Public Gold Tersenarai "Alert List" BNM, Apa Cerita?

by on October 17, 2012

Post image for Public Gold Tersenarai "Alert List" BNM, Apa Cerita?

Isu dah lama (3 minggu). Tapi baru hari ni dikecohkan. Sebenarnya, saya tengah tunggu pengumuman terbaru dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum keluarkan posting tentang isu Public Gold termasuk dalam “Alert List” BNM. Tapi sebab Berita Harian kecohkan isu  ni dalam paper hari ni, 17 Oktober 2012, saya terpaksa bagi ulasan awal.

Kenapa Public Gold Tersenarai?

Saya memang aware isu ni sejak hari pertama Public Gold disenaraikan i.e. 27 September 2012 (Khamis). Saya dan semua Master Dealer terkejut. Dato’ Louis Ng (Pengasas PG) pun terkejut. Bila staff beliau bagi tahu Public Gold tersenarai, “How come?” katanya. Dia wonder sebab Public Gold tak menawarkan apa-apa SKIM pelaburan. Public Gold cuma jalankan aktiviti jual beli emas macam kedai emas jer. Hulur duit dapat emas, hulur emas dapat duit. Tak ada keuntungan tetap ditawarkan samada berbentuk saham, hibah, dividen dsb.

Pada hari sama, pembantu peribadi Dato’ Louis terus contact BNM untuk dapatkan penjelasan. Lepas Jumaat, 28 September 2012, Dato’ Lois bersama En. Syukor Hasyim (Managing Director Public Dinar) berjumpa dengan BNM. Mereka bentangkan semua perihal operasi Public Gold dan pihak BNM pun ‘wonder’ dengan operasi Public Gold. Ia tak ada kena mengena langsung dengan skim cepat kaya. Cuma pihak BNM bagi tahu, Public Gold tersenarai sebab BNM terima aduan dari pelabur mengatakan Public Gold menjalankan aktiviti bersalahan dengan undang-undang i.e. skim cepat kaya etc. So, BNM terpaksa masukkan Public Gold dalam senarai sementara siasatan dibuat.

pengumuman public gold tentang bank negara

Pengumuman yang dibuat oleh Public Gold melalui facebook rasmi tentang penyenaraian.

Betul Ke Public Gold Tawarkan SKIM Pelaburan?

Antara soalan BNM tanya ialah, “macam mana Public Gold control dealer-dealer?”. Bila isu ni ditimbulkan, mungkin ada dealer yang “mislead” orang awam, dan memang ramai dealer yang Public Gold dah terminate sebab tak patuh pada etika.

syukor hasyim wakil public gold bank negara

En. Syukor Hasyim, General Manager Public Dinar sertai perjumpaan dengan BNM.

dato louis public gold bank negara

Tindakan PG berjumpa BNM dalam masa 24 melambangkan komitmen syarikat terhadap undang-undang.

Hasil daripada perjumpaan tu, BNM berpuashati dengan penjelasan dan kerjasama Public Gold. Secara overallnya, Public Gold dilihat ‘clean’ dari sebarang aktiviti seperti SKIM pelaburan emas yang lain. Public Gold dah submit semua dokumen yang diperlukan oleh BNM dan telahpun hentikan beberapa urusan dalaman yang mungkin bermasalah dari sudut peraturan BNM seperti skim pembelian secara EPP, dan fasiliti ‘pajakan’ PSP untuk dealer – yang mana telah diwujudkan sebagai ‘exit plan’ bila kebanyakkan Ar-Rahnu tak terima lagi pajakan gold bar dan gold coin pada pertengahan tahun 2011.

syukor hashim public gold bank negara

Dalam masa seminggu, Public Gold hantar semua dokumen yang diminta BNM.

Feedback Positif BNM Tentang Public Gold

Cuma sekarang ni, BNM tengah review kertas kerja untuk keluarkan Public Gold dari “Alert List”. Kita tunggu “Alert List” terbaru yang akan dikeluarkan oleh BNM dalam masa terdekat. Nanti sahabat semua boleh semak senarai tu. Berdasarkan feedback yang diterima dari BNM, saya dan seluruh Master Dealer serta pihak Management PG yakin Public Gold akan terkeluar daripada senarai tu. Kalau sahabat semua tak yakin, boleh contact direct kepada BNM di talian 1300-88-5465.

surat bnm kepada public gold

Surat BNM untuk PG menjalankan aktiviti jual beli emas.

Isu ni pada saya dah hampir selesai, cuma ia jadi kecoh balik bila entah macam mana Berita Harian hangatkan balik hari ni. So, inilah komen awal saya supaya pembeli emas Public Gold lebih tenang. Adaperkembangan terkini, saya akan update di blog ni, insyaAllah. Kalau ada sahabat yang rasa tak sedap hati, jom baca balik artikel saya bertajuk “Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal”. Tindakan membuat “panic sell” pada ketika ni bagi saya satu tindakan yang agak terburu-buru.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
17 Oktober 2012
1 Dzulhijjah 1433

public gold royal collections dinar dirham

p.s. Pada saya, Public Gold sebuah syarikat yang bereputasi tinggi hinggakan pihak kerajaan memberi kepercayaan kepada Public Gold untuk keluarkan syiling dinar & dirham peringatan sempena Pertabalan Agong Ke-14 pada 9 April 2012 baru-baru ni. Klik DI SINI untuk maklumat lanjut. Saya juga nampak komitment syarikat untuk future growth dengan membuka banyak cawangan baru seluruh Malaysia. Ia adalah usaha serius, bukan jenis “overnight company”.

kenyataan balas public gold berita harian bank negara

Kenyataan balas Public Gold berikutan artikel yang disiarkan Berita Hairan 17 Oktober 2012

p.p.s. Pagi ni saya call BNM, 1300-88-5465 untuk kepastian. Menurut pegawai BNM, pelabur jangan risau kalau company memang jalankan aktiviti jual beli emas. Alert List tu cuma sebagai peringatan. BNM cuma buat serbuan dan bekukan akaun syarikat yang jalankan SKIM pelaburan emas sebab dikhuatiri situasi di mana syarikat cuma ada 200kg emas, tapi dia jual kepada pelabur 400kg i.e. money game. Dan BNM tengah menilai laporan yang dihantar oleh PG dan mereka tengah consider keluarkan PG dari senarai.

