Tiada “Formula Ajaib” Langsaikan Hutang

by on April 9, 2014

Post image for Tiada “Formula Ajaib” Langsaikan Hutang

Saya dihujani dengan persoalan bertalu-talu tentang bagaimana cara selesaikan hutang. Macam-macam kes 0rang contact saya. Call, sms, email. Ramai juga yang tak bekerja, tak ada sumber pendapatan, tapi tanya saya macam mana langsaikan hutang. Secara jujurnya, saya tak tahu. Kena bekerja, cari duit dan bayar hutang. Itu jer yang saya buat. Saya tak ada teknik ajaib langsaikan hutang. Saya sendiri ambil masa at least 4 tahun untuk langsaikan hutang-hutang saya sendiri yang jumlahnya lebih kurang 26 bulan gaji saya waktu tu. Yang saya ada cuma sedikit pengalaman yang semuanya saya dah dedahkan dalam artikel “7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!”.

Ramai juga tanya, apa rahsia disebalik 7 strategi yang saya amalkan. Jawapan saya, tak ada rahsia lagi dah. Semua rahsia saya dah dedahkan dalam artikel tu. Saya bukan jenis ajar separuh, lepas tu mintak bayaran kalau nak belajar separuh lagi. Apa yang saya tahu, itu yang saya tulis. Jadi, ikut jer betul-betul 7 strategi tu, insyaAllah masalah hutang akan selesai. Cepat atau lambat, ia bergantung sejauh mana kita boleh disiplinkan diri tentang kewangan, dan berapa banyak hutang yang berbaki.

Apa amalan (rohani) saya selesaikan hutang?

Ada ke doa-doa khusus yang saya amalkan hingga boleh selesaikan hutang? Tak ada amalan khusus. Buat apa yang Tuhan suruh, tinggalkan apa yang Tuhan larang. Jemput kasih sayang Tuhan dengan amalan-amalan sunat macam solat hajat, solat tahajjud, solat dhuha dan bersedekah. Dan saya pernah kongsikan persoalan ni dalam artikel “Minta Keajaiban Rezeki Dari Tuhan“. Saya rasa malu dengan Tuhan kalau beria-ia cari amalan khusus sedangkan amalan wajib yang asas pun belum diperbaiki.

mudah menjemput rezekiSaya terima panggilan setiap hari daripada pembaca buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki yang mempunyai masalah hutang.

Apa bisnes yang boleh langsaikan hutang?

Tak ada bisnes spesifik yang boleh jamin berjaya. Buat bisnes apa pun asalkan halal. Kalau tanya Chef Li (Dato’ Dr. Rusli Abdullah) Jutawan Senyap pun, beliau tak ada cadangan spesifik bisnes apa yang paling baik. Waktu saya langsaikan semua hutang dulu, saya masih merangkak dalam bisnes. Saya langsaikan hutang dengan duit gaji, duit bonus dan sedikit dari hasil bisnes. Kalau nak mulakan bisnes sendiri, mungkin artikel saya bertajuk “4 Langkah Mudah Memulakan Bisnes Sendiri” dapat bagi idea cara memulakan bisnes.

Adakah “4 Prinsip” dan “7 Strategi” tu relevan untuk semua orang?

Saya tak pasti. Artikel “7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!” adalah pengalaman sebenar saya. Sebenarnya, artikel tu saya tulis untuk jawab persoalan seorang pembaca blog www.mohdzulkifli.com yang diemailkan kepada saya secara peribadi. Jadi, saya sekadar berkongsi pengalaman saya. Bukan copy paste dari mana-mana buku kewangan supaya ianya nampak menarik. Bahkan saya jumpa artikel tu telahpun di copy paste oleh blogger-blogger lain, dan ada yang dimasukkan dalam ebook kewangan (tanpa izin saya dan tanpa berikan kredit). Tapi saya halalkan moga ianya bermanfaat.

artikel 7 strategi bebas hutangArtikel “Bebas Hutang” telahpun dikongsikan secara viral di internet sebanyak 8,560 share. Dan pernah beberapa kali membuatkan blog saya habis limit bandwidth bulanan.

Ada tak saya anjurkan seminar kewangan?

