Salah satu hikmah yang saya belajar akhir-akhir ni ialah, kalau nak Allah gandakan rezeki, perbanyakkan sedekah. Allah akan ganti 10 KALI GANDA. Ada satu hari tu, saya nak test power untuk kuatkan keyakinan saya tentang janji Allah. Ada seorang student belajar Mesir dalam kesempitan. So, saya sedekahkan RM50, keluarkan dari tabung infaq bisnes kami. Seminggu lepas tu, Allah ganti balik dengan 3 urusniaga yang untungnya sekitar RM1,100! 20 KALI GANDA! Alhamdulillah…
Kami untung bersih sekitar RM1,000 sebab setiap hasil untung bisnes, kami akan potong 12.5%. 10% kami kembalikan ke tabung infaq, 2.5% kami masukkan ke tabung zakat.
Bersedekah Dulu, Baru Datang “Kaya”
Nasihat saya pada semua sahabat, kalau rasa sempit, perbanyakkanlah sedekah. Masa saya sempit dulu, saya pun lokek bersedekah sebab saya rasa untuk diri sendiri pun tak cukup, macam mana nak keluarkan sedekah? Tapi sampai satu masa, saya fikir sampai bila nak lokek macam ni. Then, saya start sedekah sikit-sikit. Mulakan masukkkan duit dalam tabung masjid RM1 seminggu. Lama-lama, sedekah tu makin hari makin bertambah sampai ianya dah jadi habit.
Pesan Chef Li, kalau ada orang mintak sedekah, bagi jer walaupun seringgit. Tak banyak tak apa, asalkan berterusan kata Nabi. Samada mereka betul-betul susah ataupun ‘sindiket’ itu bukan kerja kita. Kalau bagi dengan ikhlas, Tuhan pasti akan balas, insyaAllah.
Rezeki Lebih Lapang Bila Bersedekah
Start dari situ lah, saya perasan rezeki kami makin hari makin lapang, alhamdulillah… Dulu, nak dapat EXTRA income RM10 sebulan pun punyalah payah. Tapi sekarang, setakat RM1,000 sebulan tu biasa jer. Pendek kata, sambil ‘main-main’ pun boleh dapat, alhamdulillah.
Dan memang macam tu lah yang saya perhati. Ada seorang sahabat saya yang kerjanya biasa jer, tapi dia memang suka belanja kawan. Kalau keluar minum-minum, memang tak pernah sempat saya bayarkan. Mesti dia jer yang bayarkan dulu. Dan saya tengok hidup dia senang jer dan boleh dikatakan tak ada apa-apa masalah kewangan walaupun kerja taklah seberapa.
Memang benarlah janji Tuhan. Barang siapa yang keluarkan infaq, PASTI Dia akan ganti balik dengan nilai yang berkali-kali ganda banyaknya.
Wallahu a’lam.
“Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya” [Al-An’aam 6:160]
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]
Zulkifli
Damansara Damai
28 Disember 2011
3 Safar 1433
Kesimpulan:
- Kena bersedekah dulu baru Allah bagi kaya, bukannya kaya dulu baru nak bersedekah. Biasakan diri bersedekah sebelum Allah bagi kaya sebab takut bila dah kaya kita jadi kedekut untuk bersedekah. Nauzubillah.
- Hikmah bersekah bukan sekadar menggandakan kekayaan, tetapi ia penghapus dosa, membersihkan harta, menghindarkan bala, menyembuhkan penyakit dan mengundang pertolongan daripada Allah.
Nota: 4 Kelebihan Sedekah
#1 – Mengundang Rezeki
“Perumpamaan (pahala) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji benih yang menumbuh tujuh tangkai, dan pada setiap tangka itu pula terdapat seratus biji. Allah melipat gandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Al-Baqarah 2:261]
#2 – Menolak Bala
Rasulullah s.a.w bersabda “Bersegeralah bersedekah sebab bala tidak pernah mendahului sedekah”.
#3 – Menyembuhkan Penyakit
Rasulullah s.a.w bersabda “Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah”.
