MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

10 Kesilapan Pelabur Emas!

August 8, 2011

[Kemaskini Disember 2022]

Kesilapan remeh, tapi boleh membuatkan kita menanggung kerugian yang besar.

Walaupun manusia simpan emas sejak beribu-ribu tahun dulu lagi. Tapi tanpa ilmu, ramai yang menanggung kerugian besar dalam pelaburan emas.

Saya rasa terkilan bila ada kenalan rapat saya sendiri yang mengalami kerugian.

Kalau dia rujuk saya dulu sebelum beli emas, sekurang-kurangnya dia boleh elakkan kerugian tersebut.

Selain daripada terjebak dengan "Skim Cepat Kaya Bertopengkan Emas", ini 10 kesilapan remeh yang selalu orang baru buat yang menyebabkan dia rugi dalam pelaburan emas;

#1 - Beli Emas Tanpa Ilmu

Orang beli emas, dia pun nak beli emas. 

Lebih bahaya, dia percaya bulat-bulat nasihat ejen emas tanpa dia ambil inisiatif untuk belajar sendiri.

Ingat tip paling penting bila melabur dalam emas, iaitu "bukan emas yang menjadikan kita kaya, tapi ILMU".

Lagi banyak ilmu, lagi banyaklah keuntungan yang akan kita dapat. Bukan sahaja dalam emas, tapi dalam mana-mana pelaburan sekalipun.

Jadi sebelum beli emas, saya nasihatkan baca dulu artikel-artikel tentang emas di blog ini.

Atau sekurang-kurangnya baca sebuah buku pelaburan emas yang berkredibiliti sebelum bermula. Datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar.

Cara paling cepat untuk faham cara yang betul untuk kaya dengan emas, baca buku tulisan saya bertajuk "Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat".

Buku tulisan saya tersebut sesuai untuk siapa yang nak mulakan simpan emas. Saya tulis berdasarkan pengalaman yang praktikal, dengan cara penyampaian yang mudah difahami oleh orang baru.

#2 – Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama

Kita tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama.

Kita hanya akan faham bila sudah buat belian pertama sebab hanya ketika itulah kita akan ada benchmark (penanda aras) tersendiri.

Cara yang lebih baik ialah beli dulu walaupun hanya gold bar 1 gram, atau mulakan dengan belian RM100 melalui Akaun Emas GAP di Public Gold. Lepas tu barulah boleh monitor perkembangan harga.

Untuk makluman sahabat pembaca, penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah. Apatah lagi kita orang biasa!

#3 – Membeli barang kemas

Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN.

Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan menjana keuntungan. Barang kemas sesuai tak sesuai sebab:

  1. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan,
  2. Kos upahnya boleh dimanipulasi oleh pekedai emas, dan
  3. Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.

Sila rujuk artikel saya bertajuk “4 Kerugian Membeli Barang Kemas” untuk lebih faham topik ni.

Barang kemas kurang sesuai untuk tujuan “pelaburan”.

#4 – Membeli emas pelaburan di kedai emas

Kedai emas menjual emas perhiasan, bukan untuk tujuan pelaburan.

Jadi produk emas pelaburan seperti gold bar ataupun dinar hanyalah produk sampingan bagi kedai emas.

Harga emas yang dijual di kedai emas lebih tinggi dari emas pelaburan. Ia dijual mengikut harga persatuan pekedai emas i.e. Federation Of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM).

Selain harganya lebih tinggi, pekedai emas selalunya meletakkan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka sarung plastik (seal) dan tak boleh hilang resit dan sebagainya.

Kalau buka sarung plastik, emas itu dianggap sebagai "emas terpakai". Bila nak jual nanti, mereka akan kenakan potongan harga sekitar 25% - 40%! Ia sangat merugikan.

Buy Back Poh Kong

Syarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.

#5 – Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat

Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang, sekurang-kurangya untuk dua tahun.

Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, kita akan rugi atas spread (susut nilai) sekitar 6% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Kalau harga jatuh, ruginya akan berganda-ganda.

Jadi, kalau nak beli emas, pastikan guna duit yang memang tak pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun. Paling baik, untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 – 3 tahun dan ke atas.

graf pergerakan harga emas 10 tahun

Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin boleh mengganggu tidur malam yang lena.

#6 – Pinjam duit untuk beli emas

Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik dilaburkan.

Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Tidak ada mana-mana guru kewangan di dunia ini suruh pinjam duit untuk melabur, melainkan dalam pelaburan hartanah.

Yang banyak sekali ajar orang awam supaya pinjam duit untuk melabur kebanyakkanya adalah ejen-ejen skim cepat kaya, atau ejen produk kewangan yang tak bertanggungjawab.

Jadi sila hati-hati...

#7 – Membeli emas ‘paling murah’, tanpa ambil kira faktor lain

Emas paling murah tak semestinya paling untung.

Emas yang dilelong di ar-rahnu juga belum tentu menguntungkan.

Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan.

Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), caj upahnya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar, syarat kalau nak buat pengeluaran emas fizikalnya (bagi akaun emas) dan sebagainya.

Di Malaysia, jenama emas paling berkredibiliti dan dipercayai oleh majoriti penyimpan emas ialah emas Public Gold dan Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank).

Bagi siapa yang belum tahu, emas Public Gold dan Kijang Emas bukanlah emas yang paling murah di pasaran. Tapi ia jenama yang paling dipercayaai dan diterima meluas oleh ar-rahnu.

Ia mudah dibeli, dan mudah dijual balik atau pajak di ar-rahnu bila-bila terdesak nak pakai duit.

Kalau nak beli emas untuk pelaburan, fahami dulu “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan“.

#8 – Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul

Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu.

Apa yang lebih buruk, ada ejen pelaburan emas yang mempromosikan supaya beli emas, kemudian pajak. Beli lagi, pajak lagi. Sampailah....

Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja, iaitu (1) harga emas turun banyak secara mendadak, (2) duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes.

Jadi sebelum pajak emas, faham dulu ilmu asas tentang pajakan.

#9 – Membuka sarung plastik kekal

Kebanyakkan emas pelaburan di bank diletakkan dalam bungkusan plastik kekal. Kalau nak buka, ia terpaksa dipotong dan bungkusan plastik itu akan rosak.

Emas yang dijual di bank biasanya berseal begini. Sekali buka seal, kita rugi 25%!

Emas yang diletakkan dalam plastik kekal sangat cerewet. Bank yang menjual emas tak terima untuk beli balik kalau seal dibuka (potong atau gunting), calar, kemek dan sebagainya bila nak jual balik.

Kijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.

Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak sebab ar-rahnu perlu buka plastik itu untuk ujian ketulenan!

Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, kita akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

Ini emas versi lama keluaran Public Gold (tak sama dengan Public Bank). Public Gold jamin beli balik emas tu samada calar, kemek, atau bengkok dengan harga tinggi.

#10 – Menjual emas ditempat yang salah

Emas sebenarnya mudah dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.

Walaupun begitu, tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab mereka akan beli balik pada harga lebih tertinggi untuk emas keluaran mereka sendiri.

Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain.

Kalau jual ke kedai emas, kita akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%. Sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 6% – 9% sahaja.

Itulah "rule of thumb" penting bila nak jual balik apa-apa jenis emas sekalipun.

Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
8 Ogos 2011
8 Ramadhan 1432H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • Lagi satu kesilapan utama, membeli ikut sentimen tanpa belajar sejarah. Kalau kaji sejarah tahun 1979 emas naik harga gila2. Tahun 1981, jatuh kepada separuh! JAdi, berjaga2 dan berpada2 lah kawan2!

  • Setuju tu kamal. Itu kesilapan #1. Dah tertulis kat atas tu. Melihat pada sejarah emas, tak cukup sekadar lihat pada graf emas sahaja. Kita kena tahu apakah faktor fundamental yg mempengaruhi harga emas coz turun naik harga emas dipengaruhi oleh faktor luar, bukan teknikal semata-mata.

    Turun naik harga emas adalah berdasarkan demand & supply. Bila orang rasa ekonomi tak selamat, pelabur akan lari kepada emas. Bila mereka rasa dah cukup secure, dia akan tinggalkan emas. Masa tu, harga emas akan merudum, tapi tak sampai lingkup coz emas tak macam saham.

    Kalau lihat pada indikator semasa, lebih banyak indikator yg menyokong kenaikan harga emas berbanding sebaliknya. Tindakan bank2 pusat membeli emas secara borong menunjukkan mereka ‘desperate’ utk selamatkan ekonomi kepada emas. Korea Selatan borong 25 ton emas bulan Jun & Julai lepas lepas 10 tahun dah tak beli emas.

    Pada saya, setiap orang perlu simpan emas walaupun sikit. Azizi Ali syorkan converkan 10% kekayaan kita kepada emas.

  • Assalamualaikum.
    Terima kasih atas perkongsian saudara. Saya belum pernah menyimpan emas sehingga kini. Sekarang sedang mengumpul maklumat tentangnya.Saya juga belum menyelonkar sepenuhnya blog saudara. Permintaan saya boleh tak saudara muatkan data harga emas dua tahun ke belakang mengikut bulan.

  • Wslm,

    Alhamdulillah. Moga bermanfaat. Untuk tengok gold price history, saudara boleh ke link ni;

    http://goldprice.org/gold-price-history.html

    Kat situ, dia tunjuk gold price history untuk 30 hari, 60 hari, setahun, 2 tahun, 10 tahun, 20 tahun, sampai 30 tahun.

    Kalau nak tengok harga Kijang Emas Bank Negara, boleh guna link ni:

    http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

    Boleh cek harga Kijang Emas BNM sejak tahun 2001.

    Ada perlu response cepat ttg emas, boleh email terus pada saya di ibnushafie@gmail.com, atau sms jer ke 019-336 8009. Saya akan bantu setakat yg boleh, insyaAllah.

    • patuh syariah maksudnya bila nak beli ada akad, kena datang bank dan bukan beli secara online banking. satu lagi, emas fizikal kena ada. selain KFH, bank lain tak boleh keluarkan fizikal. kalau nak keluar pun ada jumlah minima (cth 100g dsb.) dan ada caj tambahan dikenakan kepada pelanggan. Untuk KFH pelanggan boleh keluarkan emas dalam bentuk sekecil 1g hingga 10g

  • Dasuki,

    Tujuan takaful adalah PROTECTION, tapi emas adalah SAVING/ INVESTMENT. Protection lebih utama dari investment. Bila protection kita dah agak2 cukup, lepas tu baru boleh fikir pasal investment. Bagi saya, kedua2nya penting. Saya pun ada takaful juga tapi kebanyakkan polisi takaful yang saya ada adalah utk protection, bukan investment.

