MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu

February 16, 2013

Antara kelebihan simpan emas ni ialah ‘pelaburan’ kita tak beku. Walaupun kita melabur, hakikatnya ‘duit’ tu ada di tangan kita sebab emas tu kita pegang sendiri. Kita yang control 100%. Kalau simpan dalam Tabung Haji ataupun ASB, duit kita dipegang oleh bank. Dan banklah yang gunakan duit tu untuk buat investment lain dan gandakan keuntungan mereka. Bila dapat untung, sebahagian kecil dia agihkan kepada kita (penyimpan) dalam bentuk dividen. Kalau keluarkan duit lebih awal in case nak pakai duit sekejap, kita akan rugi dividen hujung tahun. Tapi berbeza dengan emas.

Kalau nak pakai duit SEKEJAP untuk hal mustahak, emas tu tak perlu dijual. Pajak sahaja emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA. Duit pinjaman akan dapat on-the-spot. Selesai jer urusan, tebus balik emas tu. Macam tu lah yang dibuat oleh makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu). Gelang yang mereka pakai penuh sampai ke lengan tu sebenarnya modal pusingan mereka. Bila nak modal berniaga, mereka pajak emas tu. Lepas selesai urusniaga, mereka tebus balik dan duit untung hasil urusniaga tu dah boleh cover kos upah ar-rahnu.

Cara pajak di ar-rahnu ni mudah jer. Di bawah ni saya bagi panduannya secara umum:

Di mana tempat pajak emas?

Pajak di mana-mana ar-rahnu (halal), bukan kedai pajak (haram), dan bukan juga di bank sebab bukan semua cawangan bank ada fasiliti ar-rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang sediakan fasiliti ar-rahnu. Di bawah ni saya senaraikan antara ar-rahnu yang ada di Malaysia:

Untuk pembeli emas Public Gold, anda boleh rujuk dalam senarai di artikel “Di Mana Tempat Pajak Emas Public Gold?“.

Apa yang anda perlu tahu, polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Berapa nilai emas, apa dokumen yang diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama tempoh pinjaman, memang berbeza antara setiap ar-rahnu. Di bawah ni saya cuma bagi panduan umum sahaja.

pasar siti khadijah

Emas boleh dijadikan sumber tunai segera untuk para perniaga terutamanya.

Apa yang perlu di bawa?

Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?

Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

Berapa banyak pinjaman akan diberi?

65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website.

desimeter uji ketulenan emas

Densimeter – alat penimbang & menguji ketulenan emas

Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.

surat pajak ar rahnu agrobank

Contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank

Berapakah caj yang dikenakan?

Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.

Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

Berapa lama tempoh pinjaman?

Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.

Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?

Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

pelaburan emas arrahnu

Berdasarkan carta di atas, bila renew surat pajak, ar-rahnu akan tambah lagi pinjaman sebanyak RM1,300. Tapi apa akan berlaku kalau sebaliknya (harga emas turun)? Maka kita kena top-up (bayar) RM1,300 baru boleh sambung pajakan! Haa… Kat sinilah ramai pemajak tegar tersangkut pada tahun 2012 bila harga emas bergerak mendatar!

Itulah panduan asas cara pajak emas di ar-rahnu. Tapi sebelum anda mula memajak emas, ada 9 tips penting yang anda perlu tahu. Saya dah explain satu persatu dalam artikel “9 Tips Penting Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
17 Februari 2013
6 Rabiul Akhir 1434

Fakta Ar-Rahnu : Ar-Rahnu pertama di tubuhkan di Malaysia ialah Ar-Rahn PKB (Permodalan Kelantan Berhad) iaitu pada 19 Mac 1992. Ia adalah salah satu usaha PAS (ketika itu baru memerintah Kelantan) menyelamatkan rakyat daripada terpalit dengan dosa riba yang mana Allah s.w.t isytihar perang ke atasnya [Al-Baqarah 2 : 278 – 279].

Artikel berkaitan:

(Kredit foto : jutawanemas)

About the author 

    • Wslm En Safarin,

      Tak ada had maksimum untuk renew pajak. Selagi emas jenis tu masih diterima untuk pajakan, boleh terus renew. Unless emas tu tak lagi diterima, contohnya, dulu Ar-Rahnu Agrobank terima gold bar. Mulai Mei 2011, Argrobank tak terima pajakan baru untuk gold bar. Tapi untuk renew tak ada masalah. Mulai awal tahun 2012, gold bar tak lagi diterima untuk renew sekali pun. Pokoknya, bergantung polisi semasa ar-rahnu tu sendiri.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm tuan,

      Kalau nak gunakan teknik manipulasi ar-rahnu untuk gandakan keuntungan pelaburan emas, masa paling sesuai ialah bila berlaku kejatuhan mendadak seperti yang berlaku dalam minggu ni. Tapi kalau betul-betul nak pajak, harga emas paling ideal ialah bila mana harga bermain sekitar USD1,570. Sekarang ni masih USD1,610. Itu berdasarkan analisis teknikal harga emas.

      Wallahu a’lam.

  • Salam,

    Ar Rahnu mana yang terima dinar? satu lagi bagi tujuan investment selama 3-5 tahun mana lebih baik, dinar atau brg kemas? susutnilai pula macam mana

    • Wslm tuan,

      Secara umumnya, semua ar-rahnu terima dinar kecuali ar-rahnu di bawah pengurusan bank seperti Agrobank dan Bank Rakyat. Kalau nak kepastian, kena call ar-rahnu tu sendiri.

      Untuk tujuan investment (tanpa pajakan), dinar paling baik sebab susut nilai (spread) rendah. Dinar yang saya maksudnya ialah Dinar Public Gold sebab susut nilainya cuma sekitar 5% – 6% sahaja.

      Barang kemas tak sesuai untuk pelaburan kecuali barang kemas i-series Public Gold sebab spreadnya cuma 10%, iaitu paling rendah berbanding mana-mana barang kemas.

      Wallahu a’lam.

  • Salam, yang dalam resit kat atas tuh, ansuran bulanan rm300 lebih tuh ape dia? kalo kita nak bayar bulan2 kat bank ke? dan upah rm149 tuh, kita kena bayar sekali aje kan untuk 6 bulan?

  • Masa ni dinar pg dah turun sehingga rm696, dan untuk buka akaun Kuwait Finance House, perlu mulakan dgn simpanan permulaan 10g =harga semasa Rm1635, tambahan minima 1g. Ini adalah satu pelaburan emas fizikal yang baik. Sila lihat website kfh

  • Salam,

    saya bercadang nak beli Dinar Kelantan untuk koleksi. Jadi saya search website Nubex. tapi yang ada hanya 1/2 dinar, dimana saya boleh beli 1 Dinar Kelantan di area Lembah Kelang (selain Nubex). TK

    • Wslm tuan,

      Memang itu masalah biasa Dinar Kelantan especially bila harga rendah macam sekarang. Nanti harga dah mencanak naik nanti, barulah banyak Dinar Kelantan yang akan keluar dari ‘ladang’. Itu berdasarkan pemerhatian saya dah 2 tahun lebih.

      Cuba tuan tanya Ar-Rahn PKB Jalan Raja Laut. Kalau ada rezeki, boleh beli di situ. InsyaAllah.

  • satu lagi pertanyaan, kalau beli gold bar dan gold coin jenama luar negara melalui nubex, bila harga naik ke mana nak jual supaya susutnilai tak tinggi?

  • Salam saudara..dengan bermodalkan 6k sy telah memajak emas d ar rahnu exchange secara manipulasi sbyk 100g/rm19000 atau 190/gram ketika itu,jadi pinjaman saya lebih kurang 12k++.skrg hrga emas dh jatuh pada 178..tempoh 6bulan akan berakhir pada 25/3/2013 ini dgn kos upah keseluruhan rm884.apa yang perlu sy buat ya?mohon bantuan sy bengong..sbb xpndai bila smpai tahap mcm ni..

    • Wslm Pn. Nurakmal,

      Memang teknik manipulasi ar-rahnu merugikan ramai pelabur sejak tahun 2012. Antara option yang ada:

      1. Terus sambung pajak dan tunggu harga tinggi baru jual. Bila harga tinggi tu tak pasti.

      2. Jual ketika harga rendah dan rugi,

      3. Biarkan emas tu dilelang, dan rugi,

      4. Buat personal loan untuk tebus balik emas tu. Bila harga tinggi baru jual emas tu.

      Antara 4 pilihan tu, puan kena buat kira-kira dengan lebih detail yang mana pilihan paling menguntungkan. Wallahu a’lam.

    • Terima kasih saudara zul..mungkin daripada 2gelang 50g setiap satu tuh sy tebus 1gelang/50grm dlu..yg 50gram sy akan smbung pajak..boleh kan?cuma nk tnya kalo 50grm yg sy smbung pajak jika sy xtebus n biar dilelong ja 6bulan kmudian adakah nama sy akan di blacklist oleh institusi kewangan?

    • Ok juga cara macam tu. Tebus yang mana boleh jer dulu. Untuk makluman Pn. Nurakmal, pinjaman ar-rahnu memang akan masuk dalam rekod CCRIS Bank Negara. Ia akan menjejaskan limit pinjaman untuk loan yang lain nanti. Saya tak pasti samada ia diblacklist ataupun tidak sebab ar-rahnu ialah pinjaman bercagar. Tapi ada kebarangkalian ia meninggalkan rekod buruk bila nak buat loan yang lain nanti.

      Wallahu a’lam.

  • Saya mula beli dirham dan dinar PG sedikit2 beli ada simpanan tabung haji yang lebih. Bila awal tahun harga emas turun saya keluarkan sedikit simpanan. Baru2 ni saya buka akaun simpanan Gold di Kuwait Finance House. Permulaan perlu bayar10 gm minima ,harga Rm1,630. Saya juga buat tambahan 2gm lagi sebab nak bawa balik 10 gm emas fizikal (kfh wajibkan simpan 2gm di bank). Kos lain perlu buka akaun simpanan sebanyak rm20, dan dapat kad Atm serta diajar untuk buka online banking. Next time bila nak tambah simpanan emas, boleh dibuat melalui online banking akaun simpanan tadi. Setiap tambahan min 1 gm. Statement akan dihantar setiap bulan. Jangan tunggu2 lagi bukalah akaun Gold dgn Kuwait Finance House dan belilah dirham dan dinar PG semasa harga sedang turun ni..

  • salam sy nk tau la kenapa pinjaman yang diberikan oleh ar-rahnu ada yang 65% atau 70% dan bukannya 100% atau 90%? Mohon penjelasan….

  • assalammualaikum tn zul..sy br bjinak dlm emas..emas yg sy bli sy pjak n bli emas lg dr duit pnjaman..Apakah teknik pajak nie akan mrugikan sy..pada pndpt adakah tndakn sy nie btl n pd tn teknik ape yg baik untk mjana pndptn n mnmbh emas slain mjd dealer..tq tn

    • Wslm tuan,

      Kaedah beli, pajak, beli dan pajak ni mungkin menguntungkan kalau tuan buat teknik tu masa harga rendah macam sekarang. Kalau buat masa harga tinggi, kebarangkalian rugi adalah besar.

      Cara paling mudah tambahkan simpanan emas ialah buat bisnes, hasil bisnes beli emas. Tak kisah apa jenis bisnes sekali pun. Kalau kaedah lain bagi saya menyulitkan.

      Wallahu a’lam.

    • Harga emas dunia semua refer pada kitco.com dalam nilai USD. Tuan boleh cek di website http://www.kitco.com. Tapi paling senang, buka jer website http://www.publicgold.com.my sebab dekat situ pun dia paparkan harga emas dikitco.

      Lepas tu, tuan boleh compare harga-harga pengeluar emas di Malaysia macam Kijang Emas BNM, Dinar Kelantan, Public Gold, GCP, GSR, Sri Ayu dsb. Nanti tuan akan boleh agak berapa harga patut untuk emas yang tuan akan beli. InsyaAllah.

  • Tuan boleh contact saya 019-3368009 (Zul). Bagi (1) nama penuh, (2) no ic, (3) no telefon, (4) email, (5) bajet/ item yang nak dibeli dan (6) tinggal/ kerja di mana untuk saya kenal pasti cawangan PG terdekat dengan tuan. Nanti saya akan bantu tuan, insyaAllah.

  • salam tuan,

    sy nak bertanya.semua Ar Rahnu akan masuk rekod CCRIS?
    macam mana dgn Ar Rahnu Yapeim atau Ar Rahnu Pos Malaysia?

    terima kasih.

    • Wslm tuan,

      Saya rasa tak semua ar-rahnu masuk CCRIS. Hanya Ar-Rahnu di bawah pengurusan bank macam Agrobank atau Bank Rakyat jer yang rekodkan dalam CCRIS. Walau apa pun, hutang perlu diurus dengan baik.

      Wallahu a’lam.

    • apa reason masuk dalam CCRIS eh tn. Zul? Adakah ini bermakna ‘tidak digalakkan’ buat pajakan di arrahnu di bawah pengurusan bank. cthnya bank rakyat memandangkan nama akan direkod dalam CCRIS? Saya bercadang nak pajak untuk tujuan dapat cash byr deposit rumah, dan bercadang nak tebus semula antara 2-4 tahun emas tu.

      Mungkin tn. Zul boleh beri pandangan. Terima kasih.

    • Tujuannya bank boleh cek sejarah hutang kita untuk pertimbangan kelulusan pinjaman baru. Pajak di ar-rahnu tak ada masalah tapi pinjaman tu mesti diurus dengan baik.

      Saya tak berani syorkan pajak untuk bayar deposit rumah sebab tempoh pajakan cuma 6 bulan. Kalau nak sambung, ar-rahnu akan nilai balik emas tu. Kalau harga naik, ok tapi kalau turun, tuan akan terperangkap.

      Keduanya, polisi ar-rahnu ni sentiasa berubah-ubah. Katakanlah dengan polisi baru lepas 6 bulan pajakan, ar-rahnu tak terima untuk sambungan pajak, maka tuan akan terperangkap.

      Saya nampak, pinjaman ar-rahnu hanya sesuai kalau kita gunakan duit untuk jangka pendek jer. Iaitu tempoh kurang daripada setahun.

      Wallahu a’lam.

  • Salam….Nak tnye..:)
    Sblm nie, sy beli 2oz kijang emas+rantai leher+loket….dan dah dipajakkan, dpt rm9520.
    Then,
    Hasil pajakan td, sy beli lg kijang emas 2 oz….dan dipajakan lg, dpt rm 6900.
    Keesokan harinyer lg, sy beli lg 1oz kijang emas dan 1/2oz kijang emas….
    Lepas tue, ape yg perlu sy lakukan yer utk menyambung wt pelaburan?
    Harap dpt ngajar budak baru belajar nie….terima kasih…:)

    • Wslm,

      Erm… Strategi “beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi” kurang sesuai sejak 2012 sebab harga agak tak menentu dek krisis kewangan di Eropah. Ia agak berisiko. Kalau harga emas tak naik, tuan akan rugi:

      (1) Harga jual lebih rendah dari harga beli
      (2) Susut nilai / spread
      (3) Kos upah simpanan (kos pajakan)

      Saya syorkan, kalau berlaku kenaikan harga emas lepas ni, tuan terus jual emas tu hingga langsai semua hutang dengan ar-rahnu.

      Untuk maksimumkan keuntungan / minimumkan kerugian, tuan boleh jual Kijang Emas di facebook dalam group “Kijang Emas Lot Shop”. Biasanya, pembeli di situ sanggup beli pada harga web tanpa ambil kira susut nilai. Bahkan ada yang sanggup beli pada harga lebih tinggi daripada web sebagai “upah”. Kijang Emas bagi mereka ada barang ekslusif yang susah nak dapat.

      Strategi “beli, pajak, beli dan pajak” sesuai diamalkan untuk short-term jer dalam keadaan harga emas tak menentu sekarang.

      Wallahu a’lam.

  • salam..nak tanya sebenarnya beli emas ni rugi ke untung?saya ada beli emas semasa 190/gram..emas saya 5gram so harganya rm950..dan saya ingin menjual..merata saya tanya kedai hari ni..harga emas turun..kedai hanya ambil rm400 paling..adakah emas ni merugi kan?kebetulan sijil asal pembelian hilang..hurm…binggung.. 🙁

    • Wslm tuan,

      Ada orang untung, ada orang rugi. Saya nampak tuan rugi banyak sebab:

      (1) Beli barang kemas di kedai emas, susut nilainya 25%.
      (2) Barang kemas di kedaikan ada hidden cost iaitu kos upah.
      (3) Sijil pembelian asal hilang menyebabkan kedai emas beli balik dengan harga lebih rendah.
      (4) Memang harga emas baru sahaja berlaku penurunan mendadak pada bulan April 2013. Harga sekarang terendah dalam tempoh 3 tahun.

      Untuk makluman tuan, sekarang ialah musim beli emas. Kurang sesuai untuk jual. Siapa jual musim sekarang, rata-rata mereka akan rugi.

      Wallahu a’lam.

  • itu sebenarnya tipu. emas 190/g for 5g= 950….kalau jual balik…..let say at 175/g at least can get 700-800 easily.

