Bila sebut nama Datuk Sharifah Aini, ramai teringat suara merdu dia... legend!
Tapi tahun lepas, ramai terkejut bila rumah besar beliau di Petaling Jaya dijual dan dirobohkan.
Rumah agam Allahyarham tu dulu memang gah – luasnya 20,000 kaki persegi, ada 9 bilik tidur, 2 dapur, perpustakaan... Pendek kata, macam mini istana.
Tapi akhirnya anak beliau jual sekitar RM4 juta je, walaupun pernah diiklankan RM8 juta dulu - separuh harga.
More...
Kenapa? Sebab terlalu besar untuk waris Allahyarham duduk sekeluarga, dan kos nak jaga pun tinggi. Bil elektrik je boleh cecah RM2,000 sebulan!
Jadi mereka tak ada pilihan kecuali jual rumah tersebut.
Apa yang saya belajar daripada kisah rumah Datuk Sharifah Aini ni:
1. Rumah besar = kos besar
Rumah besar memang nampak gah. Tapi makin besar rumah, makin besar kosnya — dari bil utiliti, tukang kebun, maintenance, sampai cukai pintu.
Nak rumah besar, kita siap-siap berapa kos yang kena tanggung bulan-bulan.
Dan berapa pula kos untuk repair kalau rumah tu dah banyak rosak - lepas 10 tahun?
👉 Belilah rumah yang sesuai dengan keperluan keluarga. Tak perlu terlalu besar kalau akhirnya banyak ruang kosong tak digunakan. Selain kos mahal, ia juga satu pembaziran.
2. Rumah duduk sendiri bukan aset pelaburan
Ramai orang anggap rumah duduk sendiri adalah “aset” (harta).
Hakikatnya, rumah duduk sendiri tak jana income, malah 'tarah' duit gaji kita setiap bulan. Rumah duduk sendiri bukan mesin duit, tapi perhabis duit.
Kalau nilainya naik 10 kali ganda sekalipun, ia tak membuatkan duit masuk ke poket kita.
Kita tak akan sanggup jual rumah tu selagi hidup - sebab ada nilai sentimental. Dan kalau jual rumah tu pun, lepas tu kita nak duduk di mana?
👉 Jangan beli rumah duduk dengan niat pelaburan. Anggaplah itu kos yang kita kena tanggung selagi hidup - sama macam kita duduk menyewa sahaja.
3. Beli rumah yang mudah dijual
Rumah mewah yang besar mungkin sesuai dengan kita waktu hidup. Tapi lepas kita tiada, belum tentu waris mampu urus atau nak tinggal di situ.
Rumah besar boleh jadi beban bagi waris untuk tanggung lepas kematian kita.
Daripada tinggalkan rumah besar, lebih baik tinggalkan harta yang mudah diurus, mudah dicairkan dan mudah dibahagikan bila kita mati - macam emas, duit dalam ASB, Tabung Haji ataupun KWSP.
👉 Beli rumah yang mudah dijual bila kita (ataupun ahli waris) tak duduk lagi di situ.
4. Beli rumah di lokasi banyak kemudahan
Rumah besar dan mewah susah nak dijual. Pasarannya limited. Bukan ramai yang mampu beli.
Walaupun pernah diiklankan RM8 juta, akhirnya terjual pada harga 50% lebih rendah - cuma RM4 juta.
Kenapa? Sebab rumah besar dan design lama, tak ada orang minat nak beli.
Kalau dia orang kaya pun dia tak akan beli.
Buat apa nak beli rumah lama (yang mungkin ada banyak masalah) kalau dengan nilai yang sama, dia boleh dapat rumah baru yang design lebih moden?
Kalau beli pun, bukan sebab rumah tu. Tapi sebab nilai tanahnya sahaja. Rumah lama dirobohkan dan buat baru sebagaimana rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
👉 Belilah rumah dilokasi yang bagus, yang dekat dengan banyak kemudahan - macam rumah dalam township. Bukan rumah di ceruk kampung. Kalau rumah tu tak laku, nilai tanahnya makin mahal. Orang sanggup beli sebab lokasi tanah.
5. Bina rumah untuk hari tua di bandar
Satu perkara yang kena ingat, bila anak-anak dah besar, mereka tak duduk lagi di rumah kita. Mereka akan berhijrah ke bandar untuk bekerja.
Kalau buat rumah besar di kampung, ia bukan sahaja akan menyusahkan anak-anak. Tapi menyusahkan diri kita sendiri, khususnya bila makin uzur.
Banyak orang tua terpaksa tinggalkan rumah kampung untuk duduk dengan anak-anak di bandar. Sebab tak ada orang jaga dan tolong tengok-tengokkan.
Rumah kampung yang mereka dah habiskan duit beratus ribu ringgit tu terbiar dan mereput macam tu sahaja.
Ini 5 perkara yang saya belajar daripada kisah rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Daripada pelajar ni, sama-sama kita doakan moga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin. Amiin...