    Sbg contohnya, saya bayar RM63 sebulan utk polisi Takaful Sihat utk cover kos penyakit, utk dapatkan elaun harian in case hospitalise, dan pampasan kematian/ kecacatan kekal disebabkan kemalangan. RM63 tu adalah duit ‘hangus’, tak ada apa2 portion utk simpanan.

    Utk situasi Dasuki, saya tak pasti apa polisi yg Dasuki ada. Berapa bayaran bulanan, berapa % portion protection, berapa % portion utk saving.. Kalau ambik takaful utk saving, bagi saya ia sangat tak berbaloi..

    Wallahu a’lam.

  • Salam tuan tanah, saya baru tahu pasal emas, selepas di rekomenkan oleh rakan. Lately ni saya banyak baca blog otai2 emas seperti blog En Syukor, aidan dll. Saya juga telah sign up untuk talk on gold by En Syukor pada Rabu ini di Sunway. Antara soalan yang paling penting ingin saya tanya saudara ialah, bagaimana hendak tahu tentang kenaikan atau kejatuhan harga emas?

    -Fizzy-

  • Wslm Pn Fizzy,

    Alhamdulillah… Tahniah coz berjinak2 dengan pelaburan emas.. Bagus talk En Syukor tu, saya pernah join sebelum ni.. Saya salah seorang dealer bawah beliau…

    Untuk faham naik turun harga emas, saya pernah tulis beberapa artikel.. puan boleh baca artikel saya guna link di bawah;

    http://www.mohdzulkifli.com/2011/11/6-tips-memahami-naik-turun-harga-emas.html

    http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/cara-mudah-meramal-kenaikan-harga-emas.html

    Moga bermanfaat.. Insyaallah..

  • Salam tuan, saya dah mulai sedar akan pelaburan emas. Sebagai permulaan, jenis emas apa yang sepatutnya saya beli, berapa nilai yang perlu saya beli, berapa lama pula perlu set di minda saya untuk mendapatkan pelaburan tersebut. Mohon pandangan.

  • Wslm, alhamdulillah.. sebagai permulaan, beli at least 1 dinar.. skg ni cuma sekitar RM770 jer.. 1 dinar antara the best… ia lebih untung berbanding beli gold bar 999 coz kecairannya lebih tinggi, lebih senang dijual balik..

    Kalau nak beli, guna duit yg agak2 tak pakai dlm masa setahun… berapa lama? selama yang mungkin.. ada jer duit utk disimpan, simpankan dalam bentuk emas.. bila nak pakai duit baru jual… minimum simpan emas ialah setahun, baru nampak hasil sebenar menyimpan emas…

    Wallahu a’lam..

  • Wslm, alhamdulillah.. sebagai permulaan, beli at least 1 dinar.. skg ni cuma sekitar RM770 jer.. 1 dinar antara the best… ia lebih untung berbanding beli gold bar 999 coz kecairannya lebih tinggi, lebih senang dijual balik..

    Kalau nak beli, guna duit yg agak2 tak pakai dlm masa setahun… berapa lama? selama yang mungkin.. ada jer duit utk disimpan, simpankan dalam bentuk emas.. bila nak pakai duit baru jual… minimum simpan emas ialah setahun, baru nampak hasil sebenar menyimpan emas…

    Wallahu a’lam..

    • Sekarang 2019.. harga emas 1 Dinar PG beli RM798.. kalau beli pada 2011 tu kosnya RM770 seperti dinyatakan. Selepas 8 tahun untung 2.3% sahaja?? Ada kesilapan di mana2 ke pengiraan saya

  • Salam tuan, saya ingin merujuk soalan sahabat kita dan cadangan yang tuan berikan. Menurut tuan, beli dinar emas lebih baik berbanding beli gold bar 999. Bukankah gold bar lebih baik dari segi ketulenannya. Oleh kerana, 999 ketulenan harga dan susut nilai tidaklah tinggi berbanding dinar emas. Selain itu, pembelian emas sebagai pelaburan adalah pelaburan jangka panjang. Maka, isu liquidity bukanlah isu utama kecuali terdesak atau sangat2 memerlukan cash. Sekadar pandangan.

  • Wa’alaikumussalam.

    Persoalan yang baik. Berbeza dengan barang kemas, emas PELABURAN 999 dan 916 sama jer dari sudut keuntungan dan susut nilainya pun sama. Emas 999, beli mahal, jual mahal. Emas 916, beli murah, jual pun murah.

    Dari sudut Return on Investment (ROI) sama jer, bahkan, mungkin emas 916 boleh dapat ROI lebih tinggi sebab kita boleh jual pada harga lebih tinggi bagi mengurangkan spread coz lebih senang dapat buyer.

    Saya pernah pernah buat perbandingan dalam artikel saya sebelum ni. Tuan boleh refer di link ni;

    Artikel: “Produk Emas PG Yang Mana Paling Untung?”

    Link: http://www.mohdzulkifli.com/2011/09/produk-emas-public-gold-yang-mana.html

    Wallahu a’alam.

  • salam tuan zul,

    Alhamdulillah jumpa blog tuan. Sekarang sudah pasang niat utk perolehi dinar emas. At least 1 gram.

    Setelah membaca komen dari mula hingga turn saya.Saya rasa tak jumpa link tuan yg memberitahu rule of thumb pelaburan emas (history,dimana hendak mulakan,apakah fenomena di Malaysia, kaitan dengan MLM atau tidak etc2) yg utk begineers mcm saya ni.

    terima kasih.

    Master AmiR

    • Wslm Master Amir.

      Saya tak berhajat menjadikan blog ni sebagai blog pelaburan emas. Tulisan saya cuma mengisi ruang-ruang kosong yang kurang diulas oleh blog pelaburan emas yang lain. Untuk info lanjut tentang pelaburan emas, saya syorkan Master Amir rujuk blog jutawanemas.com. Yang saya sangat galakkan beli ebook jutawanemas sbb ilmu2nya lengkap untuk pelaburan emas di Malaysia.

  • salam,

    saya ingin membeli dinar emas kelantan utk dibuat pelaburan bg menampung duit hantaran perkahwinan sy pd hujung tahun depan..apakah nasihat2 yang boleh sy dapatkn sblm membeli.

  • Wslm Zairul Muizz,

    Kalau untuk PELABURAN, saya syorkan beli Dinar Public Gold. Ia lebih untung. Kalau untuk buat MASKAHWIN, beli Dinar Kelantan sebab ia lebih cantik.

    Sekarang ni harga emas tengah rendah. Kalau beli sekarang untuk dapat lebih keuntungan. Dan tips penting, kalau nak beli, beli yang syiling 1 Dinar lebih baik berbanding syiling 5 dinar atau 10 dinar.

    Wallahu a’lam.

  • mana lbih bagus labur Emas @ perak..
    nak labur emas, segram pun boleh tahan harganya.. Perak better sikit kot.. apa pandangan tuan/puan

  • bro, knp bro sarankan beli syiing 1 dinar berbanding dinar 5 or 10? boleh tolong terangkan x? saya baru pas hbis blaja n baru start nak blaja pasal gold investment… Shaiful Ganu

  • Shaiful,

    Saya syorkan beli dinar sbb (1) bila nak pakai duit, boleh jual sikit2 setakat nak pakai duit jer, tak payah jual seketul, (2) senang nak jual sbb pembeli individu ramai bersedia beli 1 dinar, (3) dapat lebih untung bila jual pada pembeli individu sebab dapat kurangkan susut nilai yg dikenakan oleh Public Gold.

    Saya lebih suka beli 1 dinar berbanding 5, 10 dinar atau gold bar. Bagi pelabur besar, mungkin boleh beli yang besar2 utk memudahkan penyimpanan.

    Wallahu a’lam.

  • salam tuan tanah… menarik ilmu yg dikongsikan disini… sy memang kurang arif bab emas ni.. pandangan sy sebelum ni better beli barang kemas, bole pakai dan jual bile bile.. rupanya ade beza ya… sy ade dinar emas kelantan, pemberian sebagai mas kahwin tempohari, masih disimpan, sebab sy sendiri tak tahu nk buat ape dgn dinar tersebut..sy juga berminat nk buka akaun public gold.. mohon pandangan tuan yg mane better sama ada buka akaun public gold atau simpan dinar emas byk2..tq

    • Wslm tuan. Alhamdulillah.. puji-pujian bagi Allah. Antara akaun simpanan emas dgn emas fizikal, saya prefer emas fizikal samada dalam bentuk gold bar ataupun dinar emas. Untuk makluman tuan, Public Gold tak menawarkan apa2 akaun simpanan sebagaimana bank. Public gold cuma jual emas fizikal samada dalam bentuk barang kemas pelaburan, gold bar, dan dinar emas.

      Dinar paling cantik di Malaysia adalah dinar Kelantan, tapi untuk investor, saya syorkan dinar public gold sebab senang beli. Spread pun rendah.

      Wallahu a’lam.

  • Salam MZS… Banyak ilmu yg dapat. Tq…! Nak tanya jugak pasal brg kemas yg dlelong kat Bank Rakyat.. ok ke masuk tender..?Biasanya kualiti emas 916 di bank tu macam mana ye? Berbaloi ke masuk tender tu..? Pakmat

    • Wslm Tuan, alhamdulillah.. puji-pujian bagi Allah. Barang kemas yang dilelong tu memang berbaloi sbb kita beli pada harga lelong. Saya ada ramai kawan yang suka beli barang kemas lelong dan jual kepada public. Untungnya berlipat kali ganda katanya. Tapi saya tak pernah buat lagi.

    • Wslm Zarul,

      Pada pemerhatian saya, harga emas Genneva agak mahal. Masa harga
      PG RM178/gram, harga emas Genneva RM205. Lebih kurang 15% lebih mahal daripada emas PG. Maksudnya, kalau kita terpaksa jual emas tu kepada Genneva, if not, kita rugi besar.

      Genneva menawarkan fixed income yang dipanggil hibah. Average hibah yang ditawarkan sekitar 20% – 30% setahun, iaitu % kenaikan sebenar harga emas. So, kalau Zarul beli emas PG atau yang sama waktu dgnnya, Zarul boleh dapat keuntungan yang sama.

      Sedikit kerisauan saya pasal Genneva ni ialah Director & company masih dalam perbicaraan mahkamah. Butirannya boleg cek diwebsite Bank Negara.