    Tapi lebih baik, buat Pajakan Ar-rahnu…….emas kita at least disimpan sahaja oleh bank yang bertauliah yang mengamalkan dasar keadilan tanpa sebarang unsur-unsur penipuan. Upah simpan pun ….just 7 kupang per every Rm100 nilai emas yang dipajak at that time.

    Inshalllah, dengan prinsip Ar-Rahnu…..kita tidak akan tertipu sebaliknya berkemungkinan memperoleh keuntungan.

  • Assalamualaikum Tuan,
    saya ingin tahu, adakah membuat pinjaman peribadi untuk pelaburan emas sesuatu yang manguntungkan untuk tempoh masa panjang? terima kasih atas bantuan.

  • salam zul….
    yang tulis kat resit tu bulan bulan payment kan….? tapi kalau nak bayar bukan bulan bulan… maksud saya bulan yang ke6 baru bayar lumpsum boleh jugak ke?

    • Semua ar-rahnu bank terima i-series PG. Cuma saya dengar, ada juga sesetengah Cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat tak terima emas PG sebab PG supply produk unlimited. Ia berpotensi untuk orang manipulasikan sistem ar-rahnu untuk dijadikan SKIM PELABURAN tak sah.

      Wallahu a’lam.

  • Salam, sya pajak 1 dinar kt ar rahnu KT sg besi arituh, dpt 65% loan i.e 370. Upah simpan 3.20 sbulan…dan sya ada beli 1 dinar EPP PG bulan kedua nak kena bayar EPP tuh..sya x ckup weit utk tebus emas d ar rahnu…namun emak sya akan bgi wang 650(bayar keta 400+200 sewa umah) apa pendpt n cdngan yg Tuan boleh beri pada saya..sya mengharap jawapan… 🙁

    • Wslm En. Rusli,

      Untuk tebus emas tu, memang kena cari duit lain. Tak ada jalan lain. Duit RM650 yang emak bagi tu tak boleh sentuh untuk tujuan lain. Kalau tak, nanti timbul masalah lain pulak.

      Mungkin jalan paling akhir, jual emas yang dalam ar-rahnu tu. Caranya, guna duit RM650 tu untuk tebus emas tu. Lepas tebus, terus jual. Duit yang tak cukup untuk bayar EPP dengan PG atau untuk cukupkan balik RM650 tu kena topup dengan duit lain.

      Sebagai pelajaran baru; sebelum pajak emas, memang kena betul-betul buat kira-kira macam mana nak tebus balik nanti. Kalau tak, memang akan tersangkut sebab ar-rahnu tu adalah “pinjaman” yang mesti dibayar balik.

      Wallahu a’lam.

    • Kalau ikutkan sejarah Ar-Rahnu di http://www.arrahn.pkb.net.my/latarbelakang, Ar-Rahnu pertama di Malaysia ialah Ar-Rahn PKB. Sejarah ditulisnya nampak lebih kukuh dengan bermulanya operasi (bukan sekadar penubuhan) pada 12 Mac 1992. Saya nampak sejarahnya agak konsisten dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan yang pada waktu itu baru diambil alih oleh PAS memindahkan dana kerajaan Negeri daripada Bank Bumiputra kepada Bank Islam untuk keluar daripada amalan riba. Sejarah ini memaksa semua bank-bank konvensional membuka “Islamic Window” untuk tujuan komersial atas kesedaran masyarakat mencari alternatif perbankan halal.

      Wallahu a’lam.

  • –1–
    Secara ringkasnya sejarah sistem gadaian Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan
    Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) pada 23 Januari 1992. Seterusnya sistem ini
    mula berkembang apabila Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB) telah membuka sebuah Kedai Ar-Rahnu pada Mac 1992. Seterusnya sistem gadaian Islam ini terus bertapak kukuh apabila pihak Yayasan Pembangunan
    Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) pada 27 Oktober 1993 telah memperkenalkannya melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan kemudiannya dengan Bank Islam Malaysia
    Berhad (BIMB) pada November 1997. Sekali lagi YPEIM pada 15 September 2002, telah
    mengambil inisiatif apabila menawarkan skim ini melalui kaunter Koperasi YPEIM Berhad. Dan
    seterusnya, sistem gadaian ini terus mendapat tempat di kalangan institusi kewangan apabila
    Agro Bank (ketika itu Bank Pertanian) mula menawarkan skim berkenaan pada tahun 2002,
    EON Bank Group dan seterusnya oleh koperasi-koperasi.

    http://www.takaful-ikhlas.com.my

    –2–
    http://tokeyemas.shukri.my/?p=449
    Sebagai menyahut seruan itu, kerajaan Terengganu buat pertama kalinya telah melaksanakan Muassasah Gadaian Islam Terengganu pada 23 Januari 1992. Pajak gadai itu ditubuhkan di bawah Pejabat Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Terengganu. Penubuhan pajakan dan operasi itu termaktub di bawah peruntukan Seksyen 12 dan 14 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil.2) 1986. Dari segi perundangan, operasi Muassasah Gadaian Islam Terengganu tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Peraturannya berkuatkuasa pada 1 Jun 1992. Pelaksanaan Muassasah Gadaian Islam Terengganu yang memenuhi kehendak syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan. Melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad, ia telah mewujudkan Kedai Ar-Rahn yang memulakan operasi pada Mac 1992 dengan modal awal RM2 juta. Ia merupakan syarikat atau institusi gadaian Islam terawal di Malaysia.

    –3–
    Oleh:
    Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh
    Paiz bin Hassan
    Mohd Zahirwan Halim bin Zainal Abidin
    Hamdi Rahman bin Mohd Yaacob
    (Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Perak)
    Mohd Hasaidi bin Hassan
    (Pelajar Sarjana, Sekolah Pengajian Sosial dan Kemanusiaan, UUM)

    ABSTRAK
    Pajak Gadai di Malaysia begitu mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan masyarakat kelas miskin dan menengah bagi mendapatkan sumber kewangan dengan cepat dan mudah. Atas asas itu, Kedai Pajak Gadai dan Kedai Emas di seluruh Malaysia menawarkan skim pajak gadai ini. Kemasukan gelombang Islamisasi ke Malaysia membawa sekali semangat untuk menerapkan Islam dalam seluruh system kehidupan dan kenegaraan masyarakat Malaysia. Hasil daripada dorongan dan gelombang tersebut lahir institusi Perbankan dan Pasaran Modal Islam di Malaysia pada awal 1980 an. Kewujudan al-Rahn adalah pelengkap kepada sistem kewangan yang ada iaitu pada mulanya al-Rahn ditawarkan oleh Institusi bukan Perbankan (NBFI) seperti Bank Kerjasama Rakyat yang dibangunkan di bawah Akta Koperasi 1970, Muassasah Gadaian Terengganu dan Permodalan Kelantan Berhad.

    Skim ini juga merupakan rentetan dari perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983. Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu.
    Perlaksanaannya yang memenuhi kehendak Syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKNK). Melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ia telah mewujudkan ‘Kedai Ar-Rahn’ yang mula beroperasi pada Mac 1992. Dari segi perlaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim ini kepada masyarakat umum…………..

    benda simple gini pun nak bertekak ‘keng’ padahal cuma untuk pembetulan fakta je pun

  • Assalamualikum admin , saya nak bertanya , kalau kita beli emas melalui kedai yang berada di shopping complex , Mana-mana .jika emas 999(kepingan) kalau kita tolak semula di kedai tersebut ataupun kedai lain , adakah duet hasil gadian itu tadi menjadi haram dari segi syariah, soalan kedua adakah boleh di gadai melalui bank arrahnu , sebab saya tidak memahami konsep tersebut terima kasih

    • Wslm tuan,

      1. Saya kurang jelas dengan soalan pertama. Boleh tuan terangkan maksud soalan tersebut?

      2. Secara umumnya, kesemua ar-rahnu di bawah pengurusan bank hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, gold coin, dinar, semua tak diterima untuk pajakan sebab ia selalu digunakan untuk teknik manipulasi yang boleh menjejaskan cash flow bank.

      Wallahu a’lam.

  • Salam. Saya membeli emas 999 dan emas 916 dlm bentuk brg kemas utk tujuan pelaburan. Saya beli di kuala pilah dgn harga rm120/g utk 916 dan rm139/g utk 999. Saya ingin pjakkan di ar rahnu.Adakah ar rahnu akan nilai meas sy dgn hrga semasa? Adakah sekarang masa yg sesuai utk pajak? Bolehkah saya beli emas lagi dgn pinjaman (65%) drpd nilai emas yg dipajak? Bilakah masa yg sesuai utk saya tebus semula emas tersebut?