Tak ada. Saya cuma penulis blog bebas. Saya bukan “Certified Financial Planner”. Walaupun pun begitu, saya ada juga dijemput oleh syarikat swasta, institusi kerajaan, dan surau untuk berkongsi pengalaman saya tentang kewangan. Saya cuma terima jemputan kalau ianya sesuai dengan jadual saya dan audiencenya sesuai dengan ‘level’ saya. Kalau nak jemput ceramah, saya syorkan jemput mereka yang betul-betul “certified” dalam bidang perancangan kewangan.

Kalau tak ada pendapatan, macam mana nak langsaikan hutang?

Maaf, saya tak ada formula ajaib. Tak ada duit, kena cari duit dan bayar semua hutang. Jual apa sahaja yang boleh jual untuk dapat duit. Kalau pendapatan tak cukup, kena besarkan pendapatan samada cari kerja yang boleh bagi gaji lebih tinggi, atau mulakan bisnes sendiri. Hutang maksudnya membelanjakan pendapatan masa depan. Duit belum dapat, tapi dah siap-siap dibelanjakan. Siapa buat hutang, maksudnya dia meletakkan bebanan membayar pada masa depan.

Apa kaitan saya dengan buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)?

mudahnya menjemput rezeki smsSaya cuma seorang penulis blog. Dan artikel saya “7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!” telahpun diangkat oleh Ustaz Fathuri (penulis MMR) dengan kebenaran saya untuk dimuatkan dalam buku mini MMR secara PERCUMA. Mungkin artikel tersebut dapat membantu mereka yang terbelengu masalah hutang. Saya tak ada apa-apa kepentingan dengan buku MMR. Saya bukan pengedar buku MMR, bahkan saya tak terima apa-apa komisyen atas buku MMR.

Apa nasihat saya untuk mereka  yang ada masalah hutang?

Ikut sahaja panduan dalam artikel saya “7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!” dan amalkan dengan sabar. Baca buku-buku kewangan dan kalau masalah kronik, jumpa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), bukan jumpa saya. Saya tak ada rahsia dan formula ajaib. Formula saya biasa-biasa sahaja, tapi saya amalkan secara luar biasa.

Itu sahaja yang boleh saya komen tentang persoalan biasa yang saya dapat dari pembaca buku mini MMR. Mudah-mudahan Allah bebaskan kita semua dari belengu hutang-hutang jahat sebab hutang tu membuatkan kerisaun di malam hari dan kehinaan di siang hari kata Nabi s.a.w. Orang yang bebas hutang dapat tidur lena di malam hari, dan hidup ceria di siang hari, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Zulkifli
Damansara Damai
9 April 2014
9 Jamadil Akhir 1435

(Kredit foto : i.telegraph.co.uk)

{ 28 comments… read them below or add one }

1 Hisamudin Bakarun April 10, 2014 at 12:13 am

Disiplin, disiplin & disiplin + tindakan mengikut garis panduan 7 strategi yg dikongsikan oleh tuan Zul… saham dunia tiada, saham barzakh & akhirat menanti tuan…

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2014 at 7:01 am

InsyaAllah En. Sham.

Reply

3 azrul zack April 10, 2014 at 2:13 am

saya silent reader blog nie.. banyak manfaat daripada blog ini boleh dipraktikan oleh semua..saya ajak juga kawan baca blog nie sekali.. sedikit sebanyak dapat le berkongsi dengan orang lain kan.. InsyaAllah saya doakan tuan bertambah bahagia..

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2014 at 7:01 am

Alhamdulillah. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Azrul sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

5 Emellia April 10, 2014 at 8:46 am

Orang kita masih ramai yang ada ‘pop-corn’ mentality yang semuanya nak cepat siap…nak cepat kaya, nak cepat bebas hutang.
Saya pun begitu dulu sebelum terjumpa blog En Zul tentang 7 strategi bebas hutang.
Tapi saya & suami berazam untuk betul-betul ikut 4 cara Prinsip Asas Urus Kewangan yang En Zul share dan dalam masa yang sama ikut sebanyak mungkin strategi En Zul bebas hutang berdasarkan situasi kami suami isteri.