      Saya memang tengah draft artikel pasal emas Genneva. Nanti siap, saya akan post diblog ni, insyaAllah.

  • Salam..kalau Genneva menawarkan hibah tu, adakah dibenarkan dalam muamalat sebab ia menjanjikan pulangan yang tetaP? Coz ada sahabat dok ayat lama dah kat saya..so far bagi saya PG is the best and ideal…insyaAllah..wallahua’lam.
    Jaykay,
    alog stag.

    • Wslm JK,

      Saya tak pasti pasal hukum hibah tu JK. Tapi saya dengar dia memang ada majlis pengawasan syariah.

      Memang ikut pada pemerhatian saya, PG is the best platform untuk gold investor di Malaysia. Kalau yang menjanjikan fixed income, memang kena hati2 coz banyak SCAM emas bermodus operandi begitu.

      Wallahu a’lam.

  • assalam ..

    bagus sungguh info tuan dlm blog ni….sejujurnya saya jdkan blog ni sbg rujukan pelaburan emas dan jugak saya dh bookmark blog tuan…thanks atas perkongsian

  • Salam,
    Sy nk tanye, ape yg sy bace, utk memulakan pelaburan, at least bli 1 dinar emas..ttp kesalahannya adalah beli di kedai emas. Bagaimana caranya dan dimana utk beli 1 dinar emas bg sy yg baru nk mula kecil2an.
    Trime kasih
    Hanani

    • Wslm Hanani,

      Nak beli emas, jangan beli dikedai emas sbb harganya lebih mahal.. keduanya, dia ada kos upah… ketiganya, susut nilainya (spreadnya) tinggi… keempat, emasnya cerewet… seal tak boleh dibuka dsb..

      Kalau nak beli, boleh beli kijang emas di Maybank, Dinar Kelantan di http://www.nubex.com.my, atau Public Gold.. boleh cari ejen Public Gold http://www.publicgold.com.my.. kalau duduk area KL Selangor, boleh juga berurusan dgn saya..

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum tuan tanah…
    Saya bukan baru belajar pasai emas ni…
    Saya baru baca je dan tertarik… Teringin nak mulakan pelaburan emas ni. Dimana saya boleh dapatkan info harga kijang emas, Public Gold, syiling dinar, dinar kelantan dan dimana nak beli.
    Terima kasih.

  • Aslkm tuan,

    Setelah membaca blog tuan ini, hati saya sudah berjinak dan terbuka untuk memulakan simpanan dan pelaburan menggunakan dinar emas seperti yg disarankan oleh tuan.Jika saya menyimpan dinar emas,adakah ia mudah calar atau rosak dan jika menjualnya kembali selepas setahun adakah ia memberi kesan kepada value selling price bagi dinar tersebut.Mohon pandangan dari tuan.Sekian,terima kasih.Farid.

    • Wlsm En. Farid,

      Alhamdulillah… tahniah sbb berjinak dalam pelburan emas.

      Emas biasanya payah calar sebab kita simpan dalam casing. Dia mungkin calar kalau kita tak simpan dalam casing ataupun kena kepit masa nak ukur ketulenan bila nak pajak di Ar-Rahnu.

      Kalau emas Public Gold, calar, kemek, bengkok pun tak kisah. Ianya tak menjejaskan nilai dan PG jamin akan beli balik. Melainkan kalau beratnya berkurangan. Kalau emas lain, terpulang kepada pengeluar. Kalau Kijang Emas memang bermasalah kalau ia calar..

      Wallahu a’lam.

    • Assalamualaikum w.b.t. zul,

      slps mlabur dinar emas kali pertama, bila bleh mlabur bagi kali kedua dan seterusnya.jarak plburan mengikut pdngn zul.atau akak kna mlabur silver pulak?

      tk.
      wassalam.
      kak zai

    • Wslm Kak Zai,

      Kak Zai ni Kak Zai Kota Damansara kan? Hari tu akak beli pada harga RM747 utk 1 dinar. Kalau dia turun range RM700 – RM720 (kalau ada rezeki), habiskan modal yang akak allocate utk beli emas tu.

      Kalau fund tu untuk long-term (at least 2 – 3 tahun), akak boleh guna utk beli Silver. Silver akan naik 2, 3 kali ganda daripada gold utk long-term.

      Wallahu a’lam.

  • Slm tuan..

    saya pun baru nk brjinak2 dgn pelaburan emas nih. sayangnye, umur da 33 thn baru nk mula, itu pun masih ragu2. bolehkah saya beli dinar emas dgn tuan? harga hari ni 17/4/12, 1 dinar brape ye? Then, bila da beli, simpan terus kt rumah atau terus laburkan? Dimana tempat nk labur? adakah haram di sisi agama? brape jangka mase nk labur? klu pelaburan dr emas fizikal adakah ianya akan hilang? hehe.. byk lak sokalan..

    • Wslm tuan,

      Alhamdulillah.. Tahniah sebab berjinak dgn pelaburan emas. Emas antara asset simpanan paling selamat dalam sejarah manusia.

      Umur 33 tu sangat muda lagi tu tuan. Nak beli dinar saya boleh bantu, insyaAllah. Hari ni harganya dalam RM740. Harga emas Public Gold sentiasa berubah setiap 20 minit. Actually price tu ikut masa sebenar kita lock harga.

      Melabur dalam emas ni macam beli barang kemas jer. Beli masa ada duit, dan simpan. Bila nak pakai duit baru jual. Simpan emas tu at least setahun baru nampak hasilnya, insyaAllah. Purata kenaikan harga emas sejak 10 tahun lepas sekitar 15% – 20% setahun.

      Bagus banyak bertanya. Clearkan apa sahaja keraguan sebelum bermula. At least dah tahu benda2 asal pasal pelaburan emas baru bermula.

      Wallahu a’lam.

  • salam…

    saya pun baru sgt nk mula..just baca2 n dgr jer citer2 org tp belum tahu n arif sgt psl pelaburan emas ni..so utk permulaan apa yg perlu saya buat?

    • Wslm,

      Untuk permulaan kena bermula dgn ilmu. Tuan/puan boleh go thru ebook percuma 5 Minit Review Tentang Emas yang saya bagi ni. Download kat bahagian atas, sebelah kanan blog ni. InsyaAllah tuan/puan akan nampak cara nak bermula.

      Untuk belian pertama, mulakan dengan 1 dinar. Lepas ni baru tuan/puan akan faham bila harga emas tinggi, bila harga rendah. Sekadar makluman, harga emas masih rendah berbanding bulan lepas. Amat sesuai untuk membeli sekarang.

      Wallahu a’lam.

    • Salam saudara,

      Nama saya RAHEM. Blog anda sgt berinfomasi. Saya pun minat dlm pelaburan emas ni. Memang betul apa yg saudara bgatau, ILMU sgt berguna sebelum melabur. Saya ada membuka akaun GIA Maybank 21/3/2012 dengan pelaburan sebnyak 6gram pada harga RM167.54. Selepas baca pandapat saudara d blog ni,rasa rugi plak sebab tak invest dalam DINAR.. Apa pendapa saudara Zul?

  • assalamualaikum, banyak maklumat yang saya dapat drpd blog nie. bagaimana nak berurusan ngan tuan kalu nak beli dinar emas dan ape pendapat tuan kalu nak melabur dalam nilai yg banyak untuk pertama kali?

    • Wa’alaikumussalam w.b.t tuan/puan,

      Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Boleh, insyaAllah. Kalau nak beli emas PG, saya boleh bantu, insyaAllah. Email/sms kpd saya (1) nama penuh, (2) no ic, (3) email address, (4) no. tel dan (5) item yang nak dibeli. Nanti saya tolong lockkan harga, insyaAllah.

      Kalau nak beli banyak sekaligus pun ok, kebetulan harga emas pun tengah rendah sekarang ni. Apa2 nanti email/sms kpd saya, ok.

    • Saya nak tanya dari sudut kestabilan syarikat Public Gold. Maknanya risiko sekiranya syarikat ini bankrup dan sebagainya. Ini dari sudut keyakinan kita untuk berurusan dengan Public Gold. Misalnya syarikat ini mendapat jaminan Bank Negara atau maklumat lain untuk meyakinkan saya yang pernah terkena melabur dalam skim yang tidak betul

    • Wslm tuan/puan,

      Setakat yang saya tengok dari sudut kestabilan, Public Gold adalah company yang mengeluarkan emas pelaburan paling establish di Malaysia. Dari sudut risiko tu boleh katakan tak ada sebab emas fizikal tu kita pegang sendiri. Dia macam beli barang kemas jer. Lepas beli, kita tak risau sangat kedai tu hidup ataupun lingkup.

      Saya pernah tulis pasal persoalan tuan/ puan ni dalam artikel di bawah:

      1. Risiko Sebenar Pelabur Emas Fizikal
      (link; http://www.mohdzulkifli.com/2011/12/risiko-sebenar-pelaburan-emas-fizikal.html)

      2. Clearence Bank Negara Tentang Public Gold
      (link: http://www.mohdzulkifli.com/2010/11/clearence-bnm-tentang-public-gold.html)

      Wallahu a’lam.

    • Assalamualaikum tuan
      Contohnya untuk pelaburan yang banyak, rasa takut nak simpat emas atau perak dirumah, contoh dengan harga perak sekarang kita boleh dapat lebih 13kg perak untuk pelaburan bersamaan RM50,000, rasa takut kehilangan aset kita yang akan menjana pulangan selanjutnya

    • Salam sejahtera tuan
      Katalah sebagai agen public gold sudah tentu tuan akan bersama-sama dalam pelaburan ini. Pada peringkat awal tidak perlu seseorang itu bijak dalam perniagaan emas kerana tuan akan maklumkan bila masa beli dan jual untuk memaksimakan keuntungan. Secara kesimpulannya sesiapa pun boleh menyertai bidang pelaburan ini dengan bantuan orang yang lebih tahu. Please advise sikit tentang perkara yang mempengaruhi harga emas. Semoga kejayaan dan kekayaan milik kita bersama

    • Wslm Tuan,

      Simpan Emas Dengan Selamat?

      Dari aspek penyimpanan tak perlu risau. Tuan boleh go thru artikel saya bertajuk “Cara Simpan Emas Dengan Selamat”. Gunakan link ni; http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html.

      Bila nak beli bila nak jual?