    • Wslm Pn Norhafizah,

      Ar-Rahnu akan nilaikan ikut harga semasa ar-rahnu tersebut. Harga setiap ar-rahnu mungkin ada sedikit perbezaan. Saya syorkan simpan je emas tu. Ada duit nanti, beli lagi emas. Kalau nak pajak untuk dapatkan pengalaman pun ok, tapi dalam jumlah berpada-pada. In case harga emas tak naik dalam tempoh 6 bulan (tempoh pajakan), pastikan puan ada duit lain untuk tebus. Sekarang ni harga emas pada paras yang selamat untuk pajak.

      Saya secara peribadi tak suka pajak (untuk tujuan spekulasi) sebab tak nak tertanggu emosi dengan turun naik harga emas. Saya beli emas dengan duit yang ada je.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum EN Zul,

    SAya baru nak cuba kaedah Pajak ni. Berdasarkan pengalaman EN ZUL Bank mana yg bagus patut saya pergi yer ?

    Saya dgr ada yg baru Pajak ArRahnu at POS ..bagus ke kat sini

    Mohon cadangan

    Terima Kasih

    • Wslm Pn. Izan,

      Setakat ni saya nampak ar-rahnu Agro Bank & Bank Rakyat yang terbaik sebab caj lebih rendah. Tapi cuma barang kemas jer yang dia terima. POS pun dah ada ar-rahnu, saya rasa mesti ok.

  • Ass’kum,

    En Zul saya nak tanya..

    Kalau nama saya kena blacklist kat BNM…..boleh ke nak buat pajak AR-Rahnu . Layak ke saya

    Trime kasih

  • salam

    Saya masih baru dlm gold investment ni
    Bleh sy tau adakah jika pajak emas di arrahnu,mereka akan buka seal gold bar(ex PAMP or Perth Mint)?

    thank you

  • Salam en.Zul, dimana saya boleh beli emas dgn tujuan utk pelaburan atau pajak secara arrahnu? Adakah skrg masa yg sesuai utk pelaburan?

  • Salam. Nak tanya. Saya ada pajakkan 3 keping 1 oz gold coin di ar rahnu bank rakyat pada bulan oktober 2012. Pada bulan april 2013 saya telah lanjutkan upah simpan saya dan saya dikehendaki menebus ketiga2 gold coin saya itu pada bulan ogos ini. Di tangan saya masih ada 4 keping gold coin (berat yg sama). Persoalan saya:
    A) bolehkah saya melanjutkan lagi simpanan 3 keping gold coin saya itu dengan membayar upah simpan sedangkan saya pernah melanjutkannya sebelum ini.
    B) bolehkah saya pajakkan 4 keping gold coin yg berada di tangan saya ini..kebetulan saya memerlukan cash pada saat ini. Saya bimbang ini akan menambahkan lagi hutang saya.

    • Wslm Pn. Lia,

      A. Ia bergantung kepada polisi ar-rahnu tu. Tapi biasanya, boleh lanjutkan lagi pinjaman tapi tertakluk kepada penilaian semula emas tu. Kalau harga emas semasa lebih rendah dari harga pajakan kali pertama, puan kena top-up (bayar) perbezaan pinjaman lama dan pinjaman baru.

      B. Boleh pajak 4 keping tu, tapi memang akan bertambah bebang hutang. Puan kena plan betul-betul mana sumber duit untuk tebus balik emas tu.

      Wallahu a’lam.

  • saya ada pusaka nenek saya tapi emas itu 916 tapi campur dgn lain tukenan kalau i check kah kedai dia kata ada campuran tukenan lain n gold bar itu dalam emas luar ada campuran tulenan lain

    so kalau i dtnalrahnu dia orang blh check.

  • Salam. Saya mempunyai beberapa keping gold coin bunga raya. Pada pendapat tuan apakan yang perlu saya lakukan kerana saya membeli pada harga yang agak tinggi. Jika terus disimpan mahupun jual terasa rugi.

    • Wslm Pn. Zura,

      Simpan je emas tu, melainkan Pn. Zura nak guna duit. Kalau emas tu nilainya lebih RM20,000, boleh trade in kepada emas Public Gold untuk layak jadi dealer Public Gold. Strategi ni sesuai kalau Pn. Zura nak berniaga emas sambil simpan emas. Kalau tak, simpan jer emas tu.

  • assalammualaikum cik zul,
    saye nak tnye la contoh nilai emas saye berharga total semua dalam 6000.00.andai kate bank bagi dalm 70% @kurang daripada nilai emas saya,berapa nilai pinjaman yang akan saya dapat & berapa ansuran bulanan yang perlu sye bayar untuk tempoh 6 bulan n bile dah habis bayar dalam tempoh nya barang saya akan dapat semula kan? keliru la …blh tolong jelaskan x cara kiraan nya?

    • Wslm Pn. Ija,

      Kalau nilai pinjaman 70%, maksudnya puan akan dapat RM4,200 (RM6,000 x 70%). Kalau caj upah simpan dikenakan 1.0% sebulan, maksudnya upah simpan yang puan kena bayar sebanyak RM360 (RM6,000 x 1.0% x 6 bulan). Jadi, untuk tebus, puan kena bayar kepada bank berjumlah RM4,560 (RM4,200 + RM360).

      Berapa ansuran bulanan?

      Itu terpulang kepada puan. Janji dalam tempoh pajakan tu, kesemua RM4,560 tu kena settle baru boleh terus keluar emas tu.

  • assalamualaikum tuan zul.
    sy nk tanye..kwn sy pernah pinjam duit sy utk beli satu gelang.dia akan byr duit sy secaran ansuran..dia juga minta sy simpankan gelang tersebut sehingga dia byr penuh baki hutang. pd pandangan tuan zul, blh kah sy pajakkan gelang tersebut dan duit pajakan tu sy simpan dalam asb sehingga dia habis byr duit sy?atau just biar je gelang tu dlm simpanan sy? terima kasih tuan

    • Wslm Pn. Nurul,

      Cara macam tu tak berbaloi sebab kos pajakan sekitar 1.15% atas nilai pinjaman. Ia bersamaan dengan 13.8% setahun. Kalau puan laburkan duit ar-rahnu tu dalam ASB, puan cuma dapat keutungan ASB sekitar 5.5% setahun (setelah tolak zakat 2.5%) sedangkan kos pajakan 13.8% setahun. Maksudnya puan akan rugi 8.3% (13.8% – 5.5%) setahun dengan cara macam tu.

      Jadi, lebih baik simpan jer gelang tangan tu. Kalau puan nak guna duit untuk rolling bisnes, saya rasa bebaloi buat pajakan. Tapi mesti minta izin kawan tu sebagai pemilik gelang.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Tuan…saya seorang beginner…let say saya ada rm2000 dan ingin melabur dlm emas..apa pandangan tuan dlm situasi emas sekarang..tunggu dulu or beli waktu sekarang..tq

    • Wslm En. Putera,

      Kalau modal RM2,000, item terbaik ialah coin 1 dinar x 3 keping. Harga baru naik, tapi bagi saya beli jer sebab harga sekarang ni masih rendah berbanding 2 tahun lepas. Asalkan ia untuk simpanan jangka panjang, tak perlu risau harga naik turun.

      Wallahu a’lam.

    • Kalau banyak, simpan di safe box. Sewaan serendah RM100 setahun. Ia bergantung kepada saiz box. Kalau sikit, simpan kat rumah jer. Emas lebih senang disimpan berbanding harta lain yang ada di rumah kita. Risiko kehilangan kereta & motosikal sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding emas.

  • salam..
    sy skrg tgh confuse nk pajak emas sy kt mana…skrg sy perlukan duit utk beli kereta..sy nk minta pandangan en.zul apa patut sy buar skrg…

    • Wslm Pn. Wani,

      Puan kena cek mana-mana ar-rahnu yang terima emas puan. Kalau ar-rahnu bank cuma terima barang kemas jer. Kalau gold bar & dinar, boleh cek mana-mana ar-rahnu under koperasi macam Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu KT, Ar-Rahnu Express dsb.

      Kalau nak pajak, puan kena tahu mana sumber duit untuk tebus emas tu dalam tempoh pajakan i.e. 6 bulan. Kalau tak ada sumber duit untuk tebus, lebih baik jual, bukan pajak.

      Wallahu a’lam.

  • asslamualaikum,
    sya ada brg di ar-rahnu.. dan dah nak expired next month…
    sya cadang nak tebus hujung bulan ni.. dalam berat 11.86gram… RM 1200 jer sya amik msa tuu… takut nk amik lebih…
    berbaloi kah jika saya jual semua brg kemas tersebut dalam hujung bulan ni agak2x berapa sya dpt dgn jumlah berat tersebut…
    sekian..

    • Wslm Pn. Rini,

      Kalau ikut harga used gold untuk emas 916 hari ni, RM116.52/gram. Nilai hari ni maksudnya RM116.52 x 11.86 gram = RM1,382.00. Hujung tahun saya tak pasti. Biasanya hujung tahu akan ada penurunan. Tapi itu tak confirm. Ia berdasarkan faktor sebenar ekonomi semasa dunia. Wallahu a’lam.

  • Salam..nk tumpang tanya..bolehkan surat gadai di bank rakyat al rahnu di tukar kan kepada nama orang lain?? Saya ader kawan x mampu nk bayar dah bersedia bg surat gadai kepada saya…minta nasihat dari encik..

    • Wslm Pn. Nor,

      Tak boleh tukar. Dia kena jual emas tu kepada pembeli. Dia kena datang dengan pembeli untuk tebus di ar-rahnu. Pembeli bagi duit dan tunggu. Dia masuk tebus. Selesai tebus, serahkan emas tu kepada pembeli. Kalau ada baki, dia boleh ambil.

  • Salam, sy ada buat gadaian kat ar rahnu, dlm rm1200…upah simpan dlm rm13. Sy x faham cara byaran balik. Upah simpan tu saya kena pegi byr tiap2 bln sepanjang 6 bln ke mcm mana?boleh tak saya nk bayaran ansuran kos gadaian yg sy amik tu?

  • Assalamualaikum Encik Zulkifli,
    Pajak gadai Ar Rahnu yang terbaru adalah Ar Rahnu@POS. Terdapat lebih 70 cawangan dan bakal dibuka lagi dan hanya di Pejabat Pos terpilih di seluruh Malaysia. Terima kasih.

  • salam…sy ada rantai tgn n leher..tp rasanye dpt 1k je..ada ke cara lain utk sy dpt pinjaman…sy hanya memerlukan lagi 5k utk topup kahwin sy..tak tau dah nk cari mana..

    • Wslm Mr A,

      Buat personal loan Islamik mungkin lebih baik berpanding pajak untuk duit belanja hangus. Kos pajakan agak mahal i.e. sekitar 14% setahun berbanding persoalan loan yang jauh lebih rendah.

      Wallahu a’lam.

  • assalamualaikum en zul,ini hanya sekadar pendapat sahaja,buat masa sekarang saya melihat harga gadaian emas ada penurunan ini akan membuatkan seseorang yang ingin menukar surat gadaian yang telah matang akan menerima masalah yang besar jika perbezaan harga emas yang sangat ketara sehingga mencapai kira2 rm 800,tiadakah kaedah lain untuk melanjutkan gadaian jika tidak mampu untuk membayar harga perbezaan tersebut untuk mengelakkan daripada dilelong….sekian terima kasih.

    • Wslm Tuan,

      Memang kalau harga emas lebih rendah berbanding masa kita pajak emas tu, kita akan bermasalah untuk sambung surat pajak kalau tak ada duit lain untuk top-up perbezaan pinjaman baru yang lebih rendah berbanding nilai pinjaman lama. Kalau nak sambung juga, memang kena cari duit lain. Kalau masih ada emas lain ditangan, pajak emas ditangan tu dan guna duit pajakan baru tu untuk bayar pajakan lama. Itu jer yang saya nampak.

      Wallahu a’lam.

  • salam ya encik zul,saya tdk mncukupi lagi 1k, pnh sy terfikir untuk pajak sebentuk cincin.Tapi dalam situasi sekarang harga emas sangat murah, adakah saya akan rugi jika pajakkan? satu lagi, untuk sebentuk cincin yang berat nya 1.90gm, dapat ke saya pajak dengan harga 1k? terima kasih ya en zul. salam .

  • salam,
    Sy ada beberapa soalan.

    1) Berkenaan CCRIS,katakan tempoh pajakan 6 bln,sy tangguhkan bayaran ansuran 3 bulan & bulan ke-4,sy bayar penuh sekaligus untuk tebus balik emas sy.adakah dlm CCRIS akan rekod sy tak bayar pinjaman selama 3 bulan?

    2) Apa yg dimaksudkan dgn overlap surat pajak?pernah dengar org cakap, bila saja harga naik, kita overlapkan surat pajak & ambil untung dari harga baru yg lebih tinggi tu.boleh mohon pencerahan?

    • Wslm En. Solihin,

      1. Tak nak bayar sepanjang tempoh pajakan pun boleh. Bayar sekaligus masa nak tebus atau masa renew surat pajak i.e. sambung pajakan pun boleh.

      2. Overlaps maksud nilaikan semula emas dalam ar-rahnu ikut harga semasa dan buat surat baru. Seolah-oleh kita tebus & pajak semula. Ar-Rahnu akan bagi perbezaan antara pinjaman lama dan pinjaman baru (kalau nilai emas lebih tinggi berbanding dulu). Ar-Rahnu TAMBAH PINJAMAN, bukan bagi keuntungan. Pinjaman tu perlu dibayar balik.

      Wallahu a’lam.

  • salam…en zul

    sy nk jual rantai emas seberat 7.0gm di ar rahnu…sy ade temui ar rahnu di kawasan sy…tp masih takut nk pergi…sy xnk pajak tp nk jual terus boleh ke…tq…

  • Assalamualaikum,
    Saya nak Tanya,saya mempunyai gold bar….
    Dan sekarang ni saya mahu pajak kan ke ar rahnu..
    Tapi,saya x mempunyai sebarang resit belian kerana saya beli atas tangan orang bukan daripada ejen….
    saya ada 2 jenis gold bar sekarang ini..
    1.public gold(ada sijil)
    2.gold bar bunga raya(tiada sijil)

    saya nak Tanya boleh ker saya punya emas ni dipajakkan ke ar rahnu????
    ape penyelesaian nyer??

    • Wslm En. Azrul,

      Boleh pajak, tak ada masalah. Bawa jer emas tu ke Ar-Rahnu. Kalau emas Public Gold, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Pos Malaysia pun terima. Gold bar bunga raya kena call ar-rahnu tu kalau nak pajak.

      Wallahu a’lam.

  • Assalammualaikum En Zul,

    Saya ada pertanyaan sikit berkenaan dengan pajak gadai emas. Saya ada rantai emas y beratnya lebih kurang 21 gram.. Sekiranya saya nak pajakkan rantai emas tersebut, berapakah harga yang paling tinggi saya boleh dapat? Saya bercadang untuk tebus semula bulan 1 atau 2 tahun hadapan.

    Terima Kasih banyak-banyak kerana membantu.. =)

  • Aslmalaikum tuan. Saya plan nak beli brg kemas used gold dr individu yg membeli brg kemas tersebut dr lelongan arrahnu. Harga 138/g . Tujuan saya adalah untuk melabur dlm jangka masa panjang. Apa pandapat tuan? Perkara yg saya masih ragu ialah
    – adakah brg kemas ini mmpunyai nilai susut yg byk? Sy masih belum faham dgn maksud nilai susut/spread
    – adakah lebih bAik utk saya pajak atau simpan saja?
    -sekiranya sy nak jual terus brg kemas tersebut apabila hrga emas naik, di mana tempat utk saya jual dan adakah emas tersebut akan dibeli dgn hrga semasa atau mempunyai nilai susut..?
    – adakah lebih baik saya mlaburkan duit saya utk membeli emas jenis lain eg gold coin ..

    Maaf saya baru nak berjinak2.
    Terima kasih.

  • Salam En Zul,

    Mohon pencerahan.Jika kita pajak emas di ah rahnu..cthnya dengan harga 130/g.n cth dlm ms 2thn lg harga emas naik 230/g. bila kita nak tebus balik emas di ah-rahnu berapa yg kita perlu byr? harga asal atau harga emas yang telah naik?maaf saya baru dalam hal ini.

  • Assalamualaikum.

    Sy nak tanya, sebenarnya sy tak faham dengan maksud pajak dan gadai. untung dan rugi emas. Emak sy ada berikan sy emas untuk di guna tukar duit. masalanya saya tak tahu nak nk tukar duit kat mana. jual kat kedai takut kena tipu.Sy perlukan duit. Tolong bagi cadangan dan nasihat apa yg perlu sy buat. kalau buat pinjaman kat ar rahnu takut nt sy tak dapat plak bayar semula. Terima Kasih.

    • Wslm Pn. Izan,

      Kalau nak gunakan duit dalam tempoh yang pendek (e.g. 6 bulan) dan duit tu digunakan untuk perkara yang menguntungkan seperti rolling bisnes, lebih baik pajak di ar-rahnu. Tapi kalau nak guna duit untuk belanja hangus, lebih baik jual jer. Kalau barang kemas perhiasan, emas tu boleh jual di mana-mana kedai emas.

      Wallahu a’lam.

  • Slm..
    Sy skrg mngalami mslh kwangan..
    Sy perlukan duit utk selesaikannya..
    Skrg sy hny mmpunyai sedikit emas yg disimpan sejak sekian lama.. bile ditotalkn berat tu sy ingt dlm lgkungan 350-360 gram..
    Ingin sy jual emas ini, tp sy syg.. adakah patut sy mmajaknya..
    Dan jika sy pajak emas sy ini, berape jumlah yg sy akn dpt dlm jumlah emas yg sy ad skrg??
    Mohon penjelasan..

    • Wslm En Syed,

      1. Duit pajakan tu adalah pinjaman yang perlu dibayar balik. Kos pajakan sekitar 14% setahun i.e. agak mahal. Kalau En. Syed dah dapat kenal pasti sumber duit untuk bayar balik pinjaman tu, boleh pajak emas tu. Kalau tak, lebih baik jual jer emas tu.

      2. Duit pinjaman akan diberikan sekitar 65% – 70% dari nilai emas semasa. Kalau ar-rahnu Koperasi Tentera, emas 999 RM143/gram, emas 916 RM131/gram. Nanti En. Syed pastikan ketulenan emas, dan darabkan dengan nilai harga emas semasa.

      Wallahu a’lam.

  • Salam..sekiranya sy terlepas pandang tarikh tebus brg kemas…apakah yg boleh sy lakukan untuk tebus barang kemas tsbt..

    Mohon penjelasan..tq

  • Assalamualaikum….saya nk tnya kalau dalam 1 resit ada 2 brg kta pajak,lpas 2 kta nk tebus 1 brang jer dlu blh ker x??

  • Assalamualaikum nk tanye klu kite dh pajak rantsi emas tu..sebulsn kemudian nk jual kt bank ar rahnu bank rakyat. .boleh x??? Tu kira mcm mana

  • Assalamualaikum abg zul..
    saya pelajar tahun akhir uitm shah alam, sy kena buat projek final year , determination of ar rahnu efficiency. so sy nak kajian ar rahnu mana yg cekap.. boleh tak kalau cik zul bg papa cadangan terus ke email saya? saya harap cik zul boleh..bg sedikit pertolongan..
    terima kasih

  • salam tuan..saya ada pajak emas di kedai pajak emas biasa..boleh kah jika saya mahu ar rahnu tebuskan dan saya bertukar pajak emas di ar rahnu?

  • Assalamualaikum..encik,sy nk tny jika tempoh pajak gadai da tamat dan nk lanjutkan tempoh pajak gadai,apa yang perlu dilakukan?betul ke kena keluarkan emas itu dulu dengan membayar sejumlah duit kemudian pajak semula untuk dapatkan tempoh lanjutan?duit yang perlu dibayar tu untuk apa?

    • Wslm Pn. Alin,

      Biasanya cuma perlu bayar upah simpan jer. Lepas tu ar-rahnu akan revalue emas tu. Kalau harga emas dah naik, maksudnya kelayakan pinjaman akan bertambah. Maka ar-rahnu akan top-up perbezaan loan yang dia bagi sebelum ni. Tapi kalau harga sekarang lebih rendah berbanding kita pajak sebelum ni, kita kena refund perbezaan loan yang dulu dengan yang sekarang.

      Tapi setiap ar-rahnu berbeza polisinya. Mungkin ada yang letakkan syarat kena tebus keluar dulu emas tu, baru boleh pajak semula. Puan kena cek dengan ar-rahnu tu sendiri.

      Wallahu a’lam.

      • assalamualaikum , , dsini sy ingin bertanyakan tentang apakah yang dimaksudkan tentang Prosedur muassasah , pakej haji . pakej swasta , dan kuota khas ??? sila jelaskan

        • Wslm Pn. Nur Farhana,

          Itu “muassasah” dan “pakej haji / swasta” tu pakej menunaikan haji. Muassasah tu pergi dengan Tabung Haji. “Pajek” tu pergi dengan syarikat swasta yang lain yang biasanya, harga 2 kali ganda lebih mahal.

          Wallahu a’lam.

  • Salam..en zul..saya nak tnye..cara bayaran balik pinjamn, hanya untuk upah simpan sahaja? Means.. kalau kite pinjam 4300, upah simpan 298, kitr hanya perlu byar upah simpan sahaja ke?

  • Assalamualaikum wtb en mohd zulkifli shafie.
    Saya seorg suri rumah sepenuh ms. Skrg tengah mencari duit lebih itu menolong suami mencari pendapatan sampingan. Tp cari2 terjumpa la saya blog en ni…Saya suka penulisan en. Saya terilham dr situ utk melabur duit saya. D samping utk simpanan ms depan yg lebih baik.. segala puji bagi Allah yg menemukan saya kepada blog en. Semoga rezeki en sekeluarga lebih melimpah ruah. Saya dah follow en kat fb..
    Terima kasih sekali lg…

  • Salam..sya nk brtye. Saya kurg arif.perlu ke sy g kdi emas n sahkan ketulenan ems sya(glg tgn) sb sy xde pn srt ketulenn n resit pmbelian pn dh ilng mse pndh umah.
    nsya ibgt nk wt pjkn di ar rahnu bank rkyt.n de skit keroskn pd glg sya.. adakah glg sya msh boley diterima oleh pihk ar rahnu..

    • Wslm Pn. Norlinzah,

      Kebanyakkan ar-rahnu minta resit untuk buat pajakan. Tapi puan boleh tanya mana-mana ar-rahnu yang mungkin terima emas tanpa resit. Emas rosak pun tak ada masalah biasanya, asalkan ianya tulen. Kalau puan memang tak pakai emas tu atau memang dah rosak, saya syorkan trade in je kepada emas dinar atau gold bar Public Gold. Emas Public Gold diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia.

      Wallahu a’lam.

  • Salam…sekiranya saya memajak emas di ar-rahnu dan ingin menebus balik dalam tempoh 6 bulan atau kurang dari 6 bulan..Adakah sebaiknya saya tebus balik barang kemas saya semasa harga emas rendah atau tinggi utk mengelakkan saya dari kerugian…

  • en.zul ar-rahnu juga boleh dilakukan di pos malaysia…pada pendapat en.zul adakah sistem yang pos malaysia gunakan sama seperti ar-rahnu di bank rakyat..dan dari segi secure/keselamatan barang kemas yang dipajak adakah juga terjamin…

    • Dari sudut servis sama jer, cuma harga emas di Ar-Rahnu Bank Rakyat lebih tinggi dan kadar caj upah simpan lebih rendah. Dari sudut proses, Pos Malaysia lebih cepat. Itu berdasarkan banyak feedback yang saya dapat daripada pemajak.

  • en zul bank rakyat dan pos malaysia mengambil harga emas dengan nilai yg berbeza ke…untuk hari ini harga emas 22k 141.28 dan upah pos malaysia 0.75 untuk 100 marhun..bagaimana dengan bank rakyat…saya kurang arif…

  • Assalamualaikum wbt En Zul..

    Adakah barang kemas yang terpakai yg hendak dipajak dikira mengikut harga semasa? Dan adakah kondisi barang tersebut diambil kira? misalannya permukaan rosak, emas tidak sempurna dsb.. Sy ingin tahu..

    Sekian Wassalam.

    • Wslm En. Rizal,

      Bila nak pajak, dia akan ambil kira berat dan ketulenan. Samada emas tu patah, kemek, bengkok, itu tak kisah. Asalkan emas tu tulen jer. Cuma sesetengah ar-rahnu cerewet sikit. Dia nak resit belian sekali.

  • Assalamualaikum wbt En Zul…

    nak bertanya,saya ada gold bar 20gm..saya bercadang nak pajak tetapi resit pembelian hilang..bagaimana caranya ya?untuk makluman,saya beli di kedai habib jewel

    • Wslm En. Alif,

      Polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Biasanya kalau gold bar, ar-rahnu cuma nak sijil ketulenan jer. Tapi sesetengah ar-rahnu nak resit sekali. Saya syorkan En. Aliff contact ar-rahnu tu untuk dapatkan confirmation.

  • Surat gadaian saya hilang, boleh tk encik terangkan pada seya secara terperinci proses nk berurusan dgn ar rahnu sebab sy nk tebus blk emas tersebut. Adakah apa-apa bayaran dikenakan?