Paling menarik perhatian kami Prinsip Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Sekadar berkongsi, sejak 3 bulan lepas, simpanan kami bertambah RM1500 disebabkan suami sudah menjual keretanya yang mana installment bulanan sekitar RM500.
Sekarang kami cuma ada 1 kereta dan suami pergi kerja naik motor; jimat masa,jimat minyak dan tak perlu menempuh kesesakan lalu-lintas.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2014 at 8:52 am

Betul tu Pn. Emillia. Penulis barat selalu tulis tentang “Gambling Mentaliti”. Dalam bahasa kita, mungkin kita boleh translate sebagai Mentaliti Judi. Mentaliti begini kena buang dulu baru boleh kaya, insyaAllah.

Alhamdulillah. Bagus tu puan dapat tingkatkan simpanan setiap bulan. Saya gembira dengar berita tersebut. Simpanan tu nanti insyaAllah akan jadi modal kembangkan lagi kekayaan puan sekeluarga, insyaAllah.

Reply

7 Fadhil April 10, 2014 at 9:16 am

Assalammualaikum Encik Zul,

Saya telah mempraktik apa yg Encik Zul tulis dalam Artikel “7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!”.Insya Allah dalam masa 5 tahun lagi saya bebas dari segala hutang..saya tak sabar untuk menjadi seorang yg bebas dari hutang dan hidup aman tanpa hutang.

terima kasih atas segala artikel dan nasihat.
Semoga Allah membalasnya.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2014 at 10:25 am

Wslm En. Fadhil,

Alhamdulillah. InsyaAllah. Saya doakan Allah melapangkan rezeki En Fadhil sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

9 abu bilal April 10, 2014 at 10:05 am

Assalamualaikum tuan,
Ayat paling best setakat ini
Belanja bawah kemampuan bukan ikut kemampuan
Berjaya membuat saya dan ramai kawan2 saya tersedar dr lamunan

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2014 at 10:25 am

Wslm Abu Bilal.

Alhamdulillah… :)

Reply

11 muhd April 12, 2014 at 10:18 am

Assalamualaikum En. Zul…Ilmu yg amat bermanfaat..semoga En. Zul sentiasa diberkati Allah..Amin..

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie April 12, 2014 at 12:02 pm

Wslm En. Muhd,

Alhamdulillah. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Muhd juga. Amiin ya Allah.

Reply

13 Rohimah April 16, 2014 at 4:06 pm

Assalamualaikum En.Zul.. Ilmu yg sangat bermanafaat. Saya rasa macam masuk class. Seronok sangat and saya nak sangat cepat2 bebas dari hutang. Semuga En. Zul sekeluarga diberkati Allah.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie April 16, 2014 at 6:11 pm

Wslm Pn. Rohimah.

Alhamdulillah. InsyaAllah, saya doakan Allah melapangkan rezeki Pn. Rahimah sekeluarga, amiin ya Allah.

Reply

15 skyfun April 17, 2014 at 12:03 pm

sebulan lepas sy baru mencipta hutang..beli kereta baru.lagipun selama ini sy tidak pernah ada hutang..hidup clear sampai 10 tahun.sehingga hendak membuat pinjaman perumahan dgn bank pon susah kerana sy tiada record hutang dgn mana2 instituasi perbankan.selama ini sy berjimat cermat.kawan2 sy mengelar sy dlm ketegori orang2 yg memerlukan bantuan sebab mereka nampak sy cuma ada motor cup sahaja..sy bayar downpayment kereta 30k buat 5 tahun,bayar bulan2 rendah…selebihnya simpan..sampai seru sy beli emas juga hihi…

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2014 at 2:33 pm

Alhamdulillah… Menarik pengalaman tuan tu. :)

Memang betul, sesiapa tak pernah buat loan, pihak bank susah luluskan pinjaman. Masa saya mohon housing loan lepas beberapa tahun bebas hutang, bank pun susah nak luluskan sebab dia tak nampak current credit history kita.

Reply

17 Sumaiyah April 28, 2014 at 3:39 pm

Salam En. Zul..Boleh En. Zul share x Bank mana yang ok untuk kita simpan duit untuk dana full settlement…terima kasih..blog En. Zul sangat bagus n sangat membantu..Moga Allah S.W.T memberkati En. Zul sekeluarga..Aminn

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2014 at 11:25 pm

Wslm Pn. Sumaiyah,

Bank mana-mana pun boleh puan. Asalkan asingkan duit tu dari duit yang lain.

