MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tangguhkan Dulu, Nikmati Keseronokan Selagi Belum Memilikinya

December 22, 2024

Casing dah beli. Tapi phone nya belum beli.

Isteri saya tanya berkali-kali bila nak beli phone baru?

Saya cakap, phone tu simpan di kedai dulu. Biar kedai tolong simpankan. Sebab tak urgent pun.

More...

Lepas kes iPhone isteri saya jammed (sampai hilang data) sebab storage full masa dia travel ke Korea, saya jadi seram pulak pakai iPhone yang storage cuma 256GB.

Saya pun banyak travel juga.

Cuma saya kurang ambil video. 

Bukan tentang phone, tapi data

Tapi bila travel, backup iCloud tak jalan. Menyebabkan storage iphone cepat full.

Hari tu phone saya pun tiba-tiba keluar reminder storage hampir full, saya pun rasa seram.

Data dalam phone ni nyawa bisnes dan kerja saya. Hilang phone boleh beli baru. Tapi kalau hilang data, bayar sejuta pun tak boleh dapat balik.

Phone isteri saya dah cuba macam-macam cara, dan dah minta expert tolong bantu pun tak dapat balik photo dan video sepanjang dia di Korea hari tu.

Saya pun dah cuba yang terbaik, tapi tak berjaya juga. 

Dari situ kami buat keputusan, kami kena upgrade phone ke 1TB. Tak nak lagi ada kebimbangan pasal storge full, especially bila nak travel.

'Simpan' dulu barang tu di kedai

Tahun 2025 dijangka kami lebih banyak travel. Nak pergi umrah dan haji, dan ada private trip yang makan masa sebulan!

Maksudnya nak tak nak, memang kena upgrade. Sebab bila travel, tak mudah dapat high speed internet untuk pasti backup iCloud sentiasa berjalan.

iPhone isteri saya pakai storage 512GB. Saya punya 256GB.

Phone saya urgent nak kena upgrade. Tapi bulan Disember ni belum lagi ada keperluan mendesak.

Saya beli sahaja casing ni dulu (order online). Phone tu biarkan tersimpan dulu di kedai walaupun isteri saya dah berkali-kali tanya dia nak belikan alang-alang dia pergi ke mall.

Nak beli baru rasa sayang sebab phone lama masih baik. Tak ada masalah kecuali storage sahaja tak cukup besar. 

Tangguhkan dan nikmati keseronokan

Ada perkara kita rasa best selagi belum memilikinya. Bila dah dapat, hilanglah keseronokannya...

Banyak perkara yang saya sengaja tangguhkan beli walaupun saya suka.

Biarlah barang tu tersimpan di kedai dan show room sahaja dulu.

Bukan sebab tak mampu, tapi memang sengaja tak beli lagi untuk kekalkan excitement macam nak beli phone baru ni...

Tengok je casing hari-hari dan rasa exited nak tukar phone baru. Nanti dah benar-benar perlu, barulah pergi beli... InsyaAllah...

#TipKewanganPeribadi

Zulkifli
Cyberjaya
19 Disember 2024
17 Jamadil Akhir 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>