#4 – Memanjangkan Usia
Rasulullah s.a.w bersabda “Perbanyakkanlah sedekah, sebab sedekah boleh memanjangkan umur”
Nota : Dalil Menggalakkan Bersedekah
“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tiada lagi jual-beli dan tiada lagi persahabatan akrab dan tiada lagi syafa’at” [Al-Baqarah 2:254]
Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir).” [Al-Baqarah 2:268]
Seorang hamba berkata: “Hartaku! Hartaku!”. Sesungguhnya yang dimiliki dari hartanya hanya ada tiga; Apa yang dipakai kemudian usang, yang dimakan kemudian habis, yang diberikan kepada orang lain dan mendapat kepuasan. Selain itu, semuanya akan pergi dan ia tinggalkan untuk manusia.” (Hadis Riwayat Muslim”
“Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”. (Hadis Riwayat Muslim)
“Sesiapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadanyalah kamu dikembalikan.” [Al-Baqarah 2:245]
(Kredit foto : assets.slate.wvu)
saya suka entry ni.
mintak izin utk share.
Silakan Pn. Iizla. Kalau ianya bermanfaat, sebarkan seluas mungkin. Moga ia jadi amal jariah saya dan puan juga. InsyaAllah.
betul.sangat bersetuju.satu perkongsian yang sangat menarik.
Alhamdulillah… puji-pujian bagi Allah.
artikel di atas satu perkongsian yang sangat menarik. Mohon untuk dikongsi kepada rakan2 saya yang lain.
Silakan. Kalau ianya bermanfaat, sebarkan artikel ni. Moga ia jadi amal jariah saya dan tuan/puan juga, insyaAllah.
Assalamualaikum Tuan Tanah, Saya mohon share dlm blog saya.. cukup bermanfaat ilmu Tuan.. mudahan Allah swt menambah rezeki kita dengan sedekah jariah..
Wslm Mat Kedah.
Silakan. Moga ia menjadi amal jariah saya dan Mat Kedah juga, insyaAllah. 🙂
tuan, mohon utk post diblog
Silakan tuan. Moga bermanfaat, insyaAllah. 🙂
Salam..nice post..minta izin share diblog
Wslm. Alhamdulillah. Silakan puan. Moga ia jadi amal jariah saya dan puan juga, insyaAllah.
Terima kasih. Mohon share 🙂 teruskan tulisan sebegini.
Alhamdulillah… Silakan..
Mohon share. Terima kasih. Sgt bermanfaat.
Alhamdulillah.. Silakan..
Mohon share artikel tu..menarik..
Alhamdulillah… Silakan..
sangat2 sokong.. kata2 Allah mmg benar… sdekah seringgit je Allah bls 50 rggit…. boleh mnangis ooo
Betul tu tuan… Tuhan pasti balas lebih…
Sangat suka entry ni… maha benarlah kata2 dan janji2 Allah… kalau ikut logik akal memang tak masuk akal makin sedekah makin kaya… tapi tak semuanya boleh pakai logik akal….yakin itu lebih penting…saya suka dengan pendekatan en.Zul dalam blog ini…
-mas-
Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah… T.kasih rajin berziarah ke blog seadanya ni..
Tu lah..2.5% dari Harta kita sebenarnya bukan milik kita tapi milik golongan 8 asnaf dan sedekah kepada yang memerlukan.
Betul tu tuan. 2.5% confirm milik asnaf. Selain asnaf, kena peruntukkan sebahagian harta untuk sedekah.
Thanks sgt encik Zul, ilmu yang dimanfaatkan…
Alhamdulillah, moga bermanfaat. Puji-pujian bagi Allah.
Sekadar berkongsi pengalaman. saya membuat potongan gaji sebanyak RM30 untuk zakat pendapatan. semalam tengok gaji dapat extra RM350 sebab ada cukai terlebih bayar. Walaupun PCB tu pada asalnya duit saya jugak, tapi alhamdulillah..Allah permudahkan segala urusan. sama-samalah kita menunaikan zakat dan bersedekah. InsyaAllah =)
Terima kasih En. Omar atas perkongsian yang baik. Moga Allah merahmati En. Omar sekeluarga, amiin ya Allah…
Mohon share…
nfza
Silakan tuan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Alhamdulillah, perkongsian yang begitu jelas untuk di amalkan bersama. Mohon izin share?
Alhamdulillah… Silakan Pn. Faizah. Moga bermanfaat, insyaAllah…
penulisan dan perkongsian info yang sangat menarik. Mohon kongsi bersama rakan2 saya yang lain.
Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah.
Silakan tuan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
[…] Gandakan Kekayaan Dengan Bersedekah […]
[…] Gandakan Kekayaan Dengan Bersedekah […]
[…] jalan untuk gandakan kekayaan dunia mahupun […]
[…] Gandakan Kekayaan Dengan Bersedekah […]
[…] masuk ke hati. Salah satu cara mendidikan hati ialah rajinkan bersedekah (rujuk artikel “Ganda Kekayaan Dengan Bersedekah“). Sampai kekadang rasa risau kalau tak ada orang datang mintak sedekah. Duit infaq yang saya […]
ya mmg betul Allah akan meenggantikan semula apa yg kita sedekahkan cuma mengapa kita selalu saja memikirkan hy duit semata2…x semestinya kita sedekahkan duit Allah ganti dgn duit juga…hahaha kdg2 Allah akan ganti duit yg kita sedekahkan itu dgn benda lain yg kita sendiri x terfikirkan…mungkin jua Allah gantikan dgn anak yg sepatotnya sakit dgn sihat atau sepatotnya bala menimpa pd hr itu tp Allah padamkan bala itu .senyuman jua adalah sedekah,hiburkan hati org lain jua sedekah,ilmu yg ikhlas diberi jua adalah sedekah..x semestinya duit!wallahuaklam
Betul tu En. Fauzi. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Saya sangat setuju, hakikat sedekah tak semestinya duit. Senyuman, beri kebaikan, dan ilmu juga sedekah.
Saya doakan Allah merahmati En. Fauzi atas perkongsian ilmu ni. Jazakallah.
Tuan,
Saya minta kebenaran utk berkongsi dgn rakan2 lain artikel yg sgt berfaedah ini…
Silakan Pn. Hafizah. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum wbt.,
Sy suka blog en.zul. Sy buat business kedai pakaian, most of baju female. Baju tu ada yg ketat, pendek, jarang etc. Mcmna sy nak relate business sy dengan nak membantu org lain/mberi manfaat sdgkan nampak jelas baju tersebut tidak mengikut syariat. sy turut berdosa ke? patut ke sy tukar jenis baju? Apa pendapat tuan?
Wslm Puan Wan,
Pilih bisnes yang menenangkan hati, insyaAllah di situ ada keberkatan. Nabi s.a.w pernah pesan yang mafhumnya; “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum tn!
Info yg bagus….sy nk share link tn boleh kan?
Wslm En. Hakam.
Boleh, silakan. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
[…] bisnes, saya masih disiplinkan diri infaq 10% dari hasil bisnes sebab itulah modal untuk Allah gandakan kekayaan kita dengan bersedekah. Tak kisah hasilnya sikit atau banyak, saya tetap keluarkan […]
[…] bisnes, saya masih disiplinkan diri infaq 10% dari hasil bisnes sebab itulah modal untuk Allah gandakan kekayaan kita dengan bersedekah. Tak kisah hasilnya sikit atau banyak, saya tetap keluarkan […]
Sedikit perkongsian 🙂
http://atomwrote.blogspot.com/2014/06/tolong-jangan-membazir-duit-anda-dengan.html
salam tn…
mohon pendapat,antara byr hutang dgn sedekah mana dahulu yang lebih didahulukan…
Wslm En Syah,
Bayar hutang tu wajib. Sedekah tu sunat. Semestinya bayar hutang perlu didahulukan.
Assalam En Zul. Mohon share ye. Terima kasih.
Wslm. Silakan puan. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum abg ,mohon share link ini.
Wslm. Silakan. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
[…] Jadi salah satu cara menjemput rezeki dan menggandakan kekayaan ialah dengan bersedekah. Perbanyakkan sedekah. Bersedekah dulu baru boleh kaya. Bukan kaya dulu baru bersedekah… […]