  • Salam en zul sy nk tnye ni…sy bkerja sbg anggota tentera dan ingin men dapatkan side income bulanan.sy tebaca blog ni dan terfikir boleh kan sy ingin membuat pembiayaan koperasi tentera untuk memulakan modal pelaburan emas ar rhanu ini…yg sy tidak paham nya ar rhanu ni ape yg berkaitnya dgn koperasi tentera…itu sy x paham sbb kalo anggota tentera hanya boleh buat pembiayaan di koperasi tentera sahaja….

    • Wslm En. Emy,

      1. Sebaiknya beli emas pakai duit simpanan sendiri jer, tak perlu buat pinjaman.

      2. Koperasi Tentera ada ar-rahnunya tersendiri yang dinamakan Ar-Rahnu KT. Maksudnya, siapa ada emas, boleh dapatkan pinjaman bercagarkan emas dengan Ar-Rahnu KT tu.

  • salam en zulkifli.. boleh ke kalau saya suruh pihak kedua (wakil) untuk gadaikan barang kemas saya di ar rahnu menggunakan maklumat peribadi saya?

  • Assalamualaikum..
    En., sy dh lama pajak di ar rahnu tp blm pernah sekali membayarnya.ini kerana resit yang sy dpt tempoh hari telah hilang. Jd bagaimana sy boleh check total yg perlu sy byr, tamat tempoh & no akaun?Ada kekangan utk ke ar rahnu waktu hari bekerja. Harap en. dpt membantu

  • Assalam…saya ada lebihan simpanan dalam 10 ribu.sy ingin membeli emas untk pelaburan. Emas jenis apa yg terbaik untuk sy yg bajet 10 ribu tu? Ok ke kalu sy simpan sendiri je.. Katekan sy beli di Pblc Gold, maka jual pn di P.G, bawa je ke emas n resit beli di sana? untuk bajet 10 ribu dapat ke emas999?

    • Wslm En Khalil,

      Dengan bajet RM10k, item terbaik yang boleh syorkan ialah;

      – 10 dinar x 1 keping
      – 5 dinar x 1 keping
      – 1 dinar x 2 keping

      Dengan bajet tu, boleh dapat gold bar 999 tapi kalau nak untung lebih banyak, lebih baik beli dinar sebab susut nilai leboh rendah.

      Bila nak jual nanti, cuma perlu bawa emas dan sijil ketulenan jer. Resit tak perlu.

  • Salam Tuan,

    Mohon pencerahan tuan.. adakah harga emas semasa di arrahnu berubah ubah setiap hari atau setiap minggu atau setiap sebulan? Maksud sy jika sy pajak hr ini dan esok sy pajak lg emas yg lain adakah harga emas hr ini dn esok adalh sama? Terima kasih tuan..

  • […] Bila ada emas fizikal, duit kita tak beku macam pelaburan lain sebab emas tu ada di tangan kita sendiri. Kita boleh dapatkan PINJAMAN SEGERA dari ar-rahnu pada bila-bila masa kita perlu. Tak perlu tunjuk slip gaji pun, cuma serahkan emas tu jer sebagai cagaran. Lepas ar-rahnu sahkan timbangan dan ketulenan emas tu, kita boleh dapat pinjaman sehingga 70% daripada nilai semasa emas tu. Secara detailnya, boleh baca panduan yang saya sediakan dalam artikel “Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu”. […]

  • Assalamualaikum wbt.

    Tuan, saya ada baca soalan dan jwpn di atas berkenaan pajak emas di ar rahnu utk bayar hutang tidak digalakkan sebab interest tinggi drpd personal loan. Jika di tempat pajak yg lain selain ar rahnu sama tinggi interestnya atau bgmana? Sebab saya juga bercadang hendak nak pajak emas utk hal mustahak.

    • Wslm En. Amirul,

      Paling penting kena pastikan mana sumber duit untuk bayar pinjaman pajakan tu balik untuk tebus. Kalau ambil pinjaman yang sama interest ratenya untuk cover pinjaman lain pun sebenarnya tak berbaloi sebab biasanya beberapa tahun pertama, kita banyak bayar interest jer. Jumlah pokok (principal) masih lagi besar.

  • Sekadar berkongsi.
    Saya cadangkan bagi sesiapa yg ingin menggunakan khidmat ar-rahnu, pergilah ke POS, kerana upah simpan yg rendah. Upah simpan yg dikenakan adalah mengikut bilangan hari, bukan mengikut kadaq bulan seperti kebanyakan ar-rahnu yg mengenakan caj bulanan, cthnya caj 2 bln dikenakan bg 32hari pijaman.. Di pos, 32 hanri, di caj 32 hari.. Pinjaman juga lebih tggi iaitu 75%.

  • Salam sy nak tanya klu kita gadai kan emas d arrahnu.. nak tau jumlah mana yg patut di bayar balik pinjaman atau nilai marhun?

  • Assalam Tuan,
    Apakah prosedur bayaran balik apabila kita memajak emas di mana-mana Ar-Rahnu? Maksud saya tempoh pajakan (setahu saya 6 bln). Bolehkah kita membayar balik ansuran pinjaman secara tak tetap asalkan tak melebihi 6 bln atau pun kurang? Contohnya pinjaman yg dibuat sebanyak RM1000, pada bulan pertama saya bayar RM500, bulan kedua RM200 dan masuk bulan ketiga saya bayar pula bakinya sebanyak RM300 + upah simpan dan dalam masa 3 bln saya sudah boleh tebus kembali emas saya. Bolehkah cara ini dipraktikkan? Ataupun semua Ar-Rahnu sudah tetapkan semua bayaran ansuran mesti dibayar bulan-bulan selama 6 bulan ?

    Minta maaflah kalau soalan saya agak banyak, baru nak berjinak-jinak dgn emas.
    Terima kasih Tuan…

  • Salam tuan. Saya nak bertanya mengenai pelaburan tok belagak since banyak kawan saya yg join. Oleh kerana tuan juga ada terlibat dlm pelaburan emas saya ingin tahu pendapa tuan.
    Terima kasih

  • Assalamualaikum tuan,

    mohon bertanya. tuan ada info tak, emas sri ayu boleh pajak di mana? Ada tak artikel tuan tentang jenis2 emas? Antara banyak jenis emas (gold bar, dinar, barang kemas etc), mana satu sebenarnya yang paling menguntungkan untuk investment? saya banyak simpan gold bar, tetapi berdasarkan pembacaan saya dalam artikel tuan, sepertinya lebih baik simpan dinar. Mohon pencerahan.

    Terima kasih.

    • Wslm Pn. Nurul,

      Secara asasnya, emas paling baik untuk pelaburan ialah yang susut nilai paling rendah tak kira gold bar atau dinar. Kalau emas Public Gold, secara umumnya dinar 916 lebih rendah susut nilainya berbanding gold bar 999.9. Sebab tu saya selalu syorkan beli dinar berbanding gold bar.

  • Oh ya lagi satu, saya beli emas tak pernah diberi resit pembelian. yang ada cuma sijil ketulenan. Macam mana tu, boleh dipajak ke emas tu?

    • Boleh juga En. Saiful. Ada yang terima gold bar dan gold coin, ada yang cuma terima barang kemas jer. Ia bergantung pada ar-rahnu tu. Kalau emas Public Gold, Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Pos Malaysia terima.

  • Salam…
    en zul…
    nk tye ar-rahnu ni ade terima x?gadaian perak , berbentuk coin, perak sekeping nilai 10 dirham

  • Assalam nak tye, knp sy try pajak di bank persatuan,katanya mesin tolak(reject) sbb emas sy(rantai tangan) tidak solid? sy tidak faham istilah tak solid sedangkan rantai tangan sy tidak berbatu dan tidak bercampur dgn emas putih.boleh tlg jelaskan.? trm kasih

  • Salam.. sy nk tnya..kalau sy pajak kt bank rakyat boleh tak sekiranya sy bayar secara ansurans sehingga habis pnjaman sy tu?

  • salam wbt… saudara zulkifli, saya mahu bertanya,harap tidak mengganggu… system 70/30 itu adakah sama dengan system seperti tok belagak atau abdul rahman b. auf (arba)yg memberikan pulangan bulanan 1g rm16?? adakah saudara recommend utk saya menjual beli emas di bawah tok belagak atau arba ini??

  • Salam tuan..ada x contoh pelaburan emas yang boleh bagi income bulanan tetapi bukan kaedah 70:30?berapa anggran income bulanan tersebut?
    tq.

    • Wslm En. Safwan,

      Antara pelaburan yang ada income bulan-bulan ialah pelaburan hartanah. Beli rumah dan disewakan. Yang lain saya tak pasti. Kalau tahunan tu memang biasa. Kalau nak income bulan-bulan, cara terbaik ialah berniaga, bukan melabur. Melabur ni kalau untung 20% setahun pun dah cukup teruja, tapi kalau bisnes, untung 200% setahun tu biasa jer.

  • Salam tuan,,di manakah tempat yg betul utk membeli barang kemas spt loket,cincin ,,,adakah di kedai emas or ade tempat lain yg lebih baik?

  • Assalam.. tuan ,saya xberapa faham pasal ar rahnu. ok contoh, saya ade 100g emas. ok katakan 1g=rm130, so emas saya bernilai rm13000. lepas tu saya pergi pajak di ar rahnu, (katakan ar rahnu bg 70% drpd nilai emas tu) , so saya dapat rm9100 kan? ok, skrg nie, emas tu dekat ar rahnu tu, dan saya ada cash rm9100. lepas tu saya kene byr bulanan kos upah rm91 sebulan. betul? ok lepas 6 bulan. total upah bulanan yang saya byr rm546, then mcm mane saya nak amek balek emas tu? saya perlu bayar rm9100 dekat rahnu balek ke, ataupun just bayar upah yg rm(546) tu je..? sebab kalau konsep ‘pinjaman’ saya kene byr balek lah rm9100 tu kt ar rahnu. tp masalahnya lepas 6 bulan saya bayar pun xsampai pun rm9100. cube cerita sket selepas… sebab kes yg sebelum dan semasa saya dah fhm.. hehe tq tuan.

  • Assalamualaikum…
    Macam mana plk kalau tarikh pajak emas dah tamat tempo pajak..
    Boleh kita kita tebus atau renew balik surat pajak gadai ini..

  • assalamualaikum…
    sy mhu bertny..pajak gadai ar-rahnu terima ke pamp swiss..kalu ar-rahnu terima,.berapa nilai gadai utk pamp swiss 100g..

  • Assalamualaikum tuan…kalau sy pajak brg kemas guna skill multiply…adakah ada keuntungan sama ada cash atau gram jika saya tebus dalam masa seminggu selepas hbs pajakan emas terakhir…tq tuan..

    • Wslm En. Azmi,

      Skill multiply yang En. Azmi maksudkan tu macam mana?

      Asasnya, ar-rahnu ni tak mengurangkan kos pemilikan emas, bahkan ia menambahkan lagi kos tersebut. Kalau dalam masa seminggu, saya kira rugi sekitar 6%.

  • Salam,
    Sy nak tnya, ada apa apa borang yg prlu disediakn untk membuat urusan pajak gadai ini ke? Dan ada mngikut umur ke?

    Terima kasih

  • As salam en Zul..saya nak minta pencerahan..bab org niaga emas sekarang ni..contoh beli emas 100g pamp swiss..bagi modal kat A, A niagakan dengan cara pusing modal beli emas 100g juga tapi ETA lambat so dapat harga murah..disitulah untungnya..
    saya nak tahu cara ni mcm mana dlm islam? hukumnya? cth emas 100g mungkin lambat sebab naik kapal lambat tiba so murah..yg ETA cepat 2 hari (cthnya) mahal sikit sbb naik flight..
    mcm mana tu?

  • Assalam, tuan ingin sy kemukakan soalan pada post yg awal tadi ada tuan nyatakan sesetengah ar rahnu tidak terima gold bar, kepingan dinar dan gold coin sebagai barang pajak jadi boleh tuan namakan ar rahnu di sekitaran johor yg mengambil barang2 yg disebut tadi sebagai barang pajakan sekian terimakasih tuan.

  • sy ingin bertanya, ada x bank2 yg mana kita boleh labur emas melalui mereka?lg satu apa pandangan tuan dengan kuwait finance house?

  • salam tuan.
    sy masih baru dan masih dlm proses belajar
    sy ingin tunjuk ajar dr tuan teknik manipulasi emas di arrahnu
    dan jg sy ingin meminta pandangan tuan berkenaan manipulasi emas
    berbaloi @ tidak?

  • Assalam..tuan..nak tahu tempoh pajakan ar-rahnur paling singkat brp lama..katakan kita nak buat pajakan 2 minggu shj..adakah..bayaran yg dikenakan dikira sebulan

  • As salam en zul,

    nk tanya..klu pajak emas or gold bar, tp tak tebus blk, ada ape2 tindakan akan dikenakan atas si pemajak?
    atau akan disenaraikan dlm ccris?

  • Salam En Zul,

    Skrg minimum belian brapa utk jadi dealer public gold? Kalau kita buat minimum belian tu just semata2 utk jd dealer, lepas beli tu kita boleh jual balik terus ke utk dptkan balik duit kita tu? ke ade minimu period baru boleh jual balik?

  • Assalam…saya nk tya…kalau emas tu tak ditebus dlm tempoh setahun macammana ye? Suami sya pajakkan rantai…lepas tu dia lupa utk tebus balik & asyik bertangguh saja..boleh kah saya cek dgn Arrahnu tentang status pajak tu? Memang confirm ye rantai tu nanti kena lelong?

  • Saya dah pajak kat ar-rahnu utk 6 bulan, dah cukup tempoh sy dah bayar upah dan renew lagi 6 bulan. Lepas ni saya boleh renew lagi tambahan utk 6 bulan atau perlu tebus / keluarkan dulu barang dan buat pajakan baru.

  • salam,
    saya nk bertanya sikit ni…sy ade simpan barang d arrahnu temerloh…tempoh tamat 8/2/2015 .skrg sy sdg pantang d kedah dak..temerloh thunlepas hingga awal bulan 1 bnjir besar…dan smpai slrg banl rakyat x buka lg…boleh ke sy nk tambah tempoh masa d bank arrahnu cawangan lain?

  • Slm en, zul saya ingin memajak emas dengan cara pusingan contoh saya pajak barang pertama dengan harga 2000 selepas itu saya bayar secara ansuran selama 3bln dengan menggunakan duit gaji apabila berbaki 1000 saya pajakkan satu lagi barang berharga 2000 separuh daripada nilai pajakan kedua itu saya ambil barang yang pertama tadi(barang pertama tadi saya dapat tebus balik) baki dari nilai pajakan kedua tadi saya buat simpanan dan sterusnya saya buat pusingan gadaian dengan nilai yang sama dan cara bayaran yang sama adakah cara ini tidak menjadi kesalahan dan adakah cara ini memberi keuntungan pada saya minta penjelasan terima kasih en zul.

  • Slm En Zul,

    Terima kasih atas nasihat En Zul,sebahagian besar artikel En Zul saya dah baca jadi apakah cara yang terbaik,cadangan dan pendapat En Zul untuk saya usahakan dan manafaat yang boleh saya perolehi terima kasih.

    • Wslm En. Ruslee,

      Alhamdulillah. Kalau ada 1000 langkah untuk berjaya, langkah paling penting ialah langkah pertama. Mulakan langkah pertama simpanan emas dengan mula membeli at least gold bar 1 gram. Lepas tu tambah simpanan emas dari semasa ke semasa seiring bertambahnya ilmu, insyaAllah.

  • Assalamualaikum wbt. en Zul…mohon pencerahan. cara terbaik utk tebus barang di ar rahnu…sewaktu harga emas turun aaupun naik? terima kasih.

    • Wslm Pn Rohana,

      Tebus sebaik sahaja duit pinjaman tu tak lagi digunakan. Lagi lama emas tu dalam ar-rahnu, lagi tinggi kos upah simpan. Harga naik atau turun, kita tetap perlu bayar jumlah yang kita pinjam tu.

  • selamat ptg en. Zul.. Sy ingin btanya ttg pajakan ar-rahnu ni krn kurang faham cra bnda ni bfungsi.. Contoh, sy memajak brg kmas sy dgn nilai 65% drpd harga emas trbut dn mperoleh rm1610..dn upah simpan yg perlu dbayar adalah 18.88 dgn tmpoh 6 bln..sekiranya sy nk tebus semula emas trsbut adakah sy perlu mbyr smula rm1610 yg telah dterima tdi?

  • salam en.zul..
    saya pelajar universiti tgh buat research mengenai ar-rahnu..sya ingin tahu jenis-jenis pinjaman apakah yang boleh dilakukan melalui sistem pajak emas ar-rahnu? satu lagi soalan boleh terangkan lebih lanjut apakah faedah atau kebaikan yang dapat diberikan kepada pemohon melalui sistem ini?

    • Wslm Cik Izza,

      1. Satu jenis pinjaman jer yang ar-rahnu tawarkan. Iaitu pinjaman bercagarkan emas.
      2. Faedah; boleh dapat pinjaman on the spot dengan mencagarkan emas tersebut. Tak perlu ada slip