MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Elak Duit Bocor, Ambil Tempoh Bertenang Sebelum Berbelanja

Rasa berbaloi beli...

Jumaat lepas saya pergi ke kedai basikal di Dengkil. Nak repair dua buah basikal anak saya.

Masa pomen tengah repair tu, saya pergilah jenguk-jenguk basikal baru. Terfikir nak beli basikal lipat berkualiti, kononnya nak letak dalam van.

Rasa menyesal lepas beli 

Van saya tu besar. Tak banyak parking kereta yang van saya boleh masuk.

Kalau di kawasan R&R, van saya kena parking tempat lori dan treler.

Jadi saya beli la basikal lipat nak letak dalam van, kononnya kalau pergi mana-mana, saya parking jauh pun tak apa. Lepas tu saya boleh merayau-rayau naik basikal.

Angan-angannya macam tu lah...

Ada satu basikal yang kena dengan spesifikasi yang saya cari. Harganya RM960. Jadi saya terus beli.

Masa nak bayar, ah... Kad kredit tinggal... Jadi saya guna MAE QR Pay.

(Selalunya kalau beli barang yang harganya lebih RM200, saya guna kad kredit. Senang nak keep track apa barang yang saya beli)

Lepas beli, entah kenapa datang rasa menyesal.

Cuba menyedapkan hati

Berapa kerap saya akan naik basikal ni? Berbaloi ke saya beli basikal ni?

Entah-entah nanti basikal ni tersadai macam tu dan menyemakkan hidup saya je.

Walaupun selalu berhati-hati, tapi dah banyak barang yang saya rasa menyesal beli. Makin lama makin banyak barang dalam rumah.

Lepas beli, simpan... Masa nak guna tak jumpa cari... Pergi beli lagi... Lama-lama makin banyak barang yang tak betul-betul dimanfaatkan. Membazir...

Dalam perjalanan balik rumah, saya cuba menyedapkan hati, mungkin basikal ni berguna untuk anak perempuan saya sesekali guna pergi sekolah.

Lagi pun dia belum ada lagi basikal yang ada gear...

Masuk Cyberjaya, saya cuba naik basikal tu mendaki sikit di jalan berbukit... Naik pakai gear 1, boleh la naik jalan bukit. Tak lah sepenat basikal yang tak ada gear...

Cari justifikasi menyedapkan hati

Balik nanti, kononnya nak beritahu anak perempuan saya, saya belikan basikal untuk dia, walaupun dia dah cakap berkali-kali dia tak nak basikal baru.

Dia lebih rela jalan kaki dari naik basikal pergi sekolah (kalau kami tak dapat hantar).

Sampai sahaja di rumah, saya cuba adjust basikal tu supaya sesuai untuk anak saya yang darjah 5 naik.

Wah... Happy-nya dia naik basikal tu... Basikal dia yang lama tu dia dah tak naik dah...

Dua hari ni dia asyik-asyik turun bawah (rumah kondominium) main basikal baru - yang asalnya saya bukan beli untuk dia.

Pagi ni saya keluar exercise, dia nak bawa basikal baru tu. Happy dia berkayuh sana sini naik basikal baru yang ada gear tu...

Tengok dia happy, barulah saya rasa berbaloi... Walaupun saya rasa menyesal beli permulaannya, tapi bila tengok dia happy dengan basikal baru, saya rasa sungguh berbaloi...

Itu justifikasi saya untuk menyedapkan hati...

Ambil tempoh bertenang sebelum berbelanja

Kewangan memang macam tulah... Kita buat keputusan dengan emosi, lepas tu kita justifikasikan dengan logik - untuk menyedapkan hati.

Walaupun kita cuba menyedapkan hati, tabiat yang tak betul dalam kewangan akhirnya nanti tetap berikan kesan buruk pada kewangan sendiri.

Kena sentiasa muhasabah dan perbetulkan diri...

Masa beli basikal tu, saya terlupa satu prinsip, iaitu "ambil tempoh bertenang sebelum berbelanja".

Nak beli sesuatu barang (yang bukan benar-benar keperluan mendesak), sepatutnya saya bertenang dulu dua minggu. 

Tanya soalan berkali-kali adakah betul-betul perlu, dan sejauh mana barang tu boleh jadikan hidup saya lebih baik?

Kalau tak dapat jawapan yang pasti, lupakanlah... Guna duit tu tambah tabungan emas lebih baik...

Menyesal beli emas lebih baik

Emas ni, menyesal "beli" lebih baik dari menyesal "tak beli".

Sebab lepas beberapa tahun akhirnya semua orang menyesal tak beli emas lebih banyak pada tahun-tahun sebelumnya... 

Ada emas, maksudnya ada duit.

Beli emas duit kita tak habis. Bahkan duit kita lebih selamat dari dibelanjakan pada perkara yang bukan-bukan...

#TipKewanganPeribadi

Zulkifli
Cyberjaya
12 Mei 2024
4 Zulkaedah 1445H

"Nak tahu berapa banyak duit yang disia-siakan, tengoklah barang-barang di rumah yang tak dimanfaatkan. Kabinet dan almari yang penuh tu, itulah gambaran sebenar kemampuan kita menabung dan bina harta untuk masa depan sebagai muhasabah untuk kita." - FB Mohd Zulkifli Shafie, 16 Jun 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>