Kenapa Pakar Lebih Suka Silver Berbanding Emas?

by on August 25, 2017

Post image for Kenapa Pakar Lebih Suka Silver Berbanding Emas?

Kalau belum beli pun dah siap-siap tanya “bila boleh jual?”, awal-awal lagi saya katakan, silver (logam perak) tak sesuai untuk orang yang macam tu. Dia lebih baik beli emas dulu sebelum silver. Tetapi dari sudut potensi kenaikan harga, saya percaya potensi keuntungan atas kenaikan harga silver akan jauh memintas emas dalam tempoh 5 – 10 tahun nanti.

Ramai pakar precious metal (logam berharga) lebih suka simpan silver (logam perak) berbanding emas. Silver dianggap “gold in future” (emas masa hadapan). Kalau dikatakan potensi peratusan kenaikan harga silver akan pergi lebih jauh berbanding emas, saya percaya, ia sangat munasabah atas dua faktor yang menunjukkan harga silver sangat undervalue sekarang:

#1 – Graf “Gold Silver Ratio”

Graf “Gold Silver Ratio” (nisbah emas kepada perak) sekarang ni menunjukkan 1 : 75. Ini bermaksud 1 kilogram emas mampu membeli 75 kilogram silver atau dengan kata lain, setiap 75 kilogram silver nilainya dapat ditukarkan kepada 1 kilogram emas.

gold silver ratio 1 tahun 2017 08 25Graf 1 tahun nisbah harga silver berbanding emas. “Last close : 75.89” pada bahagian paling atas sebelah kanan tu bermaksud nisbah sekarang sekitar 1 emas : 75 silver.

gold silver ratio 20 tahun 2017 08 25Graf 20 tahun nisbah harga silver berbanding emas. “Low : 30.48” bermaksud nisbah terendah dalam tempoh 20 tahun ialah 1 emas : 30 silver. Ketika tu, harga silver di paras tertinggi dalam sejarah!

Sejarah 20 tahun menunjukkan, harga termahal silver ialah pada tahun 2011 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 30, dan termurah pada tahun 2008 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 88. Lagi besar ratio itu menunjukkan harga silver lebih under-value (murah).

Dan ratio 1 : 70 sehingga 1 : 80 hanya berlaku 4 kali dalam tempoh 20 tahun! Ini bermakna, siapa beli silver sekarang; apabila ratio itu berubah menjadi 1 : 30 kembali, setiap 70 kilogram silver yang dibeli, ia dapat ditukarkan kepada 2 kilo emas berbanding sekarang yang cuma 1 kilo sahaja.

Seolah-olah kalau 1 kilo emas yang kita ada hari ini ditukar kepada 70 kilo silver sekarang, nanti dapat dapat tukarkan semula kepada 2 kilo emas bila gold silver ratio kembali 1 : 30 atau lebih rendah daripada itu!

Dari 1 kilo bertambah lagi 1 kilo = 2 kilo emas!

Buy 1, free 1!

#2 – Zakat Emas vs Zakat Silver

Nisab zakat silver ialah 595 gram berbanding emas 85 gram.

Maka daripada itu kita faham, nisbah (ratio) emas kepada silver dari sudut nisab zakat ialah 1 : 7. Satu gram emas nilainya bersamaan 7 gram silver. Maksudnya kalau harga emas 1 gram hari ini ialah RM190/gram, maka harga silver sepatutnya sekitar RM27/gram (RM190 ÷ 7). Tetapi realitinya, harga silver hari ini baru sekitar RM2.82/gram! Kalau mengikut kiraan ni, harga silver sekarang lebih murah 10 kali ganda berbanding harganya yang sebenar.

Jadi apa yang berlaku terhadap zakat emas berbanding perak sekarang?

Siapa simpan silver 595 gram hari ini yang harganya sekitar RM1,700 +/- sudah dikenakan zakat. Sedangkan siapa simpan emas seberat 85 gram yang harganya sekitar RM16,000 +/- barulah dikenakan zakat.

Jadi saya percaya, harga sebenar 595 gram silver sepatutnya RM16,000 (iaitu bersamaan harga 85 gram emas). Ini bermaksud, harga silver sekarang UNDERVALUE sekitar 90% berbanding nilainya yang sebenar!

Atas dua faktor ini sahaja saya rasa sudah cukup untuk membenarkan kata-kata pakar yang menganggap silver adalah “gold in future”.

pelaburan silver bar public gold lbma 250 gramSilver bar 250 gram keluaran Public Gold. Ini silver LBMA yang bebas GST di Malaysia.

Kesilapan Beli Silver Luar Negara

Kalau nak beli silver di Malaysia, tak ada platform lain yang saya boleh syorkan selain Public Gold. Masa harga silver tengah mencanak naik sekitar tahun 2011 dulu, ramai yang import silver dari luar negara masuk ke Malaysia. Masa tu, mereka boleh jual silver pada harga lebih murah dari Public Gold.