Alhamdulillah… Amin ya Allah… Terima kasih atas doa tersebut.

Reply

19 man April 29, 2014 at 5:08 pm

Saya memiliki sebuah kereta yang dah masuk kategori kereta vateran, berusia 11 tahun. Hajat dihati mmg nk tukar kereta yg lebih selesa…tapi artikel tuan tonik hebat utk saya membendung perasaan tu!. TK

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie April 29, 2014 at 11:46 pm

Kalau benar-benar perlu, beli la En. Man. :)

Reply

21 yusri May 10, 2014 at 11:57 am

tahniah tuan zul….rugi saya tak ikut nasihat sejak tahun 2011 jumpa tuan

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie May 10, 2014 at 12:06 pm

Alhamdulillah. Mulakan dari sekarang En. Yusri. Masih belum terlambat. :)

Reply

23 bodolahman June 2, 2014 at 9:38 am

Assalamualaikum Tuan Zul,

Saya dah ikut saranan tuan dgn artikel Bebas hutang tu. Alhamdulillah, simpanan bulanan saya bermulakan dengan RM500, dan sekarang sudah RM15000 sebulan. Utk pengetahuan Tuan Zul, bonus dan kenaikan gaji tahunan, langsung saya tak pernah sentuh atas azam yang Tuan Zul sisipkan. (Simpanan saya setahun adalah mencecah RM100k!!!! Malah ada tahun2 tertentu, hampir RM200k dapat saya simpan, MasyaAllahhhh, Dan kini, all-in sudah melepasi RM 1 juta tuan.. memang amazing la kepala otak tuan, HIDUP DIBAWAH KEMAMPUAN!!!). Nasihat tuan tu memang ooooosem!!! Tak payah jumpa CPE atau mana2 akauntan pun.. mereka bukan nak tolong pun, nak cekik lagi ada.. Jadi jutawan senyap ni, memang ooooosem tuan!!! bayangkan saya pergi beli sluar jeans paling mahal kat Pavillion, salesgirl dia pandang saya dgn berselipar je mcm suwey dan tanya, Encik ni ada duit ker? haha.. saya kata, saya beli pinjam duit kat bank!!! sbb saya minat dengan brand tu..haha..

Sebelum ini, saya memang bermentaliti judi yang tuan maksudkan tu. Dapat gaji, anak2lah yang mewah. Boleh gi makan KFC dan apa saja yang diingini (masih amalkan balancing diet la). Amalan saya seperti yang tuan cadangkan begitu. Disiplin? Tak la sangat. Tapi apa2 pendapatan tambahan, saya terus masukkan 90% ke Tabung Haji sbg dana full settlement saya tuan. 10% untuk saya joli katak dengan keluarga.

Dan sekarang, hanya Allah Taala sahaja yang boleh ambil harta dan wang yg saya simpan dgn sekelip mata. Rumah semi-d luas dan murah.. dah habis bayar.. skrg saya berjinak2 dengan masjid tuan, sejak 2010 lepas.. ikut mcm nasihat langsaikan hutang Allah Taala pulak..

Memang viral idea tuan, cuma yang susah skrg ialah, bila nak beli kereta dan rumah secara tunai.. payah balik sbb LHDN kacau.. terpaksa kowtim giler2 dgn tuan rumah atau tuan kedai jual kete.. janji LHDN tak kacau..

OK..selamat berjaya tuan..terima kasih ilmu tu tuan.. target saya skrg, nak simpan 50 juta pula tuan… saja2 jer target..sbb dah tatau nak buat apa dah tuan.. nak kata jimat sangat pun, idak tuan.. boros juga..tapi boros pun, ada limit.. contohnya, 15000 setahun utk saya beli apa2 yg entah-hapa2 dan reper kete (mekap sikit2 je).. tapi kadang 5000 pun tak sampai.. takkan la anak saya nak beli kit-kat sampai 5000 setahun? Kata kunci tuan yg paling hebat nak mampos ialah “Hidup di bawah kemampuan” dan “Full settlement akaun” tu.. sebelum ni saya amalkan simpan 500 tu tanpa panduan tuan.. sejak dapat artikel tuan, terus saya tingkatkan simpanan dan mula berniaga emas dari kampung ke kampung naik moto (tapi bukan kebulur mcm MLM tu la).. bulan paling rajin, boleh dapat 30k-50k..paling malas 10k-15k.. kemudian, rehat 2-3 bulan.. kerje makan gaji, tetap mcm biasa tuan… pada saya, untuk isi masa lapang dengan langsung tak ada kerja..teringin buka kedai emas tuan..tapi, takder makna la tuan..duit dah ada..tak nak la saja2 jer nak cari nahas lagi.. syukur dgn saranan tuan.. terima kasih berbillion2..

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie June 3, 2014 at 6:54 am

Wslm tuan,

Alhamdulillah… MasyaAllah. Saya turut berbangga dengan pencapaian tuan. Terima kasih atas perkongsian pengalaman tentang kewangan. Ia jadi inspirasi untuk saya dan juga para pembaca yang lain. Saya doakan Allah merahmati dan memberkati tuan sekeluarga, amiin ya Allah…

Reply

25 Ir Danny July 2, 2014 at 2:08 pm

Pada pendapat saya, tidak salah berhutang, tetapi net asset lebih penting. Ini adalah pendapat peribadi, tetapi disokong juga mereka yang berjaya. Yang penting berapa net asset kita, setelah diminus liability. Mana satu lebih baik, asset RM100k hutang RM1k, atau asset RM1 million hutang RM500k. Tidak apa berhutang, tetapi perlu dimanaged dengan baik. Tan Sri Syed Mokhtar juga berhutang. Cuma berhutang perlu bayar kos sampingan (transaction cost). Transaction cost ni bukan interest, tetapi kos2 yang mungkin juga tak banyak, tetapi perlu dibayar juga. Syarikat2 besar yang berhutang menghadapi lebih masalah untuk melancarkan projek2 baru berbanding syarikat yang tiada hutang. Hutang PTPTN adalah pelaburan juga sebenarnya. Pembelian kereta yang mewah, juga adalah pelaburan jika kena pada tempatnya. Dalam berhutang, yang penting adalah, cash-in lebih dari cash-out walaupun ia mungkin memakan masa. Tetapi, saya tidak nafikan yang tiada hutang akan memberikan “peace of mind”. Ada juga orang saya tahu, tidak suka berhutang (kecuali kereta sebab terpaksa). Dia tiada rumah, tiada perabut, tiada asset tanah dan tiada asset lain sebenarnya. Beliau suka menyimpan cash, mudah diurus, tiada management cost dan mudah diurus sekiranya hendak meninggal dunia.

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie July 2, 2014 at 4:10 pm

Orang kaya buat hutang untuk menambah nilai kekayaannya. Mereka gandakan kekayaan dengan hutang. Saya pernah sentuh topik good debt dan bad debt. Dan saya pun jenis manfaatkan hutang untuk gandakan kekayaan. Tapi realitinya, 80% orang berhutang berbentuk “bad debt” iaitu hutang yang membuatkan dia lebih miskin.

Sebab tu dari sudut educate orang ramai tentang hutang, saya prefer meletakkan general rule supaya hidup tanpa hutang. Unless dia faham memanfaatkan hutang untuk lebih kaya, baru mereka boleh mula berhutang. Hutang ni ibarat pisau. Kalau kita bagi kepada budak-budak yang tak mumayyiz, pisau tu akan mencederakan dia. Tapi kalau bagi kepada tukang masak, pisau tu membantu untuk dia sediakan hidangan yang enak.

Wallahu a’lam.

Reply

27 Elly June 15, 2015 at 2:07 pm

Salam…memang bagus info yang dikongsikan..tetapi bagaimana pula kalau hutang keliling pinggang, bekerja sendiri, pendapatan bulanan tidak menentu, tiada bonus, tiada simpanan.. apa cara untuk selesaikan hutang itu.. dari mana mahu bermula.. kerana pendapatan yang ada juga ibarat kais pagi mkn pagi.. cara untuk kurangkan komitmen bulanan.. boleh tuan bagi nasihat..terima kasih

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie June 17, 2015 at 5:25 am

Wslm Puan Elly,

Tak ada cara lain, kena cari duit untuk bayar semua hutang-hutang tu samada; (1) jual harta yang ada, (2) tambah pendapatan, (3) kurangkan perbelanjaan. Itu jer caranya.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: