MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Minta Keajaiban Rezeki Dari Tuhan

March 14, 2014

Tuhan

Hutang "jahat" mencecah 6 angka, duit simpanan tak ada, rumah pun tak ada. Kalau ada rumah, boleh juga jual rumah tu dan langsaikan semua hutang. Lepas tu mulakan hidup baru. Tapi bila rumah pun tak ada, memang terpaksa kerja keras dan ambil masa untuk bebas hutang. Kalau hutang personal loan dan kad kredit mencecah RM300,000, ansuran bank untuk bayar hutang lebih 60% dari gaji, gaji pulak cuma seorang eksekutif biasa, 4 atau 5 tahun pun saya tak nampak boleh selesai melainkan ada keajaiban. Keajaiban dari Tuhan.

Saya teringat zaman sempit dulu. Hutang saya tak lah sampai 6 angka, tapi agak besar berbanding gaji saya yang masih di bawah paras kemiskinan masa tu. Nak buat bisnes tak pandai. Gaji itulah satu-satunya sumber pendapatan saya. Isteri pulak tak bekerja. Dah lah banyak hutang, dengan Tuhan pun tak berapa akrab. Nak sedekah rasa tak mampu, solat berjemaah di  masjid seminggu sekali pun susah kecuali solat Jumaat. Hidup sempit makin terhimpit. Kaya dunia tidak, Akhirat pun tak nampak!

Peringatan Tuhan Perbaiki Diri

Bila saya sedar makin jauh dengan Tuhan, masa tu saya azam nak perbaiki diri. Saya letakkan azam untuk jadi kaki masjid. Saya mulakan seminggu sekali solat berjemaah di masjid. Macam kelakar jer seminggu sekali! Tapi memang berat untuk mereka yang dah lama ‘tinggalkan’ masjid. Saya catit dalam diari setiap kali solat di masjid supaya senang keep track untuk muhasabah diri. Bermula dengan seminggu sekali, saya usahakan sehari sekali. Bila dah biasa sehari sekali, saya paksa diri untuk dengar kuliah di masjid at least seminggu 2 kali. Bila dah lekat dengan masjid, memang susah hati kalau tak dapat solat berjemaah di masjid setiap waktu.

Lepas bermula dengan perbaiki solat berjemaah, banyak perkara yang saya usaha islahkan diri seperti wajibkan diri ke majlis ilmu, disiplinkan diri dengan sedekah, baca Quran setiap hari walaupun sikit. Dan dari situlah saya terasa hidup saya makin senang. Rezeki makin bertambah, hati jadi lebih tenang berbanding dulu. Dulu nak buat bisnes pun rasa ‘kelabu’, tapi makin lama Allah bukakan jalan. Bisnes yang dulu rasa sangat susah, makin lama makin senang. Mungkin itu ‘keberkatan’ dari Tuhan atas usaha perbaiki diri. Alhamdulillah.

Allah himpitkan kita dengan kesusahan supaya kita kembali kepada Dia.

Cari Tuhan Untuk Hidup Senang

Bila saya fikir balik, syukur Allah himpitkan saya dengan kesusahan. Sebab susah lah saya terpaksa cari Tuhan untuk hidup senang. Sebab Dia lah Boss yang Maha Kaya. Rezeki kita di tangan Dia. Kalau saya senang dari dulu lagi, mungkin saya dah lupa diri.

Jadi, bila datang kesusahan, kesempitan, masalah, kena syukur sebab Allah nak ingatkan kita. Allah sayangkan kita. Kita kena cari puncanya. Puncanya mesti ada kena mengena dengan Tuhan. Adakah kita dah bereskan apa yang Tuhan suruh? Ada tak terbuat apa yang Tuhan larang? Bila ada masalah, kita boleh ikhtiar tapi ikhtiar kita sangat terhad. Masa tu kita perlukan “super power” untuk keluar dari kesusahan. Jadi "super power" yang kita harapkan tu tak lain dan tak bukan, ia hanyalah datang dari Tuhan. Nak minta Tuhan bantu kita, semestinya kena buat apa yang Dia suruh (perkara wajib), buat apa yang Dia suka (perkara sunat), dan tinggalkan apa yang Dia larang (perkara haram).

Ada orang yang contact saya tentang masalah kewangan, dia dah amalkan solat dhuha 8 rakaat setiap hari, tapi masih mencuba nasib beli nombor (judi). Bagi saya syukurlah sebab Allah masih himpit dia dengan kesusahan sebagai peringatan. Ada orang dihimpit dengan hutang, tapi masih ambil mudah dengan solat fardhu. Bagi saya, syukurlah sebab Allah berikan peringatan. Kalau hidup senang lenang dalam kemaksiatan, hati-hati sebab itu istidraj kata Nabi s.a.w. Istidraj tu Allah nak tinggikan tempat untuk dia jatuh! Cedera istidraj ni lebih parah berbanding ujian kesempitan dunia...

