"Kalau malas dah akan tentu lapar. Kalau rajin belum tentu ada kerja"
Kata-kata seorang warga Indonesia (yang bekerja di Malaysia) tu membuatkan saya rasa bersyukur. Keadaan di Malaysia jauh lebih baik.
Peluang pekerjaan, dan peluang buat duit bersepah-sepah. Persoalan rajin atau malas sahaja. Banyaknya peluang sampai banyak warga asing sanggup bertaruh nyawa datang nak cari rezeki di Malaysia.
More...
Excercise pagi di Jakarta Pusat
Di Indonesia, keadaan tak sama dengan Malaysia.
Kalau malas bekerja, dah tentu tak ada makanan. Kalau rajin, belum tentu dapat pekerjaan dengan bayaran yang setimpal.
Pagi tu, kononnya tak nak merayau-rayau (exercise pagi). Sebab pagi tu dah nak balik fly balik. Nak bergerak ke bandara (airport).
Tapi bila dah jadi rutin, susah nak tukar. Rutin pagi-pagi saya mesti cukupkan berjalan sekurang-kurangnya 4 - 5 kilometer.
Bila dah keluar peluh, barulah otak rasa cergas nak mulakan aktiviti harian lain.
Kalau travel, selalunya saya akan merayau-rayau dalam airport. Cuma nak cukupkan 4 kilometer dalam airport tu tak mudah.
Exercise di airport ketika travel
Nak kena pusing-pusing tempat sama berkali-kali sampai rasa bosan.Kedua, bila dah berjalan 4 kilometer, macam mana pun mesti berpeluh sedikit sebanyak walaupun dalam aircond. Kurang selesa bila nak masuk flight nanti.
Itulah akhirnya saya keluar juga pukul 5.30 pagi tadi merayau-rayau sampai cukup 4 kilometer. Nanti berjalan dekat airport nanti confirm akan lebih 1 kilometer.
Cukuplah sekurang-kurangnya 5 kilometer hari tu.
Terminal 3 Soekarno Hatta International Airport tu luas. Nak berjalan sampai boarding gate tu agak jauh. Boleh semput jugalah...
Tapi Terminal 3 tu selesa, banyak kedai. Walaupun jauh, tapi rasa macam jalan-jalan dekat shopping mall.
Bila keluar tengok suasana pagi-pagi orang banyak pergi kerja, jujurnya saya rasa kagum dengan mereka yang bekerja di kota Jakarta ni.
Perjalanan pergi kerja 1 jam setengah hingga 2 jam sehala tu perkara biasa bagi mereka.
Kagum dengan warga Jakarta
Lepas habis seminar malam tadi, saya tanya staff #PublicGoldIndonesia,
"Berapa jam perjalanan pulang ke rumah Mbak?"
"2 jam, naik bis (Bas)"
"Setiap hari 2 jam perjalanan pergi kerja, 2 jam perjalanan pulang?"
"Iya Tuan Zul..."
Setiap hari 4 jam habis masa atas jalanraya! MasyaAllah...
Tak ada apa yang boleh saya ucapkan melainkan doa.
Cari nafkah dapat pahala sedekah
Mudah-mudahan Allah berkati semua yang gigih keluar bekerja mencari rezeki yang halal untuk keluarga dan bina kehidupan yang lebih baik.
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas r.a, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya;
“Sesungguhnya apa sahaja yang kamu nafkahkan dengan maksud mencari keredhaan Allah s.a.w, nescaya kamu akan diberi pahala, termasuk apa sahaja yang kamu sediakan untuk isterimu.”
(HR Bukhari 56, 1295) (HR Muslim 1628) [Riyadhus Solihin 292]
Zulkifli
Jakarta Pusat
16 Mei 2024
Coretan FB berkaitan:
- Kepenatan Dalam Mencari Nafkah - Dr Ahmad Sanusi (2024)
Artikel berkaitan:
- Duduk Di Malaysia Tapi Tak Kaya, Malang...
- Kerja Kuat Cukupkan Nafkah Tanda Sayang Suami Pada Isterinya
- Lelaki Sejati Tak Berkongsi Tanggungjawab Nafkah Dengan Isteri
- Sedekahkan Duit Yang Simpan Tak Kaya, Sedekah Tak Miskin
- Maruah Lelaki Pada Bekerja Cukupkan Keperluan Untuk Keluarga
- Suami, Berilah Duit Poket Untuk Isteri