Hari ni, hanya pembeli silver Public Gold sahaja yang boleh tersenyum kalau nak jual silver mereka sebab Public Gold jamin beli balik silver keluarannya sendiri pada harga tinggi.

Bagi pembeli silver jenama lain, majoritinya terpaksa ‘menangis’… Kedai emas tak terima. Pembekal asal hilang entah ke mana. Nak dapat harga bagus, kena cari pembeli dari kalangan collector silver individu. Itu pun susah sebab bakal pembeli boleh main harga sebab mereka tahu seller sedang terdesak. Lagi teruk, nak gadai pun tak boleh…

Public Gold “The Best Silver Trading Platform”

Silver jenama Public Gold, senang dibeli, senang dijual dan harga Public Gold beli balik pun agak tinggi disebabkan kadar spreadnya rendah berbanding silver jenama lain. Public Gold bukan sekadar jual silver, tetapi Public Gold menyediakan PLATFORM jual beli yang trusted (boleh dipercayaai). SENANG BELI, SENANG JUAL. Ia platform pelaburan silver terbaik di Malaysia. Sejak 2008 sampai sekarang, saya boleh katakan tak ada platform lain di Malaysia boleh tandingi Public Gold dari aspek ini!

public gold pelaburan silver bar 250 gramSilver bar LBMA 250 gram keluaran Public Gold. Harga semasa boleh semak di www.publicgold.com.my . Harga disemak setiap 20 minit mengikut harga silver dunia.

public gold pelaburan silver bar 500 gramSilver bar LBMA 500 gram keluaran Public Gold

public gold pelaburan silver bar 1 kilogramSilver bar LBMA 1 kilogram keluaran Public Gold

public gold pelaburan silver bar 5 kilogramSilver bar LBMA 5 kilogram keluaran Public Gold

Bagaimana nak beli silver Public Gold?

#1 – Beli Terus Di Cawangan

Terus pergi ke mana-mana cawangan Public Gold, beli item yang ready stock. Ia bergantung apa stok silver yang cawangan tu ada masa tu. Bayar dan terus bawa balik. Masa beli, pastikan beritahu nama saya “Mohd Zukifli Shafie, kod PG002369” sebagai Introducer bagi sesiapa yang nak jadi pembeli silver (atau emas) di bawah bimbingan saya.

Selepas beli, wassap kepada saya +6019 336 8009 untuk saya tunjukkan NEXT STEP menjadi pelabur emas dan silver yang pandai.

#2 – Order Secara Online

Register dulu sebagai ‘ahli’ di website secara percuma. Kemudian terus buat order dan bayaran secara online, serta emailkan slip bayaran kepada Public Gold. Ikut sahaja arahan step-by-step di website dan email yang Public Gold hantar.

Kemudian contact cawangan Public Gold terdekat, minta mereka reserve stok. Bila stok baru sampai dari HQ dalam tempoh 1 – 2 minggu, minta mereka call untuk datang ambil. Ingat ambil nama staff yang angkat telefon tu supaya senang nak follow-up.

Masa nak datang collect silver tu nanti, pastikan bawa SLIP BAYARAN ORIGINAL untuk diserahkan kepada Public Gold.

#3 – Akaun Silver SAP

Silver Accumulation Program (SAP) sama macam Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita simpan kumpul silver serendah RM100 setiap kali belian, dan boleh keluarkan silver fizikal bila jumlah mininum cukup 250 gram. Boleh pilih mana-mana item silver bar samada 250 gram, 500 gram, 1 kilogram atau 5 kilogram, asalkan cukup baki dalam Akaun Silver SAP tu.

harga silver accumulation program sap public gold 2017-08-25Harga silver Public Gold melalui pembelian Akaun Silver SAP. Harga disemak setiap jam 12.00 malam setiap hari.

Apa yang penting, pembelian melalui Akaun Silver SAP ni disahkan patuh syariah oleh penasihat Shariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn Bhd yang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Kaedah belian, sama macam panduan beli Akaun Emas GAP, tetapi masa beli tu tulis “Beli Silver SAP”. Nanti staff yang proses pembelian tu akan faham.

Mudah-mudahan artikel ni dapat membantu bagi yang nak belajar tentang pelaburan silver yang selamat di Malaysia. InsyaAllah. Maklumat lanjut tentang silver, boleh juga baca artikel saya bertajuk “5 Tips Pantas Fahami Pelaburan Silver”.

Sebarang persoalan tentang silver, boleh tinggalkan comments di bawah, atau wassap saya +019-336 8009 kalau urgent.

Zulkifli
Damansara Damai
25 Ogos 2017
3 Zulhijjah 1438H

{ 20 comments… read them below or add one }

1 rohaizah khamis August 25, 2017 at 3:13 pm

Assalamualaikum Encik Zul ,

Dalam Sea Games KL 2017 , pingat perak juga menjadi rebutan kepada mereka yang belum pernah mendapat pingat di podium .

Saya sangat yakin kenaikan harga logam perak kerana di zaman Nabi dulu pun ada Dinar dan ada DIRHAM .

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2017 at 12:07 pm

Wslm Pn. Rohaizah,

Betul.

Reply

3 Haris August 28, 2017 at 12:08 am

Jika harga dia meletup satu hari nanti, dah tak boleh dipanggil poor man’s gold lagi..
Pada pendapat En Zul, apa yang membuatkan harga silver pada masa sekarang undervalue? adakah sebab manipulasi harga atau supply yg masih banyak atau ada sebab lain?

Reply

4 Omar September 19, 2017 at 12:01 pm

saya ada baca sebuah buku berkaitan emas dan perak (maaf, saya lupa nama tajuk dan penulisnya). berbanding emas, perak lebih banyak digunakan di dalam industri pembuatan untuk dijadikan bahan bagi komponen alat elektronik. kos untuk dapatkan perak mentah lebih murah berbanding mengitar semula perak yang alat2 elektronik terpakai. maknanya, lama-kelamaan bekalan perak mentah yang ada di bumi ini semakin menyusut. disitulah letaknya insintric value logam perak. wallahu’alam.

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2017 at 12:48 pm

Betul. Supply perak makin lama makin sikit sebab ia tak dikitar semula.

Reply

6 Dila August 30, 2017 at 9:02 am

Memang hebat ulasan tuan, cuma saya ada satu masalah, di mana tempat terbaik kita nak jual kembali silver kita ? lagi satu ada beza tak silver biasa dengan dirham ?

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie September 1, 2017 at 8:51 am

Alhamdulillah.

Kalau beli dengan Public Gold, jual balik kepada Public Gold. Public Gold jamin beli balik.

Dirham bukan item pelaburan, tetapi item koleksi. Harga per gram sangat mahal berbanding silver bar.

Reply

8 Syarif Jamil (SJ) August 30, 2017 at 9:56 am

Masya Allah.. after baca nie.. terus rasa nak simpan silver terus.. Syukran Tn Zul atas penjelasan ini.

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie September 1, 2017 at 8:51 am

Alhamdulillah.

Reply

10 siti hazreen August 30, 2017 at 10:51 pm

ramai dah pakar-pakar mengatakan silver adalah emas akan datang…saya pun dah mulakan simpanan silver ^_^

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie September 1, 2017 at 8:52 am

Betul Pn Siti Hazreen. Simpan silver walaupun sedikit supaya kita lebih faham silver dan menikmati hasilnya nanti. InsyaAllah.

Reply

12 Mohamad Hafiz bin Shafie September 2, 2017 at 9:27 am

Alhamdulillah. Dah borong silver bulan lepas.

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2017 at 11:04 pm

Alhamdulillah.

Reply

14 Amin ismail September 5, 2017 at 11:19 am

Salam Encik Zul

Silver yang boleh dikeluarkan dari SAP minimum adalah250 g kan? Untuk patuh syariah kita kena buat belian minimum 250g atau boleh minimum rm100 ?

Sama macam GAP iai u minimum pengeluaran 1 g. Kena beli 1 g or boleh membuat pembelian serendah rm100

Tq

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2017 at 11:36 am

Wslm En. Amin,

Sekarang ni GAP dan SAP dah dapat pengesahan syariah walaupun belian RM100. Cuma kalau nak senang, beli minimum 250g silver.

Reply

16 Amin ismail September 6, 2017 at 3:21 pm

Terima kasih en Zul. Maknanya dah boleh buat pembelian minimum rm100 utk GAP Dan SAP. Lagi mudah.

Kalau boleh Encik Zul buat artikel berkaitan status patuh syariah GAP Dan SAP nanti ok

Reply

17 AZIZ September 6, 2017 at 3:24 pm

Salam En Zul,
Adakah emas atau silver saya yg di simpam dlm GAP atau SAP di recycle atau di guna utk pembeli lain.

Tq

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2017 at 4:56 pm

Wslm En. Aziz,

Tak ada istilah recycle. Kalau ada 100kg emas GAP yang dimiliki oleh pembeli, maksudnya dalam simpanan PG mesti ada 100kg dan semua pemilik emas tu boleh keluarkan kesemua emas mereka pada bila-bila masa yang mereka nak.

Reply

19 Abd Hadi October 1, 2017 at 4:36 pm

Alhamdulillah setelah saya membaca buku yang dicadangkan oleh En. Zul, saya mula faham peranan silver dalam pelaburan logam berharga ini. Harga silver hari ini juga amat menarik untuk mula membeli.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2017 at 11:50 am

Alhamdulillah.

Betul En. Abd Hadi. Untuk lebih cepat faham, terus mulakan belian silver dengan bajet kecil lepas dah dapat ilmu asas tentang silver. Bila dah bermula, makin cepat kita faham. InsyaAllah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: