Forum Mei 2021
Seminar MD Forum

Tapi untuk mengubah masa depan, perlu bermula dengan mengubah saiz impian hidup dulu.  Apa yang mereka lihat pencapaian G100 Network hari ini, bukanlah sesuatu yang kebetulan. Tetapi ia impian yang sentiasa saya sebut-sebutkan sejak tahun 2016 lagi.

Waktu itu mereka belum nampak, tapi ia sudah jelas dalam fikiran saya. Dan saya sangat percaya, ianya akan jadi realiti. Dan hari ini mereka bercakap, apa yang sentiasa saya sebut-sebutkan dulu sudah pun menjadi realiti, satu per satu. Alhamdulillah.

Ubah Impian, Ubah Masa Depan

Maka begitu jugalah tentang masa depan mereka.

Bagaimana masa depan mereka 3 - 5  tahun akan datang, sangat bergantung kepada saiz impian mereka pada hari ini. Maka saya berikan peringatan supaya mereka semua meletakkan impian, membuat keputusan, seterusnya mengambil tindakan dengan penuh keazaman hari ini. 

Ubah Impian, Ubah Masa Depan

InsyaAllah 3 - 5 tahun akan datang, bisnes dan kehidupan mereka akan meningkat ke tahap seterusnya. Keputusannya di tangan mereka.

Saya bukan boss. Saya cuma seorang guru, mentor dan 'bapa' yang akan buat yang terbaik demi kejayaan anak-anak. Masa depan mereka, merekalah yang kena buat pilihan sendiri.

"𝘽𝙞𝙜 𝙥𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙗𝙞𝙜 𝙙𝙧𝙚𝙖𝙢𝙨, 𝙖𝙣𝙙 𝙨𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙥𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙨𝙢𝙖𝙡𝙡 𝙙𝙧𝙚𝙖𝙢𝙨. 𝙄𝙛 𝙮𝙤𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙘𝙝𝙖𝙣𝙜𝙚 𝙬𝙝𝙤 𝙮𝙤𝙪 𝙖𝙧𝙚, 𝙗𝙚𝙜𝙞𝙣 𝙗𝙮 𝙘𝙝𝙖𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙞𝙯𝙚 𝙤𝙛 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙙𝙧𝙚𝙖𝙢" - 𝙍𝙞𝙘𝙝 𝘿𝙖𝙙, 𝙏𝙝𝙚 𝘽𝙪𝙨𝙞𝙣𝙚𝙨𝙨 𝙎𝙘𝙝𝙤𝙤𝙡 𝙛𝙤𝙧 𝙋𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚 𝙒𝙝𝙤 𝙇𝙞𝙠𝙚 𝙃𝙚𝙡𝙥𝙞𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙤𝙥𝙡𝙚

#NextMohdZulkifli #RoadTo1000MD

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>