      Senang jer tuan. Prinsipnya, beli dengan duit yang agak2 tak pakai dalam masa setahun. Beli, simpan at least setahun. InsyaAllah nampak hasilnya sebab harga emas naik dalam jangka panjang. Invest dalam emas bukan macam saham yang perlu kita monitor hari-hari. As long as kita guna duit yang tak pakai setahun, kita tak perlu risau harga turun naik, insyaAllah.

      Saya pernah tulis artikel pasal Memahami Naik Turun Harga Emas. Tuan boleh guna link ni;

      http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/faktor-kenaikan-harga-emas.html

      http://www.mohdzulkifli.com/2011/11/6-tips-memahami-naik-turun-harga-emas.html

      Wallahu a’lam.

    • Wslm. Buat pinjaman beli emas tu ok, ia jauh lebih balik dari buat pinjaman beli kereta. Beli emas ni macam beli rumah. Nilainya sentiasa naik dalam jangka panjang. Tapi saya secara peribadi tak pernah syorkan orang buat pinjaman untuk melabur sebab kalau tak ada duit, cara terbaik ialah berniaga, bukan melabur. Melabur ni pada hakikatnya ialah untuk orang yang ada duit lebih dan duit tu dah tak tau nak buat apa, atapun kalau orang berniaga, duit tu dah tak efficient untuk rolling sebab dah berlebih2.

      Wallahu a’lam.

  • Salam en. Zul, setelah membaca informasi dlm blog ni br la sy mendapat sedikit ilmu berkenaan pelaburan emas. Sy ingin bertanya, setelah membeli dinar emas & menyimpannya selama setahun, di manakah tmpt2 yg bole sy menjual semula dinar emas ini? Adakah pulangan bergantung pd nilai pasaran semata atau bergantung juga tmpt di mana kita menjual balik? Adakah lebih baik kalau saya menjualnye semula kpd PG? Minta en. Zul tlg jelaskan. Tq.

    • Wslm Pn. Aida.

      T.kasih berziarah ke blog yang seadanya ni. Nak jual mudah jer. Jual balik kepada Public Gold ataupun dealer PG. Itu yang terbaik. Jual kedai emas pun boleh, tapi nanti dia potong harga 25%. So, kita rugi. Mana2 emas sekali pun, tempat terbaik untuk jual semula ialah tempat dimana kita beli. Kalau beli emas Poh Kong, jual balik pun di Poh Kong. Kalau beli emas Poh Kong tapi jual balik di Habib Jewel, kita rugi sebab dia potong harga terlalu banyak.

      Wallahu a’lam.

  • salam en.zul…saya berminat dan berterima kasih atas informasi yg diberikan…saya sememangnya mencari2 maklumat berkaitan pelaburan emas lebih setengah tahun tapi tidak berani untuk mencuba membeli..saya berminat utk membeli dinar pg..boleh saya berurusan dgn en zul

    • Wslm Pn. Ct. T.kasih juga krn berziarah ke blog yang seadanya ni. Kalau nak beli emas, insyaAllah saya bolej bantu. Boleh sms/ emailkan kpd saya (1) nama penuh (2) no ic, (3) no telefon, (4) email, (5) item yg nak dibeli. Nanti saya boleh tolong lockkan harga, insyaAllah.

  • Salam en zul….
    Sy mmg baru sgt nk ceburkn diri dlm pelburn emas ni…tp apakah cr terbaik utk menggandakn keuntungn pelaburan emas kita…sy skrg menggunkn sistem tebus gadai kt arrahnu….yg guna 6pair 2…tp bila sy kira2 cam skit la untungnya…penat je lebih nk kena g bank tiap2 bulan…

    • Wslm Pn. Adisya,

      Bagi saya, cara mudahnya beli bila ada duit, jual bila nak pakai duit. Kalau nak beli emas, beli dengan duit yang tak pakai at least setahun. Bila beli emas, cek balik harga dia pada tarikh sama tahun depan, insyaAllah untung.

      Teknik gandakan keuntungan cara Ar-Rahnu ni hanya ideal bila:

      (1) Harga emas jatuh mendadak macam sekarang (10 Mei 2012)

      (2) Situasi di mana harga emas kurang volatile. Siapa yang pakai teknik pajak mulai September 2011 akan bermasalah sebab harga emas agak tak setabil dah lebih 6 bulan. Punca utama ialah krisis besar di Eropah yang memberi kesan terus pada turun naik harga eams.

      (3) Gunakan duit pajak untuk rolling bisnes yang pasti untung.

      Bagi saya, pelaburan bukan cara untuk buat duit. Kalau puan nak dapat untung lebih, saya syorkan puan Adisya libatkan diri dalam bisnes. Untungnya jauh lebih tinggi berbanding menunggu untung pelaburan. Majoriti orang kaya dengan emas ialah dealer emas. Kalau pelabur biasa untung 20% setahun, tapi dealer emas untung sekitar 10% – 20% sebulan.

      Bila saya cakap bisnes, tak semestinya bisnes jadi dealer emas. Asalkan ia genuine bisnes dengan prinsip yang saya gariskan dalam artikel-artikel saya pasal bisnes seperti (1) biar kecil asalkan berhasil, (2) bisnes tunai, (3) mulakan dengan apa yang ada, tak perlu buat loan, (4) niagakan produk yang dekat dengan kehidupan harian kita dsb.

      Wallahu a’lam.

  • Saya terbaca email encik, banyak input yang saya dapat. saya pernah tertipu dengan pembelian emas, dimana ianya dicampur (bukan emas tulin) kedai emas lain bagitau ianya dicampur dengan tembaga. Saya perasan apabila saya nak cuci emas tersebut di kedai emas, tiba-tiba ia berubah warna- putih(bukan semuanya berubah -gelang)hanya 3 kerat aje yg berubah, apakomen encik. TQ.

    • Pn. Asmani,

      Saya biasa dengar kes penipuan kedai emas especially penipuan dari sudut ketulenan emas. Sesetengah barang kemas (especially yang ada batu permata), dia campur emas 916 + emas 750. Emas 750 tu dia keras sikit, so lebih kuat untuk ikat permata. Tapi bila dia jual, dia kira emas 916 semuanya.

      Kalau nak beli emas, cek juga integriti atau reputasi pengeluar emas tersebut untuk elakkan kes macam ni berlaku lagi.

      Actually, kalau betul2 berlaku penipuan, puan boleh kemukakan resit dan bukti kepada pekedai emas tu. Kalau dia tak bayar pampasan, buat laporan kepada Tribunal Pengguna di bawah Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri.

      Wallahu a’lam.

    • Company GCP tu company baru berbanding PG. Dari sudut pelaburan, saya nampak emas PG lagi bagus sebab spreadnya lebih rendah. Contohnya, 1 dinar PG spreadnya 6%, tapi spread emas GCP spreadnya 15%!

      Kalau harga emas naik 15%, pembeli emas PG dah untung sekitar 9% (15% – 6%), tapi pembeli emas GCP baru balik modal.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum…saya baru berdikit-dikit ingin mendekati ilmu tentang emas..mga mendapat panduan dan teguran otai2 sekalian…trima kasih

  • salam tuan tanah.saya berminat ttg pelaburan emas ni…
    nak tny,emas 1 dinar 2 mcm mana?
    brp beratnye n cmne bentuknya….
    terima kasih…

    • Wslm.

      1 dinar tu ialah syiling emas ketulenan 916 (91.6% emas), berat 4.25gram. Kalau nak tengok bentuk 1 Dinar Public Gold, boleh ke website Public Gold (www.publicgold.com.my). Tengok bahagian produk.

      Wallahu a’lam.

  • Salam En Zul..

    semalan adalah hari pertama saya tahu tentang emas dan membeli emas.. based on en zul punya artikal di atas, saya sedar yg saya telah melakukan kesilapan #(4) membeli emas di kedai emas… saya membeli emas 999.9 seberat 30 gram dgn harga rm185/g… bila balik saya check harga pasaran saya tgk hanya Rm176++/g… adakah pembelian emas saya ni merugikan or kesilapan besar? and mcm mana saya nk rebound balik..

    tujuan saya beli emas utk pelaburan..

    assalamualaikum En. Zul.

    -Imran-

    • Wslm En. Imran,

      Tak apa. Yang dah beli tu biar jer lah. Simpan jer sampai untung baru jual. Kesilapan tu sebahagian proses untuk berjaya di masa depan. Itu harga sebuah kejayaan… InsyaAllah.

  • saya ada banyak koleksi emas 750 batu permata swiss.adakah ianya mempunyai nilai jika hendak dijual atau dipajak.

    • Tuan better cek nilainya di kedai emas. Setahu saya, emas yang ada batu permata ni rendah nilainya, tak diterima untuk pajakan (sebab emas 750) dan tak sesuai untuk investment. Ia lebih sesuai untuk tujuan perhiasan.

      Wallahu a’lam.

  • aslmkm en zul, saya zam, saya baru sahaja nak berjinak2 dgn pelaburan emas ini.. selain drp baca dlm blog en zul… ada tak buku2 yg saya blh belajar untuk menambahkan ilmu saya.. tq

    • Wslm En. Zam,

      Setakat ni, buku paling lengkap & praktikal untuk pelaburan emas di Malaysia ialah ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”, tulisan Syukur Hasyim http://www.jutawanemas.com. En. Zam boleh beli diblog tu. Harga cuma RM80. Beliau bukukan pengalaman beliau melabur dan mengkaji tentang pelaburan emas sejak tahun 2000 lagi.

      Wallahu a’lam.

  • salam,saya bru beli dinar PG…saya nak tanya mcm mn caranya saya nak dapat untung dengan cara pajakkan ar rahnu…mcm mn cara yg saya perlu buat..harap encik dapat bantu…

    • Wslm,

      Dinar PG dan kebanyakkan syiling & gold bar susah dipajak sebab kebanyakkan Ar-Rahnu cuma terima barang kemas jer sejak Mei 2011. Yang cuma terima Dinar PG ialah Ar-Rahn Kelantan (www.arrahn.com.my) dan Ar-Rahnu kerajaan negeri (Perak, Johor, Kelantan dll).

      Saya tak syorkan pajak unless bila (1) harga emas turun mendadak, (2) nak guna duit untuk rolling bisnes. Kalau saja2 pajak nanti rugi.

      Wallahu a’lam.

    • terima kasih atas nasihat…nnt klu saya nak bli lg blh kt jmpa? saya area kl..bli dan nak mntak nasihat…

  • Salam, saya nak tanya, kalau saya nak beli gold bar PG dgn en.zul, cmne cara en.zul akan hantar item yg saya beli tu ye? By post ke? Untuk makluman, saya tinggal area Johor bahru,tq..