Mintalah Keajaiban Rezeki Dari Tuhan

Jadi kalau buntu dengan masalah kewangan, mintalah keajaiban dari Tuhan. Itu yang saya buat disamping belajar tentang kewangan dan bisnes, dan itu juga pengalaman Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah) ketika beliau dalam kesempitan. Minta dengan Tuhan banyak-banyak. Jaga solat fardhu, datang berjemaah di masjid, perbanyakkan solat hajat, rutinkan solat dhuha, disiplinkan diri dengan bersedekah walaupun sedikit, itulah antara cara menjemput keajaiban rezeki dari Tuhan.

Dan mungkin itulah yang Tuhan maksudkan, Dia akan bagi rezeki yang tak disangka-sangka kalau kita bertaqwa. Bahkan Dia bagi rezeki yang kita pun tak sangka ianya adalah rezeki. Rezeki yang tak ada pada orang kaya-kaya. Mungkin kita tak lah sekaya orang lain, tapi Allah bagi kita cukup segalanya. Alhamdulillah.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." (At-Thalaq 65 : 2 - 3)

"Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah s.w.t" (Hadis Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
26 Februari 2014
26 Rabiul Akhir 1435

(Kredit foto : hdwallpapers )

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • semenjak sy mengenali blog ini sekitar december lepas,sy terus mengikuti..banyak ilmu dan nasihat ttg perjalanan hidup tidak sekadar mencari duit je..terbaik.

  • Alhamdulillah..perkongsian ilmu yang membuat diri ini semakin berusaha untuk mendekatkan di kepada ALLAH..Semoga ALLAH memberi ketenangan & kebahagiaan kepada En Zul & keluarga

  • Alhamdulillah… bertemu dgn blog tuan menjadikan hati sy sedikit tenang…mohon keizinan utk sy sharekan dgn kwn2 yg lain..tq

  • Tuan mohd zulkifli bukan mendidik pembaca berkenaan emas sahaja tetapi mendidik minda dan roh pembaca mengenali Allah

  • Saya sokong tuan nashar… mendidik hamba mendekati Allah melalui motivasi kewangan. Satu langkah dakwah yang hebat…

  • Alhamdulillah…mmg itu keajaiban rezeki…ape yg sy bca dlm buku mjemput rezeki sy amalkn…paksa diri ni wat amalan sunat…sampai tick kt kelander dh wat ke lum..even skrg ni 3buln x jemaah kt masjd n dgr mjls ilmu sbb jaga nenek…serius rindu yg amat…mak abah lik msjd je tya pe topik ri ni…hehehe…bukn kata rezeki je x putus…ketenangn..kbhgiaan yg blipat ganda pn dpt skali…subhanallah…ble d fkirkn lik…knp x dr dlu lg mulakn…allahuakhbar…

  • Alhamdulillah dipertemukan dgn blog En. Zul wpun agak lambat sy kira. Sy tgh tercari2 panduan utk memulakan perniagaan bila sy terbaca blog En. Zul. Ya Allah memberi kesedaran kpd sy dan suami yg hanya solat asal sj, solat pula di hujung2 waktu. Bersedekah jarang sekali dengan alasan sentiasa tak cukup. Ya Allah… semoga kami menjadi manusia yg lebih baik..

  • Salam Tuan Zul, apa khabar?dan selamat berpuasa.

    Tertarik dengan setiap artikel tuan,cerita tuan bab hutang pun hampir sama dengan situasi yang berlaku pada saya sekarang.hehe..saya harap tuan boleh kongsikan lagi ilmu kewangan dengan kami semua.Terima kasih..

  • Assalam apa khabar
    Tertarik dgn artikal Bab soal selesaikan hutang boleh tuan kongsikan Cara penyelesaiannya tkasih

  • Terbaik….dh trlalu byk sy bce n follow..sy harap tuan akn trus mnulis bab2 mengenai kewangn, plaburan n agama yg sntiasa mnarik minat…smoga dirahmati…insyaAllah. ..

  • setelah amalkan solat2 sunat..alhamdullilah..rezeki saya tidak pernah putus..selama ini saya hanya pentingkan dunia dari akhirat..terima kasih atas info2 dlm blog ini

  • terima kasih kepada tuan blog ni… sejak baca blog tuan saya rasa dah berubah sikit dari dulu… info yg berguna….

  • alhamdulillah..dpt motivasi dari blog tuan..walaupun merasakan sudah melakukan segala amalan sunat dan menjaga wajib, tetapi rezeki masih belum cukup utk melunaskan hutang..benarlah tuh cara Allah nak kita makin dekat dengannya..tetap bersangka baik..

  • Assalamualaikum tuan..
    Mohon share.. Sgt bermanfaat utk sy dan yg lain yg cintakan dunia..sampai lupa tujuan hidup.. Ya Allah..mohon diampunkan dosa2 saya ini.. Trjumpa blog tuan secara xsengaja..
    Allahuakbar..
    Terima kasih tuan atas nasihat dan peringatan..
    Semoga hidup dan umur kita umat islam dlm keberkatan..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >