Hari ni kami keluar hotel agak lewat. Sekitar jam 8.45 pagi. Hari-hari sebelum ni, 8.30 pagi biasanya bas dah jalan. Hari ni kami cuma hanya satu destinasi iaitu Tokyo Disney Sea. Macam biasa, lepas solat subuh dalam pukul 4.30 pagi, saya terus ambil masa update blog aktiviti hari sebelum sampai time untuk breakfast pukul 7.00 pagi. Tapi hari ni saya dengan Zam breakfast Maggie jer sebab waktu nak masuk tempat breakfast pun kena beratur panjang macam nak masuk Universal Studio. Terlalu panjang. Mungkin kesilapan pengurusan hotel. Hotel besar, dan time peak macam ni, sepatutnya breakfast dia kena buat di Grand Ball Room macam kami di hotel Toyohashi hari tu. Baru boleh cater orang ramai.
Jadi, kami makan Maggie jer lah. Maggie yang kami bawa bekal dari Malaysia masih banyak. Baru 2 bungkus jer makan sebelum ni. Pagi ni hari hujan di Tokyo. Suhu saya rasa sekitar 10 darjah celcius. Sejuk sama macam kami di Osaka.
Sampai Disney Sea sekitar 10.00 pagi. Cuaca pulak mendung dan hujan renyai-renyai. Sebahagian masuk terus Disney Sea, tapi saya ikut geng ke area shopping complex naik train. Perjalanan cuma 5 minit dari Disney Sea ke Disney Shopping Complex.
Area ni sangat luas. Ada Disney Sea, Disney Land, Disney Hotel, Shopping Complex. Memang tak boleh jalan kaki. Kena ambil train. Tiket train pusing area Disney ni 250 Yen (dalam RM8) untuk one way.
Saya bukan nak bershopping sebenarnya tapi takut boring lama sangat masuk Disney Sea tu. Takut mati kutu. Saya merayau-rayau dengan Pokli, Faizan dan Faiz. Saya plan nanti tengahari sikit baru masuk Disney Sea.
Lepas solat zohor, dalam 2.30 saya ambik train dengan Wazir dan isteri masuk Disney Sea. Kami cuma ada masa 2 jam setengah untuk explore Disney Sea. InsyaAllah cukup.
Masuk Disney Sea, saya tak plan nak masuk mana-mana ride. Sekadar nak snap foto dan explore apa yang ada dalam Disney Sea ni. Katanya, ini satu-satunya yang ada di dunia.
Bangunan dekat sini memang dibuat bentuknya antik.
Dekat mana-mana mesti ada bunga Jepun ni. Cantik. Nampak macam bunga plastik. Tapi ini memang bunga betul yang ditanam. Bukan yang dipetik.
Landskap memang cantik dalam Disney Sea ni. Macam dalam cerita.
Orang ramai boleh tahan. Lebih kurang macam Universal Studio di Osaka juga.
Waktu menunggu 200 minit ni standard mana-mana ride yang bagus. Sebab tu saya tak naik walaupun satu ride. Saya ‘alergik’ dengan ‘jem’ macam ni.
Toy Story. Budak-budak mesti suka.
Antik. Siap bunyi burung-burung laut dekat kawasan ni walaupun tak ada burung. Sekadar muzik untuk hidupkan suasana.
Cantik. Tapi cuaca redup dan hujan renyai-renyai. Kurang menarik untuk fotografi.
Kapal macam real. Tapi kapal tu tak boleh bergerak.
Kawasan gunung berapi. Macam real. Berasap-asap atas gunung tu.
Landskap memang cantik. Macam cerita Disney.
Ini bukan masjid atau pusat Islam. Ini area Aladin.
Masuk area Disney Sea ni, saya jalan sorang-sorang jer. Kena bergerak pantas macam orang Jepun berjalan.
Orang ramai. Waktu 2 jam memang tak cukup kalau jalan melenggang ramai-ramai… (“,) Jalan sorang-sorang senang sikit. Snap foto dan jalan….
Disney Sea ni sebenarnya terletak betul-betul tepi laut Tokyo Bay.
Landskap memang cantik. Cuaca pulak sejuk menggigil. Rasa macam dekat oversea… (“,)
Kawasan ni saya confuse. Ramai orang pandang dan tunjuk-tunjuk dekat dinding. Saya tengok tak nampak apa-apa pun. Saya curi-curi dengar apa yang mereka sembang, tapi sepatah pun tak faham. Mereka cakap Jepun… (“,)
Habis explore Disney Sea, saya lepak tepi tasik ni sambil isi perut dengan biskut-biskut hancur (letak dalam beg) yang masih berbaki. Boleh tahan juga luas kawasan ni. Kalau jalan dengan anak-anak, mesti ada yang mintak dukung ni… (“,)
Saya tak kenal kartun ni. Tapi memang banyak maskot Disney berkeliaran dalam ni.