Update terkini: 17 Oktober 2012, Jam 1.38 tengahari. Dato’ Louis Ng dah confirm dengan pegawai BNM, Public Gold diterima untuk keluar daripada senarai “Alert List”! Alhamdulillah, pujian-pujian bagi Allah. Secara rasminya Public Gold dikeluarkan dari Alert List oleh BNM pada 28 Oktober 2012. Sila ikuti artikel “Public Gold Terkeluar Alert List BNM!“.

Alhamdulillah, isunya selesai. BNM dah luluskan untuk keluarkan PG daripada Alert List.

Artikel berkaitan:

{ 84 comments… read them below or add one }

1 MrJocko October 17, 2012 at 4:45 am

Surat tu bukan surat kebenaran boss,,, kena edit tu,,, tak betul

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie October 17, 2012 at 4:56 am

Jocko, dalam penulisan, kita kena tulis dalam “layman” language supaya sesuai dengan audience. Tak perlu complicatedkan dengan terma-terma sesuatu industri. Terpulang kepada demo nak tafsir maksud “tiada halangan” tak sama langsung dengan “kebenaran”.

Sama juga dengan bank menyediakan “pinjaman cara Islam”. Kalau nak bahas, istilah tu memang totally salah. Mana ada bank bagi pinjaman cara Islam. Ia bukan pinjaman, tapi aqad jual beli. Tapi bila orang sebut “pinjaman cara Islam”, maksudnya difahami. Ianya adalah Islamic Financing.

Don’t complicate things… Ini bukan blog akademik… :)

p.s. untuk makluman pembaca, Jocko tu kawan saya ejen Unit Trust.

Reply

3 Anonymous October 17, 2012 at 4:52 am

Maklumat yang sangat bermanfa’at untuk dealer2 dan pelanggan emas PG. Tak perlu buat jualan panik. Terima kasih tuan blog.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie October 17, 2012 at 7:23 am

Alhamdulillah. Moga bermanfaat. Saya tulis ni untuk bagi penerangan kepada semua pembeli emas Public Gold, tak kira pelabur biasa ataupun dealer. Referkan artikel ni kepada sesiapa yang masih khuatir dengan isu ni supaya mereka lebih ‘tenang’. InsyaAllah.

Reply

5 Nor Saimi Jawahir October 17, 2012 at 5:42 am

assalamualaikum… mcmmne dgn produk emas fizikal yg menggunakan mlm…komen ttg gsr…wassalam

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie October 17, 2012 at 7:28 am

Wslm En. Nor Saimi,

Saya tak begitu faham tentang model bisnes GSR. Cuma setakat yang saya kenal, pemilik beliau Sdr. Anuar Abd Rahman seorang yang alert tentang reputasi syarikat.

Reply

7 Anonymous October 17, 2012 at 6:23 am

Banyak benda yang tak betul dengan PG ni. Korang hati-hati. PSP pun dah kena keluarkan, PG jual emas dengan urusniaga simpan emas adalah dua jenis perniagaan yang berbeza!! Pasal tu PG tarik balik benda ni, kalau tak betul, takkan PG tarik balik pengumuman ttg PSP tu.

Jual beli secara EPP…hmmm…ade panel syariah ke dalam PG ni…dirham pun kena jual oleh Public Silver, sepatutnya Public Dinar lah keluarkan benda ni. Rosak rosak!!

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie October 17, 2012 at 6:33 am

Tuan, kesilapan tu perkara biasa yang perlu dimaafkan. Kesilapan adalah sebahagia dari proses kejayaan. Asalkan PG akur dengan undang-undang, itu menunjukkan komitmen PG untuk jalankan bisnes secara ‘clean’.

PG adalah pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia dan menyediakan fasiliti terbaik untuk pelabur emas fizikal di Malaysia. Memang orang akan iri hati dan sentiasa tunggu ‘bola tanggung’. Ada isu sikit, habis kecoh. Masa Amsyiq Gold tersenarai dulu, orang tak kecoh pun sebab Amsyiq tu small company.

Persoalan saya, apakah masih bermasalah bila BNM keluarkan PG dari Alert List?

Reply

9 CiKGu DiQi October 19, 2012 at 1:40 pm

Anonymous ni keluar kenyataan yg berat sebelah.. Kalau jujur, dia akan letak nama.. Tuan mohd Zulkifli, ada perkara kite kena respon.. ada masa, org saja keluar statement utk tujuan memburukkan keadaan n nk tengok kite melatah.. apapun saya puji tindakan tuan utk rujukan org lain ttg perkara ni.. tq so much..-Cgu diQi-

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie October 21, 2012 at 9:04 am

Cikgu DiQi, t.kasih atas nasihat. Selagi ianya masih dalam mood perbincangan, insyaAllah saya reply walaupun sesetengah orang datang ke sini untuk buat provokasi. Saya pun tak pasti apa kesalahan saya hingga ada yang komen di sini dengan nada kurang sopan dan menyerang.

Reply

11 Pn. Haryati Mohd Sarkawi October 17, 2012 at 3:18 pm

Assalamualaikum wbt.
Terima Kasih, artikel tuan merungkai persoalan di benak fikiran dealer PG SeMalaysia.
Saya link kan artikel tuan di blog http://www.CikguEmas.Com saya ok.
TQ so much :)

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie October 17, 2012 at 5:29 pm

Wslm Pn. Haryati,

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Reply

13 cikguemas916 October 17, 2012 at 5:19 pm

terbaik..

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie October 17, 2012 at 5:30 pm

Alhamdulillah…

Reply

15 Anonymous October 18, 2012 at 12:01 am

kalau nak selamat, beli je emas dari bank, cth Kuwait Finance House.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 12:49 am

Betul tu tuan, tapi masing-masing ada pros & cons.

Reply

17 Anonymous October 18, 2012 at 1:14 am

Kuwait Finance House tu bank luar, jangan bagi bank simpan semua. Simpan 2g je kat bank yang lain simpan sendiri. Buatnya bank tutup habis simpanan emas tu. Kalau nak terjamin baik Kijang Emas. Tapi pada saya kalau beli apa jenis emas pun dan emas tu ada ditangan kita tak perlu risau. Masa kecemasan asal namanya emas/perak pasti ada nilai..

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 1:17 am

T.kasih tuan. Saranan yang sangat baik.

Reply

19 Anonymous October 22, 2012 at 2:56 am

Setuju saya dengan pandangan ini. Saya pun rasa lebih elok beli emas dpt emas, berbanding beli emas, dpt kertas bertulis ’emas’. 😉 dala.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie October 22, 2012 at 3:03 am

Alhamdulillah..

Reply

21 cat lover October 18, 2012 at 1:25 am

Saya dah beli 40 dirham PG je setakat ni, ingat selepas settle semua personal loan January next year nak kumpul dinar pulak sikit2..Beli untuk simpanan jangka panjang bagi tujuan persaraan. Nak bersara 10 tahun lagi jadi 10 tahun simpan insyaALLah mudah2an berbaloi la tak kira la emas PG or Kelantan, KFH ke..Tapi ada org suka simpan dinar, coin yang mcm2 brand buat collection..

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 4:14 am

Alhamdulillah. Tahniah puan. Satu strategi kewangan yang baik. Beli apa-apa emas & silver sekalipun, ianya memang bagus. Paling penting, kena pastikan emas yang dibeli tu spreadnya rendah dan urusan jual belinya mudah supaya untung maksimum, insyaAllah.

Reply

23 Anonymous October 18, 2012 at 3:39 am

Royal Collection tu masih ada lagi ke? Saya cadangkan PG buat setiap kali pertabalan Raja yang baru. Saya bercita-cita nak buat koleksi. The next one insyaallah Sultan Muhammad V..bukan sahaja nilai emas tapi juga ada historical value di masa hadapan..

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 4:15 am

Royal collection tu masih dijual, tapi bagi saya harga dia agak mahal sebab ia dijual sebagai collectors items. Dari sudut investment, saya rasa tak berbaloi beli. Sekadar untuk koleksi tu boleh lah.

Reply

25 Anonymous October 18, 2012 at 3:40 am

PG ni dah markup harga tinggi dari harga spot emas, kawan saya pernah menjual gold bar PG diluar negara Eropah. Potongan spread agak tinggi dibandingkan dengan emas Pamp Suisse atau KFH (Kuveyt Turk).

Kebanyakan jawapan yang diberikan adalah Public Gold tidak tersenarai dalam keahlian LBMA (http://www.lbma.org.uk/pages/index.cfm?page_id=64). spesifikasi tidak menepati LBMA. Memang Pengesahan Assayer, Abdul Shukor tu ade (utk local boleh la sapu, tapi utk international, rasanya tak lepas ni hehehe), TAPI LBMA telah tetapkan atau telah memberi garis panduan, contohnya gold bar (http://www.lbma.org.uk/pages/index.cfm?page_id=27&title=specifications).

Jadilah seorang pembeli yang BIJAK dalam konteks GLOBAL.

Tapi kalau lu orang fikir nak jual beli area area Malaysia je boleh la.

Tapi kalau ade niat nak beli, kemudian kalau nak bawa ke luar negara… wa syorkan lu orang pilih la yg ade associate dgn LBMA, kalau tak, zam zam ala kazam, emas PG yg lu pegang tu, spread kena potong tinggi beb!

Pasal tu aku ni peminat KFH. Walaupun 995, masuk densimeter, 24 Karat beb!

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 3:59 am

T.kasih tuan atas komen tu.

1. Pendapat tuan tu betul bagi orang yang memang bergerak internationally i.e. selalu ke overseas ataupun bekerja oversea. Tapi macam mana dengan orang kebanyakkan di Malaysia? Yang mana lebih PRAKTIKAL dlm konteks rakyat Malaysia secara umum?

2. Try cek berapa spread emas Pamp Suise di Malaysia? Dan bandingkan dengan emas PG. Bandingkan fasiliti urusan jual belinya di Malaysia berbanding emas PG. Sekarang ni, ramai pembeli Pamp Suise jual emas kepada PG sempena promosi X-Plan sebab dari sudut pelaburan di MALAYSIA, PG lebih untung.

