MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rumah Impian Akhirnya Kena Jual Bila Ia Jadi Beban

December 22, 2024

Realiti di sebalik impian nak ada rumah yang besar. 

Banyak perkara yang kita rasa seronok sebelum dapat (memilikinya). Tapi bila dah dapat (jadi milik kita), ia jadi beban dalam hidup kita. 

Di sebalik keseronokan yang kita kejar, ada beban besar yang kita kena pikul.

Kos terbesar dalam hidup

Rumah impian mungkin kos terbesar yang kita pernah bayar seumur hidup. 

Sebelum nak habiskan duit yang banyak untuk buat rumah impian, duduk bertenanglah dulu.

Cuba fikir sejauh mana rumah impian tu dapat beri manfaat dalam hidup kita. 

Lebih-lebih lagi kalau ianya terlalu berat untuk kita membelanya. 

Jangan sampai berhabis duit yang dah dikumpul bertahun-tahun (semata-mata nak dapatkan rumah impian), tapi akhir sekali rumah tu kena jual juga (sebab tak mampu tanggung)... 

Duit dah habis banyak, tapi keseronokan yang dikejar tu sifatnya cuma sementara. 

Rumah besar, kos nak 'bela' pun besar.

Bukan sahaja duit habis, masa dan tenaga pun habis gara-gara nak menjaganya.

Beban di sebalik rumah besar

Kalau rumah kecil yang ada sekarang pun rasa tak larat nak mengemas, macam mana dengan rumah besar bertingkat-tingkat dan halaman pun besar?

Bila fikir nak nak mengemas sahaja pun saya dah rasa beban.

Belum lagi kos nak maintain bila rumah tu makin uzur.

Walaupun Public Gold dah sediakan duit RM500k (insentif dealer) sebagai deposit untuk saya beli rumah impian (dah 2 tahun), tapi sampai sekarang saya masih belum beli.

Banyak bertimbangan yang membuatkan saya belum bersedia untuk beli rumah impian.

Lebih-lebih lagi bila fikir usia makin meningkat dan anak-anak makin dewasa (yang tak lagi tinggal bersama), lagilah saya tak perlu rumah besar. 

Kekesalan ada swimming pool

Takut jadi macam ramai orang nak rumah yang ada swimming pool. 

Tapi cuba tanya mereka yang rumahnya ada swimming pool berapa lama dia rasa seronok dengan swimming pool?... 

Yang pernah memilikinya pasti tahu jawapannya... 

Seronoknya sekejap sahaja. Lepas tu, sebulan sekali pun jarang turun ke swimming pool tu... Bosan... 

Memang benarlah, nikmat dunia datang bersamanya bebanan

Ambillah sekadar perlu, tapi jangan sampai dunia itu membebankan kita...  

Kalau kos nak beli dan maintain rumah impian tu terasa ringan, itu lain lah ceritanya... 

#IslahDiri #KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur

Zulkifli
Cyberjaya
21 Disember 2024
19 Jamadil Akhir 1446H

Tulisan orang lama ni penting untuk anak muda baca supaya tak ulangi kesilapan yang sama.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>