    • Wslm tuan/ puan,

      Kalau nak beli dari saya, ada 2 option:

      (1) Saya placekan order, lepas tu buat payment direct kepada PG dan collect emas tu di cawangan PG Johor Bahru. Ini cara paling baik.

      (2) Buat payment kepada saya, saya postkan terus ke JB dgn caj penghataran RM6.

      Kalau nak beli, emailkan maklumat dibawah ke ibnushafie@gmail.com:

      (1) Nama penuh
      (2) No. IC
      (3) No. telefon
      (4) Email address
      (5) Item yang nak dibeli.

      Saya akan place order ikut harga semasa, insyaAllah.

  • Assalam tuan Zul, dalam komen kat atas nun ade mention tuan boleh pos emas ke pembeli . guna kaedah aper yer..

    Sebelum ni memang saya ade buat jual beli dan pos kan guna pos laju and skynet. Tapi bile fikir balik risiko kehilangan tu buat saya stop cara tu… kalau tuan boleh kongsikan cara yang sesuai untuk penghantaran yang lebih selamat, perlu ke di declare kite pos emas tu atau bagaimana?

    terima kasih.

    • Wslm Cik YusNur,

      Guna poslaju jer. Tak perlu declare, dan kena make sure pembungkusan yang baik. Jangan sampai orang boleh detect dlm tu ada emas.

      Saya banyak juga deliver kpd customer melalui poslaju dan setakat ni belum ada yang tak sampai. Dan ikut pada survey yang saya buat, ramai dealer otai yang guna kaedah ni tapi belum pernah ada isu barang tu tak sampai.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum En. Zul, saya ada soalan..saya telah membeli emas pada harga yg agak tinggi sekitar bulan februari lalu..maksud saya..harganya utl segram hampir 1700usd..sejak itu trend emas sering turun..terutama sekitar april ke mei..bagaimana caranya utk saya buat exit point..atau dlm ertikata lain meminimakan ‘kerugian’ itu..kerana hingga saat ini tiada ruang utk saya buat jualan semula..hatta breakeven..wlupun produl tesebut dikatakan mempunyai spread yg rendah..terima kasih..

    -qwert-

    • Wslm qwert,

      Bagi saya jangka waktu tu terlalu baru untuk exit. Gold investment ni kita perlukan masa at least setahun. Bila dah terbeli pada harga tinggi, antara strateginya ialah;

      (1) Tunggu jer harga naik,

      (2) Beli lagi emas masa harga rendah. Bila harga menjunam terlalu banyak, mungkin boleh manfaatkan teknik pajak di ar-rahnu. Pajak semua emas tu dan beli waktu harga rendah. Bila harga back to normal, jual semua emas yang guna duit pajak tu.

      (3) Bagi dealer emas, dia boleh gandakan keuntungan ketika harga rendah dgn cara promosikan emas waktu harga rendah. Dgn kata lain, tingkatkan jualan untuk maksimumkan KOMISYEN. Disamping bagi keuntungan orang beli harga rendah, dealer dapat untung atas komisyen.

      Wallahu a’lam.

  • salam tuan.saya hanif..nak tnya skit boleh..antara perak dan emas mana lg bgs…dari graf yg saya tgk perak lg byk pningktan..waktu bl paling sesuai bli..adakah sy perlu lihat graf(graf PG)untuk beli emas atau perak?

    • Wslm Hanif,

      Emas & perak masing-masing ada kelebihan.

      Kelebihan perak, bila harga emas naik, dia naik 2, 3 kali lebih banyak daripada gold dan potensi kenaikan perak jauh lebih tinggi daripada gold. Sebabnya, nisbah harga gold:silver sekarang ni ialah 1:50 dan dia akan bergerak kepada harga asalnya ialah 1:16. Kedua, silver digunakan untuk industri dan lombong silver dah tak ada. Saya tengok, ramai Chinese suka beli silver.

      Kalau nak beli silver, guna duit agak-agak tak pakai untuk 2, 3 tahun sebab harga silver agak volatile. Bila harga emas turun, dia pun akan turun 2, 3 lebih banyak daripada emas.

      Kena ingat, silver tak boleh dipajak dan tak mudah dijual seperti emas, melainkan jaul balik kepada pengeluar.

      Wallahu a’lam.

  • Salam en.Zul, nak tanya skit, kalau niat nak wat pelaburan jangka sderhana atau panjg, mana yg lebih untung antara beli gold bar atau dinar? Tq..

    • Wslm,

      Kalau untuk jangka sederhana, gold lebih baik. Kalau untuk very long term, dua-dua pun baik cuma kalau diukur dari sudut potensi kenaikan harga jangka panjang, silver lagi bagus.

      Wallahu a’lam.

  • Salam, En Zul. Saya berhajat nak buat loan dgn Bank Rakyat RM100,000+ sb nak renovate rumah. Tapi saya blm plan bila nak mula. Kalau dah dapat loan nanti saya terpaksa byr ansuran stiap bln RM1200+. Boleh tak saya gunakan loan tu utk beli dinar emas sekurang2nya dapt byr balik ansuran loan. Tolong beri pandangan..

  • Akum en.zul,
    Maaf, Saya nak mohon penjelasan skit berkaitan hukum pembelian emas public gold ni. Coz pd pengetahuan saya, kalau beli emas mesti bayar n terus dapat brg. Kalau tak, dikira riba. Tp emas public gold kena tempah dulu ikut harga semasa, lepas 3 ari bru dpt brg..camne tuh?

    • Wslm tuan/puan,

      Sekarang ni, lepas bayar boleh dapat terus pergi ambik emas tu di cawangan Public Gold. Atau paling lewat pun keesokan harinya.

      Saya baru dapat update terkini pasal masalah ni. Sebenarnya, masalah bayaran & penyerahan tertangguh ni masih dalam khilaf (berbezaan) ulama’. Bagi ulama yang mengganggap duit kertas adalah barang ribawi, makan haram menangguhkan bayaran & serahan emas. Bagi ulama yang tak menganggap duit kertas adalah barang ribawi setelah duit kertas tidak disandarkan kepada emas sejak 1971, maka tak jadi masalah dari sudut penangguhan ni.

      Khilaf ulama adalah rahmat, kedua-dua adalah betul. BIla dua-dua betul, maka kita bebas pilih yang mana satu. Saya pilih yang mana lebih memudahkan.

      Tuan/ puan boleh rujuk penerangan lanjut oleh Ustaz Zulkifli Ahmad di link video ni; http://www.sunnahemas.com/index.php/galeri-video/viewvideo/14/penerangan/hukum-membeli-emas-a-perak-secara-ansurantertangguh-bhgn3-klip-9

      Wallahu a’lam.

  • salam en zul..nama sya Rauf sya bru nk bljr labur emas.. sya bru beli gold bar 20gm tp skrg bila bca blog ni,bru tahu beli dinar lg bgus… mcm mana cara kalau sya nk jd dealer?

    • Wslm En. Rauf.

      Untuk jadi dealer, kena buat belian minimum RM20k dalam satu belian. En. Rauf sms maklumat (1) nama penuh, (2) no IC, (3) email, (4) no telefon, (5) item yang nak di beli, (6) no. akaun Maybank atau Public Bank en. Rauf kepada dealer PG yang akan bagi bimbingan kepada En. Rauf.

      Nanti dealer tu akan registerkan En. Rauf. Next steps, dealer tu akan guide En. Rauf untuk proses seterusnya, insyaAllah.

  • As salam Tuan Zul.
    Saya Amer,seorang peniaga yg sentiasa menggunakan modal pusingan.Saya ada membuka akaun kijang emas dgn maybank sebyk 400g pd thn lepas dgn harga RM149/gram.Dgn pembelian/simpanan dgn maybank mudah utk saya meleburkan simpanan emas bila sya perlu gunakan utk modal pusingan, membuat bayaran kereta & rumah dgn jualan semula antara 10~15gram/bulan.
    Tuan Zul, ada tak cara yg lebih baik selain dari cara di atas dlm pelaburan emas.

    • Wslm En Amer,

      Selain buka Akaun Simpanan Emas, beli emas fizikal (contohnya syiling 1 dinar). Beli & simpan di Safe Deposit Box. Bila nak pakai duit, jual syiling 1 dinar tu sikit-sikit.

      Kelebihan emas fizikal ni ialah;

      (1) MANIPULASI BILA HARGA JATUH – kita tak risau harga emas jatuh sebab kita pegang emas fizikal, macam pegang barang kemas. Bahkan kalau harga emas jatuh pun, kita boleh gandakan keuntungan dengan pajak emas tu dan beli lagi emas pada harga rendah.

      (2) BERNIAGA EMAS – Dengan amaun sebanyak 400g tu, En. Amer layak jadi dealer emas. Maksudnya, sambil simpan emas boleh bantu kawan-kawan dapatkan emas. Bila harga emas jatuh mendadak, En. Amer ingatkan kawan2 untuk ambik peluang membeli dan En. Amer akan dapat komisyen atas jualan.

      Wallahu a’lam.

    • Saya dah jual 100gram pada harga RM176/gram.Baki ada lagi 300gram.saya orang Ipoh, boleh tuan zul jadi upline saya & sifu..hehe @ ada wakil Ipoh Public Gold?

    • Ok, boleh insyaAllah. Kalau nak beli emas dan jadi dealer PG melalui saya, nanti En Amer emailkan/smskan maklumat dibawah kpd saya;

      (1) nama penuh
      (2) no ic
      (3) no telefon
      (4) email address
      (5) item yang nak dibeli

      Sebelum place order, saya kena consult dulu beberapa perkara supaya En. Amer boleh bermula dengan betul, insyaAllah.

  • ASLMKUM EN ZUL,
    SAYA MEMPUNYAI BRG KEMAS 916 YG TERSIMPAN SEBERAT 21G. APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MEMAFAATKANNYA?
    1. PAJAK DAN DUITNYA DIBUAT MODAL BELI SYILING DINAR (PELABURAN)?
    2. TERUS SIMPAN?
    3. ATAU ADA TINDAKAN YG LEBIH BIJAK?
    TQ

    • Wslm En. Zairi,

      Barang kemas tu simpan jer. Kalau nak pajak pun, tunggu berlakunya kejatuhan mendadak harga emas.

      Kalau nak buat pelaburan, En. Zairi boleh trade in barang kemas (emas perhiasan) yang spreadnya tinggi tu kepada emas pelaburan Public Gold yang spreadnya jauh lebih rendah.

      Kebetulan bulan Jun 2012 ni, Public Gold buat promotion untuk (trade in) apa sahaja barang kemas kepada emas Public Gold. Dan harga belian balik yang ditawarkan oleh Public Gold pada saya adalah yang tertinggi di pasaran sempena promosi ni.

      En. Zairi pergi mana-mana branch Public Gold untuk trade in. Rujuk link ni untuk maklumat lanjut.

      http://www.publicgold.com.my/v1/images/stories/pdf/promotions/x-plan-may-promotion-2012.pdf

      Wallahu a’lam.

  • salam en zul..
    sya bru terbaca mengenai pelaburn emas ini,setelah trjumpa blog en. zul,sye rse brminat utk menceburi pelaburan emas ini lebih kepda pembelian syiling dinar..boleh berikan sedikit nasihat dan rujukan sekiranya sye ingin membeli syiling dinar..?

    • Wslm Tuan/ Puan,

      Saya syorkan baca dulu ebook percuma “5 Minit Review Tentang Emas”. Boleh download ebook tu dibahagian atas sebelah kanan blog ni. InsyaAllah, senang faham asas-asas penting pelaburan emas.

      Kalau nak beli dinar PG, saya boleh bantu, insyaAllah. Sms atau emailkan saya (1) nama penuh, (2) no ic, (3) no. telefon, (4) email address, dan (5) item yang nak dibeli beserta kuantitinya.

      Boleh contact saya di 019-3368009 atau ibnushafie@gmail.com.

      Wallahu a’lam.

  • salam en zul..sy sbenarnya bcdg nak jd dealer PG..sy area KL..insyaallah duit 2 akan ckup dlm bln 8 nnt..adakah emas akan trun pd bln 8 nnt..sy ada tbaca yg ura-ura harga emas akan trun bln 8 nnt…terima ksh…

    • Wslm tuan/ puan,

      Bagus tu jadi dealer PG. Sambil melabur kita boleh dapat extra income. Samada harga turun naik tu saya tak boleh bagi kepastian, sebab saya tak rely sangat dengan rumors. Kalau ikut pada trend sebelum ni, harga emas akan memuncak dalam bulan September – November.

      Saya beli emas memang tak tengok harga sebab beli untuk long-term saving. Kebanyakkan prediction yang dibuat oleh mana-mana analyst hanya boleh rely 50% jer. 50% tu ikut rezeki masing-masing. Bagi saya, beli jer bila ada duit.

  • salam cik zul. sy baru nak start pelaburan emas. bank mana yang patuhi syariah. apa pndpt saudara dengan emas 950?

    • Wslm tuan/ puan,

      Setakat yang saya tahu, sekarang ni cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Ar-Rajhi jer patuh syariah. Emas 916 & 999 bagus untuk investment. Emas 950 tu pun ok sbb purity dia in between 916 – 999. Wallahu a’lam.

  • Salam en zul,

    Saya berminat untuk mendapatkan dinar emas daipada en zul, bagaimanakah caranya dan adakah caj2 lain yang dikenakan selain harga dinar tersebut. Cth: 1 dinar = RM700, kena bayar RM700 sahaja atau RM700 + caj?

    -kid-
    TQ

  • Assalamualaikum
    Kalau saya nak beli sekarang nilai 20k ÷÷ (harga sekarang ok) untuk jadi dealer.
    Apa perlu saya buat. Saya tinggal di ipoh, bila kena bank in duit.

    • Wslm tuan/ puan,

      Kalau nak beli dan jadi dealer, tuan/ puan hantarkan maklumat di bawah ni kepada saya untuk saya lockkan harga;

      (1) Nama penuh
      (2) No ic
      (3) No telefon
      (4) Email address
      (5) No akaun maybank
      (6) Item yang nak dibeli.

      Selepas saya place order, tuan/ puan akan terima 2 email daripada Public Gold. Lepas dapat email ke-2 (Sales Order), baru boleh buat payment. Payment perlu dibuat terus ke akaun PG sebagaimana tertera dalam Sales Order dalam masa 4 hari dari tarikh sales order. Emas tu nanti boleh collect di PG cawangan Ipoh.

      Hantarkan maklumat tuan/ puan ke ibnushafie@gmail.com atau 019-336 8009. Saya akan bantu apa yang boleh, insyaAllah.

  • Assalamualaikum
    Saya sudah hantar maklumat. sudahkaaah tuan berjaya buat place order . Tk
    Mohon maklumat lanjut via sms.
    Murad

  • AsSalam..
    Saya terjumpa blog Encik while browing about gold investment.
    Saya berminat utk melabur and as a start, rasa nya nak cuba dapatkan 1 dinar dulu..
    So, if berminat utk dapatkan dgn Encik Zulkifli, bagaimana ye?
    Im staying in Shah Alam but working in KL (Jalan Sultan Ismail, near Sheraton).
    If it is interesting, nak juga belajar n jadi ejen pulak.. start sikit2 dulu..
    Hope to hear from you soon.

    Terima kasih.

    • Wslm Puan,

      Kalau Jalan Sultan Ismail dekat jer dengan ofis saya. Saya boleh deliver next week, insyaAllah. Nanti puan bagi no telefon puan untuk saya contact. No hp saya 019-336 8009 (Zul).

      Wslm.

    • Bagi saya, beli emas Public Gold. Senang beli, senang jual, dan untung maksimum sebab spreadnya rendah. Nak beli, boleh contact dealer atau pergi direct kepada ofis Public Gold. Kalau nak mudah, contact dealer. Nanti dia boleh assist tuan/ puan, insyaAllah.

  • saya masih belum membeli sebarang bentuk emas,saya masih memerhatikan dan belajar dari komem2 en zul,adakah patut saya bertindak sekarang atau ikuti lagi tunjukajar dari komen2 dari en zul

    • Saya syorkan belajar dulu asasnya. Clearkan segala keraguan, dan mulakan langkah pertama. Cara paling pantas belajar pelaburan emas ialah beli ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” di http://www.jutawanemas.com. eBook tu the best reference saya setakat ni.

      Kemudian, beli 1 dinar dulu pun ok untuk ‘feel’ simpan emas.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum,

    Saya tgh plan nak bukak akaun emas dlm 20k di KFH, atas dasar simpanan jangka panjang dlm 2/3 tahun atau lebih. Nak biarkan je dalam tu. Nak beli silver tak pandai dan rasa tak sempat nak berguru.

    Harap boleh beri sedikit pandangan kalau ada cara yg lebih baik utk org mcam saya.

    Terima kasih.

    • Wslm tuan/ puan.

      Kalau amount RM20k tu, saya rasa better beli emas Public Gold sebab dah layak jadi dealer. Maksudnya, tuan/ puan akan dapat komisyen 1% atas setiap belian, dan 0.5% setiap kali jual balik kepada Public Gold. Dan banyak lagi manfaatnya emas Public Gold berbanding KFH. Tuan/ puan boleh baca artikel saya bertajuk “5 Kriteria Memilih Emas Pelaburan”.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum.

    En. Zul,

    Saya merancang untuk membeli PG kemudian menggadainya di ar-rahnu untuk modal beli PG lagi. Dalam masa yang sama sy berhasrat membuat pelaburan silver. Apa nasihat En. Zul untuk saya. Terima kasih.

    • Wsl tuan/ puan,

      Untuk masa sekarang, saya tak syorkan pajak sebab kebayakkan Ar-Rahnu dah perketatkan polisi pajakan yang pasti membuatkan ramai pemajak akan tersepit. Ar-Rahnu bank dah tak terima pajakan selain barang kemas sejak Mei 2011 lagi. Semalam (30 Julai 2012), saya dapat maklumat Ar-Rahn Kelantan juga dah tak terima pajakan selain dari barang kemas.

      Jadi, saya tak syorkan pajak untuk tujuan manipulasi pelaburan emas. Lebih ramai yang tersepit berbanding untung.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum,
    En. Zul,

    Terima kasih atas nasihat En. Zul.

    Adakah selamat jika saya melabur dalam public silver? Atau En Zul mencadangkan silver yang lain?
    Kerana selain ingin melabur dalam emas, saya juga berhasrat untuk melabur dalam perak.

    • Wslm tuan/ puan,

      Kalau orang baru nak melabur silver di Malaysia, saya suggest beli Public Silver sebab company confirm Buy Back, dan price jual belinya transparent. Silver memang selamat, tapi price dia agak volatile (tak stabil) berbanding emas. Dari sudut potensi, harga silver akan pergi lebih juah berbanding emas untuk long term.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum…

    Terima kasih En. Zul…

    Insyaallah… bila sampai masanya nanti sy harap en zul boleh jadi mentor saya.

    Terima Kasih

  • Sy berminat utk buat pelaburan emas..tp sy xtaw apa2 psal emas.dan sy nk taw brp hrga skrg..klau sy nk mulakn?hrp dpt tlg..sy brumor 24thn.tp xde 1sen simpanan utk ms dpan..sy hrp encik dpt ajar dan bantu..terima kaseh..

  • salam..saya bermainat nk buat invesment gold ni..sy ada simpanan dlm 25K..tp sy smpan duit2 tuk beckup byr loan asb 200k dlm jgka masa setahun..
    1. elok ke klu sy gne dividen akn dtg tuk bli dinar emas
    2. dimana tmpt yg selamat tuk menyimpn dinar emas
    3. apabila jd dealer msti ke sy kena ada blog spt tuan
    4. dimana office PG terdekat area shah alam

    • Wslm En. Zilalul Hilmi,

      1. Duit terbaik untuk beli emas ialah duit untuk simpanan jangka panjang, yang tak digunakan dalam masa setahun atau lebih sebab harga emas ada turun naik dalam jangka pendek.

      2. Kalau emas tu banyak, paling baik sewa Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta.

      3. Kalau jadi dealer, tak semestinya kena ada blog. Itu inisiatif masing-masing. Blog saya ni saya buka tahun 2008 lagi sedangkan saya jadi dealer pada Oktober 2010.

      4. Office PG terdekat area Shah Alam ialah di Sunway Mentari.

      Wslm.

  • assalam..saya ada 20k.skranya saya mnjdi dealer,slps mmbuat pmbelian apa yg perlu saya lakukan untuk memksimumkan klbhan sbg dealer?adakah saya hnya perlu berdiam dr dan mnympn shja dinar emas yg ada?

    • Wslm tuan,

      Untuk memaksimumkan kelebihan sebagai dealer emas Public Gold, tuan bagi kesedaran seramai mungkin kenalan especially kenalan terdekat tentang kepentingan & kelebihan menyimpan emas. Kalau mereka berminat untuk membeli emas, bantu mereka dapatkan emas. InsyaAllah, dari situ tuan akan dapat komisyen atas usaha tuan memberi kesedaran orang ramai tentang kepentingan menyimpan emas.

      Wallahu a’lam.

  • sekiranya saya ingin menjadi dealer di bawah en zul, bolehkah enc zul menjadi mentor saya dan bolehkah pesanan sebanyak itu melalui pos tanpa perlu saya pergi ke PG terdekat dengan saya?

    • InsyaAllah, saya akan bantu apa yang termampu. Untuk urusan jual beli, tuan emailkan kepada saya. Nanti kita bincang melalui email (ibnushafie@gmail.com) atau telefon (019-336 8009) untuk arrangement khusus, insyaAllah.

  • salam en zul..sy dr kelantan,berminat utk membeli emas PG dr tuan.tp adakah sesuai utk membelinya sekarang kerana harga emas sgt tinggi lepas raya ni

    • Wslm tuan,

      Boleh, insyaAllah saya boleh bantu. Kalau untuk simpanan long-term, bila-bila pun sesuai beli. Harga 1 Dinar sekarang ni sekitar RM740, ia masih rendah berbanding harga tertinggi tahun iaitu RM800 bulan Februari 2012.

      Saya tak berani ramal harga terus naik ataupun turun dulu sebelum naik balik tapi ikut trend sebelum ni, dia akan turun dulu sebelum naik lebih banyak. Berapa banyak turun tu tak siapa yang tahu…

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan,

    Saya bercadang untuk menggunakan duit raya anak2 untuk membeli silver sebanyak 100 gram dan 2 dirham untuk simpanan anak2..untuk membeli 1 dinar tidak cukup..adakah berbaloi membeli silver atau duit raya tersebut disimpan di ASB sahaja?

    • Wslm,

      Kalau untuk simpanan jangka panjang, memang sesuai beli silver. At least untuk simpanan 2 – 3 tahun baru berbaloi sebab harga silver agak volatile (tak stabil) berbanding emas. Bila harga emas naik, dia naik 2, 3 kali ganda berbanding emas. Macam tu jugalah sebaliknya.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm Tuan,

      Emas GSR agak tinggi spreadnya/ susut nilainya berbanding emas PG. Contohnya, gold bar 10g keluaran GSR 13.25%, sedangkan gold bar 10g keluaran PG cuma 8%.

      Katakanlah harga emas naik sebanyak 10%, maka pembeli emas PG dah untung 2% (10% – 8%) sedangkan pembeli emas GSR masih lagi rugi 3.25% (10% – 13.25%).

      Saya ada terangkan secara detail dalam artikel saya bertajuk “Perbandingan Spread Emas di Malaysia”. Tuan boleh copy paste link ni; http://bit.ly/NH6UGf

      Wallahu a’lam.

    • Wslm.

      Pertama, VGMC telahpun disenaraikan oleh Security Commission sebagai pelaburan yang tak sah. Yang kedua, ia tak melibatkan emas fizikal sebab ia cuma ‘saham’ emas. Anything happen kepada company, pelabur akan kehilangan semua duit yang dilabur sebagaimana syarikat skim pelaburan emas Genneva yang telah diserbu oleh BNM dua hari lepas.

      Saya tak berani syorkan sesiapa join SKIM pelaburan emas. Kalau nak labur dalam emas, beli emas FIZIKAL dan kita simpan sendiri emas tu. Anything happen kepada syarikat, kita tak perlu risau sebab emas fizikal yang kita pegang tu tetap EMAS dan ia tetap TULEN.

      Wallahu a’lam.

  • salam,saya keliru disini ada yg kata utk pelaburan elok beli gold bar dalam masa yg sama ada yg kata utk pelaburan elok beli dinar sebab senang nak jual sebab kecairannya tinggi ,mohon penjelasan .tkasih

    • Wslm En. Amran,

      Gold bar tu biasanya berketulenan 999 (emas gred 1), dan Dinar biasanya berketulenan 916 (emas gred 2). Memang emas 999 tu lebih baik dari emas 916. Kalau di kedai emas, emas 999 tu sprednya lebih rendah (lebih untung) berbanding emas 916. Jadi, secara umumnya, memang emas 999 tu lebih baik.

      Tapi dalam konteks emas Public Gold, spread Dinar 916 lebih rendah berbanding spread Gold Bar 999. Jadi, emas spread rendah lebih cepat untung berbanding spread tinggi.

      Dari sudut simpanan jangka panjang, kedua-dua jenis emas tu memang bagus untuk simpan nilai jangka panjang. Kebanyakkan barang kemas di buat dengan emas 916 disebabkan nilai jangka panjang disamping ianya lebih kukuh.

      Untuk faham lebih lanjut, En. Amran boleh rujuk artikel saya bertajuk “Emas Public Gold Yang Mana Paling Untung?”. Sila gunakan link ni:

      http://bit.ly/S9OZF7

      Wallahu a’lam.

  • salam, tkasih en zul atas info tersebut dan saya ingin minta pandangan en zul .sebenarnya saya ada pelaburan dalam public mutual lebih kurang dalam 20k jadi kalau saya bercadang utuk beli emas apakah saya perlu keluarkan semua semua simpanan itu saya harap en zul dpt beri cadangan terbaik utk saya .tkasih

    • Wslm En Amran,

      Antara pengurusan pelaburan yang baik ialah kita pecah2kan dana pelaburan. Dalam konteks unit trust & emas, maksudnya letak sebahagian dlm unit trust dan sebahagian lagi dlm emas. Itu terpulang kpd En Amran.

      Tapi saya secara peribadi melabur dlm unit trust guna duit EPF jer. Duit cash saya beli emas kesemuanya sebab saya tak yakin dengan financial system dunia sejak akhir2 ni. Ikut pada pakar sejarah matawang, petanda2 yang ada pada hari ini (spt banyak peperangan, percetakan USD tanpa disandarkan kpd emas, krisis hutang negara2 besar), itu petandanya sistem kewangan tu akan collapse yang menyebabkan duit kertas tak bernilai. Yang akan selamat hanya mereka yang ada emas, perak, tanah pertanian dan stok makanan jer. So, saya simpan emas lebih kepada wealth protection, bukan sangat utk pelaburan.

      Wallahu a’lam.

  • salam, saya cadang nak beli emas pg untuk permulaan sy nak beli 1dinar dulu dan saya ingin jadikan en zul ni introduce saya dan saya rasa en zul pun memang dealer pg kan.urusan pembelian tu saya akan ke pg ampang.saya tak tahu lagi nak beli bila tapi insyaallah dalam bulan ni jugalah dan saya ada lawati web pg jadi sedikit sebanyak tentang pg ni sy ketahui dan sy nak tanye en zul ada apa2 lagi yg perlu sy tahu tentang pg ni,oh ya smlm sy add en zul kat fb dan sy rase en zul asal klate,sy pun klate juge tp lamo doh duk KL klik jare2

    • Wslm En. Amran,

      Kalau nak letakkan saya sebagai introducer, En. Amran bagi nama saya & no. kod dealer saya kepada PG masa nak beli tu i.e. Mohd Zulkifli Shafie (PG002369). Kalau ada masa, saya syorkan En. Amran join mana-mana talk yang dibuat oleh En. Faizan atau En. Syukor di PG Ampang. Boleh cek jadual di website PG.

      Oh, En. Amran orang Klate. Saya pun orang Klate. Saya boleh dikatakan balik sebulan sekali atas urusan bisnes. Salam ukhuwwah… 🙂

  • salam tuan..sy ada dianr pg dan memerlukan duit..klu sy jual hrga mcm jatuh skrg..blh x sy pajak kat mn2 area kl..ke tuan je yg nak bli..hehe

    • Wslm tuan,

      Dinar PG boleh dipajak di Ar-Rahnu Time Zone (dekat Habib Jewel Ampang Point) atau ada satu Ar-Rahnu di Sri Gombak. Kalau tuan nak jual 1 dinar PG, insyaAllah saya akan beli. Contact 019-336 8009 (Zul).

  • Salam tuan..sy masih belajar dalam pelaburan Emas.. sy nk mint a pandangan tuan.. sy bercadang Ingin mmbuat pnjaman bank rakyat utk membuka galeri Emas hanagold, kerana sy rase ia 1 perniagaan Emas yg baik… cume sy masih sedang berfikir.. mohon pandangan tuan…. Terim a Kasih…

    • Wslm tuan,

      Saya pernah dengar tentang Hana Gold, tapi tak tahu konsep perniagaan Hana Gold. Mungkin tuan kena study dulu pasal bisnes tu sebelum buat loan. Katakanlah modalnya RM100k, try cek berapa kos untuk setup galery, berapa kos untuk beli emas. Kalau kos galeri tu besar, tuan kena kira potensi keuntungan.

      Kalau emas Public Gold risikonya sangat rendah sebab semua modal kita gunakan untuk beli emas. Contohnya, modal tuan RM100k. Semua RM100k tu digunakan untuk beli emas kesemuanya, tak ada overhead.

      Wallahu a’lam.

  • salam tuan zul..smoga tuan & kluarga dcucuri rahmat..
    sya mmg bmnat ngan plaburan emas..still lg blaja..umur pun bru 21 tahun..msih x de modal nak bli emas buat plaburan..hehe..yg penting..blog tuan nie mmg mmbri byk manfaat..smoga tuan dlm rahmatNYA 🙂

  • wang kertas ciptaan manusia.kita hidup dalam penipuan yahudi,apa yang ada dalam dompet adalah hasil debu-debu riba,yang mencipta sistem kapitalis untuk umat manusia.emas,logam ciptaan Allah s.w.t. asal usul emas adalah dari sisa-sisa bintang di alam smesta,(letupan bing bang)sebab itu sifat berkilau.simapan lah emas sebagai simpanan,allah s.w.tjuga yang maha mengetahui.salam.

  • saudara smua boleh bezakan rm50 pada tahun 80,90,20,12 akan datang 2020.nilai wang semakin hilang kuasa,apabila nilai wang fiat semakin mengecil,harga emas akan menigkat,sehingga pada satu tahap yang amat tinggi,sehingga tidak mampu dimiliki.bila ia terjadi manusia tidak akan mempercayai lagi wang fiat,dan kita akan kembali ke zaman penggunan dinar dan dirham.golongan ini telah bersiap sedia,mereka yang mencipta permainan dan penipuan ini dan mereka jga yang akan akan meruntuhkan sistem ini.Allah s.w.t juga yang maha mengetahui.salam.

  • Saya nak tya kalau nak jual balik pada individu? kat mana nak cari pembeli individu?yg senag deail.sy berhajat nak jual dinar. ..mengenagkan spreat yg sy beli dulu kalau ikut hrga buy back memang rugi..kalau ikut hrga sell baru ada untg skit.. Boleh bg pndangan?

    • En. Saaidin,

      Kalau En. Saaidin seorang dealer PG yang aktif, peluang untuk jual pada harga PG Sell tu memang banyak sebab always ada new customer datang beli. Tapi kalau bukan dealer atau dealer yang tak aktif, memang tak dapat jual harga PG Sell.

      Kalau nak jual pada pembeli individu (kalau En. Saaidin bukan dealer yang aktif), samada dengan tanya kawan-kawan terdekat, bagi la sikit diskaun. Ataupun offer difacebook. En. Saaidin cuba masuk group “Gold Lot Shop” coz kat situ sentiasa ada tawar menawar. Kalau urusniaga melalui facebook, prinsipnya mesti Cash-on-Delivery. Dia hulur duit, baru En. Saaidin hulur barang coz macam-macam jenis penipuan pernah berlaku.

      Wallahu a’lam.

  • Salam..
    1 perkongsian yang baik mengenai pelaburan emas 😉
    dua tiga hari lepas baru terdengar akak2 sy cerita tntg pelaburan emas,so sy xplore & trjmpe blog ni..
    umur pun bru 22 tahun,modal tu ade laa sikit kalau nak buat pelaburan kecil untuk masa skng..Tp xtw mcm mne cara nak mula,dgn sape sy prlu buat rujukan & bgaimana cara utk prses selanjutnya..

  • Pelaburan emas memang menguntungkan,tetapi kalau tersilap teknik memang tak untung.Jadi jika nak buat pelaburan dalam emas mesti ada ilmu yang betul.Kalau tidak makan diri.Ada sesiapa setuju dengan cadangan saya.

  • Salam…
    Saya xde ilmu pelaburan emas. Apa yg sy buat hanya beli 1dinar setiap bulan, at least (baru berjinak-jinak). terus menyimpan fizikal emas secara sendiri tiada ke ar-rahnu dan sebagainya. Adakah saya dilaluan yang betul utk pelaburan emas? Minta sedikit advice dari tuan. Tq.

  • Salam.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu…
    Soalan saya: saya telah membeli emas berbentuk barang kemas untuk pelaburan jangka masa lima tahun. Pembelian saya melalui tempahan emas dan harga pada masa beli 168/gram untuk 20grm. Saya dijanjikan terima fizikal emas dalam jgka masa 2 minggu tapi kini sudah hampir tiga minggu lewat. Adakah saya kategori ditipu? Dan bagaimana pula cara muamalatnya dlm islam.

    Bagaimana ntuk saya dptkan pg di jb?

    • Wslm tuan,

      T.kasih berziarah ke blog seadanya ni.

      Pasal pembelian emas 20g yang masih belum dapat tu, kena follow up dengan kedai/ pengeluar. Tempahan barang kemas biasanya ambil masa sikit. Kalau tuan beli dengan syarikat yang ada reputasi, saya rasa tak ada masalah.

      Kalau tuan nak beli emas PG di JB, insyaAllah saya boleh bantu. Contact saya 019-3368009 (Zul). Tq.

  • Ape pandgn tntg amsyiq gold..sy lihat mereka ada sistem dealer dan diskaun.. Ape kelebihan PG vs Amsyiq gold. Mohon pencerahan.. Dan sy berminat utk bjumpa dgn saudara zul bersama suami saya…memndagkan lokasi kita berdekatan…

    -pn nurul

  • Wslm Pn Nurul,

    Amsyiq Gold ok, spread dia pun lebih rendah daripada PG. Cuma harga dia lebih mahal dan saya juga risau dengan status company tu yang masih belum terkeluar dari Alert List BNM sejak Julai 2012. Dah 6 bulan. Wallahu a’lam.

    Kalau Puan Nurul & suami nak jumpa saya untuk dapatka consultation tentang emas, insyaAllah kita boleh aturkan. Contact saya 019-3368009.

  • salam,saya nak tambah duit pendapatan. adakah pelaburan emas cara yang terbaik cik? boleh jelaskan? saya memang tak tau sangat bab emas ni.. saya takut tersilap langkah.

    Dengar2, kalau beli emas, tunggu beberapa tahun, harga emas akan meningkat. dan kita boleh jual semuala pada adar yang tinggi. macam mana? minta penjelasan..

    • Wslm tuan,

      Cara terbaik untuk tambah pendapatan ialah dengan berniaga. Kalau tuan bekerja, manfaatkan masa 10 – 15 jam seminggu untuk bisnes sambilan. Ia jauh lebih menguntungkan daripada simpan emas.

      Emas sangat ideal untuk simpanan jangka panjang dan lindungi kekayaan. Kalau dia simpan dalam bentuk duit kertas, kekayaan makin menyusut dari tahun ke tahun sebab inflasi. Tapi emas dia tak perlu risau. Kuasa beli emas sentiasa kekal zaman berzaman.

      Jadi, kalau nak tambah pendapatan, cara terbaik ialah perniagaan, bukan pelaburan. Wallahu a’lam.

  • Assalammualaikum,

    Saya dalam proses mendapatkan info tentang pelaburan emas dan mencuba mencari pelabran yang mempunyai susut nilai yang paling rendah.

    tengah comparekan maybank gold investment account dengan kijang emas (emas fizikal) . dari apa yg saya baca daripada blog tuan pelaburan emas fizikal lagi berbaloi berbanding dengan buku pelaburan . daripada apa yang saya lihat di website maybank2u) harga sell segram kijang emas=156.4 untuk one oz dan segram gold dengan gold investment account bersamaan 137.36 .Dan Public gold dinar 1gm=144.47 .kenapa price segam untuk gold investment acc lagi rendah daripada emas fizikal(dinar emas atau kijang emas).

    Fariza

    • Wslm Pn. Fariza,

      Memang emas maya (termasuk akaun simpanan emas) lebih murah daripada emas. Sebabnya, emas maya tak melibatkan kos pengeluaran emas fizikal macam kos pengilangan, pengangkutan, kos operasi, dan berbagai-bagai overhead. Puan beli emas, tapi tak dapat emas. Puan hanya dapat kertas yang tertulis nombor sahaja.

      Untuk makluman puan, tak ada mana-mana pengeluar emas di dunia yang menjual emas pada harga emas maya.

      Wallahu a’lam.

  • Saya bersyukur diketemukan dgn blog ni… Bloger pn sngt ramah… Terima kasih … Puji – pujian bg Allah… semoga Allah memberkati usaha en.Zul…

  • salam.. saya suka berziarah ke blof en zul..sgt bermanfaat..setakat ini saya dh ada 1×1/4 oz kijang emas, 1x 5g Pamp Suisse dan 3x 1g GCP.Baru- baru ini saya ada membeli 5 dirham KGT dan 10 dirham PG kerana potensi silver yg lbh tinggi berbanding emas. Tujuan saya untuk simpanan 10 tahun depan utk setelkan hutang rumah.apa pendapat tuan , elok beli emas atau silver?

    • Wslm Pn. Nurul,

      Dari sudut potensi, ramai pakai logam berharga meramalkan harga silver yang pergi lebih jauh berbanding % kenaikan harga emas atas banyak faktor. Emas dan perak masing-masing ada kelebihan. Emas harga lebih stable, senang dijual dimana-mana, susut nilai rendah, boleh dipajak, senang disimpan sebab kecil. Silver naik lebih cepat, tapi jatuh pun lebih cepat. Susut nilainya tinggi. Ia tak boleh dipajak, dan tak mudah dijual kecuali kepada pengeluarnya sendiri.

      Saya simpan 70% emas, 30% silver.

      Wallahu a’lam.

  • salam en zul…

    saya baru merancang melabur emas dgn pinjaman d bank. full loan. bayar dgn gadai 1 keping sebulan… apa pandangan en zul?

    • Wslm En. Sham,

      Beli emas dengan duit pinjaman tu ok kalau untuk long-term saving. Tapi kaedah bayaran dengan gadai emas 1 dinar sebulan tu takut menambah beban hutang sebab gadaian tu perlu ditebus balik. Saya syorkan En. Shom buat loan dengan kadar ansuran yang En. Sham mampu bayar dengan duit gaji. Kalau nak lagi berbaloi, saya syorkan berniaga emas sambil menyimpan emas. Duit komisyen PG insyaAllah boleh cover ansuran bulanan kalau diusahakan dengan betul dan sabar.

  • As slm..
    Sy ada memilik 2 gold bar poh kong… sy dh pun baca artikel di atas… blh x sy nk tkrkn gold bar tersebut kpd PG n bgaimanakah caranya… maaf… sy mmg kurang arif tntg plbrn ini…

  • assalaamualaikum
    banyak dapat info berguna dan banyak juga soalan yang nak ditanya.hehehe..
    cuma nak tanya macam mana caranya nak jadi dealer, ada tetapkan bayaran dan apa keistimewaannya?

    aidil tangkak.

  • Assalamualaikum

    Saya nak minta pendapat En. Zul tentang AMETHYST GOLD. Kawan saya ada ajak untuk join dan perlu membayar RM380 untuk menjadi ahlidan company akan beri kita emas secara percuma dan juga bonus sebanyak RM500.. Harga emas gold bar dan 1 dinar juga murah jika kita menjadi ahli.

    Adakah berbaloi jika saya menyertai company ni?

    • Wslm Pn. Eza,

      Asas tentang pelaburan emas fizikal sebenar ialah;

      1. Beli emas, dapat emas. Bukan dapat kertas, penyata dsb.
      2. Emas tu kita simpan sendiri.
      3. Keuntungan tunai hanya bila jual ketika harga emas naik. Buy low, sell high.

      Kalau pelaburan emas yang ada ciri di bawah, ada kebarangkalian ia skim cepat miskin:

      1. Beli emas, dapat kertas.
      2. Menjanjikan pulangan tetap. Biasanya pendapatannya sangat lumayan.
      3. Orang join bukan untuk memiliki emas. Emas hanyalah “topeng” kepada matlamat yang lain.

      Itulah asasnya bila nak terlibat dalam mana-mana pelaburan emas.

      Wallahu a’lam.