3. Betul ke emas PG markup terlalu tinggi dari harga spot? Cuba tuan bandingkan harga emas PG dengan pengeluar emas lain di MALAYSIA. Saya perhati, harga emas PG sangat berpatutan, tak terlalu rendah, tak terlalu tinggi.

4. Tuan dah pernah test ke emas KFH guna densimeter? Apa yang saya tahu, kalau dah masuk densimeter, confirm KFH tak akan beli balik sebab dah terbuka sealnya. Tuan terpaksa jual kepada kedai emas dengan spread 25%!

Masing-masing ada pros & cons, tapi dari sudut praktikalnya, saya nampak PG lebih praktikal untuk pelabur emas di Malaysia… Terpulang la pilih yang mana. Apa yang saya syorkan kepada orang lain, itu juga yang saya buat. Saya bukan syorkan emas PG sebab saya jadi dealer. Tapi ikut pada pemerhatian saya, PG the best secara pakejnya dalam konteks pelaburan emas fizikal di MALAYSIA.

Wallahu a’lam.

Reply

27 Anonymous October 18, 2012 at 4:45 am

3. senang citer.. lu banding le nubex.com.my dengan harga PG. Aku kira, spread utk 10g only 6.1% .. aku kira PG 8.7% ( belum di tolak percent utk dealer la..ok, katakan MD le (2.0%+0.5%) masih mahal lagi le.

4. Pernah try. KFH tak beli balik…betul statement tu. Tapi harus diingat, emas tu lebur balik la utk buat barang kemas. Bukan wa suruh buka SEAL. Aku cuma nak bagitau bahawa, kalau nak beli emas 24Karat, setakat nak simpan mcm tu je, tak nak buka apa apa, segala galanya senang, tak takut kena curi dsbnya…pasal tu wa cakap KFH best. Diiktiraf LBMA lagi.

Memang betul ade Pro n Con…tapi saya berfikir dalam konteks GLOBAL. Sebab kita tak tahu brapa lama PG akan sustain, skrg ni pun dah masuk list alert, WHAT IF tetiba je company Sdn Bhd ni tutup…telan air liur korang ehhehehe. Lagipun, setelah saya berbual dengan bekas penceramah rasmi PG iaitu Azahari Othman (Dr. Luv), beliau amat bersetuju dengan apa yang saya utarakan di atas.

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 4:57 am

3. Saya setuju, Nubex jual murah. Cuba tuan cek international brand (Pamp, Kangaroo etc) yang SAMA yang dijual di UOB bank, dan bandingkan dengan harga emas PG. Can you concluded that PG is higher price than international brand? Sure not. Sebab tu saya cakap, PG jual harga patut, bukan harga paling rendah. Ye memang Nubex lebih murah, tapi macam mana urusan jual beli kalau orang yang duduk luar KL? Beli memang mudah, tapi macam mana nak jual balik? Tolak duit minyak, toll, masa etc.. Last2, PG lebih murah… Betul tak?

4. Betul tu, lebur emas KFH buat barang kemas, tapi spread sekarang dah jadi 25%. Make sense ke kalau tuan nak cakap pasal investment kalau spread sampai 25%?

Saya setuju kalau tuan fikir konteks global, tapi saya fikir dari sudut PRAKTIKAL di MALAYSIA sebab kita duduk dan bermastautin di Malaysia, lain la kalau kita foreigner.

What if company PG tutup? Emas tetap EMAS, dan emas tu tetap TULEN. Tadi masa point no. 4 tu tuan dah cerita exit plan kan? That is the answer. Emas mana2 pun hanya dapat dijual pada lower price kalau the best platform dah lingkup. What happen kalau Nubex tu tutup? The last option ialah UOB Bank, but what happen kalau UOB Bank tutup di Malaysia? You know the answer, right?

Wallahu a’lam.

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 5:11 am

3. Pasal SPREAD 10g, PAMP Suisse yang dijual di Nubex 7.77%, bukan 6.1%. Bila kita buat calculation, kita kena kira dalam konteks pelabur, bukan dealer. Gold PG 10g 8.00%, bukan 8.7%. Maksudnya, spread emas PG lebih tinggi 0.23%. Ok sekarang ni, macam mana nak jual? Tuan kena panjat tangga pergi ke ofis Nubex untuk jual. Kalau tuan di luar KL/ Selangor, tuan kena berhabis duit minyak, toll dsb untuk sampai ke office Nubex. Berapa dah kosnya tu?

Ok sekarang ni, tuan nak jual gold bar PG 10g yang spreadnya 8%. Tuan letak satu posting di facebook, cakap nak jual pada harga PG Buy! Confirm ada orang nak beli. Tuan tunggu jer di pejabat/ rumah, nanti akan ada dealer pickup dengan harga PG Buy!

Kalau tak ada facebook, buka website PG, cari Master Dealer atau Priority terdekat. Call jer, mesti dia datang ambik.

So sekarang, mana lebih untung? Beli emas Pamp Suisse yang international brand tu ataupun emas PG?

Reply

30 Anonymous October 18, 2012 at 3:49 am

Dear all,

I don’t think Public Gold is a good place to invest. The brand is crafted by themselves. They do certify it by local. The best gold bar is to invest international branded like PAMP Suisse, Perth Mint, KFH, etc, which the international market recognized those gold bar, especially by London Bullion Markete Association (LBMA).

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 4:05 am

Masing-masing ada pros & cons, tapi dari sudut praktikalnya di MALAYSIA, saya nampak PG lebih praktikal untuk pelabur emas di Malaysia… Terpulang la pilih yang mana. Apa yang saya syorkan kepada orang lain, itu juga yang saya buat. Saya bukan syorkan emas PG sebab saya jadi dealer. Tapi ikut pada pemerhatian saya, PG the best secara pakejnya dalam konteks pelaburan emas fizikal di MALAYSIA.

Apa yang saya tahu, sekarang ni ramai pembeli Pamp Suise jual emas kepada PG sempena promosi X-Plan sebab dari sudut pelaburan di MALAYSIA, PG lebih untung.

Unless tuan selalu travel & working overseas, you could consider international brand.

Wallahu a’lam.

Reply

32 Anonymous October 18, 2012 at 3:52 am
33 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 4:11 am

Tuan, royal collection tu ditempah oleh Yang Dipertuan Agong sempena pertabalan baginda hari tu. Royal collection tu sebenarnya bukan PG keluarkan untuk dijual kepada public, tapi Agong gunakan sebagai hadiah kepada tetamu yang hadir masa majlis pertabalan. Seorang daripada customer saya yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri bagi tahu, memang mereka yang uruskan tempahan dengan Public Gold. Dan semua staff JPM yang terlibat diberikan satu set koleksi Dirham.

Wallahu a’lam.

Reply

34 Anonymous October 18, 2012 at 6:14 am

Mungkin lepas ni PG kena usaha untuk dapatkan pengiktirafan LBMA, may takes long way but not impossible

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 6:44 am

Satu cadangan yang baik. InsyaAllah saya bawakan cadangan ni dalam forum Master Dealer PG untuk dinilai dan dibawa kepada pihak management. T.kasih atas cadangan tuan.

Reply

36 cat lover October 18, 2012 at 6:16 am

kalau emas tak kira apa brand semuanya bernilai..

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 6:44 am

Setuju tu Cat Lover… Tq. :)

Reply

38 Åw¢╟I October 18, 2012 at 6:33 am

Apa la susahnya Anonymous ni…nak takut apa simpan emas PG, dah comfirm memang emas…biar la nak jadi apa pun, emas tetap bernilai. LBMA apa ke benda ni semua tak payah…kalau jadi apa2 kat negara ni…korang lari la pi negara lain, bawa emas PG ni pun tetap laku…Emas Vietnam bawa lari dulu ada pengesahan LBMA ka?

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 6:46 am

T.kasih tuan. Saya hampir terlupa yang emas yg menyelamatkan pelarian Vietnam tak perlu pun ada pengesahan LBMA. Ia tetap EMAS, dan ia tetap TULEN. Dan pastinya, ia tetap BERNILAI. Kalau dapat pengesahan LBMA, ia sesuatu nilai tambah untuk emas tu. Tq.

Reply

40 cat lover October 18, 2012 at 8:31 am

Ye betul tu. tapi biasa la mentality orang malaysia amat curiga dengan barangan buatan sendiri. Bagus juga cadangan untuk pengesahan LBMA tu untuk meyakinkan org Malaysia dgn produk PG.

Reply

41 Mohd Zulkifli Shafie October 25, 2012 at 7:48 am

InsyaAllah saya akan bawakan cadangan ni dalam forum Master Dealer PG.

Reply

42 cat lover October 18, 2012 at 8:41 am

Nampaknya orang Malaysia masih ragu-ragu dengan pelaburan emas. Saya sendiri dipandang lekeh bila beli dirham baru-baru ni.Suka hati la nak kata apa sebab saya yakin Rasulullah SAW yang telah bersabda : “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah emas dan perak …
Sebagai umat Islam janganlah ragu-ragu dengan emas dan perak

Reply

43 Mohd Zulkifli Shafie October 18, 2012 at 8:46 am

Betul tu puan. Hadis Rasulullah tu antara sebab saya rasa tak risau beli emas tak kira masa harga tinggi ataupun rendah.

Reply

44 Anonymous October 18, 2012 at 1:39 pm

Assalamualaikum en.Zul,

Dalam artikel di atas, en.Zul ada tulis “ramai dealer yang Public Gold dah terminate sebab tak patuh pada etika.” Apakah etika dealer2? saya tak tahu pun, dan tak pernah diberitahu….

By the way, saya setuju dengan cadangan supaya PG berusaha untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa (LBMA)…itu lebih baik…..kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang…mungkin satu masa kita perlu jual emas PG ni di luar negara….

Saya juga setuju jika ada cadangan Dirham itu termasuk di bwah Public Dinar…

Satu cadangan saya, memandangkan bagi saya, En. Zul ni seorg yg friendly, segala persoalan di blog ni en.Zul jawab dengan sabar, oleh itu en.Zul merupakan master dealer yang paling senang saya berinteraksi….saya cadangkan en.Zul usulkan kepada pihak pengurusan supaya adanya pendedahan atau kursus kepada staff2 PG atau dealers, terutamanya yang beragama Islam (termasuk bukan Islam) tentang mualamalat Islam berkaitan emas dan perak…staff2 PG perlu diberikan pendedahan dan difahamkan tentang urusan jual beli emas dan perak yang sah disisi Islam…sebab saya rasa ramai yang tidak tahu pasal ni…saya pun sudah mengalami, staff PG (muslim) innocently sarankan kepada saya untuk berjual-beli emas tetapi adanya unsur penangguhan (dari segi serahan bayaran dan serahan barang melebihi 3 hari)… kefahaman tentang jual-beli yang mematuhi hukum syarak sangat penting….bayangkan dosa kering yang dituai oleh staff PG muslim yang menganjurkan kepada orang ramai kaedah jual beli yang tidak mematuhi hukum syarak……kita perlu tegas dalam soal ini….

Terima kasih..

-mas-

Reply

45 Mohd Zulkifli Shafie October 19, 2012 at 1:29 am

Wslm Pn. Mas,

1. Pasal dealer yang kena terminate tu, biasanya Public Gold tak akan hebahkan siapa yang kena terminate. Tapi menurut Dato’ Louis memang ramai dah kena terminate sebab langgar etika. Public Gold pernah keluarkan warning dealer yang menggunakan emas Public Gold untuk buat SKIM.

2. Pasal pengiktirafan LBMA, itu cadangan yang baik. Saya rasa pihak PG boleh pertimbangkan. Mungkin ia perlukan sedikit masa sebab company masih baru. Saya tak pasti Kijang Emas BNM dapat pengiktirafan LBMA atau tidak.

3. Pasal memahamkan muamalah Islam tu pun saya cadangan yang baik. Bila suana sesuatu kelompok tu tak patuh pada syariat Allah disebabkan kejahilan, maka perlu orang yang faham (pendakwah) masuk dalam kelompok tu. It takes time. Pendakwah tu mesti jadi part of them dan bina kredibiliti dulu supaya kelompok tu boleh terima. Penyertaan orang macam Ustaz Zulkifli Ahmad (www.ustazzul.com) tu bagi saya satu rahmat supaya Public Gold jadi lebih baik di masa depan. Saya nampak, Public Gold sangat terbuka dalam soal ni.

Terima kasih atas cadangan yang baik.

Wallahu a’lam.

Reply

46 Fandroid Splash October 19, 2012 at 1:53 am

dah lah…janganlah melabur dalam emas yang tak nampak…beli emas fizikal macam saya…saya beli pamp suisse 1 kilo RM190000.00 jek…berbanding harga pasaran Rm210000.00.pas tu simpan….abis cie…tggu la 10 tahun lagi nanti..meletup ke tak harga emas tu…tu baru betul pelaburan.emas kita pegang sendiri.

Reply

47 Mohd Zulkifli Shafie October 21, 2012 at 8:56 am

Setuju tu tuan. Make sure beli emas dapat emas. Pamp Suisse tu ok tuan, dan paling penting simpan untuk long term. InsyaAllah untung.

Reply

48 Anonymous October 19, 2012 at 2:35 am

Terima kasih en.Zul atas respon.. ya, sesetengahnya tak patuh pada hukum syariat kerana jahil, mereka tak tahu….dan saya setuju dengan kenyataan Public Gold terbuka pasal ni…

Seperti yang saya tulis sebelum ni, saya pernah terkena, saya lock emas setelah beberapa kali saya contact untuk confirmkan stok emas ada tak di branch, tetapi staff ambil mudah, sebab kebiasaan org buat mcm tu… dia bagi dulu purchase order kat saya, kemudian bagitau emas tu dia baru order dari HQ, suruh saya buat bayaran dulu, kemudian tunggu seminggu baru pergi collect kat branch… memang saya naik angin masa tu… dan saya bagitau serba sedikit pasal jual beli emas dalam Islam…. saya suruh dia batalkan order tu, bila dah sampai stok baru saya order balik…saya kata itu salah dia, bukan salah saya….dan HQ PG benarkan order tu dibatalkan…. harap lepas2 ni PG ambil berat tentang muamalat Islam berkaitan jual beli emas dan perak, kerana ramai orang Islam bermuamalat dengan PG ni…

dan saya rasa tak keterlaluan jika saya cadangkan PG mewujudkan panel syariahnya sendiri bagi memantau aktiviti PG…

Terima kasih.

-mas-

Reply

49 Mohd Zulkifli Shafie October 21, 2012 at 8:58 am

T.kasih Pn. Mas atas perkongsian pengalaman. Pasal panel syariah tu, saya dapat tahu memang PG dalam proses tubuh panel syariahnya sendiri. Mudah-mudahan ianya dapat direalisikan dlm masa terdekat, insyaAllah.

Reply

50 Anonymous October 24, 2012 at 4:30 pm

Ooooo….itu berita bagus…. semoga urusan perniagaan ini diberkati Allah…moga urusan penubuhan panel syariah itu dimudahkan oleh Allah….amiin…terima kasih en.Zul atas maklumat

Reply

51 Mohd Zulkifli Shafie October 25, 2012 at 7:39 am

Alhamdulillah… Sama-sama doakan moga Allah permudahkan urusan penubuhan panel syariah tu, insyaAllah.

Reply

52 Anonymous October 23, 2012 at 7:48 am

Assalamualaikum En Zul, saya nak tanya sikit pasal BNM Customer Alert List tu… ikut laporan terkini kata PG dah clear tapi kalau kita tenguk kat
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_financialconsumeralert&lang=en#con_alert
pd list of companies and website PG masih lagi disitu no: 63? Sbg seorang dealer jadi serba salah bila customer bertanyakannya. Any idea bila BNM akan keluar nama PG dari list tu? Jazakallah.

Reply

53 Mohd Zulkifli Shafie October 23, 2012 at 7:52 am

Wslm tuan,

Memang dalam list masih ada sebab list tu dia bukan update on daily basis. Biasanya dia akan update by batch. Tapi kalau tuan nak sedap hati, tuan call direct no. telefon BNM tu. Dah ramai orang call, feedback BNM memang positif. Dan banyak kali BNM ulas kenapa sesebuah syarikat tu diserbu, ciri2nya langsung tak ada kena mengena dengan cara operasi Public Gold.

Wallahu a’lam.

Reply

54 Anonymous October 24, 2012 at 12:32 am

TK banyak En Zul… tuan sangat supportive! Saya rasa pun bergitu dan memang ada confidence on PG. Selamat menyambut Raya Qurban, Jazakallah khairan kathira.

Reply

55 Mohd Zulkifli Shafie October 24, 2012 at 1:15 am

Alhamdulillah… Selamat Hari Raya Aidil Adha. Moga ibadah Qurban kita diterima oleh Allah..

Reply

56 Anonymous October 23, 2012 at 8:27 am

Di Parlimen Ahli Parlimen Kinabatangan ada bangkitkan isu pelabur emas Geneva. Duit dibekukan untuk tujuan siasatan, harap BNM pulangkan semula wang pelabur. Dulu ada kes ACS Futures disita oleh BNM duit tu tak dipulangkan sampai sekarang. Duit untuk labur dah lebur gitu je..jadi berhati-hati la dengan pelaburan..dont put all egg in one basket =dont invest all your money in one company..pelbagaikan investment, tabung haji, ASB, SSPN, Public Mutual Unit Trust, Goldcoin, KFH,Silver,property, etc

Reply

57 Mohd Zulkifli Shafie October 23, 2012 at 8:43 am

T.kasih atas makluman tuan. Memang kena pelbagaikan pelaburan. Itu cara yang betul.

Dalam konteks emas fizikal, kita tak perlu risau asalkan kita beli emas pada harga pasaran dan emas tu kita pegang sendiri. Macam beli barang kemas, kita tak perlu risau kedai emas tu bertahan lama ataupun tak sebab emas yang kita pegang tu tetap EMAS dan ia tetap TULEN.

Reply

58 Anonymous October 23, 2012 at 8:50 am
59 Mohd Zulkifli Shafie October 23, 2012 at 9:06 am

T.kasih atas perkongsian tuan. Memang bagus artikel tu.

Reply

60 Anonymous October 23, 2012 at 9:09 am

another article worth sharing..harga emas dan perak turun lagi…time to buy

Reply

61 Anonymous October 23, 2012 at 9:10 am
62 Mohd Zulkifli Shafie October 23, 2012 at 9:14 am

T.kasih tuan.. Good sharing.. :)

Reply

63 cat lover October 23, 2012 at 9:20 am

mana untung gold bar atau dinar?

Reply

64 Mohd Zulkifli Shafie October 23, 2012 at 9:26 am

Puan kena cek spread / susut nilainya. Dalam konteks emas Public Gold, dinar lebih untung sebab spread lebih rendah.

Reply

65 Anonymous October 24, 2012 at 4:33 pm

tapi spread 1 dinar dan 20g goldbar sama je kan?

Reply

66 Mohd Zulkifli Shafie October 25, 2012 at 7:41 am

Betul tu puan, spread 1 dinar & gold bar 20g sama jer. Tapi saya prefer 1 dinar sebab tak ada caj transportation cost RM10 sebagaimana gold bar. Lagi satu, ia lebih mudah dicairkan i.e. dijual sikit2 in case nak pakai duit. Kalau gold bar, kena jaul seketul RM3,+++ walaupun kita cuma nak pakai duit cuma RM1,000 jer. Wallahu a’lam.

Reply

67 Yugimudo October 24, 2012 at 3:06 am

Terima kasih untuk info anda.

Mgkin yg bertanya pasal PGSB bukannya org awam tapi pihak yg berkepentingan dgn duit fiat 😀

Melabur kat ASB dan Tabung Haji mmg bagus tapi duit anda tak kalis dari korupsi (bukan ke pernah ada org songlap duit Tabung Haji?) dan skarang ni nilai dividen sgt rendah berbanding zaman dahulu. Simpan emas pun bagus tapi boleh kena rompak. Tapi sekurang2nya anda boleh tgk emas tu hari2 😀 (Buat masa sekarang bank dah tak bagi khidmat deposit emas, peti deposit dah penuh)

Simpan duit utk kecairan (liquidity), simpan bullion utk simpanan tetap. Bullion ambil masa utk dijadikan wang maka kena ada wang kertas utk kecemasan.

Saya setuju dgn empunya blog pasal kemudahan jual beli. Kalo kita cari emas paling murah pun tapi kos pengangkutan tinggi akan membunuh keuntungan.

P/S: Kalo LBMA buat tinggi PG punya premium, tak yah ambil pun takpe. Trade kat dalam negara jer. Nanti masa zaman kejatuhan, org dh tk pandang brand, calar bilau, design. Orang pandang isi aje 😀 WA.

Reply

68 Mohd Zulkifli Shafie October 24, 2012 at 3:22 am

T.kasih tuan Yugimudo atas pandangan yang sangat bagus. Saya suka dengan ayat tuan “simpan duit untuk liquidity & kecemasan, simpan bullion untuk simpanan tetap”. Moga Allah merahmati tuan atas perkongsian yang baik ni, amiin.

Reply

69 Anonymous October 25, 2012 at 3:15 am

Assalamualaikum Tuan Zul..saya ingin tanya, jika saya ada lebihan loan yg agak banyak adakah sesuai ceburi bidang PG beli emas,beli-pajak-jual sementara sy mendapat kaji bisnis yg sesuai untuk sy laburkan seperti carwash dan sebagainya..minta pendapat amber yg tak reti..

Reply

70 Mohd Zulkifli Shafie October 25, 2012 at 7:44 am

Wslm tuan,

Kalau ada duit yang tak pakai at least untuk jangka masa SETAHUN, duit tu boleh digunakan untuk beli emas. Kalau nak guna dalam masa terdekat, saya tak advise beli emas sebab harga emas ada turun naik dalam jangka pendek.

Kalau plan nak pajak duit tu untuk rolling bisnes pun boleh, tapi kena beli barang kemas pelaburan macam i-series Public Gold. Jangan beli gold bar ataupun dinar.

Wallahu a’lam.

Reply

71 Anonymous October 25, 2012 at 3:20 am

beli Dinar & Dirham Kelantan sudah….dh byk kedai di Kelantan terima urusniaga guna dinar & dirham…esok2 bila wang fiat dh xleh pakai, boleh guna dinar :-)

Reply

72 Mohd Zulkifli Shafie October 25, 2012 at 7:46 am

Dinar (emas) Kelantan tapi saya tak syorkan beli Dirham (perak) Kelantan sekarang sebab harganya terlalu mahal berbanding nilai sebenar silver. 10 Dirham Kelantan sekarang ni RM250, sedangkan ikut pada nilai sebenar silver semasa, 10 dirham sepatutnya cuma berharga sekitar RM150 sahaja. Wallahu a’lam.

Reply

73 Anonymous October 29, 2012 at 3:37 am

Assalam tuan zul,

boleh tak tolong beri pendapat mengenai serambi emas? Saya tak tahu mana satu nak pilih PG atau serambi emas?

Terima kasih.
Wassalam.
Aina

Reply

74 Mohd Zulkifli Shafie October 29, 2012 at 3:51 am

Wslm Pn. Aina,

Kalau beli emas mengikut teknik 30:70, saya tak recommend tak kira samada beli dari Serambi Emas atau mana-mana company sekalipun. Teknik tu telah menjerat ramai orang pada tahun 2012 bila harga emas bergerak mendatar. Bila terjerat, ia akan meninggalkan bad record untuk puan buat loan-loan lain nanti. Saya syorkan beli emas, simpan sendiri. Bila harga emas naik, itulah keuntungan sebenar, bukan dengan cara overlaps di Ar-Rahnu. Ramai orang tak perasan, overlaps tu menambahkan hutang, bukan tambah keuntangan.

Wallahu a’lam.

Reply

75 deganmuda October 29, 2012 at 10:14 am

salam en.zul,
boleh en. zul tolong bagi macamana nak dapatkan formula % kos premium satu2 produk emas.tq

Reply

76 Mohd Zulkifli Shafie October 29, 2012 at 10:24 am

Wslm En. Md Noor,

Premium dikira berdasarkan harga spot. Cara paling mudah nak cek harga spot harian, tuan boleh cek di http://www.nubex.com.my. Tuan boleh guna harga spot Nubex sebagai basis.

Contohnya pengiraan hari ni:

(1) Harga spot RM169/gram.
(2) Harga emas 999.9 PG hari ni RM183/gram.
(3) Perbezaan RM14 (RM183 – RM169)
(4) Premium = 8.28%

Itu lebih kurang cara pengiraannya. Tapi sebenarnya pengiraan tu tak tepat sebab harga spot Nubex disemak sehari sekali sedangkan emas PG disemak setiap 20 minit. Tapi saya rasa ia masih relevan untuk buat perbandingan.

Wallahu a’lam.

Reply

77 deganmuda October 29, 2012 at 2:34 pm

terima kasih diatas respon en. zul,
beza harga spot: ada sykt yg ikut usd/oz, ada sykt yg ikut MYR/grm.@ adakah semuanya sama….

Reply

78 Mohd Zulkifli Shafie October 30, 2012 at 5:12 am

Its ok En Mokhtar. Harga spot sebenar ialah USD/oz (www.kitco.com) tapi sebab urusniaga di Malaysia ni orang pakai ukuran “gram”, so harga spot emas Malaysia orang pun pakai MYR/gram untuh mudah kira. Ianya sama jer.

Reply

79 Anonymous October 29, 2012 at 5:55 pm

Anyway alhamdulillah emas adalah emas. Beli pg bar dpt jgk gold bar dlm tgn.. Kalau apA2hal tjd, emas dlm tgn :) .. So raseny xd msalah sgt pun kot. Juz akan rugi xktla bt dr rugi trus 😀 ..

Reply

80 Mohd Zulkifli Shafie October 30, 2012 at 5:14 am

T.kasih tuan atas padangan. Saya tertarik statement tuan, “apa-apa hal terjadi, emas ada dalam tangan”. TQ.

Reply

81 Anonymous October 31, 2012 at 2:34 am

Assalamualaikum w.b.t. tuan zul,

Terima kasih atas penerangan tentang serambi emas. Barulah saya faham. Insyallah saya akan membeli PG sebab saya tidak mahu berhutang. Terima kasih sekali lagi.

Wassalam.
Aina

Reply

82 Mohd Zulkifli Shafie October 31, 2012 at 3:32 am

Wslm Pn. Aina,

Alhamdulillah, moga Allah permudahkan puan melabur dalam emas cara yang tepat dan selamat, insyaAllah.

Reply

83 Mohd Hafiez January 12, 2013 at 10:00 am

Info yang baik en zul

Reply

84 Mohd Zulkifli Shafie January 12, 2013 at 10:09 am

Alhamdulillah En Hafiez…

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: