MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Sedekahkan Duit Yang Simpan Tak Kaya, Sedekah Tak Miskin

March 15, 2024

Disimpan pun tak kaya, disedekahkan pun tak miskin.

Itulah bahagian duit yang paling utama patut disedekahkan.

Mudah faham apa yang Ustaz Dr Zul terangkan pasal duit mana yang nak disedekahkan dalam #TazkirahRamadhan hari tu. 

Keutamaan sedekah ialah guna "duit lebihan". 

More...

Duit terbaik disedekahkan

Pendek kata, kalau sedekahkan bahagian duit tu, kita tak miskin. Kalau simpan untuk laburkan atau rolling dalam bisnes pun tak kaya.

Pagi ni saya terbaca apa yang Allah terangkan pasal duit mana patut disedekahkan;

"... dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (sedekahkan)? Katakanlah (wahai Muhammad): "(Sedekahkanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir." (Surah Al-Baqarah 2 : 219)

Walapun sedekah tu hukumnya sunat (bukan wajib sebagaimana zakat), tapi bukan bermaksud kena tunggu betul-betul kaya dulu baru nak bersedekah.

Perkata yang betul ni kita kena latih dulu walaupun kecil.

Latih diri bersedekah 

Dulu masa saya tak ada lebihan duit untuk sedekah, saya mulakan dulu sedekah RM1 masuk ke tabung masjid setiap kali solat Jumaat. Sebab nak biasakan diri buat perkara betul.

Sedekah tu salah satu cara nak minta Allah gandakan rezeki. Setiap sedekah Allah gandakan pulangan 10 - 700 kali ganda, bahkan lebih.

Itu berdasarkan nas dari Al-Quran.

“Bandingan (sedekah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah 2 : 261)

“Sesiapa melakukan amal kebaikan, maka baginya 10 kali ganda ganjaran atas amalannya. Dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)” (Surah Al-An'am 6 : 160)

Siapa nak tonton penjelasan penuh dalam Tazkirah Ramadhan dari Ustaz Dr Zulkifli (1 Ramadhan 1445H), boleh tonton recorded live Facebook beliau DI SINI.

Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
15 Mac 2024
4 Ramadhan 1445H

#IslahDiri

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>