Kucing ni pun saya tak kenal…. (“,)
Maskot ni paling panjang beratur kalau nak berfoto. Mickey ni kira trade mark Disney. Kalau datang sini tak ada foto Mickey, kiranya tak sah datang ke Disney.
Maskot ni tak ramai yang berfoto.
Ucapkan selamat tinggal kepada Disney Tokyo. Sekejap lagi kami terus bertolak ke airport untuk balik Malaysia. Ada rezeki boleh datang lagi bawa keluarga pulak, insyaAllah. (“,)
Rupanya baru setahun Disney Tokyo ni. Dibuka sejak 15 April 2013.
Danny (tour leader) pesan pukul 4.00 mesti berkumpul di bas. Tapi 3.30 masing-masing dah ada dalam bas. Lambat tak apa pesan Danny, boleh ambil teksi ke airport! Pejam mata, swipe kad kredit…. Kena pysco sikit baru semua sampai on-time. Dan ini Coach Captain, Mr. Aoki San. Bawa kami ke sana ke mari dengan dedikasi tanpa komplen. Driver bas yang high class. Setiap kali bas berhenti, mesti dia akan update buku log perjalanan. Itu memang requirement di Jepun.
Sampai di Narita International Airport dalam 5.30 petang. Kami boarding 8.20 malam. Di Tokyo ni ada dua airport. Yang satu lagi Haneda International Airport. Itu airport yang lagi besar katanya.
Kami naik Airbus A380, Singapore Airlines. Depan meja home office saya memang saya letak foto Airbus A380. Ini pesawat penumpang terbesar di dunia. Hari-hari tengok foto A380 dan masuk dalam sub-concious mind. Memang betul “law of attraction”. Apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat – automatik, insyaAllah.
Kami naik economy class. Bahagian dalam sama jer macam Boeing 777 yang kami naik sebelum ni. Flight balik ni saya duduk sebelah Adzlan Kerajaan Emas. Tokey emas dari Sabah. Flight balik ni banyak seat kosong. Flight besar sangat kot. Boleh pilih jer nak duduk dekat mana.
7 jam perjalanan dari Narita ke Singapore. Ingat lepas berlepas nak terus tido sebab badan penat berjalan seharian. Tapi dia bagi minum dulu. Sejam lepas tu bagi makan malam pulak. Nak tunggu dia kutip tray tu lambat pulak. Lewat juga tidur malam ni. Saya buka cerita kartun Frozen di screen. Nak tahu juga apa yang best sangat sampai anak dan isteri saya suka. Tengok dalam 10 minit, terus ‘ghaib’…. (“,) Sedar-sedar dah area Laut China Selatan dah. Pukul 1.30 pagi.
Kami sampai di Changi International Airport (Singapore) pukul 4.30 pagi waktu Jepun. Maksudnya, kat sini baru 3.30 pagi. Nak round shopping, kedai semua tutup. Nak tidur, tak ada tempat strategik. Kami sembang jer lah sementara tunggu boarding 5.10 pagi. Sempat sembang strategi trading emas untuk pelabur yang nak buat short term profit.
Kul 7.00 pagi sampai KLIA. Dalam pukul 8.00 sampai di KL Sentral. Perbezaan ketara waktu pagi (orang pergi kerja) ialah pemakaian. Di Jepun, orang pergi kerja majoriti pakai warna hitam putih. Lelaki majoriti kemeja putih, kot hitam, bawa briefcase. Perempuan pun hitam putih juga. Tapi kita di Malaysia, warna-warni… Nampak lebih ceria…. (“,) Cuma bila saya sampai di Stesyen Komuter Sg. Buloh, masyaAllah. Baru terasa tempat kita terlalu kotor berbanding di Jepun. Sampah sana-sini. Sebelum ni tak terasa sangat, tapi bila balik dari Jepun baru rasa tempat kita sebenarnya kotor… Saya rindukan suasana bersih di Jepun.
Seronoknya tgk gamba2 cantik kat sini. Mesti anak2 tgk pun jeles ni. Berazam nak ikut jgk trip mcm ni, inshaAllah.. (Brape thn lg gamaknya tu hmmm).. Kongsi la siket/sebyk apa tips dr otai2 tu 😉
pergi bangkok pon nampak bersih bandarnya…
Saya pernah pergi Tokyo, Jepun.. Memang cantik, bersih & rakyatnya penuh dengan disiplin.
subhanallah .. Allah cipta akal manusia sgt hebat . terima kasih atas perkongsian ini.